Sunday, August 14, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 13

BAB 13



           
Winter 2007....

            “YUHUUU!”

            Dara menjerit gembira sambil menggerakkan kaki dan tangannya di atas salji. Sedap aje baring kat atas salji, macam tilam empuk yang ada penghawa dingin sendiri.

            “Behave, Dara.”

            Dara buat tak dengar. Nak behave apanya orang tengah buat bentuk angel kat sini. Bukan selalu dapat buat macam ni, masa musim sejuk saja. Beberapa kali Dara menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya sebelum dia bangun.

            “Cantik!” Puji diri sendiri atas usaha keras membuat bentuk angel di atas salji. Puas hati dengan senyuman lebar di bibir. Tangannya menepuk-nepuk serpihan salji yang melekat di seluruh baju sejuknya.

            “Saya punya lagi hebat.” Aladin di sebelah tak mahu kalah.

            Dara mencebik. Cantiklah sangat bentuk angel yang macam patah sayap sebelah tu.

            “Tak nak balik Kursk. Nak stay lagi kat sini boleh tak?” Dara menghadap Aladin dan berpeluk tubuh. Tunjuk muka paling comel mana tahu kot Aladin cair hati tengok kekasih yang nak extend cuti. Lima hari di Amsterdam mana cukup. Kalau boleh nak tinggal sini lima bulan lagi.

            “Give me three main reasons why you wanna stay here.”

            1. Free to do illegal things.
            2. Cycling all day long, all you can.
            3. The views! Credits to the views around!

            Membuntang mata Aladin mendengar tiga senarai utama Dara.

            “Betul ni?” Aladin angkat kening.

            “Don’t judge me, Al. Stigma sungguh awak ni.” Dara kecilkan mata. Tak puas hati bila Aladin pandang semacam. Mesti Aladin fikir yang bukan-bukan tentang sebab pertama yang baru dia senaraikan.

            “All these are the things that you can do here but not in the US,” sambung Dara. Lengan Aladin ditarik untuk duduk di kerusi panjang di situ.

            “Banyak-banyak tempat kenapa nak bandingkan dengan US?” Aladin mencapai kotak rokok di dalam poket jaketnya dan dinyalakan sebatang.

            “Entah. Random. Selalunya dah set kat kepala apa-apa yang berkaitan dengan US adalah sesuatu yang grand. Yang hebat. Yang tak ada siapa boleh kalahkan. Macam perfect sampai tak ada tempat sehebat itu kat dunia ni. Easy saying. Sebut aje New York, semua akan ‘wow’ just because cerita Hollywood banyak kat New York and since that is one of the most expensive places in the world as well. Tapi kalau buka mata, ada lagi yang lebih hebat dari negara tu.” Panjang lebar Dara bercakap.

            Dia bukan anti Amerika. Nak kata dia benci lagilah tak. Cuma dia tak ada perasaan jatuh cinta dengan negara yang dianggap hebat itu. Mungkin Amsterdam tak sehebat New York. Malah Netherland mungkin tak popular macam Amerika. But Netherland is really amazing!

            “Will you come here again next time?” Aladin berpeluk tubuh. Amerika bukan di dalam senarai negara yang dia nak pergi. Tapi kalau ada peluang, nak juga menjejakkan kaki di sana, setakat untuk menambah pengalaman dan senarai negara yang dia lawati.

            “Yup. Harus!”

            Aladin senyum. Dara ni kadang-kadang macam budak kecik. Siap angkat tangan kanan macam tengah berikrar ‘Saya janji akan datang ke sini semula’.

            “Promise me you won’t try your number 1 and number 2 without me.”

            “Janji!” Dara tunjuk jari kelingking, nak twinky promise dengan Aladin.

            “Betul ni?”

            “Betullah!”

            Jari kelingking masing-masing bersatu seketika.

            “Jom. Main basikal.”

 Aladin memimpin tangan Dara menuju ke arah tempat letak basikal. Amsterdam bandar yang tenang. Kalau di tengah bandar memang tak ada bunyi hon yang bertalu-talu atau bau asap kenderaan yang annoying tahap tak tahu nak cakap apa. Tak payah berhimpit nak berebut masuk metro atau LRT bagai. Pendek kata, Amsterdam is one of the best!

“Nak datang lagilah tahun depan.” Dara senyum sendiri. Serius dah jatuh cinta dengan tempat ni. Kalaulah boleh pindah universiti, dah lama dia daftar nama kat pejabat MARA minta tukar negara.

“Come here only with me, Dara.”

“Kalau awak tak ada, then macam mana?” Pandangan mata mereka berdua bertaut seketika.
Aladin senyum. Susah nak jawab soalan Dara, kalah soalan Anatomy masa tahun pertama dulu. Genggaman pada tangan Dara semakin kejap.

“Saya tak dapat janji tapi as for now, I’m here with you.”

Sayang pada Dara? Melimpah ruah, bro.

Cinta pada Dara? Lebih dalam daripada lautan, lebih tinggi daripada langit.

Setia pada Dara? Yes for now.

Aladin tak nak menabur janji yang boleh buat Dara kecewa teruk andai jodoh mereka berdua tiada satu hari nanti. Walaupun niat hati nak kahwin dengan Dara, nak sehidup semati dengan Dara. Itu semua rancangan yang dia ada untuk masa depan mereka berdua, tapi Tuhan yang tentukan.

“Saya tak perlukan janji, Al.”

“Sebab tu saya tak pernah janji apa-apa dengan awak.”

“Tapi saya perlukan setia.”

Aladin terdiam. Genggamannya pada tangan Dara masih tak terlepas.

“I love you.”

Aladin tak nak berjanji untuk setia sebab takut tersalah langkah satu hari nanti dan menghancurkan kesetiaan Dara padanya. Namun tiga patah perkataan itu tak pernah jemu diucapkan pada Dara. Nak sebut tiga ratus kali setiap hari pun boleh.

“Me too.”

Kalau Dara, memang dia setia sampai bila-bila. Tapi tak pastilah kalau Aladin pun setia macam dia juga. Setakat ungkapan cinta tak cukup dan takkan pernah cukup. Sebab bagi seorang Dara Dahlia, cinta takkan lengkap tanpa setia.





ALADIN menghembus asap rokok. Berkepul-kepul mengalahkan awan kat atas langit. Asal bangun pagi, perkara pertama yang dia buat adalah merokok. Orang lain hadap kopi, dia pulak hadap Dunhill. Dah jadi rutin kot nak buat macam mana. Ini pun dah kira okey dia dah kurang merokok. Gigih juga sebenarnya niat nak berhenti tapi pelan-pelan lah. Dah bertahun-tahun merokok takkan boleh berhenti terus dalam masa satu hari.

“Awal bangun.”

Aladin menoleh dan tersenyum pada Dara. Tangan dilambai untuk mengarahkan agar Dara duduk di sebelah.

“Ingatkan awak pergi jogging.” Dara menguap besar. Mak aii kalau mak Aladin tengok perangai buruk ni mesti kena reject untuk dibuat menantu.

“Tak nak tinggalkan awak sorang.”

“Dorang tu semua kan ada.”

Dia dengan Aladin bukan datang berdua. Dian dan Kate pun ikut sekali. Sanjay dan 3K, termasuklah Andi dan Callie. Tiket musim sejuk untuk ke Amsterdam tahun ni murah, sebab tu semua berpakat nak pergi bersama.

Aladin tergelak kecil. Nak harapkan yang lain yang spesis tidur mati tu? Kalau UFO datang culik pun takkan ada yang sedar. 

“Dah okey?” Aladin tenyeh puntung rokok di atas ashtray. Masih tinggal lagi separuh tapi tak nak Dara jadi secondary smoker.

“Masih pening sikit.”

“Dah tahu rasa dia macam mana kan, so cuba sekali dah cukup.”

“Janji takkan cuba lagi. Boleh tahan kick lah, kepala pun masih pening lagi.” Dara memicit dahi.

Aladin senyum senget. Absinthe tu Dara, what do you expect? Semalam Dara beria sangat nak cuba minuman yang mengandungi 70% kandungan alkohol tu. Satu kali teguk aje Dara dah berada di awang-awangan. Lepas tu pengsan sampai ke pagi. Tu yang muka pagi ni macam hangover tak ingat dunia.

“Hari ni nak cuba apa pulak?” Dara sengih sambil berpeluk tubuh.

“Say what?” Mata Aladin membulat.

“Amsterdam is the only place where you can do anything.” Dara buat muka comel.

Aladin hela nafas panjang. Dia merapatkan duduk menghadap Dara.

“What would you do without me, Dara?” Rambut Dara berjuntai di dahi diselak ke belakang. Risau dengan perangai Dara kalau dia tiada di sisi.

“Saya takkan buat semua ni tanpa awak, Al.”

Okey. Aladin berdehem. Payah nak mulakan sesi kaunseling dengan Dara kalau macam ni. Sebelum tu, nak senaraikan kerja gila yang Dara dah buat dengan dia di sini.

1. Clubbing sampai ke pagi.
2. Smoking pots.
3. Heineken brewery.

4. Meredah Red District.
5. Jom cuba-try-Absinthe.

Itu baru top 5, belum masuk lagi part yang lebih up lagi daripada itu yang tak rasanya tak perlu lagi disenaraikan. Nak cerita sedikit tentang Dara kekasih intan payung yang dia sayang sedalam lautan ni.

Kalau bunga, Dara adalah kaktus.
Kalau bahagian pada pokok bunga, Dara adalah duri.

Pendek kata, Dara adalah lain daripada yang lain. Rare tahap tak tahu nak cakap. Nak kata dari Pluto, tempat lahir Dara dalam surat beranak bertulis Hospital Kuala Lumpur.

Dara berani mencuba. Tak kisahlah benda tu bahaya tahap nak berfikir dua puluh lima kali atau tak ada orang sanggup buat sebab horror sangat ke. Tapi untuk Dara, dia ada moto sendiri ‘I dare to try’. Sebab moto pelik tu lah Dara dah cuba macam-macam benda. Dia pernah tanya Dara soalan paling susah di muka bumi.

‘Kenapa berani sangat buat semua ni?’

Jawapan Dara senang dan logik jugak.

‘We live once, Al. So just do whatever you want, just try whatever you dare.’

Dara bukan calang-calang gadis. Bukan jenis yang cakap banyak tapi tak berani buat. Dan keistimewaan Dara itulah yang buat Aladin betul-betul jatuh cinta dengan Dara.

“Saya sayang awak. Kalau boleh saya nak di sisi awak sampai bila-bila. End of life? I will but I can’t promise sebab bukan kita yang tentukan jodoh. Tapi what if one day saya tak ada dengan awak, siapa nak jaga awak?” Kepala Dara diusap lembut.

“Awak kan Superman saya. You will be around.” Dara senyum.

Alahai innocent nya si cantik. Aladin senyum nipis. Dara selamat sebab Dara dengan dia. Itu pun payah dia nak menahan rasa. Common sense, bro. Lelaki straight macam dia kalau tak pandai kawal diri dah lama Dara bunting. Berkepit ke hulu ke hilir, 24 jam tengok batang hidung masing-masing. Serius menguji tahap keimanan dia yang cetek dan nipis tahap kulit bawang ni.

“I cant be your Superman forever.”

Wajah Dara berubah mendung. Pandangan menala semula pada Amsterdam di depan mata.
“Janganlah cakap macam tu. Masih nak datang sini dengan awak. Banyak lagi benda saya nak ulang balik. Dengan awak.”

Specifically with you...Ali Aladin. Tak pernah bayangkan hidup dia tanpa Aladin. Tu masuk kategori nightmare, okey. Mintaklah jauh-jauh, serius tak nak berdiri sendiri tanpa Aladin.

“Pergilah tempat lain. Nak datang balik ke sini buat apa? Smoking pot lagi?” Kening Aladin terangkat. Tahap kenakalan Dara ni kadang-kadang boleh tahan umph.

“Bukanlah. Banyak lagi boleh buat apa. Cycling around the town. Malam-malam. Dengan awak” Dara sengih sendiri. Esok dah nak balik semula ke Russia, rasa macam tak puas aje duduk lima hari kat sini.

Pecah ketawa Aladin. Ayat tersirat Dara nak menggambarkan perkataan romantik tapi tak berani cakap 'lurus', jadi 'bengkang-bengkok' pulak.

“I love you till bits, pretty.” Aladin usap pipi Dara sebelum bangun ke arah balkoni.

Nak ‘snap’ dulu pemandangan indah bandar ni lepas tu simpan elok-elok dalam kotak memori supaya tak lupa. Manalah tau ini kali terakhir datang ke sini dengan Dara. Manalah tau lepas ni takkan ada peluang lagi bersama Dara. Manalah tau kan....

“Sayang awak juga.” Dara senyum sampai telinga. Dia bangun dan berdiri di sebelah Aladin.

Okey, tarik nafas dalam-dalam. Hembus. Lepas tu tarik lagi. Toleh Aladin di sebelah, Aladin tersenyum memandangnya.

Ready...one, two, three!

“Al, I love youuuuuuuu!” Penuh semangat Dara menjerit dari balkoni hostel tempat mereka menginap. Konon nak bagi dengar satu Amsterdam.

Pecah ketawa Aladin. Tangan didepakan dan tubuh Dara dibawa ke dalam pelukan. Indahnya dunia bila bersama Dara. 

Dear Dara, 
Andai memang kita berjodoh,
Sayalah orang paling gembira di dunia. 
But dear Dara, 
Andai jodoh kita tiada,
Jangan kecewa sebab bermakna Dia ada pilihan yang lebih bagus untuk awak.



 p/s : dah puas baca? ;) ku tengah gigih nak edit sana sini, bear with me dear darlings! Terima kasih atas sokongan yang tak pernah putus. Hugs!

Sunday, August 7, 2016

Kisah kita

CERPEN : KISAH KITA




SORRY, darling. Busy tadi, tak sedar ada WhatsApp masuk.”

No hal.”

Nabilah jawab sepatah sahaja, malas nak bertanya lebih. Pergi ke mana, kenapa lambat, keluar dengan siapa bla bla bla...serius tak nak tanya. Sebab jawapan sang suami cuma satu, ‘kerja di pejabat banyak sangat’.

Ala, samalah macam situasi dia juga. Shahrul tak pernah bertanyakan banyak soalan. Paling tak pun soalan Shahrul cuma ‘hospital sibuk sangat ke?’ dan jawapan standard yang dia berikan, ‘workload di hospital banyak sangat’.

Cup!

Kucupan hinggap di dahi Nabilah. Dia jeling sekilas Shahrul yang sudah mengambil duduk di sofa sebelah. Kalau ketika mula-mula berkahwin dulu, ciuman Shahrul singgah di bibir. Tapi kini?

            Bosan...
Dah tak cinta...
            Sayang semakin pudar...

            Itukah yang terselit di hati suami? Takkan baru setahun berkahwin cinta Shahrul dah beralih arah kot..

            “Esok saya outstation. Tinggal dengan Mommy dulu ya? Saya tak nak awak tinggal sorang-sorang di sini.” Shahrul pandang wajah cantik isteri yang tampak macam tak ada mood. Ikut hati memang malas nak pergi esok tapi dah nama pun atas urusan kerja, dia terpaksa tinggalkan Nabilah sekali lagi. Dah berkali-kali pun sebenarnya.

            “Hah? Esok? Pergi mana?” Nabilah tarik muka tak senang. Damn! Baru nak ajak Shahrul pergi ‘maracoon hunting’.

            “Phuket.”

            Mata Nabilah membulat besar. Where on earth?? Bisnes apa yang nak dibuat di Phuket sana? Seludup chicks ke?

            “Berapa lama?” Suara Nabilah perlahan sahaja. Tak syoklah tanpa teman setia di sisi kalau macam ni.

            “Dua minggu.”

            “Hah??” Mulut Nabilah melopong. Lama siot business trip Shahrul kali ini.

            Takkan aku nak tinggal di rumah mertua dua minggu...

            Damn!




            NABILAH senyum sampai ke telinga. Wajahnya terasa berseri-seri sejak semalam. Hati ceria bak pelangi, mood pun sentiasa ‘on’ tanpa ‘off’. Kalau boleh dia nak terbang ke Phuket sekarang juga untuk bertemu dengan sang suami tapi dia sabarkan hati. Oh please do not let your excitement spoils the moment.

            “Cik kak, senyum-senyum apa cerita?” Joanne mengambil tempat di hadapan kaunter. 
Sekarang bukan waktu melawat, tak kisahlah nak bertenggek di kaunter macam dia. Lagipun hujung minggu begini, memang ada terselit sedikit aura malas. Tambahan pula dah habis morning rounds, tinggal nak balik sahaja lagi. Untunglah sebab primary team seperti dia dan Nabilah, tak banyak kerja nak settle.

            Nabilah mencebik. Minah ni memang tak boleh tengok dia duduk senang.

            “Tak sabar nak tunggu Shahrul balik.” Nabilah berterus-terang.

            Baru seminggu berjauhan dari Shahrul sudah terasa bagaikan setahun. Dahlah Shahrul jarang berbalas WhatsApp. Apa sibuk sangat dengan urusan kerja di pulau seberang sana?

            “Sabarlah cik kak, setakat dua minggu tu tak lama mana. Nanti Shahrul balik kau boleh lepas rindu puas-puas. So buat masa sekarang, kau puasalah dulu.” Joanne bernada mengusik sambil tersengih.

            Pap! Tamparan hinggap di bahu Joanne.

            “Ouch!”

            “Ni lah pengaruh negara barat kat budak macam kau ni. Otak kuning tak hengat.” Wajah Nabilah bertukar serius. Ingat dia gersang sangat ke?

            “Singa perempuan ni.” Joanne menggosok bahu kanannya. Sakit cik kak. Selamba saja Nabilah labelkan dia sebagai ‘budak’. Hello babe, umur mereka berdua sama sahaja. Bezanya Nabillah sudah bersuami, dia pula masih belum berpunya. Tapi tak terasa hati pun sebenarnya dengan tamparan Nabillah, dia tahu temannya itu marah-marah sayang pada teman yang sehati sejiwa sepertinya.

            “Behave la sikit, Jee. Kau tu kejap lagi dah nak jadi makcik.”

            Rolling eyes. Aku punyalah muda macam ni naik pangkat jadi makcik? Tolong sikit...namun beberapa ketika kemudian Joanne tersedar satu perkara. Matanya membulat memandang wajah Nabilah yang senyum tanpa henti dari tadi.

            “Did you just get your UPT result?” Joanne bertanya.

            Nabilah angguk kepala dan senyumannya semakin lebar.

            “It was positive.”

            “Oh maiiii...” Joanne menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan.

            Nabilah is a mother to be. And I am an aunty to be...Say yoohooo!




SHAHRUL hembus nafas panjang. Pandangannya dilontarkan ke arah rumah jiran di seberang sana. Jiran menang loteri kot, tak pun durian runtuh. Renovate rumah sampai dah nampak macam istana.

"Abby, saya nak kita berdua...bukan bertiga," tenang suara Shahrul.

Nak kata dia gembira dengan berita Nabilah yang berbadan, tak juga. Nal kata dia kecewa, so-so sahaja.

It was positive.
Good for her.
Bad for me.

Dia masih belum bersedia untuk menjadi ayah. C'mon lah, umur baru 29 tahun buat apa nak ada anak dulu. Mommy dan Daddy pun tak pernah bising pasal cucu. Tapi Abby....

Dia pandang wajah Nabilah di sebelah. Tak lagi ceria. Dah tak semanis sebelum ini.  Tak payah diagak, sang isteri kecewalah tu. Sorry darling, tapi lantaklah. Kadang-kadang perlu 'kejam' sedikit dengan isteri baru Nabilah ikut telunjuknya.

"That is against my oath, Shah."  Nabilah lawan pandangan Shahrul.

Adakah Shahrul terlupa pekerjaan isteri sendiri?

Doctor = Hippocratic oaths
1. Do no harm.
2. And the list goes on...

“Give me 10 reasons why you don’t wanna have babies, Shah.”

“Don’t act innocent, darling. I’m sure you can think of hundreds of reasons.”

Nabilah mengeluh. Malas nak berdiri dengan Shahrul di balkoni bilik, dia berpaling mahu masuk ke dalam bilik tidur. Shahrul takkan faham dengan kehendaknya. Namun langkahnya terhenti bila lengan kanannya ditarik suami lembut.

“Nak ke mana? Kita tak habis lagi.”

Nabilah diam beberapa saat. Suara memujuk sang suami takkan mampu memujuk hatinya yang kecewa.

“I can’t think of hundreds of reasons, Shah....”

Bila Nabilah menarik lembut lengannya, Shahrul lepaskan genggamannya dan membiarkan saja Nabilah memasuki pintu balkoni.

Dear Shah, saya hanya mampu memikirkan satu alasan untuk itu...

Kita berkahwin bukan atas dasar cinta...




NABILAH HUSIN
Nabilah tersenyum ke arah sebuah keluarga kecil yang berdiri tidak jauh daripadanya. Ayah. Ibu. Anak. Sebuah keluarga yang lengkap dan sempurna di matanya. Sesekali terdengar mereka bergelak ketawa.

Wish we were like them...

Nabilah lontarkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Laut China Selatan di hadapan sana tampak sangat luas dan secara tak langsung mendamaikan hatinya yang diulit sedih.

Rindu pada suami...
Rindu pada anak....
Dia kehilangan kedua-duanya. Shahrul memberikannya dua pilihan dan dia hanya diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya.
1. Shahrul
2. Baby
Say no to abortion. Say no harm. Hippocratic oaths in mind. Tapi Shahrul takkan faham...
Dear ex-husband,
Abortion : Against love and humanity.



SHAHRUL AZHAR
Shahrul menghembus asap rokok. Ni dah batang yang ketiga untuk malam ini. Memang gaya orang yang tak sayang paru-paru. Rancangan di tv langsung tak menarik perhatian. Remote tv dicapai, cuba mencari siaran yang boleh ‘layan’ sedikit.

AFC.

Ah...asal tengok AFC teringatkan bekas isteri. Nabilah Hussin....dah dua tahun kot tak berjumpa dengan Nabilah. Selepas Nabilah keguguran, mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah cara baik. Nabilah salah sangka, berkahwin bukan atas dasar cinta tak bermaksud dia tak cinta. Dia akui pilihan keluarga adalah yang terbaik. Cuma dia tak teringin nak ada anak buat masa sekarang. C’mon la, kalau isteri memilih kandungannya berbanding suami sendiri haruslah ego tergugat dan tinggi melangit. Hence I let you go for good...

Dear ex-wife,
Love and humanity can live without each other = Abortion.


Pemikiran dan pandangan kita berbeza. Dan bila kedua-duanya vice versa, kita takkan berada di landasan yang sama.

-TAMAT-




 p/c : what if I compile my short stories altogether? Then kita simpan sama-sama buat kenangan ;) Hope you all enjoyed reading dearies! Cuma cerita pendek untuk asah balik semangat nak menulis. Feel free to drop by in my inbox kalau ada sebarang pertanyaan ya. Daku akan cuba aktif semula macam dulu. Love loads! 

Saturday, August 6, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 12

BAB 12



TARIK nafas. Hembus pelan-pelan. Ulang balik benda yang sama untuk kali yang ke dua ratus tiga puluh tiga. Serius Dara dah letih tahap gaban, kalah orang marathon 15km.

"That's it, Dara. Good. Good. Try harder."

Dara berpaling pada Aladin yang duduk di tepi kolam. Chewah! Sedap aje bersantai kat situ. Yang dia kat dalan air ni macam kena seksa pulak, boleh fight dengan latihan yang tentera biasa buat kat dalam hutan sana.

"Al...tak larat." Tak kesian ke tengok dia yang dah nyawa-nyawa ikan kat tengah kolam renang ni. Hanya pelampung berbentuk kepala dinasour ni aje tempat berpaut. Ulang balik....pelampung berbentuk kepala dinasour. Gila sadis!

"You can do it, Dara. A bit more. Pelan-pelan sampai awak bergayut kat tepi kolam."

Fuh! Apa yang you can do it nya Aladin  oi...tang dari tadi Dara cuba gerakkan kaki di dalam air. Pergerakan dia cuma 30cm sejam.

Menyesal setuju dengan idea Aladin nak bawa dia ke theme park untuk belajar berenang. Bila fikir balik....who would learn how to swim in a theme park? Budak-budak Russia siap gelak tengok gaya dia yang cuba nak survive ni dengan bantuan pelampung kepala dinasour.

Sampai satu masa, Dara dah betul-betul tak larat.  Nafas terasa sangat berat. Tangan kanan melambai ke arah Aladin, isyarat meminta tolong.

Aladin tergelak kecil. Dara...Dara...kena push sikit dah tak tahan. Dia melompat masuk ke dalam kolam dan seketika kemudian Dara sudah dibawanya ke bahagian tepi. Terkial-kial Dara memanjat naik ke tepi. Siap buka lagi pelampung kepala comel tu dari badan.

“How was it?”Aladin mengambil tempat di sebelah Dara. Kesian juga tengok bibir si cantik terketar-ketar, barangkali menahan sejuk.

Felt like shit, though. Berendam kat dalam air selama 2 jam. Siap kena paksa pakai kepala dinasour yang hodoh ni. Here. Here. Tengok ni. Sampai berkedut kulit jari saya. Seksa sungguh.” Panjang lebar Dara kompelin. Siap tunjuk hujung jari jemari yang pucat dan berkedut. Bercakap pun putus-putus, penat okey.

Terhambur ketawa Aladin. Tapi terpaksa control ketawa bila wajah Dara bertukar cemberut. Kepala Dara diusap lembut.

“You are so attractive, Dara.”

Dara sangat menghiburkan hati. Dalam terpaksa, Dara sebenarnya bersungguh-sungguh. Cuba banyak kali biarpun badan Dara masih tak dapat terapung sendiri. Tak berputus asa biarpun dah macam satu gelen air termasuk ke dalam hidung Dara. Kiranya tinggi juga cita-cita Dara untuk belajar berenang.

“Yeah right. Which part of me is attractive? This horrible swimming suit or this crappy dinasour head?” Dara kelip-kelip mata.

Pecah lagi ketawa Aladin.

Swimming suit awak okey apa. Comel. And pelampung tu adalah yang paling cantik masa saya beli kat kedai.”

Say what?! Bulat mara Dara.

“Al, taste awak teruk doh.”

“Kalau teruk, saya takkan pilih awak Dara.” Aladin kenyit mata.

Dara mencebik. Ayat...cintan cintun sungguh. Matanya beralih pada gelungsur air di hujung sana.

“Jom main sliding.” Jari telunjuk Dara terarah pada gelungsur air yang dimaksudkan. Dari tadi menyimpan hajat nak ikut orang Russia yang terjerit-jerit menuruni gelungsur air. Macam best!

“No. Not until you know how to swim.”

Rolling eyes. Dara mengeluh. Kalah pemerintahan kuku besi. Matanya melekat pada wajah Aladin di sebelah. Nak main gelungsur air tu yang tak pandai berenang pun boleh apa.

“Al, saya datang jauh ke sini nak ambik degree. Medical degree. Bukan nak dapat lesen berenang.”

“Bukan saya suka-suka nak suruh awak belajar berenang.”

“Then?” Dara masih tak puas hati.

“In case if anything happens in future and I'm not around, you still can survive.” Aladin lawan pandangan mata Dara.

Kalau dia tak ada, Dara masih mampu selamatkan diri. Dara masih mampu berenang sendiri sampai ke tebing.

“Bukan macam hari tu. Kalau saya tak ada, there would be other people that will come and save you but if so happen semua tak pandai berenang masa tu, siapa yang sanggup terjun tolong awak?” Aladin bagi worst case scenario.

Lama Dara diam. Pandangannya kalah dan beralih semula pada kolam kecil tak jauh dari kolam besar tempat mereka berdua.

I don't want all that to happen. Saya nak awak sentiasa dengan saya. So kalau tak pandai berenang pun tak apa.” Perlahan suara Dara. Macam berbaur sedih la pulak. Gaya Aladin bercakap macam Aladin takkan bersama dia sampai ke akhir. Dah terbiasa ada Aladin di sisi. Kalau Aladin tak ada satu hari nanti, tak pasti kalau dia boleh survive sendiri.

Aladin senyum nipis. Kepala Dara diusap lagi.

“Jangan sedih la. Macam budak kecik. As for now, I stay by your side.” Aladin tak nak Dara fikir yang bukan-bukan. Dia bukan jenis yang main-main kalau dah terpaut hati. Mereka berdua boleh merancang, namun Tuhan yang tentukan.

“Jom. Sambung berendam. Jap. Jap. Kenapa awak boleh jatuh dalam tasik minggu lepas?” Dah lama nak tanya Dara, tapi tak ada peluang.

Dara berdehem. Kaki menyepak air berkali-kali.

“Tergelincir.”

“Yea, I would believe that Dara.”

Ouch! Dara sengih. Jadi nak dia cakap terus-terang? Yang dia dengan Sasha berlawan mulut? Lepas tu Sasha selamba ayam tolak bahunya sampai dia terjatuh? Nope! Kang Aladin lancarkan perang besar lagi naya.

“Jom berendam.” Dara tukar topik. Pelampung dinasour disarungkan semula ke tubuh. Huh...please la. Kalau bukan sebab Aladin, tak adanya dia confident pakai binatang pelik ni.

“Maafkan dia, Dara. Try to forgive and forget.” Aladin terjun masuk ke dalam kolam. Tangannya dihulurkan pada Dara. Dia dah tahu cerita tentang Dara dan Sasha, cuma nak dengar dari mulut Dara sendiri. Tapi bila Dara cuba mengelak dan tak nak ungkit semula, dia pun tak paksa.

Dara terdiam. Cakap ya pun tak. Geleng kepala pun tak. Cakap memang senang, Al. Tapi nak buat tu sangatlah susah. Dia akan cuba. Sekurang-kurangnya ada input yang dia pelajari dari Aladin biarpun Aladin jenis yang bertanduk. Huluran tangan Aladin bersambut. Masuk saja ke dalam air....mak aiiiii sejuk.

“Pegang sini. Naikkan kaki awak. Then cuba terapung. Jangan risau. Saya support badan awak.” Aladin dah bersedia di sebelah. Bersemangat nak ajar Dara.

Okey...Dara ikut saja. Bukan main kuat dia menyepak air.

“Dara. Saya suruh awak tolak, bukan sepak.” Aladin terpaksa berpaling ke arah lain. Basah lencun muka terkena tempias sepakan Dara.

“I'm trying. I'm trying.” Tengah gigih okey. Terasa lebih yakin bila ada Aladin di sebelah.

“Nasib baik awak tak berat, Dara. Nak support pun senang.”

“Meaning?”

Aladin sengih. Tengok bentuk tubuh Dara pakai swimming suit memang buat dia terliur. C'mon, memang jenis lelaki tak lurus kalau tak goyah dengan penampilan Dara. Dia yang sedang menyokong tubuh Dara kat sebelah pun banyak kali menahan. Tapi nak redah Dara? Nahhhh...Dara mesti preserved buat masa sekarang. Kalau Dara sah jadi isteri, dia jamah sampai tubuh Dara layu pun tak apa.

“Lelaki memang gatal.”

Pecah ketawa Aladin.

“Say whatever, Dara. I love you anyway.”



SASHA menolak troli yang disorong. Dari jauh matanya tertacap pada sepasang kekasih yabg berdiri menghadap bahagian buah-buahan.

Ali Aladin. Nama unik macam orang dia jugak. Pakej memang jenis yang dia suka.

Dara Dahlia. Nama pun unik. Orang dia? Erm...kalau mula-mula dulu dia anti tahap 'aku benci kau'. Sekarang?  Nak minta maaf pun malu. Nak berjumpa memang taklah. Berganda-ganda malu. Kalau teringat kisah minggu lepas, berkilo-kilo rasa bersalah pada Dara. Kisah di tepi tasik di hujung bandar mana boleh lupa.

“Kenapa datang sini?” Elok sangat tanya soalan begitu pada Dara.

“Bukan urusan awak. And saya tak kacau awak.”

“Huh...kurang ajar sungguh jawapan. Datang sebab Al, kan?”

Kesabaran dia pada Dara adalah lebih nipis daripada kulit bawang. Lagi sakit hati bila Dara dah mula rapat dengan Aladin. Dia yang cuba nak bergesel dengan Aladin tak kena layan, yang perasan hebat macam Dara juga yang Aladin nak.

“Saya datang nak picnic, Sasha. Bukan scan jantan macam awak.”

            Sakit hari tahap tak tahu nak cakap apa bila dengar mulut lancang Dara menuduh begitu. Pada mulanya memang nak tolak tubuh Dara tapi tak pernah terlintas pun untuk tolak Dara sampai jatuh ke dalam tasik. Nasib baik Dara selamat. Kalau tak, serius dia akan menyesal seumur hidup.

            Sasha berjalan ke arah Dara dan Aladin yang sedang memilih bawang besar di bahagian sayur. Kalau dah bersalah, terpaksa beranikan juga diri untuk berdepan dengan Dara.

            “Hai.”

            Dara dan Aladin menoleh serentak. Wajah Dara dah mula berubah. Ditoleh Aladin di sebelah. Aladin tampak selamba.

            “Hai. Sorang?” Aladin mesra alam macam biasa. Dara di sebelah diam saja. Siap tunduk semula untuk memilih bawang merah di dalam bakul besar.

            “Ya. Nak bercakap dengan Didi kejap.” Sasha berterus-terang. Gaya Dara memang tak nak melayan tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya dia mencuba.

            “Not now. Al, jom.” Dara tarik lengan Aladin.

            Mood jatuh teruk bila tengok muka Sasha. Kalau setakat nak minta maaf pasal kejadian yang hari tu, dia masih tak bersedia untuk memaafkan Sasha. Itu pun kalau Sasha meminta maaf. Knowing Sasha....yang tak pernah mengaku kalah atau salah.

            “Dara. Listen to her. One minute.” Aladin genggam tangan Dara.

            Okey dah ni Sasha nak minta maaf. Bercakap cara baik dan bukan menjerit-jerit kat tengah pasaraya macam ni. Kalau tengok riak wajah Sasha, memang tergambar rasa bersalah dan kasihan. Tapi kalau tengok wajah Dara, muka kekasih hati memang no mercy buat masa ini.

            Kening Dara berkerut. Pandangannya tajam melawan pandangan Aladin. Kenapa nak bagi muka pada Sasha pulak?

            “Didi, sorry about that day” Sasha ikhlas meminta maaf.

            Kalau Dara nak membenci, dia tak boleh buat apa.

            Kalau Dara memang dah tak suka, dia tak boleh paksa.

            Kalau Dara tak nak jadi kawan, dia terpaksa terima.

            “You are wrong if you think that I can forgive you, Sasha. Not for now and....”

            “Dara....” Aladin pintas ayat Dara. Kenapa dingin sangat? Kira okey apa niat Sasha.

            Dara pandang Aladin tajam.

            “Kalau saya lemas hari tu, I don’t think you can be this cool to her Al.”

            Dara menepis genggaman tangan Aladin dan melangkah pergi.

            Urgh! Dia tahu apa yang dia buat adalah salah. Tapi maaflah...hati masih belum terbuka untuk memaafkan.,,



p/s : Tadaaaaa....marathon 3 chapters dah habis sampai di sini;) Sorry yang teramat, kira memang nak update selalu tapi daku selalu tak cukup 24 jam sehari :( Enjoy reading dearies! And millions of sorry tak reply komen yang berjela, but I read all of them and really appreciate semua ;) Love loads!