Friday, November 30, 2012

Mama Mia Shaza 4


     PAGI Khamis yang agak tenang. Tak ada mesyuarat penting, tak payah entertain client yang leceh macam Mr. Park minggu lepas. Boleh kira goyang kaki lenggang kangkung Syazwi Ilman pagi ini. Matanya merenung fail biru yang terpegang di tangan.
‘Maya Laila binti Arshad. 24 years old. University of Sheffield (graduated Year 2012). Degree in Chemical and Biological Engineering.’
Syazwi terdiam. Mak singa rupanya lepasan luar negara. Patutlah balik dari UK hari tu beg sampai empat buah. Syazwi baca lagi. Bawah dan terus ke bawah. Status Maya yang paling menarik hatinya.
Single mother.
Dia diam sejenak. Berfikir.
“Single mother,” ulang bibir nipis itu. Bermaksud tanpa suami. Mana suami Maya? Bercerai? Dah meninggal?
Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Lagak seperti sedang berfikir. Usia semuda Maya, takkan seawal itu menjawat pangkat ibu tunggal?
     Syazwi mengangkat punggung. Langkahnya diatur keluar dari bilik pejabatnya. Mencari–cari kelibat Maya di antara staf–staf  yang sedang tekun membuat kerja. Di dalam hati sempat memuji, semua staff Cendera Science Consulting ni rajin–rajin belaka. Hinggakan bila dia berdiri di tengah–tengah pejabat besar itu pun tiada siapa yang sedar, kusyuk sangat dengan kerja masing–masing. Nanti hujung tahun patut diberi bonus dua bulan gaji okey tak?
     “Cari siapa bos?”
     Syazwi menoleh. Faizal yang baru keluar dari tandas berdiri di sebelahnya dengan senyuman lebar seperti biasa.
     “Maya mana?” soal Syazwi.
     “Maya?” Nama Maya diulang Faizal dengan kening yang terangkat.
     “Maya Laila,” kata Syazwi lagi.
     “Ooo..Mama Mia.”
     Syazwi angguk kepala. Baru teringat mak singa lebih suka dipanggil Mama Mia berbanding Maya Laila.
     “Tu, sana.” Faizal menjuihkan bibirnya ke arah koridor panjang.
     Syazwi berpaling. Tubuh Maya dilihatnya sedang terbongko–bongkok di depan mesin fotostat. Laju saja langkahnya menuju ke arah Maya di hujung sana. Faizal dan Kak Zah berpandangan sesama sendiri. Masing–masing mengukir senyum.
     “Bos dah tersangkutlah tu,” bisik Kak Zah.
     Maya menggaru–garu kepalanya yang tidak gatal. Tak pandai nak pakai mesin segi empat di depannya ini. Nak tekan mana–mana butang, takut tersalah. Rasanya, sudah lebih lima minit dia berdiri dengan muka blur. Malu nak tanya staff yang lain, nanti kena cop manusia paling jakun abad ini.
     “Ehem.”
     Maya tersentak. Laju kepalanya menoleh. Syazwi di sebelah tersenyum lebar. Maya pula dengan senyum nipisnya. Oh! Mak singa memang payah nak senyum.
     “Tengah buat apa?” soalan tanpa modal dari seorang Syazwi Ilman. Kedua – dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar sambil mata tak lepas memandang wajah Maya.
     “Nak fotostat,” jawab Maya perlahan. Sebenarnya dia rasa nak menjawab ‘Tengah cuci pinggan’ tapi macam kejam pulak kalau guna ayat sarcastic begitu dengan bos besar.
     “Then apa yang awak tunggu lagi? Fotostat la,” Syazwi mula menyakat.
     Dari tadi lagi dia memerhati Maya yang berdiri tegak di hadapan mesin. Sekejap membongkok, sekejap garu kepala. Kemudian sekejap sebelah tangan naik ke pinggang. Tak pandai pakailah tu.
     “Takkan setakat nak pakai photostat machine pun tak pandai. Sheffield graduate ke ni?” sakat Syazwi lagi bila Maya masih diam sambil tangan teragak–agak menekan butang–butang di mesin.
     Berdesing telinga Maya. Ni dah kira menyindir tahap Altroman Taro dah ni. Dia mendongak dan menatap tajam muka selamba Syazwi yang turut memandangnya.
     “Kat sana kami tak ada kena ajar pakai benda alah ni semua, bos,” balas Maya lembut, tapi tegas. Kalau pun ada, daripada belajar cara menggunakan mesin fotostat, lebih baik dia belajar cara membuat kebab Popeye’s di Sheffield dulu. Kalau lelaki di depannya ini bukan bos besar, sudah lama dia angkat tangan bagi penumbuk sebijik.
     Mati terus sengihan Syazwi. Giler takut bila mata Maya tajam memandangnya. Baru tersedar, yang di depannya ini adalah mak singa, bukan sebarang perempuan yang mesra alam macam stafnya yang lain.
     Syazwi berdehem. Sebelah tangan keluar dari poket seluar dan naik mengurut belakang tengkuk. Maya memang tak makan lawak langsung.
     “Maya, wait.” Syazwi menahan Maya yang sudah mahu berlalu.
     “Come, let me teach you,” ucap Syazwi.
     “Tak payah. Saya boleh mintak tolong orang lain ajarkan.” Maya menolak dengan muka tegang. Patutnya dari tadi minta tolong Kak Zah, tak adalah sampai kena sindir Encik Syazwi Ilman.
     “Wait. Maya, wait.”
     Tubuh tinggi itu terpacak tegak menghalang laluan Maya dengan kedua–dua belah tangannya mendepa.
     “I’m sorry, Maya. I was just joking. I didn’t mean to...”
     “And I don’t like jokes, Encik Syazwi Ilman,” potong Maya tanpa sempat Syazwi menghabiskan ayatnya.
     Jokeslah sangat bila dia terasa sampai macam tu sekali.  Agak–agaklah sikit, bro! Lawak sarcastic macam tu tak adanya dia nak melayan.
     “Tak payah nak buat lawak kalau tak pandai, bos,” kata Maya lagi.
     “Okay. Okay. Cukup. My bad. Saya memang tak pandai buat lawak dan lawak saya tadi adalah lawak paling bodoh awak pernah dengar. Saya janji takkan buat lagi but I’m so sorry. So so sorry.” Tangan Syazwi sudah naik di awang–awangan tanda menyerah kalah.
     Maya masih diam. Kalau ya pun nak buat lawak, tak payahlah nak ungkit dia ni lepasan dari universiti mana semua tu. Sensitif okey! Ada banyak lagi benda lain yang boleh dibuat lawak.
     “Mari, saya ajar.”
     Maya  menurut juga. Berpatah balik semula ke mesin fotostat dan berdiri di sebelah Syazwi dengan muka tegang.
     “Ajarlah, I’m listening.” Maya berpeluk tubuh.
Satu persatu Syazwi terangkan pada Maya. Letak kertas atas skrin, kemudian tutup dan tekan berapa helai nak difotostat.
     “Then finally, you press this button. Remember, this green colour button,” kata Syazwi. Dokumen yang sudah difotostat itu diambil Maya. Dibelek–belek. Cukup.
     “Thanks,”ucap Maya
     Syazwi tersenyum. Menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas. Kacak.
     “No worries. And am I forgiven?”soal Syazwi dengan senyuman masih di bibir.
     Maya mengukir senyuman nipis. Kepalanya mengangguk. Kan senang kalau ajar je terus, daripada menyindir yang boleh menimbulkan sakit hati.
     “Tak pernah–pernah saya minta maaf dengan pekerja saya sendiri,” kata Syazwi. Badannya disandarkan pada dinding sambil berpeluk tubuh. Mata masih melekat pada wajah Maya. Bukan selalu dapat melihat mak singa tersenyum.
“Sebab awak tak pernah buat lawak dengan mereka kot,” seloroh Maya.
Pecah ketawa Syazwi. Pandai juga mak singa kenakan dia. ‘I thought you have no sense of humor, Maya’. Syazwi berkata di dalam hati. Kalau depan–depan memang tak beranilah.
“Mia apa khabar?”
She’s fine. Hari ni saya hantar nursery sebab Nadia dah mula kerja,” jawab Maya.
Hari ni hari pertama si comel dihantar ke nursery. Dia taklah perlu risau sangat. Mia Shaza mudah mesra dengan sesiapa saja. Pagi tadi pun Mia sudah mesra alam dengan Puan Rohana, pemilik Childcare Nursery. Baru masuk pejabat, Puan Rohana telefon kata Mia dah ada kawan baru.
 “Nanti kereta awak macam mana?,” tanya Syazwi lagi. Tangan kanannya bermain-main dengan hujung tali leher.
“Oh, I forgot!” Maya menepuk perlahan dahinya.
“Bos, nanti saya nak keluar awal sikit masa lunch, boleh tak? Sebab saya kena pergi ke Kota Damansara nak ambik kereta.”
Sure. Awak nak saya hantarkan tak?” Syazwi menwarkan bantuan.
Maya menggeleng cepat-cepat menggeleng.
“Saya boleh naik teksi, bos.” lembut Maya menyuarakan penolakan.Takkan dia nak susahkan Syazwi. Belum pun sampai seminggu bekerja di situ, nanti apa kata orang. Staff dengan boss ada affair, logik tak? Mulut–mulut tempayan akan sentiasa mencari cerita baru untuk dibuat ketupat.
Shazwi yang masih tegak berdiri di situ di teliti dengan ekor mata. Mindanya terus mencongak keistimewaan lelaki itu.
1.      Berkarisma dan berkerjaya hebat.
2.      Berwajah tampan, sekali toleh macam muka anak pak Arab. Berkulit sawo matang dengan badan yang tegap dan agak tinggi.
3.      Paling penting, Berpoket tebal, pakej yang paling dikehendaki oleh perempuan–perempuan materialistik di luar sana.
Itulah Pakej lengkap Syazwi Ilman. Jadi, tak hairanlah kalau ada saja staff yang mencuba nasib nak masuk line.
Syazwi diam sejenak. Matanya masih lagi menatap wajah Maya. Makhluk ciptaan Tuhan di depannya ini tampak sempurna. Single mother. Dua patah perkataan yang masih melekat di kepalanya. Mulut terasa gatal nak bertanya lebih tetapi aura singa Maya membuatkan niatnya ditolak ke tepi.
“Maya.”
 Maya tersenyum.
“Berapa kali saya dah cakap. Call me Mama Mia,” kata Maya.
Maya Laila sudah tidak wujud lagi. Maya yang dibuang oleh orang tua sendiri. Sejak hari dia dihalau keluar dari rumah, mama dan papa langsung tidak mencarinya. Hanya Mala, adiknya saja yang selalu berjumpa dan bertanya khabar.
Dia tidak kisah kalau dibenci. Tapi jangan membenci Mia. Anak comelnya yang tidak bersalah.
Sorry, saya selalu terlupa. And you too, stop calling me bos besar. Just call me Shaz,”  bohong Syazwi. Nama Maya tu cantik apa, secantik tuan empunya badannya.
Senyuman Maya berubah pudar. Nama yang sudah lama tidak disebut, takkan dia  nak sebut setiap hari dengan bos sendiri. Syazwan Imad dan Syazwi Ilman. Dua nama yang hampir sama.
 “Awak ada adik–beradik lain tak?,” tanya Maya.
“Why?”soal Syazwi kembali.
“Saja tanya.”
“Nope,” jawab Syazwi. Adik tiri adalah. Tapi yang tu belakang cerita. Asalkan bukan darah daging papa, dia tak nak ambil peduli.
 “There must be a reason why you asked, Maya.”Syazwi tidak berpuas hati dengan jawapan Maya.
Nothing. Sebab nama awak tu, hampir sama dengan nama orang yang saya kenal,” jawab Maya jujur.
“Siapa?” soal Syazwi.
 “Shaz.” Suara seseorang memanggil sebelum sempat Maya menjawab soalan tersebut. Serentak Maya dan Syazwi menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Seorang perempuan muda menuju ke arah mereka berdua dengan lenggok yang dibuat – buat.
You kat sini rupanya. Patutlah I cari dalam pejabat tak ada.” Perempuan yang memakai dress ketat paras paha itu terpacak tegak di hadapan mereka berdua dengan senyuman plastik terus memaut manja lengan Syazwi.
Sempat mata tajam Maya scan dari atas sampai bawah. Berambut panjang, makeup tebal mengalahkan Geisha. Kalau paha besar macam paha ayam tu, tak payahlah nak tunjuk–tunjuk. Kutuk Maya di dalam hati.
“Yang awak datang sini apahal? Tak nampak ke saya tengah kerja,” marah Syazwi.
Lengannya yang dipaut Camelia ditepis kasar membuatkan muncung Camelia panjang lima inci. Papa pun satu hal, nak carikan calon isteri pun carilah yang baik–baik. Bukan jenis yang boleh membuatkan badannya meremang geli macam Camelia di hadapannya ini.
“Kerja ke dating?,” suara Camelia naik satu pitch.
Maya menjeling tajam. Mulut! Tak agak-agak nak menuduh.
 “Bos, saya nak sambung kerja dulu,” kata Maya sebelum beredar pergi. Suasana sudah berubah tegang, baik jangan masuk campur. Nanti tak pasal–pasal dia pun naik angin sama, cat–to–cat fight jangan main–main kalau lawan adalah Maya Laila.
“Maya, biar saya hantar awak nanti,” laung Syazwi pada Maya yang sudah menjauh untuk kembali ke mejanya.
Maya menoleh seraya menggelengkan kepala. Mata dikenyitkan sambil mengangkat ibu jarinya. Takpelah, bos!



SYAZWAN membetulkan duduk. Suratkhabar di atas meja dicapai dan diselak. Kemudian diletakkan semula di tempat asal. Macam mana nak faham, suratkhabar dalam bahasa Cina. Nak baca pun tak pandai. Kedekut bin Lokek betul Tauke Chong. Patutnya letaklah juga News Straits Times ke, Berita Harian ke di situ. Boleh juga pelanggan sepertinya membaca kalau tak reti suratkhabar bahasa  Cina. Syazwan mengerling jam di tangan. Sudah pukul 2 petang. Tangannya didepakan di belakang sofa dengan kaki kanannya diletakkan di atas lutut sebelah kiri.
“Apasal lama sangat dia ni?,” rungut Syazwan.
Mama Mia janji nak datang pukul 1. Tapi sampai sekarang tak sampai–sampai lagi. Dia memang pantang kalau janji angin macam ni. Telefonnya dicapai untuk menghubungi Mama Mia.
“Kejap lagi. Lima minit.”
Klik!
Tercengang Syazwan. Belum sempat dia membuka mulut, talian sudah dimatikan. Kurang asam. Syazwan bangun dari duduknya dan berjalan mundar – mandir di dalam pejabat. Sesekali lehernya dipanjangkan ke luar tingkap.
“Sabarlah, Syazwan. Nanti sekejap lagi itu amoi cantik sampai,” kata Tauke Chong yang baru masuk.
“Cantik ke bos?” soal Shazwan tidak sabar.
Tauke Chong mengangkat ibu jarinya.
Manyak cantik wa cakap sama lu. Phew!
Syazwan tergelak.
“Shaz, she’s here.” Tasya yang muncul di depan pintu bersuara.
Pantas Syazwan bangkit berdiri. Mendengar orang yang ditunggu sudah tiba, dia jadi makin tidak sabar. Kenapa ya, hatinya tiba-tiba jadi berdebar?
Thank you, bos. Bayar semua dah beres kan?,” tanya Syazwan sebelum beredar keluar.
“Beres, semua lu sudah bayar.”
Maya terkocoh–kocoh keluar dari perut Perdana milik Nadia. Mujur Nadia dapat menghantarnya. Lebih setengah jam menunggu teksi di depan bangunan pejabat, satu pun tak lalu. Mana dia tak lambat.
Dari jauh dia dapat mengecam kereta Lexus IS250 yang melanggarnya dua hari lepas. Di sebelah pula kereta Myvi kesayangannya yang sudah kembali ke bentuk asal.
“Selamat tengah hari, cik. Datang nak ambik kereta?,” tegur pekerja yang berbaju hitam lusuh di situ.
Maya angguk kepala seraya tersenyum.
“Nak ambik yang ni.” Maya menunjukkan ke arah White Baby kesayangan. Itu gelaran kereta Myvinya yang diberikan oleh Mia.
“Oh! Sekejap saya ambil kunci.” Pekerja tersebut pantas melangkah pergi.
Makin senyum memandang White Babynya. Dua hari tanpa kereta betul–betul membuatkan dia tempang sebelah.
Pandangannya di toleh ke kanan, mencari kelibat pekerja tadi. Saat itulah Maya terpandang Tasya yang keluar dari pejabat bengkel tersebut. Huh! Jalan terkedek–kedek tak ubah macam itik pun nak berlagak.
Maya atur langkah ke arah Tasya. Namun, langkahnya terhenti separuh jalan. Lelaki di belakang Tasya menjadi sasarn matanya. Maya terkaku sesaat. Cermin mata hitamnya dibuka. Dan saat itulah  mata kedua–duanya saling bertaupan.
Oh tidak! Bergegar kepala lutut Maya. Syazwan juga terkaku.
“Shaz.” Sebaris nama itu terkeluar dari bibir Maya.
“Maya.” Bibir Syazwan pula menyebut nama seseorang yang sangat dia rindui selama ini.
“Shaz, itulah dia. Yang marah  I hari tu,” kata Tasya manja sambil berpaling dan memaut lengan Syazwan manja. Kalau hari itu dia takut dengan Maya, sekarang tidak lagi. Sebabnya, Syazwan boleh back up kalau kena sembur dengan Maya.
Maya terdiam.  Main pegang–pegang tangan apa kes? Oh my! Tak payah agak, dia tak buta untuk menilai. Terus dia berpaling mahu pergi. Ya, selama ini dia masih mengharap untuk bertemu semula dengan Syazwan. Tapi bukan dalam keadaan Syazwan yang masih seperti dulu.
“Maya!” Syazwan menjerit.
Tubuh Tasya ditolak ke tepi, berlari mendapatkan Maya yang sudah menyusup masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Maya menutup pintu, Syazwan terlebih dahulu menahan.
“Maya! Maya!”
Lengan Maya dipaut. Syazwan menunduk dan separuh badannya turut sama masuk ke dalam kereta.
Dua–dua kaku. Mata masing–masing bertaupan. Lama.
“Maya.” Tubuh Maya diraih dan dipeluk Syazwan. My Maya!
Tauke Chong yang memerhati dari sebalik tingkap menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Itu Syazwan manyak buaya. Semua amoi pun dia mau makan.”

DUA–dua turut sama  diam. Pertemuan pertama antara mereka setelah tiga tahun berlalu membuatkan masing–masing berasa janggal. Maya membuang pandang ke hadapan. Syazwan pula merenungnya dari tadi.
Maya makin cantik. Nampak lebih matang. Berambut pendek. Tidak lagi panjang seperti dulu. Betullah kata hati, tiada perempuan secantik Maya yang pernah ditemuinya. Tidak sangka Mama Mia dan Maya Laila adalah orang yang sama. Kebetulan apakah ini?
“Bila balik sini?” Syazwan membuka kata.
“Baru lagi,” jawab Maya mendatar. Pertemuan ini memang sesuatu yang tidak dijangka akalnya.
Diam sejenak.
“Sekarang dah kerja?” soal Syazwan lagi.
“Dah.” Pendek jawapan Maya.
Diam lagi.
“Masih macam dulu lagi?,” tanya Maya pula.
Lambat–lambat Syazwan angguk kepala, faham dengan maksud Maya. Tak ada bezanya dia yang dulu dan dia yang sekarang.
“Perempuan  tadi tu siapa?” Hati Maya terguris. Syazwan memang tidak pernah berubah rupanya. Kalau beginilah cara hidup Syazwan, mungkin sudah sampai masanya untuk dia berputus asa. Mia tidak perlukan ayah macam Syazwan.
Syazwan diam tidak menjawab.
“So, her name is Mia?” Akhirnya, soalan pula yang ditanya Shazwan.
Maya angguk kepala.
“Mia Shaza.”
Syazwan pejam mata. Wajahnya diraup perlahan. Comelnya nama.
“So, she’s a girl.”
Maya mengangguk lagi.
Syazwan terdiam. Dulu selamba pok ye ye dia menyuruh Maya gugurkan kandungan. Kejam!
“Saya kena balik sekarang. Nak ambik Mia kat nursery,” kata Maya. Kekok duduk berdua di dalam kereta dengan Syazwan.
“Saya nak jumpa dia.”
Maya tersentak. Wajah tenang di sebelahnya ini ditenung dalam.
“Not now, Shaz,” bantah Maya.
“Saya nak tengok anak saya, Maya,” kata Syazwan lagi.
“Selagi papa dia macam ni, saya tak nak Mia jumpa awak,” balas Maya dengan senyuman sinis.
Lidah Syazwan jadi kelu. Tertampar dan terkesan dengan salah diri sendiri.
“Shaz... Tiga tahun kami tunggu, awak tak pernah datang jenguk,” luah Maya. Setiap hari menunggu dan terus menunggu. Yakin sangat Syazwan akan mencarinya semula tetapi hampa.
Mengingati masa lalu, matanya membahang panas. Sebelum air jernih gugur menyentuh pipi, Maya cepat–cepat membuka pintu kereta mahu keluar. Tetapi, lengannya disambar Syazwan.
“Maya, please. I want to see her. Kalau awak tak nak dari jarak dekat, dari jauh pun tak apa,” pujuk Syazwan.
Lama Maya diam.
“Awak tengok dari jauh.”
Syazwan mengangguk setuju.

KERETA Maya berhenti di depan nursery. Di sebelahnya pula kereta Syazwan. Pintu kereta di bukan dan melangkah keluar mendekati kereta Syazwan. Cermin kereta lelaki itu diketuk dari luar.
“Ingat, only from afar,” kata Maya sebaik Syazwan menurunkan cermin keretanya.
Syazwan angguk kepala. Jantung sudah berdebar–debar. Dia turut keluar dari perut kereta dan bersandar pada bonet hadapan. Mata beralih pada signboard besar di depan pintu masuk nursery. Childcare Nursery.
“Mama!” si anak menjerit sambil menerpa.
Maya yang baru masuk ke dalam pintu besar membongkok dan mendepakan tangannya, menyambut tubuh Mia yang berlari ke arahnya.
“Sayang mama!”
Saat dua tubuh itu berpelukan, Syazwan terpana. Air mata lelakinya menitis tanpa sedar. Dia yang masih bersandar di bonet hadapan kereta terus berdiri dan terkaku. Pemandangan yang betul–betul membuatkan dia tersentuh. Apatah lagi setelah melihat wajah si comel. Wajah yang mirip Maya Laila, satu-satunya wanita yang pernah membuatkan hatinya jatuh cinta dan cinta itu masih kekal sehingga ke hari ini.
Vroom!
Maya berpaling. Kereta Syazwan sudah menderum laju. Maya tersenyum pahit. Hatinya tercalar. Kecewanya menggunung.
‘Kenapa perlu pergi begitu saja, Shaz? Bukan awak nak tengok Mia, ke?’ Rintih hati kecil Maya yang sudah semakin terluka. Agaknya memang Syazwan tidak pernah dan tidak akan bersedia untuk menjadi papa Mia.

Wednesday, November 28, 2012

Mama Mia Shaza 3


SYAZWAN hanya mengikut ke mana kakinya melangkah dengan kedua – dua belah  tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Hari ini jiwa terasa kosong. Tasya sudah dibuang ke tepi. Malas nak melayan si gedik.

     Seperti biasa, The Mines sentiasa sesak dengan para pengujung. Dia tak berkenan sangat pergi ke tempat yang ramai orang begini. Window shopping semua tu dia tak layan sangat. Kalau nak beli apa – apa, online shopping kan ada. Klik sini klik sana, dah beres. Mudah dan cepat bukan? Lainlah kalau pergi bertapa di pulau ke, melepak di kelab ke, harus dia on saja. Itulah gaya seorang Syazwan Imad.

 Langkah Syazwan terhenti di depan kedai anak patung. Matanya tertacap pada anak patung Winnie the Pooh yang besar sedang memegang jagung. Teringat pada anak patung yang pernah dia hadiahkan pada Maya dulu.  Juga anak patung Winnie the Pooh yang sedang memegang jagung. Maya suka, comel katanya.

     “ Winnie the Pooh is a girl.”

     “ No, he’s a boy.”

     “ Habis tu, kenapa nama dia Winnie? Trans gender ke apa?”

     “ What? Awak ni overlah. Mak dia yang bagi nama Winnie. So blame the mum, not him.

     Terngiang – ngiang perbalahannya dengan Maya satu masa dulu. Dan demi kekasih hati, dibelikannya juga patung pelik itu untuk Maya. Entah apa motif pegang jagung, dia pun tidak tahu. Yang penting baginya patung beruang berwarna kuning itu amatlah tidak comel.

     “ Waaa!”

     Shahrizal menunduk. Terkejut dia melihat seorang anak kecil yang berdiri tidak jauh darinya. Melompat – lompat melihat banyak anak patung yang terpampang di sebalik cermin kaca kedai.

     Syazwan mendekat dan duduk bertinggung. Si kecil menoleh ke arahnya. Puas Syazwan cuba untuk mengingati.

Ha!

     “ Hello, ingat uncle?,” tanya Syazwan mesra.

     Mia diam. Hanya matanya saja yang setia menatap wajah Syazwan.

     “ Siapa nama?”

     “ Mia.”

     “ Comelnya!”

     Pipi Mia dicubit Syazwan lembut. Mia langsung tidak takut. Sempat dia menghulurkan kedua – dua belah tangannya pada Syazwan. Minta untuk didukung. Syazwan dengan senang hati mendukung tubuh kecil itu. Senyuman anak kecil yang didukungnya kini, tak ubah macam Maya. Tempek muka  Maya!

     “ Waa! Nice!,” kata Mia girang. Jari telunjuknya menyentuh cermin kaca, menunjukkan ke arah anak patung Minnie Mouse.

     Syazwan tergelak. Budak comel yang bernama Mia ini menarik hatinya. Hati tiba – tiba dipagut rindu. Rindu pada Maya Laila. Maya dulu pun pantang kalau tengok kedai anak patung, mulalah merengek minta dibelikan satu. Dan lelaki sepertinya yang tak romantik ini takkan beli pun, membuatkan Maya merajuk tayang muka kucing tak kena bagi makan.


Apa khabar agaknya Maya?
Masih menunggukah Maya?
Sihatkah anak mereka berdua yang ditinggalkannya bersama Maya ketika masih di dalam kandungan dulu?
Sudah bencikah Maya padanya?
 Tersentuh hati lelakinya. Agaknya tentu saja anaknya dan Maya sebaya Mia yang sedang didukungnya kini.


     Agak lama juga dia mendukung Mia sebelum meletakkan semula Mia ke bawah.

     “ Mana mama Mia?,” tanya Syazwan.

     “ Sana.” Mia menunding ke arah kedai sebelah.

     Tangan kecil itu dipimpin Syazwan. Nak pulangkan si anak pada si ibu, tak naklah kena cop penculik nanti.

     “ Masuk k, jumpa mama. Jangan jalan – jalan kat luar ni, bahaya. Nanti mama risau,” pesan Syazwan pada si kecil. Kepala Mia diusap lembut. Rambut bertocang dua Mia tersangatlah comel.

     Mia angguk kepala.

     “ Mia! Mia!”

     Panggilan dari dalam memaksa Syazwan melepaskan tangan kecil yang dipimpinnya.

     “ Bye.”

     Mia melambai – lambai  hinggalah kelibat Syazwan tidak kelihatan lagi.

     “ Sayang pergi mana?”

     Maya menerpa dan mendukung  tubuh kecil itu. Risau hati melihat Mia hilang di sebelahnya. Terlampau leka membelek – belek baju dengan Nadia punya pasal. Kalau Mia hilang mahunya dia menangis tak berlagu. Di mana kan kucari ganti Mia Shaza yang disayangi separuh mati?

     “ Ada atung,” jawab Mia.

     “ Where?”

     Mereka berdua keluar ke kedai sebelah. Mia menunjukkan ke arah patung Minnie Mouse yang dilihatnya bersama Syazwan tadi. Maya tersenyum. Knowing Mia, mesti anaknya itu mahukan patung baru lagi. Pipi comel itu diciumnya berkali – kali. Hingga satu ketika ciumannya terhenti. Bau yang menusuk hidungnya. Dihidunya baju Mia. Maya terpempan.

     CK Euphoria Men. Membulat matanya memandang wajah anak comelnya. Macam mana boleh ada pada baju Mia?

     “ Mia dengan siapa tadi?”

     “ Uncle.”

     Oh my!

     Hampir saja dukungan tubuh Mia terlepas. Mata Maya melilau melihat sekeliling.

     “ Shaz.”
     Hampir menitis air mata Maya. Mengharap ada Syazwan di situ. Tetapi hampa.

     “ Maya, kenapa ni? What happened?

     Nadia muncul dengan riak hairan. Apa kes menangis di tengah shopping mall?

     “ Shaz.”

     Nadia terpempan.

 *********************

     “ PAPA bukan nak paksa. Papa cuma fikirkan tentang masa depan Shaz.”

     Syazwi tayang muka bosan. Remote tv ditekan – tekan mencari rancangan yang menarik. Tapi tidak ada satu pun yang tersangkut.

     “ Shaz, dengar tak?”

     “ Dengar,” malas – malas Syazwi menjawab.

     Kamal mengeluh. Dia melabuhkan duduk di sofa sebelah Syazwi.

     “ Jadi Shaz setuju ke tak?,” tanya  Kamal lagi.

     Syazwi merengus. Papa. Memang tak habis – habis dengan calon menantu. Lara. Aisyah. Sophia. Sekarang Camelia. Kalau dah dia tak nak, nak buat macam mana.

     “ Pa janganlah paksa. Nanti – nanti pandailah Shaz cari mana yang berkenan,” jawab Syazwi. Ini bukan zaman datuk nenek dulu – dulu. Nak kahwin pun papa yang carikan? Memang taklah.

     “ Umur tu dah cukup seru, Shaz.”

     “ I know, pa.” Bukan dia tak tahu umur sendiri, dah 30 tahun. Muda lagi pun, berkahwin tidak tersenarai di dalam must – to – do listnya dalam masa terdekat ini.

      Kamal menggelengkan kepala. Anak tunggalnya ini memang keras kepala. Kalau tak dipaksa, memang Syazwi takkan bertukar status. Sekurang – kurangnya nak jugak dia menimang cucu sebelum nafas terakhir.

     “ Shaz, lembutkan sikit hati tu.”

     Syazwi diam mendengar sebaris ayat papa. Keras hatikah dia? Agaklah. Dari kecil hidupnya hanya dengan papa. Mama? Huh! Lari ikut lelaki lain. Meninggalkan dia dengan papa tanpa sebab.

     Sekarang mama pun sudah berpangkat datin. Yelah, bersuamikan datuk besar mana entah. Sebab tu sanggup tinggalkan papa dengan anak yang baru berusia tiga tahun ketika itu. Ceh! Papa walaupun lambat tapi gelaran tu ada juga, Datuk Kamal Tajudin siapa yang tak kenal. Ahli perniagaan yang pernah bankrupt sebanyak tiga kali dan sekarang menjadi CEO syarikat ChemTrade Holdings. Dan atas pertolongan papalah dia berjaya membuka syarikat sendiri, siap ada cawangan lagi. We live our lives well enough even without you, rasa nak jerit macam tu kat mama boleh tak?

     “ Don’t expect me to have good expectations on women, papa. Not for now,” kata Syazwi perlahan.

      Kamal sekadar angguk kepala. Faham dengan maksud Syazwi. Perkahwinannya yang gagal membuatkan Syazwi tidak yakin.

     “ Tak semua perempuan jahat, Shaz.”

     Syazwi tersenyum sinis. “ Whatever, pa.”

      Kamal berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Syazwi yang baring di atas sofa. Biarlah anaknya itu menilai sendiri.

     Apa khabar agaknya mama? Syazwi melepaskan keluhan. Rasa macam anak derhaka pula membenci mama sendiri. Tapi bukan salah dia. Mama yang salah. Dia melihat sendiri papa menderita. Apa sebab sebenar papa dan mama bercerai, dia tidak pernah tahu. Yang pasti, mama pergi tanpa penjelasan.

     “ Kenapa bukan papa sendiri aje yang kahwin. Susah – susah nak carikan menantu apa kes?,” Syazwi merungut sendiri. Cakap depan – depan tak berani, silap hari bulan papa humban dia ke dalam kolam renang di belakang rumah.Takkan papa masih mengharapkan mama?


p/s : Ngeee~~~ :) Ada kena shuffled sikit dari MMS asal dulu :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much my dear readers! Good night and big hug!

Mama Mia Shaza 2


KERETA berwarna putih itu diparking di seberang jalan. Maya melangkah keluar dari perut kereta. Cermin mata hitam berjenama Bonia yang dipakainya dibetulkan sedikit. Kepalanya mendongak memandang bangunan tinggi di depan mata. Wisma Pelita. Hmm...boleh tahan tinggi.

Sudah lebih seminggu kembali semula ke tanah air, akhirnya hari ni adalah hari pertama dia bekerja. Kira bertuahlah sebab baru saja lulus sesi temu duga dua hari yang lalu, alih – alih sudah kena telefon petang semalam. Rumah sewa pun dah settle seminggu yang lalu. Menyewa rumah teres dua tingkat dengan Nadia di Taman Permai, Damansara. Jauh dari tempat kerjanya sekarang tapi kira okeylah, sekurang – kurang ada tempat berteduh. Tidak payah lagi nak bertapa di dalam bilik sederhana besar di Sheraton Hotel. Duit melayang – layang okey!

Dengan langkah yang ala – ala confident, Maya menyeberangi jalan dan masuk ke pintu utama bangunan.

Ting!

Pintu lif terbuka. Maya melangkah masuk ke dalam perut lif. Agak sesak bila semakin ramai yang masuk sama. Sempat lagi kakinya dipijak oleh perempuan yang berdiri di hadapannya. Tapi boleh pulak buat muka selamba, nak minta maaf tu jauh sekali. Setakat menjeling ke belakang, kemudian tengok depan balik.

Sabar, Maya. Pujuknya di dalam hati.

Sampai di tingkat tujuh, Maya melangkah keluar. Nak balas dendam punya pasal,  dipijaknya kaki perempuan di hadapan.

“ Ouch!”

Perempuan berskirt pendek itu menjerit sakit. Ambik kau!

Semua mata bertumpu pada Maya yang baru sampai. Rasa malu tiba – tiba, takkan dah lambat. Jam di tangan dikerling, tepat jam 9 pagi.

“ Good morning,” gadis yang memakai tag nama Nurul menyapa.

 Rasa tidak selesa bila mata – mata masih memandangnya. Top hitam di dalam, casual blazer melebihi paras siku di luar dan dipadankan dengan skirt hitam paras lutut. Apa yang pelik?

Maya mengambil tempat duduk di mejanya setelah memperkenalkan diri dengan Encik Safri, ketua jabatan bahagian pemasaran.  Perkara pertama yang dibuat Maya. Gambar dia dengan Mia yang berpelukan berlatar  belakangkan musim luruh diletakkan di atas meja.

Maya tersenyum sendiri. Mialah semangatnya untuk terus bertahan hingga ke hari ini.

“ Anak ke?,” tanya jiran sebelah.

Maya menoleh. Dia angguk kepala seraya tersenyum.

“ Comel! She looks exactly like you.”

“ Thanks.”

I’m Zahrah. Panggil Kak Zah je,” kata Kak Zah sambil menghulurkan tangan.

Huluran tangannya disambut Maya.

“ Maya Laila. Panggil Mama Mia.”

“ Jadi si comel ni nama dia Mialah ye.”.

Maya angguk kepala lagi. Mesranya Kak Zah. Kawan pertama Maya di tempat kerja. Tidak banyak kerjanya hari ini. Sesi suai kenal. Kemudian melawat jabatan – jabatan yang lain.  Selebihnya, dia bersembang dengan Kak Zah di meja sebelah. Boleh tahan besar juga syarikat Cendera Science Consultant  ini rupanya, turut mempunyai anak syarikat di Kota Kinabalu dan Kuching.

“ Cik Maya, bos besar nak jumpa kejap.”

Maya mendongak. Faizal tercegat di depan meja sambil tayang senyuman lebar. Faizal adalah kawan kedua Maya untuk hari ini. Tinggi dan kurus sedikit, mesra alam macam Kak Zah. Senang nak dibuat kawan.

“ Now?”

“ Yup.”

Maya bangun. Belum pernah dia bertemu dengan bos besar. Masa interview hari tu pun bos outstation, jadi dia kira beruntung sedikit. Kata mereka, bos jenis yang leceh. Salah sikit  masa interview terus kena reject.

By the way, Faizal. Panggil saya Mama Mia, not Maya,” kata Maya.

“ Set.” Faizal tunjuk ibu jari.

Maya mengatur langkah ke arah bilik paling hujung. Pedulilah bos tu macam mana pun, yang penting dia dah dapat kerja. Tahan ke tak, belakang cerita. Sampai di depan pintu, pintu bilik diketuk Maya dari luar. Sempat membaca nama yang tertera di depan pintu.

SYAZWI ILMAN BIN KAMAL SAIFUDDIN.

Nama bos besar sudah tersemat di dalam otak fikiran. Boleh tahan cantik nama.

“ Masuk,” jawab suara garau dari dalam.

Maya telan liur. Dengan lafaz doa, dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

“ Selamat pagi, tuan,” ucap Maya penuh hormat.

“ Selamat pagi. Have a seat.”

Maya menutup pintu dan bergerak ke arah meja. Dia mengambil tempat duduk di hadapan ketuanya yang masih duduk membelakanginya.

So awaklah staff baru tu?”

“ Saya, tuan,” jawab Maya.

Dari suara, macam masih muda. Yang Kak Zah bagitau, bos dah tua. Montel – montel sedikit, duduk kerusi hampir tak muat. Tapi di depannya kini, tak penuh pun kerusi tu.

Baru Maya mahu panjangkan leher menjenguk, kerusi dipalingkan menghadapnya. Kedua – duanya terdiam. Membulat mata serentak.  Bos Mayalah yang paling terkedu.

“ Awak rupanya,” Syazwi bersuara. Riak wajah terkejut dikawal sebaik mungkin. Malulah muka macho terlopong mulut di depan pekerja baru.

Maya tersenyum nipis. Tidak sangka Kuala Lumpur sekecil ini.

“ Anak awak apa khabar?,” tanya Syazwi.

Matanya ralit menjamah wajah di depan mata. Berambut pendek gaya slight swept haircut paras leher, mata hitam bundar, bulu mata melentik panjang. Hidung separa mancung dengan bibir yang hanya dicalit sedikit gincu. Sangat cantik sebenarnya mak singa ni.

“ Sihat,” Maya menjawab sepatah.

 “ Umur dia berapa?”

“ Dua tahun lebih.”

Walawei bos besar. Interview tentang anak dia apasal? Tapi Maya tak hairan pun sebenarnya. Sesiapa pun boleh tertarik hati dengan Mia. Macam anak patung bergerak, itu komen kawan – kawan di universiti dulu tentang Mia.

“ How’s your first day at work?”

So far okay. Kerja tak banyak lagi,” jawab Maya.

Syazwi angguk kepala. Berpura – pura melihat fail yang dipegang di tangan. Sesekali dia menjeling Maya di depan.

Dua – dua tidak bersuara.

 “ Saja nak jumpa awak. Nak kenal staff baru,” kata Syazwi.

Dua – dua diam semula.

 “ You may leave now,” arah Syazwi.

“ Thank you.”

Awkward giler berdua –duaan begitu di depan pekerja sendiri. Macam tak ada idea lain saja nak buka topik cerita, tup – tup tanya tentang anak Maya. Minta jauh – jauh, janganlah dia dicop pidophile oleh Maya!

 “ Maya.”

Maya yang baru mahu memulas tombol pintu berpaling semula. Apa lagi?

“ Forgot to introduce myself. Syazwi Ilman. Call me Shaz.”     
          
Maya tersentak. Membulat matanya melawan pandangan Syazwi.  Kemudian dia angguk kepala, berlagak tenang.

“ Don’t call me Maya. Call me Mama Mia.”

Maya terus berlalu keluar. Syazwi bersandar pada belakang kerusi. Memang mak singa ni tak pandai nak senyum agaknya.  

 ******************

MAYA bergegas keluar dari bangunan pejabat. Mahu cepat sampai ke Midvalley. Nadia dan Mia berjanji untuk berjumpa dengannya di situ. Sebaik masuk ke dalam perut Myvi, enjin kereta dihidupkan.  Reverse. Reverse. Reverse.

Dum!

Terkejut Maya. Terhenti jantungnya sesaat. Kereta kena tempek dari belakang ke? Cepat – cepat dia keluar dari perut kereta.

“ Oh goodness!”

Hanya itu yang terkeluar dari mulut Maya. Elok – elok kereta berwarna putih itu menempel belakang keretanya. Sampai pecah cermin belakang.

“ Oh my god!”

Tiba – tiba satu suara menjerit di belakang. Maya menoleh. Seorang perempuan keluar dari Lexus IS250 itu dan menuju ke arahnya.

“ What have you done?!,” jeritnya pada Maya.

Fuh! Muka! Mengalahkan langsuir yang baru keluar dari perut tanah di siang hari. Perempuan yang rambutnya mengurai panjang itu memandang Maya tajam.

“ Macam mana ni?! You ni tak ada mata ke apa? Langgar kereta I apasal?!”

Panas hati Maya. Langsuir di depannya ini macam nak minta kena tenyeh hidup – hidup.

Hello! Siapa langgar siapa. Awak tu yang langgar saya. Bukak mata luas – luas. Tengok ni, kereta awak ni yang tempel belakang kereta saya. Jadi siapa salah? Hah?!”

Suara Maya turut sama tinggi. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditamparnya mulut lancang itu. Dahlah pendek, senang saja dia nak belasah dengan ketinggiannya yang 168cm. Yang langsuir di depan ni agak – agak  macam 155cm sahaja.

Tasya menjuihkan bibirnya. Terdiam bila sudah tersedar diri sendiri yang salah.

“ Jadi, macam mana ni?,” tanya Tasya bodoh.

“ Macam mana apa lagi? Bayarlah ganti rugi! Kereta baru ni. Takkan senang – senang awak nak blah,” tengking Maya. Brand new okay!

Kecut terus perut Tasya digertak.

Wait. Wait. I call my baby jap.”

Dia berlalu ke dalam kereta dan mencapai telefonnya sebelum kembali semula kepada Maya yang sudah marahnya sudah berguni – guni.

Hello, baby! Kereta you kena langgar,” kata Tasya dengan suara yang mendayu-dayu.

Membuntang  mata Maya. Kurang asam punya perempuan! Dengan sekuat hati, dirampasnya telefon Tasya. 

“ Hei!”

“ Kereta awak kena langgar ke kereta awak yang melanggar?!”, jerit Maya lantang. Sudah tidak peduli dengan mata – mata  yang mula memandang di tepi jalan. Lunch hour begini memang banyaklah penonton drama.

Tasya mencebik. Tidak berani melawan balik.

Maya mendekatkan telefon ke telinganya. Tahu takut. Belum lagi dia keluarkan aura singa dari benua Afrika.

“ Hello.”

“ Hello,” sahut suara di hujung talian.

 “ Ni, langsu...perempuan yang pakai kereta awak ni sekarang dah terlanggar kereta saya. Jadi saya  nak ganti rugi,” kata Maya.

“ What?! Seriously?!”

“ Seriuslah. Ingat saya nak main – main ke benda macam ni?” kata Maya geram.

“ Kat mana ni sekarang?”

“ Bangi.”

“ Teruk ke kereta awak?”

Of courselah teruk kalau dah Lexus langgar Myvi,” jawab Maya geram. Lainlah kalau kereta dia jentolak jenama Komatsu atau Caterpillar. Langgar pokok ara pun belum tentu kemek.

Then awak hantar pergi bengkel kat Kota Damansara. Saya datang kejap lagi.”

Sabar Maya! Maya tarik nafas kasar.

“ Awak ingat jarak Kota Damansara dengan Bangi tu lima minit aje ke?,”  kata Maya geram. Walaupun rumah sewanya juga terletak di Kota Damansara. Tapi dalam keadaan tengah hari macam ni, boleh tersangkut tengah jalan.

“ Datang ajelah. Kalau tak saya tak nak bayar ganti rugi.”

“ Fine! Kota Damansara then!”

Suara di hujung talian ketawa. Makin membara hati Maya.

“ Your name?”

“ Mama Mia.”

 ****************

SYAZWAN menekan butang merah. Panas hatinya mendapat panggilan dari nombor Tasya. Memang perempuan yang menyusahkan. Menyesal bagi Tasya pinjam kereta kesayangan.

Lepas ni, haruslah Tasya dibuang ke tepi. Hampir dua minggu ini perempuan itu sudah cukup menyusahkan. Sesak nafas pun ada. Manja terlebih, tergedik – gedik tidak bertempat. Siapa yang tahan? Muka tak cantik mana pun, nak harap badan yang ala – ala pasu bunga tu saja.

Syazwan memecut laju ke bengkel yang biasa dia pergi. Teringat sejenak pada pemilik kereta yang dilanggar Tasya tadi.

Mama Mia. Nama pelik semacam, tapi comel. Orang apa agaknya yang ada nama macam tu. Orang Melayu? Tak kot. Macam tak ada maksud. Orang Cina? Tak mungkin. Orang India? Lagilah tak.

Tapi suara lembut ala – ala garang itu mengingatkannya pada Maya. Maya yang sudah lama dia tinggalkan. Syazwan tersenyum nipis. Seminggu dua ini nama Maya Laila kerap kali muncul di dalam fikiran. Rindulah tu tapi diri sendiri tak nak mengaku.

Kereta Syazwan membelok masuk ke bengkel kereta milik Mr.Chong. Dapat dilihatnya Tasya sedang berdiri di tepi keretanya dengan muka berlagak bagai nak rak. Syazwan menerobos keluar dari perut kereta.

“ Baby!”

Tasya mendapatkan Syazwan. Tegang saja muka kekasih hati. Memang tak lama lagi pasti dia akan kena sembur depan – depan para pekerja di situ.

“ What the heck did you do to my car, Tasya?!”

Tasya tarik muka masam.  Memang dah agak dah. Pegangan tangannya pada lengan Syazwan ditepis lelaki itu kasar.

Sorry, bukan salah I. Dia yang langgar I,” kata Tasya masih mahu membela diri.

Mata Syazwan merenung Tasya tajam. Rasa macam nak hempuk Tasya dengan tayar kereta. Dia membongkok melihat keadaan kereta kesayangan. Ada calar di bahagian depan. Lampu juga ada kesan crack sedikit.

“ Mana kereta yang kena langgar tu?,” tanya Syazwan.

“ Tu,” Tasya menunding jari ke arah belakang.

Syazwan menoleh. Dia mendekati Myvi putih itu. Agak teruk juga rupanya. Mana tidak, pecah lampu belakang. Bumper belakang pula hampir terbuka. Agak kuat juga rupanya impak kesan perlanggaran.

“ Where’s the owner?,” tanya Syazwan kasar.

“ Ada kat dalam.”

Syazwan menuju ke bahagian belakang bengkel untuk ke pejabat. Dah biasa dengan Chong Flywork Woshop ini sebab geng kamceng dengan tauke bengkel.

“ Tauke, mana owner Myvi kat depan tu?,” tanya Syazwan pada Tauke Chong yang seronok melayan Jackie Chan di skrin tv.

 “ Aiya. Lu manyak lambat la, bos. Dia owner sudah balik. Kasi tinggal itu kereta sini saja,” jawab Tauke Chong yang berperut buncit itu.

“ Dah lama ke dia balik?”

“ Baru saja. Neh, lu cari luar. Mungkin belum jalan lagi.”

Zoom! Terus saja Syazwan meluru keluar. Liar matanya mencari tapi tiada sesiapa pun di situ kecuali Tasya dan beberapa orang pekerja bengkel. Mata Syazwan kemudiannya tertacap pada  perempuan yang sedang duduk di perhentian bas. Pasti yang tu!

Laju langkahnya diatur ke situ. Namun belum sempat dia sampai, perempuan tadi sudah menyusup masuk ke dalam kereta Perdana yang baru saja berhenti.

Vroom!

Syazwan terkaku. Perdana berwarna merah gelap itu menderum laju. Jantungnya berdetak pantas. Cepat otak cuba mencerna. Maya ke? Ketinggiannya, bentuk tubuhnya, fesyen baju yang dipakai. Sebijik Maya. Rambut saja yang berbeza. Syazwan berlari semula ke dalam pejabat bengkel.

“ Tauke, owner tu ada bagi phone number tak?,” soal Syazwan yang sudah terpacak tegak di depan skrin tv Mr. Chong.

“ Ada.”

“ Boleh bagi saya tak?”

“ No problem.”

“ What’s her name?”

“Mama  Mia.”

Syazwan mengeluh hampa. Dia mengharapkan Maya Laila. Bukan Mama Mia.

 ***************

MAYA menyusun barang – barangnya di atas meja. Tepat jam 5 petang, dia mengangkat punggung. Kak Zah di sebelah juga begitu.

“ Kak Zah, jom balik,” kata Maya girang.

“ Amboi Mama Mia. Balik aje terus happy,” seloroh Kak Zah.

“ Kak Zah pandai tipu ye. Tadi Mama Mia pergi jumpa bos, mana ada macam yang Kak Zah cakap tu.”

Pecah ketawa Kak Zah.

“ Apa yang Kak Zah cakap?,” tanya Kak Zah. Buat – buat  tak tahu.

“ Bos gemuk. Duduk atas kerusi pun tak muat. Tua. Lepas tu..”

“ Lepas tu apa?”

Mati terus ketawa Kak Zah. Mulut Maya juga terkunci. Dua – dua  menoleh serentak. Bos besar berdiri betul – betul di belakang. Jaw dropped!

“ Bos siapa yang macam tu Maya?,” tanya Syazwi. Tenang saja tapi tegas.

“ B..b..boss..yang..”

“ Sejak bila awak gugup ni?”

Oh my! Kantoi depan – depan memang tak boleh blah!

“ Balik dulu ya, tuan. Mama Mia, jumpa esok.”

Zoom! Kak Zah sudah terlebih dahulu pergi, meninggalkannya dengan Syazwi di situ. Hampeh Kak Zah. Contoh terbaik untuk kisah dua sahabat yang bertembung dengan beruang di dalam hutan. Yang naik panjat pokok adalah Kak Zah, dia pula adalah yang buat – buat mati di depan beruang demi untuk menyelamatkan diri.

“ Nak balik ke?”

Maya menjawab soalan Syazwi dengan anggukan kepala.

“ Mari, kita jalan sama,” pelawa Syazwi.

Maya diam dan mengangguk kepala semula. Dari dalam pejabat hinggalah masuk ke dalam perut lif, kedua – duanya hanya mendiamkan diri.

 “ Macam mana dengan kereta awak tadi?,” tanya Syazwi akhirnya memecah sunyi. Kekok pula rasanya tapi berlagak selamba.

“ Dah hantar bengkel.”

“ Berapa lama?”

“Tak tau lagi. Dua tiga hari lagi kot.”

Diam lagi.

“ Bos..”

“ Maya..”

Kedua – duanya bersuara serentak. Diam beberapa saat sebelum terhambur ketawa mereka berdua.

Sorry, bos. Saya tak sengaja kutuk tadi,” kata Maya dengan senyuman di bibir. Kutuk secara tak sengaja? Ada tak istilah begitu? Ayat nak cover line seorang Maya Laila.

Terpana Syazwi. Senyuman yang membuatkan dia terkedu. Pertama kali melihat mak singa tersenyum.

“ Tak apa. At least awak kutuk depan – depan. Saya lagi suka dari belakang – belakang,” balas Syazwi.

Makin lebar senyuman Maya, makin kuat jantung Syawzi berdegup. Sebaik saja pintu lif terbuka, Maya dan Syazwi menoleh pada suara yang memanggil.

“ Mama!”

Tubuh kecil Mia meluru ke arah mamanya. Rambutnya diikat dua seperti biasa. Hari ini dia mengenakan blouse merah jambu, sedondon dengan warna ikat rambut di kepala.

Maya menyambar tubuh kecil itu dan mendukungnya erat. Mengekeh Mia bila wajahnya menjadi sasaran ciuman mamanya.

“ Lama dah sayang tunggu?,” tanya Maya.

Mia angguk kepala dengan matanya merenung Syazwi tanpa kedip.

“ Salam uncle, sayang.”

Mia menurut. Makin terpikat hati Syazwi dengan dua beranak di depannya kini. Bila tangannya dicium Mia, spontan dia mencium pipi tembam itu.

“ She’s so adorable!,” puji Syazwi.

Maya tersenyum.

“ Tengoklah mama dia siapa,” kata Maya.

Syazwi ketawa besar. Memang betul. Like mother, like daughter.

“ Siapa datang ambik? Husband ke?”

Hampir mati senyuman Maya. Bertukar menjadi senyuman plastik. Husband? Dia ada suami ke?

“ Tak, dengan kawan,” jawab Maya seraya menunjukkan ke arah Nadia yang sedang  duduk di lobi sambil melambaikan tangan.

Husband awak tak datang sekali ke?”

Terdiam Maya. Sekadar geleng kepala. Soalan lain tak ada ke?

“ Saya balik dulu, tuan. Bye bye uncle, sayang.”

“ Bye, uncle.”

Mia senyum sambil menghadiahkan flying kiss kepada Syazwi.  Syazwi tidak sempat menghalang bila Maya dan Mia sudah semakin menjauh.


p/s : ngeee :) hope you all enjoy reading my dear readers! thank u so much and love u all loads. big hug!