Thursday, June 28, 2012

Cerpen : Kau Kenangan Terindah

“ Mulai hari ni, jangan cari aku lagi. Aku tak inginkan perempuan murah macam kau!”

Fatin diam tidak terkata. Tubuhnya melurut jatuh ke lantai. Ingin dihalangnya lelaki itu dari pergi tapi tidak mampu. Meraung dan menangis sampai buta sekalipun, Zarief takkan kembali semula padanya.




Fatin terkocoh-kocoh keluar dari keretanya. Secara tidak sengaja, pintu keretanya yang terbuka luas itu terkena kereta di sebelah. Melopong mulut Fatin. Ada sedikit kesan calar pada kereta berwarna kelabu itu.

“ Alamak! Macam mana ni?”

Tangannya naik menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mata melilau melihat sekeliling. Nobody. Dengan langkah seribu, dia mengunci kereta dan berlalu untuk terus ke bangunan pejabat di seberang.

Wait, wait! Nak ke mana tu?”

Bagai nak gugur jantung Fatin mendengar satu suara garau menegurnya. Jalan laju lagi Fatin. Jangan pandang belakang. Katanya pada diri sendiri.

“ Hei, nak ke mana?”

Seraya itu lengan Fatin disentap dari belakang, menyebabkan dia hampir terjatuh. Mujur dia dapat mengimbangi badan sendiri.

“ Apa main tarik-tarik ni?!,” soal Fatin kasar.

Dia memandang tajam lelaki tinggi di hadapannya. Mak oi! Handsome siot!

“ Come with me.”

Terkial-kial Fatin mengekori langkah lelaki itu yang masih memegang tangannya kejap.
“ Ni, tengok ni. Apa yang awak dah buat dengan kereta saya?,” tanya Zarief sambil menunjukkan ke arah keretanya.

“ Mana? Mana?”

Fatin menilik-nilik ke arah yang ditunjukkan. Bukan dia tidak nampak, tapi saja buat-buat bodoh.

Zarief menghela nafas kasar. Badannya membongkok sedikit dan sekali lagi dia menunjukkan ke arah yang sama. Calar punyalah besar, takkan minah cantik ni sikit pun tak sedar.

“ Ni ha. Awak jangan buat-buat tak nampak pulak. Awak ingat saya tak tahu ke?,” kata Zarief sambil tersenyum sinis.

Fatin telan liur. Terasa kelat. Dia berdehem kecil sambil berpeluk tubuh. Lagak orang yang tak bersalahlah katakan.

“ Awak tu yang salah sebenarnya. Who asked you to park your car outside of the box? Tak pasal-pasal kereta saya cium tepi kereta awak.”

Berkerut dahi Zarief. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka, menampakkan sepasang mata berwarna hazel yang sangat cantik. Membuatkan jantung Fatin berdegup kencang. Memang handsome mamat ni! Sempat Fatin memuji di dalam hati.

“ Awak ni memang tak betul agaknya.”

Sekali lagi lengan gadis itu ditarik Zarief. Mereka berdua berdiri di antara kereta masing-masing.

Now look. Siapa yang parking macam mana? Kereta awak tu yang senget, tu yang sampai hentam tepi kereta saya,” jawab Zarief kasar.

Fatin sudah kehilangan kata. Memang betul pun, keretanya senget yang teramatlah senget. Inilah kes lambat punya pasal. Nak cepat sangat sampai office, kereta parking pun jadi mereng.

Dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Tajam pandangan mata lelaki itu, membuatkan dia jadi kecut terus.

Sorrylah, awak. Saya tak sengaja. Saya betul-betul lambat tadi, tu yang saya lari,” kata Fatin cukup perlahan.

Zarief geli hati melihat wajah cantik di hadapannya bertukar menjadi takut. Dia bukannya kisah sangat pun, saja nak menduga si cantik yang menarik perhatiannya sejak gadis itu keluar dari kereta tadi. Bila keretanya sudah jadi scratch begitu, makinlah peluang nak mengorat jadi lebih cerah.

“ Tadi tak pulak awak nak mintak maaf.”

Fatin tersenyum lebar. Senyum paksa. Senyum yang dibuat-buat sangat. Kalau nak buat lelaki cair, mesti pandai sikit. Kena senyum sampai ke telinga, kemudian tukar suara jadi manja dan menggoda. Then, lenggok-lenggok sikit badan tu. Itulah tips dari teman karibnya, Tina.

“ Sorry...”

Zarief terbatuk kecil, tertelan air liur sendiri. Suara yang tunjuk power tadi sudah bertukar menjadi suara ayu.

Err...it’s okay. Tapi awak kena bayar ganti rugi. Saya hantar bengkel, then awak settle,” kata Zarief. Cuba untuk berlagak macho di depan gadis itu.
Lama Fatin diam. Mana nak dikoreknya duit untuk bayar ganti rugi nanti? Dijelingnya kereta di sebelah. Benz lah babe! Dia punya Myvi je.

Arrgghhhhhh!




“ Boleh saya berjumpa dengan Cik Fatin Aida?,” tanya Zarief pada gadis yang sedang duduk di kaunter depan.

“ Encik ada appointment dengan Cik Fatin tak?”

“ Tak ada pulak.”

“ Kalau macam tu, saya tanya Cik Fatin dulu. Tunggu sebentar ye,” kata gadis itu sambil tersenyum malu-malu. Zarief cuma mengangguk kecil.

Selang beberapa minit kemudian, gadis itu keluar bersama seorang yang begitu dikenalinya, Fatin Aida.

“ Err...awak buat apa kat sini?,” tanya Fatin tergagap-gagap. Konon nak lari, tapi dicari sampai ke pejabat.

“ Dah lupa ke sayang? Kita ada bisnes yang tak habis lagi,” jawab Zarief. Senyuman lebar terukir di bibir.

Tanpa berlengah, Fatin terus menjemputnya untuk masuk ke dalam bilik. Naya jadinya jika didengari oleh rakan sekerja yang lain.

“ Maaflah, awak. Saya tak ada duit sebanyak tu nak bayar kereta awak,” kata Fatin sebaik saja pintu bilik pejabatnya ditutup rapat.

Sudah berdebar-debar jantungnya. Entah sebab takut atau terpaut hati dengan lelaki kacak di depan mata. Zarief mengambil tempat di kerusi di hadapannya.

“ Kalau awak tak mampu, kenapa tak cakap awal-awal?,” tanya Zarief lembut.

Matanya melihat ke seluruh bilik. Sederhana besar saja tetapi cukup kemas dan teratur. Di tepi tingkap terdapat bunga ros merah yang diletakkan di dalam pasu kristal berbentuk spiral.

“ Kalau saya bayar ansur-ansur boleh tak?,” Fatin mencuba nasib untuk berunding. Manalah tau kot-kot Zarief bersetuju dengannya.

Zarief mengalih pandangannya kembali pada Fatin di hadapan. Mata bundar berwarna coklat, hidung separa mancung, mulut merah merekah dan wajah bersih itu hanya dicalit make up nipis. Betul-betul cantik dan memukau matanya.

“ Ehem.” Fatin berpura-pura menunduk menyemak fail yang baru dibukanya. Naik bulu roma bila wajahnya dijamah begitu.

“ Okey. Memandangkan awak tak ada duit, tak payah bayar saya balik.”

Terus Fatin panggung kepala melawan renungan mata Zarief. Berbunga-bunga rasa hati. Baiknya hati si kacak. Bayaran kena cancel macam tu aje. Terukir senyum lebar di bibirnya.

“ But with one condition,” kata Zarief dengan sebelah keningnya terangkat. Sekaligus membuatkan tawa Fatin mati.

“ Be my girl.”

Gila punya mamat!




Zarief mengukir senyum apabila melihat kelibat Fatin keluar dari bangunan pejabat dan menuju ke kereta. Dia keluar dari perut kereta dan mengatur langkah ke arah kereta Fatin.

“ Ehem, hai sayang.” Senyumannya masih melebar. Selamba saja dia menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta Fatin, menghalang gadis itu untuk membuka pintu.

“ Awak lagi. Agaknya awak ni tak ada kerja lain kot selain dari mengganggu hidup saya,” kata Fatin geram.

Sejak lelaki yang bernama Zarief ini muncul di dalam hidupnya tiga minggu lalu, hidup tenteramnya jadi kucar kacir. Hantar bunga ke pejabatlah, paksa temankan makan tengah hari lah. Kadang-kadang Zarief sengaja parking kereta sebelah menyebelah dengan keretanya.

“ Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua tau, muka tu makin tak cantik,” usik Zarief.

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata pula tidak lepas menjamah wajah yang dirinduinya.

Fatin menjeling tajam. Kalau boleh, mahu saja dibayarnya terus hutang pada Zarief. Tetapi mana nak dicari duit sepuluh ribu ringgit? Takkan nak petik daun dari atas pokok. Bukannya akan bertukar jadi duit pun.

Kadang-kadang dia rasa tertipu dengan Zarief. Setakat calar yang tak sampai sepuluh sentimeter tu, takkan boleh sampai sepuluh ribu. Tak ubah macam ceti haram pulak, interest yang melambung terlampau.

“ Ni apahal nak jumpa saya petang-petang macam ni?,” tanya Fatin acuh tak acuh. Dia menyandarkan tubuhnya di sebelah Zarief.

“ Temankan saya dinner.”

“ When?”

“Tonight.”
Terus saja dia menoleh. Zarief tayang muka selamba.

“ Tak dapatlah, awak. Awak inform last minute sangat. Saya ada plan malam ni,” bohong Fatin.

Tak ada plan sebenarnya tetapi takkan nak angguk kepala dan bersetuju dengan lelaki buaya di sebelahnya ini. Kenal pun tak sampai sebulan, status pun masih samar-samar. Nak kata couple pun tak, teman tapi mesra pun tak.

“ Cancel your plan and come with me,” arah Zarief yang turut menoleh ke arah Fatin.

“ Mana boleh. Awak ni sebarang aje tau. Kalau saya cancel nanti orang kata saya mungkir janji,” bentak Fatin.

Di dalam hati tidak putus-putus dia mengharap agar Zarief tidak memaksa. Sungguh dia tidak mahu!

“ Saya tak peduli. Awak mesti ikut temankan jugak malam ni.Kalau tak..”

“ Kalau tak, apa? Hah, apa?,” pintas Fatin sebelum sempat Zarief habis bersuara.

Zarief tergelak kecil. Lucu benar lagak tunjuk berani Fatin. Mendekatkan tubuhnya sambil bercekak pinggang. Kemudian mengangkat-angkat kepalanya dengan mata terbeliak. Zarief mendekatkan bibirnya ke telinga Fatin dan berbisik.

“ Kalau tak, saya nak awak bayar sekarang juga atau saya report polis bagitau yang awak tak bayar ganti rugi kereta saya.”

Fatin terdiam. Polis? Masuk lokap yang kecil. Lepas tu terpaksa bermalam kat sana sampai diikat jamin. Then mesti masuk court case. Siapa yang akan tolong ikat jamin? Tina? Tina pun dua kali lima sepertinya, duit sekadar cukup makan.

Arghhhhhh!





“ Hold my hand,” bisik Zarief.

Fatin hanya mengangguk dan mereka berdua berpegangan tangan masuk ke dalam ballroom yang sudah dipenuhi oleh para tetamu yang lain.

Dinner sempena apa ni?”

“ Ulangtahun ke-15 syarikat papa.”

Fatin mengangguk-angguk. Sepanjang malam dia berkepit dengan Zarief, sedikit pun tidak berenggang jauh. Sesekali Zarief menjeling ke arah Fatin di sebelah. Sebaik saja Fatin bersetuju tadi, terus saja dia membawa gadis itu ke butik untuk membeli baju yang sepadan dengannya.

Fatin tampak begitu cantik. Tubuhnya disaluti long dress dengan halterneck yang berwarna hitam. Rambutnya disanggul tinggi, menampakkan leher jinjangnya yang putih. Membuatkan naluri lelaki Zarief bergetar hebat. Rasa makin jatuh sayang dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya ini.

“ Zarief, saya nak baliklah. Kepala saya pening-pening,” bisik Fatin setelah agak lama mereka berdua berada di situ.

“ Awak tak sihat ke?,” spontan tangan Zarief diletakkan di dahi Fatin. Tak pulak demam.

“ Rasa tak selesa. Mungkin sebab ramai sangat orang kot.”

Zarief meminta diri dan membawa Fatin keluar dari tengah-tengah orang ramai. Sedikit pun dia tidak melepaskan rangkulan tangannya di pinggang gadis itu. Tanpa mereka berdua sedari, sepasang mata begitu tertarik dengan kedua-duanya dari tadi. Lebih tepat lagi, tertarik dengan Fatin yang begitu menyerlah malam itu.

“ Zarief, mana you pergi? Lama I tunggu,” tiba-tiba seorang gadis muncul di depan kedua-duanya.

Mata gadis itu menjeling tajam Fatin di hadapan. Muka taklah cantik sangat, tapi gaya sombong nak mampus. Kutuk Fatin di dalam hati.

I tak suruh you tunggu I pun,” jawab Zarief acuh tak acuh.

“ Come.”

Tajam pandangan mata Liza apabila melihat lelaki pujaan menarik lengan gadis tinggi itu meninggalkannya yang masih termangu. Sialan punya Zarief. Belum apa-apa dah ada pengganti.

“ Saya hantar awak terus balik ke rumah.” Zarief bersuara dan dan dalam sekelip mata, kereta lelaki itu sudah meluncur laju membelah jalan raya.

“ Tak payahlah awak. Buat susah aje. Hantar aje ke bus stop, saya boleh ambik teksi.”

“ Teksi? Pukul 11 malam macam ni?” Zarief tersenyum sinis.

“ Bahaya naik teksi lewat malam macam ni. Pemandu teksi sekarang bukan boleh percaya pun.”

“ Habis tu, buaya macam awak ni boleh percaya ke?”

Pecah ketawa Zarief mendengar sindiran Fatin. Tak terasa pun sayang. Kereta Zarief berhenti di tepi jalan. Ditolehnya Fatin di sebelah. Gadis itu sudah naik gelabah.

“ Kenapa berhenti tiba-tiba ni? Awak jangan nak buat macam-macam.”

Fatin panik. Tas tangannya dicapai dan diselongkar seolah-olah mencari sesuatu. Dikeluarkannya pepper spray dan dihalakan pada wajah Zarief.

Wow! Wow! Rileks, sayang. Apa main kasar ni?,” Zarief cuba menenangkan Fatin yang hampir saja menyemburnya dengan botol kecil yang berwarna kuning itu.

“ Habis tu, kenapa awak berhenti kat sini? Awak nak cabul saya ke?!”

“ Amboi! Mulut tu biar baik sikit. Kaki saya ni nak cramp. Kalau saya redah jugak, nanti dua-dua kita masuk tanah,” jawab Zarief.

Dia menunduk sedikit sambil mengurut kaki kanannya. Memang betul terasa seperti mahu cramp, tak ada maknanya dia nak perangkap anak dara orang kat tepi jalan macam ni.

“ Be...betul ni?”, tanya Fatin untuk kepastian. Wajah Zarief yang berkerut-kerut itu ditenungnya dalam. Rasa kasihan pulak.

Beberapa minit kemudian, barulah kereta Zarief meluncur kembali di atas jalan raya. Suasana hening di dalam kereta, yang kedengaran hanyalah muzik yang bermain di corong radio.

“ Fatin, saya bukanlah sejahat yang awak sangkakan. Saya ikhlas dengan awak,” tutur Zarief jujur ketika keretanya sudah berhenti di depan rumah sewa Fatin.

“ Maaflah awak, kalau dengan lelaki ni susah sikit saya nak percaya. Especially you. Dan terima kasih sebab sudi hantar saya.”

Zarief tersenyum kecil.

“ And I need to tell you something.”

Langkah Fatin yang baru hendak melangkah keluar terhenti. Dia berpaling semula memandang wajah tampan itu.

“ What?”

“ I love you.”




“ Siapa si cantik yang kau bawak pergi dinner hari tu?,” tanya Faizal yang sudah duduk di depan Zarief.

Zarief tersenyum sambil menjawab. “ Someone special.”

“ Habis tu Liza kau nak letak kat mana?”

“ Yang tu boleh blah.”

Faizal mengukir senyum di hujung bibir. Siapa yang tak kenal Zarief, spesis buaya darat sepertinya. Tukar perempuan macam tukar baju. Dah bosan buang ke tepi, ambik yang baru.

“ What’s her name?”

“ Fatin.”

Faizal angguk kepala. Cantik nama, seperti tuannya.

“ Ehem...kalau kau dah puas, bagi aku,” ucap Faizal dengan sengihan di bibir.

Terus berubah tegang wajah Zarief. Panas telinganya mendengar kata-kata Faizal sebentar tadi. Faizal pula terus hilang sengihannya. Tidak pernah-pernah dia melihat Zarief semarah itu. Sebelum disembur hidup-hidup, dia mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah dan beredar keluar.




“ Boleh tak kau aje yang pergi? Aku tak naklah, ini bukannya kerja aku pun,” rungut Fatin kepada rakan sekerja, Ila yang sedang menyusun fail-fail di atas meja.

“ Bukan arahan aku Fatin, tapi bos besar yang suruh. Pleaseee, lepas ni aku belanja kau makan sate.”

Pipi comel itu dicubit Ila lembut, siap dibuatnya gaya manja untuk menyejukkan hati Fatin yang tengah panas. Hello, siapa yang tak marah jika disuruh ke bangunan sebelah semata-mata untuk menghantar fail kontrak. Itu bukan kerja Fatin, itu kerja tea lady yang hilang entah ke mana. Setiusaha Fatin, Maisara pula cuti sakit.

Dengan wajah yang dibuat-buat ceria, Fatin menuju ke bangunan sebelah. Kuat hatinya mengatakan yang dia akan bertembung dengan Zarief hari ini. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Tetapi Fatin tidak mahu terus terbuai dengan perasaan sendiri. Zarief kan buaya darat!

Ting!

Fatin masuk ke dalam lif dan menekan butang 12. Belum sempat pintu lif tertutup, tiba-tiba tangan sasa menahan pintu itu dan sekaligus meyebabkan pintu lif terbuka.
Membuntang mata Fatin melihat sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya masuk ke dalam lif yang sama dengan senyuman paling manis. Terpaku dia seketika.

“ Hi sayang,” sapa Zarief.

Fatin mencebik. Walhal dalam hati sudah warna pelangi bila dipanggil sayang.

“ Nak ke mana ni? Bukan pejabat awak kat bangunan sebelah ke?”

Fatin diam.

“ Dah makan? Jom, saya belanja. Saya dengar awak suka makan durian.”

Fatin diam lagi. Di dalam hati tertanya-tanya sendiri, agaknya dari mana lelaki di sebelahnya ini tahu. Huh, tak lain tak bukan. Ila!

Melihatkan Fatin yang masih diam, tangan kanan Zarief naik mencubit lengan Fatin.

“ Ouch!”

Zarief tersenyum sumbing.

“ What the heck is wrong with you?!”

Fatin menggosok-gosok lengannya yang memerah. Sakit doh!

“ Ingatkan dah bisu tadi,” Zarief makin galak menyakat. Merah padam wajah Fatin di sebelah. Tampak makin cantik.

Sebaik saja pintu lif terbuka, terkocoh-kocoh Fatin keluar dari perut lif. Zarief gila agaknya. Boleh pulak main cubit-cubit. Kalau bukan mengenangkan yang dia menyimpan hati pada lelaki itu, sudah di flying kick nya Zarief.

“ Fatin.”

“ Apa lagi?”

“ Awak tak jawab lagi soalan saya. Will you be my girl?

“ No.”

“ Sure?”

“ Yup.”

“ Don’t lie Fatin.”


Lie apa ke bendanyer? Dah saya memang tak suka awak, nak buat macam mana?,” kata Fatin geram. Nak main paksa-paksa ni memang dia tidak suka.

Berubah terus wajah Zarief. Tadi ceria, kini bertukar sayu. Lama dia menatap wajah marah Fatin sebelum menguntum senyum nipis.

“ Saya dah faham. Sorry, lepas ni saya takkan ganggu awak lagi.”

Seraya itu Zarief melangkah meninggalkan Fatin yang terkedu. Bukan itu yang mahu dijawab sebenarnya. Sebab hati kata ‘Yes, I do!’. Sempat Zarief berpaling semula.

“ Pasal hutang kereta tu, tak payah risau. Anggap je dah settle.”

Hanya pandangan mata saja yang melihat Zarief semakin menjauh hinggalah kelibat lelaki itu hilang.

“ Cik, ni fail kontrak yang bos cik minta,” Fatin menghulurkan fail berwarna biru tua itu kepada gadis di kaunter depan.

“ Maaf, cik. Cik kena hantar sendiri sebab bos nak jumpa. Bilik bos kat paling hujung tu,” kata si gadis ramah.

Fatin hanya menurut. Leceh punya bos. Setakat fail ni pun nak aku hantar sampai atas meja dia. Rungut Fatin.

Saat dia mahu mengetuk pintu, membulat matanya melihat nama yang tertera di hadapan pintu. Zarief Ahmad.

Belum sempat dia berpatah semula, pintu dikuak dari dalam. Terjengul wajah kacak Zarief sambil tersenyum lebar.




Sudah seminggu berlalu. Zarief tidak menghubunginya. Fatin rasa resah. Jiwanya rasa tidak tenteram. Rasa rindu untuk menatap wajah kacak itu juga makin menggunung. Tiada lagi panggilan ataupun SMS dari Zarief.

“ Fatin, ni kenapa muka macam berak kapur ni?,” sapa Tina yang mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Fatin menjeling sekilas. Masih berkira-kira sama ada mahu menceritakan masalah hatinya pada Tina atau tidak.

“ Kenapa kau tenung aku semacam? Cerita ajelah, manalah tau kot-kot aku boleh tolong,” kata Tina lagi. Popcorn disuapkan ke dalam mulut sambil dia bersandar di dinding menghadap Fatin. Bersedia untuk mendengar.

Fatin tarik nafas panjang. Diceritakan semuanya pada Tina dari awal sampai akhir. Mahu tak terkejut Tina. Popcorn siap jatuh-jatuh lagi ke lantai.

“ Jadi sekarang apa yang aku patut buat, Tina?”

“ Tulah kau, jual mahal sangat. Bila orang dah lari baru dok tercari-cari,” sembur Tina.

“ Aku nak advice daripada kau babe. Advice. Bukan menyembur macam ni. Tahulah aku yang salah,” jawab Fatin. Kecil hati rasanya.

“ Okey. Okey. What if you go to his office and confront him. Buat macam ni.” Tina membetulkan duduknya. “Zarief, I’m sorry. Sebenarnya saya suka awak, tapi malu nak mengaku.”

Jaw dropped! Tidak terkata Fatin seketika.

How was it? Okey kan?” Tina tersenyum, terserlah lesung pipi sebelah kirinya dengan gigi putih yang tersusun kemas.

“ Okey kepala otak kau. Bunyi macam desperate semacam, tak ubah macam perigi cari timba,” balas Fatin.

“ Laa....habis tu? Okeylah, what if you try calling him? Or at least text him.”

Fatin berfikir lagi. Cadangan pertama langsung tak boleh pakai. Yang kedua pulak dia tak ada keberanian nak telefon. Dengar suara Zarief aje pun dia boleh terbua-buai sambil terbang melayang atas awan. The only way is to text Zarief!




Zarief senyum sampai ke telinga. SMS yang diterimanya dari Fatin membuatkan hatinya melonjak gembira. Menjadi juga taktiknya untuk menjauhi gadis itu. Dia tahu Fatin pun cintakannya. Sinar mata manusia tidak pernah menipu.

Zarief bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari biliknya. Dia mahu cepat ke bangunan sebelah. Ingin berjumpa dengan si cantik yang mendapat tempat di hatinya.

“ Cik Fatin ada?,” tanya Zarief pada Maisara, setiausaha Fatin.

“ Ada. Encik ada appointment dengan dia tak?” Maisara senyum.

“ Dengan tunang sendiri pun kena ada appointmet ke?”

Ternganga mulut Maisara. Mana tak terkejut, tiga tahun dia bekerja dengan Fatin. Tak pernah pulak dia dengar berita yang ketuanya itu sudah bertunang.

“ Ma..maaf encik. Kejap sa bawa ke bilik Cik Fatin.”

Zarief tersenyum lebar. Dia membuntuti Maisara menuju ke bilik Fatin.
Terlepas pen di tangan Fatin saat melihat muka Zarief muncul di depan pintu.

“ Awak. Buat apa kat sini?”

Zarief ketawa kecil. Wajah terkejut itu ditatapnya. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar. SMS yang dikirim Fatin dibacanya di depan gadis itu.

“ Hi awak. Apa khabar? Dah lama MIA, where have you been?

Panas rasa wajah Fatin ketika itu. Malu yang sudah tidak dapat diukur tahapnya. Ini semua cadangan Tina. Memang tak boleh pakai betul. Buat malu aku je. Gumam Fatin di dalam hati.

“ Do you miss me?,” tanya Zarief dengan sebelah kening terangkat. Bibirnya masih tersenyum lebar.

“ If I say yes?”

“ Then be my girl.”


Fatin tergamam. Memang lelaki ini terlampau straight to the point. Tak boleh nak cover-cover sikit!





“ Kenapa Zarief nak perempuan tu? Tak setaraf dengan kita. Liza kan ada,” marah Datin Zahlia pada anak terunanya.

“ Apa yang tak setarafnya mama? Kalau nak bandingkan Fatin dengan Liza, Fatin tu seratus kali lebih bagus dari Liza,” balas Zarief.

Cadangannya untuk berkahwin dengan Fatin ditolak mamanya mentah-mentah. Entah kenapa soal darjat dan harta yang menjadi isu utama. Kalau tak ada perempuan dalam dunia ni sekali pun, dia takkan kahwin dengan Liza.

“ Mama nakkan yang terbaik untuk Zarief. Perempuan macam tu nak kikis harta orang kaya macam kita ni.”

“ Apa guna karya harta kalau perasaan sayang tu tak ada mama?,” sindir Zarief.

Mama dan papa berkahwin atas dasar perniagaan semata-mata. Untuk mendapatkan anak lelaki yang akan mewarisi pernigaan papa yang gah sampai ke Jordan itu. Dan pewaris itu adalah dia.

Mama dan papa dilihatnya tidak pernah bahagia. Masing-masing tidak mesra, tiada masa untuk meluangkan masa sebagai satu keluarga seperti keluarga yang lain. Dia tidak mahukan perkahwinan seperti itu.

Dia mahu menjadi yang terbaik untuk bakal isteri dan anak-anaknya nanti. Mengecapi hidup berkeluarga yang normal yang diidamkannya.

“ Zarief, dengar cakap mama nak. Liza kan ada. Buat apa nak dibuat isteri perempuan macam Fatin tu? Mama tak berkenan langsung,” kata Datin Zahlia lagi. Kali ini dengan nada memujuk.

Zarief merengus kasar.

“ Zarief tak kisahlah mama setuju ke tak. Yang penting papa memang dah setuju. Mama suka ke tak, mama kena terima pilihan Zarief!”




“ Awak sayang saya tak?”

“ Sayang. Sayang sangat-sangat.”

Fatin tersenyum. Genggaman tangan lelaki itu dibalasnya erat.

“ Saya pun sayang awak. Kalau saya diberi peluang untuk hidup sekali lagi, saya akan tetap mencintai lelaki yang sama. Zarief Ahmad.”

Zarief turut tersenyum. Tangan gadis itu dibawanya ke bibir dan diciumnya lama. Husna Aida. Gadis yang berjaya mencuri hatinya, dan sekaligus memadamkan gelaran kasanova yang diberikan padanya.

“ Kalau Germany kalah malam ni, awak kena belanja saya,” kata Zarief.

“ Saya takkan belanja awak sebab Germany takkan kalah, Zarief.”

“ Jangan yakin sangat, sayang.”

Of course saya yakin. Baru petang tadi Podolski telefon, kata malam ni dia nak score satu gol khas untuk saya,” jawab Fatin selamba.

Meledak ketawa Zarief. Tina dan beberapa orang yang ada di situ juga tergelak.

Fatin ni memang boleh tahan gila bola. Lebih-lebih lagi musim World Cup 2010 ni, makin menjadi demam bolanya. Malam sanggup berjaga jadi kelawar jadian. Siang pulak tak ubah macam zombie yang kena paksa pergi kerja.

Sebutlah nama pemain bola sepak pasukan mana pun, semua dia kenal. Lebih-lebih lagi kalau pasukan Germany, favourite team gadis itu. Boleh-boleh pulak dia cakap Lucas Podolski telefon, siap janji nak hadiahkan gol bagai.

Bila Germany kalah dengan Spain di separuh akhir, Fatin menangis tidak berlagu. Payah juga Zarief memujuk. Tidak habis-habis Fatin menyalahkan Paul The Octopus yang memeluk bendera Spain di dalam akuariumnya.

“ Ni semua sotong tu punya pasal! Kalau saya dapat sotong tu, saya masak cili padi!”

“ Takpe, lain kali menanglah dorang tu. Cuma kali ni takde nasib.” Itulah ayat tetap Zarief untuk menyedapkan hati si gadis kesayangannya itu.

Hari ini pula, beria-ia Fatin mewarna kedua-dua belah pipinya dengan bendera Germany. Dengan dia pun diheret sekali. Germany bukanlah pasukan pilihannya. Baginya Spain yang pertama, kemudian Italy, barulah Germany.

Tetapi demi kekasih hati dia akur. Bak kata orang, ‘ anything for you dear.’


Tidak pernah terlintas di fikiran Zarief untuk menonton perlawanan bola dengan Fatin di tengah malam, duduk di depan TV di rumah gadis itu. Mujur ada beberapa rakan pejabat yang lain yang turut serta.


Yang menyokong Germany, duduk di sebelah kiri. Yang menyokong Uruguay pula di sebelah kanan. Seronok pula rasanya stay up beramai-ramai begini.

“ GOL!!!!”

Jeritan nyaring itu betul-betul di telinga Zarief. Bila dia menoleh, Fatin di sebelah sudah terlompat-lompat bersama yang lain.

Tubuhnya digoncang kuat.

“ Gol, Zarief! Gol!”




“ Kenapa awak buat macam ni, Fatin? Awak dah lupa ke semua janji kita untuk hidup bersama?,” tanya Zarief kasar.

Sakit hatinya apabila Fatin meminta untuk berpisah. Kasih yang disulam bersama berkecai di tengah jalan. Sampai hati Fatin! Patutlah Fatin mengelakkan diri daripadanya sejak sebulan yang lalu.

“ Maafkan saya, Zarief. Tapi saya rasa inilah yang terbaik untuk kita. Sebelum kita sama-sama terluka lebih teruk, ada baiknya hubungan kita sampai di sini saja,” kata Fatin perlahan.

Tajam pandangan mata Zarief menentang anak mata Fatin. Semudah itu Fatin memutuskan untuk berpisah. Hancur lumat hatinya.

“ Bagi saya satu alasan kukuh Fatin! Why?!”

Bayu lembut pantai yang menampar wajahnya langsung tidak dapat menenangkan hati yang sakit ketika ini.

Because I don’t love you, Zarief. Selama ni saya nakkan duit awak saja.”

Zarief terdiam. Rasa seperti dihempap langit!





“ Kenapa kau diam aje, Fatin? Aku sakit hati bila tengok kau macam ni,” Tina memeluk tubuh teman baiknya itu. Dibiarkan saja Fatin menangis di bahunya.

“ Aku tak nak tengok dia menderhaka, Tina. Apa gunanya dia hidup gembira dengan aku kalau restu ibu sendiri pun dia tak dapat?,” kata Fatin di dalam sedu-sedannya.

Tina mengeluh kasar. Betapa jahatnya Datin Zahlia! Sanggup menggunakan cara kotor untuk memisahkan Fatin daripada Zarief. Kalau dia Fatin, sudah dihamburnya marah pada Datin Zahlia yang bongkak itu.

“ Jadi apa kata Zarief?”

“ Dia setuju kami berpisah. Dan jangan cari dia lagi.”

Makin kuat tangisan Fatin kedengaran di cuping telinga Tina. Tubuh temannya itu dipeluknya makin erat. Sedih Fatin, sedih jugalah dia. Mereka berdua sama-sama membesar di rumah anak yatim sejak kecil lagi. Segala sedih dan gembira, suka dan duka dikongsi bersama.

“ Bersabarlah, Fatin. Anggaplah ini satu ujian untuk kau. Kau kena tabah. Ingat, Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar dan beriman. Doa banyak-banyak, jiwa kau akan makin tenang,” pujuk Tina.

Zarief dan Fatin. Bagaikan merpati dua sejoli. Berkepit ke sana ke mari tak ubah macam belangkas. Namun siapa sangka, percintaan yang baru mahu bercambah itu terhalang oleh hati kejam seperti Datin Zahlia, ibu Zarief sendiri.





Anak kecil itu berlari-lari anak mengejar bolanya yang dibawa angin pantai yang kuat. Entah di mana silapnya, anak kecil itu terjelepuk jatuh dan menyembah pasir. Kuat tangisannya menahan sakit di badan.

“ Kesian, sayang. Mari aunty tolong.”

Fatin mengangkat tubuh kecil itu yang masih menangis. Tangannya menepis pasir yang melekat di tapak tangan dan lutut si kecil.

“ Mama mana?”

Si kecil geleng kepala.

“ Papa?”

Jari comel itu menunjukkan ke arah sesusuk tubuh yang sedang menapak ke arah mereka berdua.

Bagaikan berhenti degupan jantung Fatin. Wajah yang begitu dikenalinya dan dirinduinya setelah sekian lama. Tajam pandangan mata itu memandangnya. Tiada senyuman langsung.

“ Mari sayang. Come to papa.”

Hampir terlepas tangan Fatin yang mendukung anak comel itu. Mujur lelaki di hadapannya ini cepat menyambar tubuh kecil itu daripadanya.

“ Kau buat apa dengan anak aku?,” tanya Zarief kasar. Terlopong Fatin. Anak Zarief rupanya! Dengan siapa? Liza ke? Dia berfikir sendiri.

Aunty ni kacau sayang ke?,” tanya Zarief pada anak kecil itu.

Si comel menggeleng. “ Tolong Fatin.”

Pap! Tubuh Fatin terasa seperti dihempap batu besar. Rasanya dia tidak salah dengar. Nama si comel itu sama dengannya. Fatin.

“ Kau buat apa kat sini? Intip aku ke? Bukan ke aku suruh kau jangan muncul depan aku lagi?”

Bertalu-talu soalan Zarief. Satu pun tidak terjawab oleh Fatin. Dia terlalu terkejut. Pertemuan yang tidak dirancang setelah dua tahun menghilangkan diri daripada lelaki itu.

Zarief merenung wajah cantik itu. Masih cantik seperti dulu. Tetapi tubuh Fatin nampak susut. Kurus tidak bermaya. Pipinya juga agak cengkung sedikit. Sinar mata cantik itu tampak pudar. Tak ubah macam orang sakit.

Fatin berpaling mahu melangkah meninggalkan dua beranak itu. Tidak sanggup mahu berlama. Pandangannya jadi kabur, air mata sudah bergenangan.

“ Bye bye.”

Langkah Fatin terhenti. Suara kecil itu menyapa telinganya. Perlahan-lahan Fatin menoleh semula ke belakang. Si comel melambai-lambaikan tangan ke arahnya, membuatkan Fatin turut terkedu.

“ Sayang, jangan lambai. Aunty orang jahat,” jata Zarief selamba. Tangannya memegang tangan si comel, menghalangnya untuk terus melambai pada Fatin.

Air mata Fatin gugur saat itu juga. Matanya tidak lepas dari memandang dua beranak itu yang sudah berlalu meninggalkannya. Zarief. Maafkan Fatin!





Zarief memeluk tubuh kecil itu yang sudah terlena di ribanya. Perlahan-lahan tubuh kecil itu dibaringkan di atas katil. Gebar tebal ditarik untuk menyelimuti tubuh Fatin. Tangannya naik mengelus rambut si comel.

Fatin Aida. Nama anaknya hasil perkahwinannya dengan Liza. Anak kecil yang sudah hilang kasih sayang daripada ibu kandung sekali. Dia terpaksa akur dengan kehendak mamanya.

Sebulan selepas berpisah dengan Fatin, dia berkahwin dengan Liza. Namun perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta itu tidak pernah bahagia. Liza tidak suci, Liza tidak pernah menghormatinya sebagai seorang suami. Liza juga tidak menyayangi anak yang dikandungnya ketika itu. Malah pernah cuba untuk menggugurkan kandungannya.

Selepas melahirkan Fatin Aida, Liza lari ke London mengikut lelaki lain. Dia tiada jalan lain kecuali menceraikan isterinya itu.

Dan hari ini, pertemuannya dengan Fatin membuatkan dia teringat kembali kisah cintanya dengan gadis itu. Fatin Aida. Tidak akan pernah hilang dari hatinya. Hanya nama itu yang bertakhta di hati, hinggakan nama anaknya juga diberi nama Fatin Aida. Sempena nama wanita yang dicintainya sepenuh hati.

Hingga kini dia tidak dapat mencari sebab mengapa Fatin sanggup menghancurkan hatinya. Gadis itu hanya mahukan duitnya. Bukan cintanya. Selama dia bersama Fatin, Fatin tidak pernah meminta. Tetapi dia yang melimpahkan segalanya pada gadis itu. Kasut, beg, pakaian, barang kemas, semuanya dibelikan untuk Fatin. Mesti Fatin sudah puas dengan semua itu, sebab itulah meminta putus dengan senang.

Zarief menghela nafas panjang. Sekejap lagi perlawanan bola akan bermula. Dia melabuhkan duduknya di sofa di tengah bilik. Remote tv dicapainya.

Euro 2012. Malam ini Germany akan menentang Greece. Argh! Germany. Kenangan bersama Fatin kembali menerpa. Kenangan menonton World Cup 2010 bersama gadis itu. Semalaman menconteng muka masing-masing dengan bendera Germany setiap kali perlawanan.

“ Saya harap saya akan dapat tengok World Cup dengan awak sampai hari tua saya.”
Kata-katanya pada Fatin dulu, yang tidak akan menjadi kenyataan. Wajahnya diraup kasar. Sungguh dia masih cinta! Tapi marahnya masih ada!





“ Kenapa datang cari aku?,” kata Zarief kasar.

Wajah pucat dan kurus di hadapannya itu dijamah sepuas hati. Jauh di sudut hati,terbit rasa kasihannya pada Fatin. Fatin jauh lebih kurus berbanding ketika dia terserempak dengan gadis itu di pantai sebulan yang lalu.

“ Saya datang nak minta maaf pada awak,” kata Fatin lembut.

Zarief merengus. Pandangannya dihalakan pada tingkap kaca di bilik pejabatnya itu.

“ Kau dah kahwin ke?”

“ Belum.”

Zarief tergelak sambil menoleh ke arah gadis itu. Fatin memandangnya dengan riak hairan.

“ Siapa yang nak kahwin dengan perempuan sekeji kau kan? Harap muka aje cantik, tapi hati busuk,jijik. Agaknya inilah balasan untuk kau. Entah-entah kau akan jadi anak dara tua.”

Fatin terkesima. Tidak terkata. Matanya tidak berkedip. Ingin menjawab tetapi tidak mampu. Lantas dia hanya berdiam diri, menerima setiap tuduhan Zarief dengan pasrah.

“ Keluarlah Fatin. Aku tak nak jumpa kau lagi. Dan tidak semudah itu untuk aku maafkan kau,” kata Zarief perlahan.

Dia melarikan pandangannya. Tidak mahu menatap wajah sayu yang dirinduinya itu. Takut andai dia berubah hati dan menarik balik kata-katanya.

Fatin bangun dengan hati yang tercalar teruk. Sempat dia berpaling untuk kali terakhir.

“ Maafkan saya, Zarief. Lepas ni saya takkan cari awak lagi. Satu benda yang saya nak awak tahu. Awak adalah kenangan terindah yang saya pernah ada.”

Zarief tunduk. Bila Fatin sudah menghilang dari biliknya, air matanya tumpah.





“ Nah! Ambik duit ni balik!”

Buku bank Fatin dilemparkan ke atas meja Zarief, betul-betul di hadapan lelaki itu.

“ Apa ni?,” soal Zarief hairan. Dibukanya buku bank berwarna kuning itu. Matanya membuntang.

“What is this?,” tanya Zarief sekali lagi.

“ Duit mak awaklah, siapa lagi. Mak awak tu yang busuk hati sebenarnya, bukan Fatin!,” suara lantang Tina menggegarkan ruang pejabat Zarief.

“ Apa...apa maksud awak?”

“ Tanya mak awak sendiri. Dia lebih tahu. Sebelum Fatin pergi, saya merayu pada awak untuk jumpa buat kali terakhir. Biarkanlah dia pergi dengan tenang selepas mendapat kemaafan dari awak,” kata Tina dengan rasa yang tidak tertahan.

Zarief kerut dahi.

“ Dia nak pergi mana?”

“ Nak pergi jauh. Sampaikan tak ada siapa pun yang dapat menghalang.”

“ Biarkanlah dia pergi. Saya pun tak teringin nak tengok muka dia,” kata Zarief perlahan. Egonya mengatasi diri.

Tina makin naik geram. Boleh tak kalau dia heret aje mamat ni pergi hospital? Mak dengan anak, sama aje!

“ Terpulanglah pada awak, Zarief. Kalau awak nak jumpa dia, cari dia di sini. Jangan lambat pulak, nanti menyesal tak sudah,” sindir Tina seraya meletakkan sekeping ertas di atas meja Zarief dan berlalu pergi.

Lama Zarief duduk termenung. Perkara yang dah lama, mungkin ada baiknya dia memaafkan saja kesalahan Fatin padanya. Buku bank tadi diambilnya semula dan ditenung lama.

“ Apa kaitan dengan mama?”, soalnya sendiri.

Tangan kemudian mencapai kertas yang ditinggalkan oleh Tina tadi. Membulat matanya melihat alamat yang tertulis. HKL? Sepantas kilat Zarief berlari keluar. Fatin!






Hanya tangisan Tina yang kedengaran. Zarief memandang wajah pucat itu sepuas hati. Tidak sangka inilah yang dimaksudkan oleh Tina padanya. Kenapa baru hari ini dia tahu? Air matanya menitis perlahan-lahan. Makin lama, tangisannya makin menjadi.

“ Fatin, bangun sayang. Zarief dah datang,” Tina berbisik ke telinga Fatin. Berharap agar teman baiknya itu membuka mata.

Tetapi hampa. Tubuh Fatin masih kaku seperti hari-hari sebelumnya.

“ Fatin, Zarief ada sini. Bangunlah sayang, Zarief dah maafkan Fatin,” kata Zarief di dalam tangisannya.

Mahu saja rasanya dia memeluk tubuh kaku itu. Betullah tekaannya, Fatin memang sakit sebelum ini. Terbit rasa sesal kerana tidak ambil kisah.

Sakit hatinya melihat tubuh Fatin yang dipenuhi wayar dan hanya bergantung pada mesin oksigen di sebelah gadis itu. Betapa seksanya keadaan Fatin ketika ini.

“ Bangun sayang. Zarief dah maafkan Fatin. Maafkanlah juga Zarief. Zarief banyak salah dengan Fatin.” Berulang kali Zarief menyebut ayat yang sama. Tina sudah menangis tidak berlagu.

Mata Fatin bergerak-gerak. Perlahan-lahan matanya terbuka. Tina dan Zarief sama-sama bangun dan mendekatkan wajah masing-masing ke arah Fatin.

Mata gadis itu merenung Tina lama. Kemudian jatuh pula pada wajah Zarief yang sudah basah lencun.

“ Maafkan Zarief, sayang. Jangan tinggalkan kami macam ni. Zarief dah maafkan Fatin. Bertahanlah sayang,” kata Zarief.

Fatin mengukir senyum nipis biarpun amat payah. Mata Fatin tertutup semula. Setitis air matanya gugur. Dan saat itu juga....

Titttttttt!

“ Fatin!!!”





Sayup-sayup kedengaran suara Zarief dan Tina membacakan Yassin untuk insan tersayang yang sudah pergi setelah menderita kanser payudara. Lama mereka berdua duduk menghadap kubur yang masih merah itu. Zarief mengalirkan air mata.

Hatinya sakit. Sakit dengan ibu sendiri. Yang sanggup mengugut Fatin agar meninggalkannya. Memberikan Fatin duit sebagai ganjaran, tetapi sedikit pun Fatin tidak sentuh. Fatin ditampar mamanya berkali-kali, dibelasah oleh orang upahan mamanya. Tidak sangka mama sekejam itu. Mahu sangat bermenantukan Liza, hinggakan kebahagiaan anak sendiri pun tidak dipedulikan.

“ Maafkan mama, Zarief. Mama tahu mama berdosa. Maafkan mama, nak.”

Rayuan dan tangisan Datin Zahlia langsung tidak terkesan di hatinya. Fatin menderita teruk kerana mamanya. Tidak akan semudah itu dia akan memaafkan Datin Zahlia. Tidak semudah itu!

“ Fatin suruh saya bagi ni pada awak.”

Sampul surat itu diambilnya dari Tina. Pecah empangan air mata Zarief. Gambar mereka berdua yang diambil ketika menonton perlawanan World Cup dua tahun yang lalu. Fatin tersenyum riang selepas meraikan kemenangan Germany menentang Uruguay untuk merebut tempat ketiga.

Pipi comel Fatin bercontengkan bendera Germany. Begitu juga dengan pipinya. Kegembiraan yang tidak terungkap ketika itu. Di belakang gambar itu pula ada tulian tangan Fatin.

‘ Kau kenangan terindah. Akan mencintaimu sampai nafas terakhirku.’





“ Papa, cepatlah. Bola dah nak mula,” jerit Fatin pada papanya yang baru menapak masuk.

“ Okey sayang. Papa dah datang ni. Fatin pun nak tengok bola jugak ke?.” Tubuh kecil itu diraihnya ke dalam pelukan.

Fatin mengangguk. “ Nak, sebab Fatin nak temankan papa.”

Zarief ketawa kecil. Fatin Aida, sanggup anaknya itu bangun tengah malam semata-mata untuk menemaninya menonton World Cup.

“ Fatin sokong team mana?”

Anak kecil itu berfikir sejenak sebelum bangun dan menuju ke arah skrin tv.

“ Fatin sokong yang ni.” Jari kecilnya menunjukkan ke arah pasukan yang berbaju putih itu. Zarief terkedu. Germany!

“ Mari sayang, duduk dekat papa. Papa pun sokong Germany.”

Anak kecil itu menurut kata papanya. Bingkai gambar dicapai Zarief. Gambarnya dengan Fatin Aida yang ditinggalkan oleh gadis itu padanya dulu.

Bergenang air matanya, kemudian jatuh membasahi pipi. Rindunya dia pada Fatin Aida. Rindu yang tidak tertahan. Jersi Germany yang tersarung kemas di badannya ditilik sekilas. Baju jersi yang sama yang dipakainya seperti di dalam gambar.

Rindu sangat kat awak, rindu sangat-sangat. Bisik hati Zarief. Tubuh anaknya dibawa ke dalam pelukan. Tuhan mengambil Fatin Aida yang dicintainya, dan memberikannya Fatin Aida si jantung hatinya.

“ Fatin akan temankan papa tengok World Cup sampai bila-bila tak?”

Anak kecil itu angguk kepala.

“ Fatin akan temankan papa sampai bila-bila.”

Zarief tersenyum. Fatin Aida, moga rohmu ditempatkan di antara orang-orang yang beriman di sana. Fatin Aida, kenangan terindah yang dia pernah ada. Cintaku padamu tidak akan pernah pudar biarpun kita ditakdirkan untuk tidak bersama.

Fatin Aida, maybe in another life you will be my girl.




28th june 2012, 11.40 pm
~~~ hidup ini tidak selalunya indah. kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Hargailah insan-insan di sekeliling kita dan maafkanlah sesama sendiri sebelum semuanya terlambat.




p/s : post party effect, demam euro yang semakin menjadi, demam USD yang tak habis lagi, so terhasillah cerpen yang tak seberapa ni ;) sila jangan bakar blog ye sebab ending tak seperti yang diharapkan ;) cik writer tgh mereng, so haruslah cerpennya pun sedih. ngeeee~~~~ drop komen kalau nak merapu meraban dengan emy;) by the way, mari sokong germany. kalau tak, takda entry baru! chewahhhh....acah je ;p love u all so much!