Hello dearies :) Another good news to share here. Jangan Benci Cintaku (JBC) will be published by the end of the month (Nov 2013) under Idea Kreatif Publication (IKP). Orders can be made directly through IKP website or their admins mentioned below in Facebook: -Kak Ayu Dzulkarnain -Kak Yatie Pyan -Kak Mazlinda Zainul Abidin - Kak Liza Wati -Kak Sarinah Aini -Kak Tie Tinie Thank u so much for the support up till now dearies, I really appreciate all that :) Not to forget to grab my first piece, Mama Mia Shaza in the nearest bookstore ya :) Love you all loads! <3 Tajuk : JANGAN BENCI CINTAKU Penulis : EMY ROBERTO Harga : RM23(semenanjung)/RM26(Sabah/Sarawak) ISBN : 978-967-11925- 9-7 Muka Surat : 500 Tarikh Terbit : 30 Nov 2013
** Setiap Pembelian online melalui web dan ejen, diskaun RM2 akan diberikan. Pos adalah percuma.
Sinopsis : Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.
“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.
Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.
Tetapi…..“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal
Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
‘Make him fall for you!’- Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Novel November utk pesanan sila PM ejen2 IKP dan Penghantarn akan dibuat awal December. Harap Maklum.
“NAK
ke mana ni?! Angin tak ada ribut tak ada tup
tup dah blah.”
Rafeeqa
masih kelu. Kaku pula tubuh bila Shahrizal keluar dari perut kereta dan
melangkah ke arahnya.
Nak
ke mana ni sayang?
Apasal
mata merah ni?
Jangan
harap Shahrizal nak pujuk macam tu kalau dah pandangan Shahrizal macam The Hulk
yang tinggal nak bertukar hijau saja lagi.
“Rafeeqa.”
Kedua-dua
bahu Rafeeqa digoncang Shahrizal perlahan. Awat
muka pucat? Kena sampuk ke? Dibeleknya badan Rafeeqa, masih sempurna tanpa
cacat cela. Dapat dilihat sisa air mata isteri di sebalik cahaya lampu jalan
yang memancar betul-betul di tempat mereka berdua berdiri. Tengah berborak
dengan Auni, terkejut dia bila Rafeeqa menonong saja keluar dari pagar rumah.
Siap angkut tote bag sekali, tak ke
nak balik namanya tu. Tak sampai niat hati nak kenalkan Rafeeqa pada Auni.
“Awak
nak ke mana ni?” Entah berapa kali Shahrizal tanya soalan yang sama, barulah
Rafeeqa membuka mulut.
“Nak
balik.”
“What?!”
Bulat mata Shahrizal.
De’!
Rafeeqa mengawal riak muka sebaik mungkin. Ingat dia tahan ke nak bertapa lama
di rumah mertua kalau semua mata pun pandang semacam. Nak mengharapkan
Shahrizal jadi ‘savior of the day’
kirim salam.
“Saya
nak balik, Shah. Saya rasa tak selesa kat rumah Mummy dan Daddy,” Rafeeqa
terus-terang. Dia bukan hati besi yang boleh buat tak kisah atau telinga kebal
yang boleh buat tak dengar.
“Apa
masalah awak, Rafeeqa? Okey, nak balik. Tapi at leastbagitau saya,
kita boleh balik sama-sama. Ni tak, awak cabut macam awak lupa yang kita datang
berdua ke rumah Mummy dan Daddy.”
Shahrizal
bengang. Rafeeqa buat gaya macam budak kecik
begini dia susah nak terima. Terpaksa dia tipu Mummy kata Rafeeqa sakit perut, rushing nak balik. Tak logik saja bunyi,
macamlah kat rumah orang tua dia tak ada tandas.
Tangan
Shahrizal naik di pinggang. Mata masih memanah muka Rafeeqa yang tampak sedikit
takut. Dia bukan jenis yang suka menengking tapi kalau Rafeeqa buat penyakit
dan menguji kesabaran begini, pitch
suara boleh jadi tinggi.
“Saya
salah. Sorry. Sekarang saya nak
balik.” Kiranya Rafeeqa dah susun ayat paling sopan dan padat walau pendek.
“Tanpa
saya? Jangan harap. Balik rumah Mummy sekarang, cakap elok-elok yang kita nak
balik. Jom.”
Tangan
kanan Shahrizal mencapai lengan Rafeeqa namun ditepis Rafeeqa sedikit kasar,
buat marah Shahrizal naik sampai ke kepala. Apa kejadian isteri dia pelik
sangat malam ni? Shahrizal merengus kasar.
“Jangan
kurang ajar, Rafeeqa. Masuk sendiri dalam kereta atau nak saya angkat awak
masuk dalam bonet?”
What the fish?
Mata Rafeeqa bulat. Ni tengah buat lawak ke tengah serius. Bila pandang wajah
suami, oh okey. La Tarzan tengah serius. Rahang siap bergerak-gerak menahan marah.
“Shah,
saya nak balik. Serius. Tak payah hantar pun tak apa, saya boleh balik sendiri.
Teksi ada. LRT ada. Malam masih muda lagi.” Rafeeqa masih cuba berunding.
Please
lah jangan main tarik untuk ke rumah Mummy semula. Dia tak dapat berlakon
seolah-olah tak terjadi apa-apa. Nak tengok muka Nek Pah sekali lagi, dia takut
tangisnya terhambur.
Shahrizal
pejam mata rapat-rapat. Nafas ditarik dalam-dalam. Rafeeqa ni betul-betul
menguji kesabaran. Nampak gaya Rafeeqa ada banyak cerita yang perlu dikongsikan
dengan dia, kalau tak masakan Rafeeqa boleh menangis lepas tu blah begitu saja.
“Rafeeqa.
Lain cerita, simpan belakang-belakang dulu. Sekarang kita patah balik rumah
Mummy. Salam elok-elok. Baru balik rumah, okey?” Shahrizal tunduk dan memandang
Rafeeqa dengan wajah tenang. Berharap supaya Rafeeqa menurut. Tak pernah-pernah
Rafeeqa buat hal macam ni, mesti Mummy syak benda yang bukan-bukan.
“No. I’m not going back there.” Rafeeqa
protes.
“Jangan
berdrama Rafeeqa.”
“Serius
ni saya tak nak balik ke rumah Mummy.”
Shahrizal
bengang.
I have my own limits, pretty!
Dengan
sekuat tenaga, pergelangan tangan Rafeeqa disambar Shahrizal dan ditarik menuju
ke arah kereta. Kalau orang tengok gaya mereka berdua tak ubah macam telenovela
suami dera isteri tapi yang sebetulnya ‘aku terpaksa kau dipaksa’.
“Dah
cara elok awak tak nak, saya heret. Jangan sampai saya angkat lepas tu letak
dalam bonet belakang.” Suara Shahrizal perlahan tapi tegas. Terpaksa dia
gunakan cara yang ekstrem sedikit untuk memujuk isteri.
“Please, Shah. Jangan buat macam ni. Saya
nak balik. Seriously nak balik!”
Suara
Rafeeqa jadi tinggi. Air matanya sudah merembes laju. Shahrizal takkan sikit
pun tak nak berkompromi, jangan dipaksa kalau dia betul-betul tak nak.
Sedaya
upaya Rafeeqa menahan kakinya yang bila badan sudah semakin terheret ke depan. Oh no! Tak nak balik rumah Mummy!
Rafeeqa menjerit di dalam hati. Tangan kiri sempat mencubit lengan Shahrizal
yang menarik lengannya tapi kalau setakat cubit ‘nyit-nyit semut’ mana
Shahrizal rasa.
“Shahhhhh!”
Tak
ada cara lain, Rafeeqa jerit sekuat hati. Pedulilah kalau satu kawasan Taman
Paramount ni dengar dia menjerit macam mangsa ragut.
“Duh!
Sakit. Sakit.” Rafeeqa merintih dengan suara minta kesian. Pergelangan tangannya dah mula terasa sakit. Boleh tahan
kuat genggaman tangan Shahrizal.
Mendengar
suara Rafeeqa yang kesakitan, Shahrizal terpaksa lepaskan juga. Karang tercabut
lengan Rafeeqa menyesal seumur hidup dia berkasar dengan isteri.
Gedebuk!
Elok
punggung Rafeeqa landing di atas jalan tar. Rasa sakit tak usah cakap, rasa
strawberi. Kedua belah tapak tangan mula terasa pedih terkena batu-batu kecil
di situ. Apalah nasib dia yang bernama Rafeeqa Huda. Hati sakit. Telinga sakit.
Badan pun sakit. Ni la kot kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.
“Rafeeqa!”
Damn!
Shahrizal dihenyak rasa bersalah.
“OUCH.”
“Tahan
sikit.”
“Ouch!”
“Rafeeqa.”
Rafeeqa
panggung kepala, menjeling Shahrizal yang duduk di sebelahnya. Tadi marah dia
macam boleh meletup satu Taman Paramount, sekarang baik pula nak tolong sapukan
ubat di tapak tangan yang bercalar. Tu pun entah berapa puluh kali dia menolak
tapi Shahrizal degil sangat nak jadi jururawat tak bertauliah.
“Esok
lusa, okey dah ni. Tahan sikit rasa pedih tu.” Shahrizal menyapu Dettol di
tapak tangan isteri.
Rafeeqa
pejam mata. Dari kecil sampai besar boleh dikira berapa kali saja badan dia
tercalar atau sakit. Sebab tu pedih yang dirasai saat ini dia hampir tak dapat
tahan walau hanya setakat calar kecil. Tadi kecoh ruang rehat dengan suara
mereka berdua. Dia nak cuci kesan calar dengan air paip biasa, Shahrizal pula
nak tunjuk hero sapukan Dettol. Harus Dettol jauh lebih pedih daripada air
biasa.
Terketar-ketar
tangan Rafeeqa menahan pedih. Makin nak ditarik, makin Shahrizal eratkan
pegangan di tangan. Rasa bersalah sampai berbakul-bakul dah Shahrizal ni.
Lengan Rafeeqa yang dicengkamnya tadi sudah berubah biru sedikit. Bukan sengaja
pun sebenarnya. Kalau dia tahu badan Rafeeqa jatuh bergolek macam durian jatuh
dari pokok, serius dia takkan lepaskan pegangan tangan walaupun Rafeeqa
menjerit sampai ke bulan boleh dengar.
Melihat
Rafeeqa menangis teresak-esak di atas jalan tar sampai memeluk lutut, Shahrizal
jadi kaku. Pertama kali berkasar dengan Rafeeqa sepanjang perkahwinan mereka
berdua dan itulah juga pertama kali dia melihat Rafeeqa menangis macam budak
kecil yang kehilangan patung.
Daddy
pernah mengingatkan, kalau isteri menangis disebabkan oleh dia bermakna dia
melukakan hati isteri.
Kata
Mummy pula, jangan sesekali berkasar dengan isteri walau marah macam mana pun
dia pada Rafeeqa.
Ternyata
dia tak mengambil serius kata-kata Daddy dan Mummy. Rasa hebat sangatlah kot
sampai nasihat mudah begitu pun dia tak pandang. Sekarang Rafeeqa dah merajuk panjang
sampai dia nak pujuk pun tak reti.
“Ouch!”
Shahrizal
terpaksa hentikan sapuan. Dipandangnya Rafeeqa, wajah isteri berkerut menahan
pedih. Sempat pula tu jeling-jeling bagi ‘that
look’ tanda protes.
“Feeling better?” Shahrizal
bertanya lembut. Botol Dettol dan kapas diletakkan di atas meja sebelah.
Rafeeqa
tak menjawab. Feeling better rasa
oren. Macam sengaja aje nak sapu Dettol sampai hampir habis satu botol. Niat tu
memang nak menolong ke atau nak bagi pedih tangan halusnya yang dah
bercalar-balar?
“Eh.
Eh. Nak buat apa ni?”
Rafeeqa
terkejut bila tangannya dicapai dan diletakkan di atas riba Shahrizal. Dari
mana muncul bandage?
“Stay still, please.”
Shahrizal tunjuk muka garang. Dia benci guna intonasi suara kasar tapi Rafeeqa
selalu ‘naik kepala’ dan membuatkan dia terpaksa.
Dengan
penuh hati-hati Shahrizal membalut tangan isteri bila Rafeeqa sudah tidak
membantah. Suasana di antara mereka berdua sunyi. Tak ada siapa yang berbicara.
Rafeeqa dengan rasa sakit hati yang masih ada dan Shahrizal pula dengan rasa
bersalah yang masih tak berpenghujung.
Rafeeqa
amati wajah suami. Bersungguh-sungguh benar Shahrizal nak membalut sampai rupa
tangannya macam nak pergi boxing.
Boleh aje kalau biarkan kesan calar terbuka tapi Shahrizal melebih sangat nak
layan dia macam puteri.
Bentuk
muka yang sedikit bujur. Hidung yang separa mancung. Bahagian tepi rambut
dicukur kemas dan di bahagian tengah pula terpacak tegak. Puas Rafeeqa
mengamati. Patutlah Husna tak peduli nak ambik
laki dia. Stok kacak macam ni buat tidur Husna tak lena malam.
Macam
muka siapa muka laki aku ni? Rafeeqa berfikir sendiri. Kot ada pelakon di tv
yang iras Shahrizal tapi dia tak ingat nama.
“Done,”
ujar Shahrizal.
Pandangan
Rafeeqa beralih pada tangannya yang dah dibalut kemas. Hmm..not bad. Ni mesti masuk Persatuan Bulan
Sabit Merah masa sekolah dulu.
Shahrizal
berdehem dan mengatur duduk, merapatkan lagi tubuhnya dengan Rafeeqa di
sebelah. Tanan sasanya singgah menepuk perlahan paha Rafeeqa. Dua mata itu
bertaupan tapi tak lama bila Rafeeqa melarikan pandangan pada Aqua di dalam
akuarium. Okey. Kalau Rafeeqa tak nak mulakan, biar dia yang buka mulut dahulu.
“Rafeeqa. I’m sure you owe me a lot
of stories.” Secara tak langsung, itu adalah soalan
untuk Rafeeqa.
Typical Shahrizal
mana nak tanya direct, kena
bengkang-bengkok dulu. Apa sebab Rafeeqa menangis? Apa sebab balik tanpa
makluman? Itu yang dia ingin tahu.
“Nek
Pah. You and Auni,” jawab Rafeeqa.
Rafeeqa
bukan berkias macam Shahrizal, straight
to the point saja terus. Tiga nama yang baru dia sebut adalah tiga sebab
utama kenapa dia bertindak di luar alam. Melihatkan Shahrizal tenang dan
menanti ayat seterusnya, Rafeeqa menyambung kata.
“Firstly, Nek Pah. Tembak saya
macam-macam. Secondly, awak. Dari
mula kita sampai rumah Mummy, awak hilang sampai bayang-bayang pun tak nampak.
Jangan cakap saya tak cuba cari, Shah. Thirdly,
Auni. Memang panjang umur dia. And she
seemed so happy linging around with you.”
Panjang
lebar bicara Rafeeqa. Elok juga kalau Shahrizal tahu. Biar tak ada modal
Shahrizal nak ‘fire’ apa sebab dia
nak balik awal. Melihat wajah Shahrizal berubah riak terkejut, Rafeeqa tarik
nafas dalam. Sekurang-kurangnya riak muka terkejut adalah jauh lebih bagus
daripada riak muka marah Shahrizal.
“Nek
Pah cakap apa?” Shahrizal ingin tahu.
“Biasalah.
Nek Pah dan teori dia tentang perempuan yang tak cukup Melayu dan tradisional
macam saya.”
Jangan
buat-buat tak tahu tentang perangai nenek sendiri, Shah.
“Then what about Auni? I didn’t
know you can get jealous.” Shahrizal skip sebab kedua, terus
lompat ke sebab ketiga Rafeeqa.
Dia
dengan Auni dah bertahun tak berjumpa. Borak lama-lama, sempat Auni minta
temankan ke kereta yang terletak di jalan seberang sebab tertinggal kamera.
Baru nak cari Rafeeqa untuk diperkenalkan, sang isteri dah blah.
Shahrizal
menilai sendiri pepatah Melayu yang sering digunakan.
Cemburu
tandanya sayang. Bolehkah diaplikasikan di dalam situasi dia dan Rafeeqa
sekarang?
Wake up, bro! Rafeeqa
cemburu saja-saja, Rafeeqa tak pernah sayang pun. Shahrizal mengingatkan diri
sendiri. Tak payah mengharap sangat, sedangkan perasaan dia pada Rafeeqa pun so-so saja. Elok lah juga kalau Rafeeqa
tak menyimpan apa-apa perasaan, nanti bila dah nak berpisah senang sikit
cerita.
Rafeeqa
tersenyum nipis. Pahit. Isteri mana yang tak cemburu. Lebih-lebih lagi soal nak
pilih gadis mana yang patut dibuat menantu oleh Nek Pah buat Rafeeqa rasa macam
nak terjun ke dalam laut. Tengok muka Shahrizal macam tak ada perasaan, selamba
saja bertanya itu ini.
“Adakalanya
saya rasa kecewa, Shah. Ada kalanya saya rasa sakit hati. At some points, I feel jealous. Abandoned and hopeless.” Rafeeqa
luahkan perasaan.
Aduhai
suami, buka pintu hati luas-luas. Cuba fahami isi tersirat yang ingin dia
sampaikan. Shahrizal dah semakin kebal, tak mudah cair macam dulu. Kot agak
susah untuk Shahrizal nak ‘tangkap’.
Lama
Shahrizal diam. Tunduk dengan sebelah tangannya menepuk paha Rafeeqa seperti
tadi.
“Mesti
ada benda yang Nek Pah cakap sampai awak down
sangat malam ni.” Shahrizal rasa tak senang hati. Rafeeqa tampak ‘rapuh’. Dan
tak nak mentafsir luahan hati Rafeeqa lebih dalam, dia tolak tepi siap-siap.
Rafeeqa
paut pipi Shahrizal. Dua pasang mata itu bertaup rapat. Lama.
“Apa
akan jadi kalau kita betul-betul berpisah?” Rafeeqa usap lembut pipi Shahrizal.
“Will we both be happy?”
Rafeeqa sentuh pula rambut Shahrizal yang terpacak tegak.
Nek
Pah nak kita berpisah, Shah. Rafeeqa tak sampai hati nak berterus-terang dengan
kenyataan yang satu itu. Nanti apa pula kata Shahrizal, dia sengaja memburukkan
Nek Pah.
“Even if you’re gonna choose Husna
over me, hate me not.” Bergenang air mata Rafeeqa.
Jangan
benci saya, Shah.
Shahrizal
terpana.
My dear Rafeeqa!
Tubuh
Rafeeqa dibawa ke dalam pelukan. Soalan Rafeeqa buat Shahrizal turut tersedar.
Adakah
mereka berdua akan bahagia dengan haluan masing-masing? Atau adakah akan timbul
rasa menyesal andai perpisahan yang dipilih?
“HOT chocolate for you.”
Rafeeqa
yang seronok melayan Jamie Oliver menggoreng salmon di tv menoleh. Aik? Mimpi
ke? Cawan berisi minuman yang dihulur Shahrizal disambutnya. Padanlah juga.
Hujan renyai-renyai di luar sana, ditambah pula dengan penghawa dingin yang
terpasang membuatkan tubuh Rafeeqa sedikit kesejukan.
“Tengok
apa?”
“Tengok
Christiano Ronaldo sepak bola.”
Hish!
Suka sangat Shahrizal tanya soalan ‘Abuden’.
Mahu Rafeeqa tak menjawab dengan penuh sarkastik. Namun terukir juga senyuman
di bibir Shahrizal. Punggungnya berlabuh di sebelah Rafeeqa. Sengaja main
himpit-himpit, nak pujuk Rafeeqa malam ni. Minuman panas dihirupnya perlahan
sebelum diletakkan di atas meja.
“Rafeeqa.”
“Hmm..”
“Sedap
tak hotchocolate tu?”
Ops!
Rafeeqa menahan senyum. Matanya masih bertumpu di tv. Dah lama tak dengar
Shahrizal bagi soalan minta puji begitu. Mana dia tahu sedap, minum pun belum.
“Macam
sedap salmon tu. Jamie Oliver ni memang cekap, doh. Boleh masak semua tu dalam masa 15 minit.”
Rafeeqa
sengaja menukar topik. Soalan minta puji Shahrizal dibiarkan berlalu pergi. Mood tak berapa malam ni, baik duduk
diam-diam. Hujung bantal yang dipeluknya dipintal-pintal.
“Tidur
lambat malam ni.” Shahrizal keluar dengan topik baru. Rafeeeqa masih tak
berminat nak berbual, kenalah berusaha lebih untuk hidupkan mood isteri.
“Hmm..’
Nak
jawab apa lagi kan. Kira nak tengok Real Madrid lawan Malaga pukul 1 pagi
nanti. Sekurang-kurangnya terubat juga sakit di tangan yang berbalut dan hati
yang terluka kalau menghadap muka Christiano Ronaldo menyepak bola di dalam tv.
Ahakz!
Shahrizal
duduk lebih rapat. Tangan kiri didepakan di sofa di belakang Rafeeqa. Remote tv
diambilnya dari tangan Rafeeqa dan tup...ditukar ke channel Animal Planet.
“Shah!”
Rafeeqa berpaling memandang Shahrizal. Suka potong stim masa orang tengah
teruja tengok aktiviti memasak. Nak tengok pasal koala bear yang sedang
memanjat dahan pokok tu buat apa?
“We need to talk, Rafeeqa.”
Dua
mata itu bersabung. Kalau susah sangat nak berkias dengan Rafeeqa, Shahrizal
pakai plan B. Berterus-terang dan memohon maaf.
Nak
cakap pasal apa? Nek Pah? Auni? Atau Husna? Pleaselah,
Rafeeqa tak nak dengar semua tu. Dah kira okey dia dapat menahan rasa dan
berlagak cool walaupun Nek Pah hentam
puas-puas di rumah mertua tadi.
“Sorry bout your hand. Sorry bout
Nek Pah. Sorry for hurting you today.”Lancar saja Shahrizal
bertutur.
Ini
bukan drama Mistress Hermanas atau sesi Mahal Kita, dia benar-benar ikhlas
meminta maaf. Dia tak buta untuk mengagak perasaan Rafeeqa yang kecewa dan
mungkin saja terasa dengan kata-kata Nek Pah. Kalau tak, masakan Rafeeqa
tiba-tiba menyentuh hal perpisahan.
Oh!
Kenapa
bila perkara itu menjadi topik, Shahrizal rasa ‘terancam’?
Takut
kehilangan?
Now you know, bro!
Rafeeqa
diam walhal di dalam hati....oh, tersentuh. Ya, marah Rafeeqa ni sebenarnya tak
ke mana. Di dalam dia kecewa nak mampuih
dan hati yang terluka, hatinya lembut untuk memaafkan kesalahan Shahrizal.
Setakat tak sengaja membuatkan dia landing
elok di atas jalan tar tadi, Rafeeqa tak menyimpan rasa tak puas hati. Malah
dia dah maafkan terlebih dahulu.
Pasal
Husna dengan Shah apa cerita? Semudah itukah dia memaafkan kecurangan suami?
Mungkin
betullah kata orang, hati perempuan macam kerak nasi. Lama-lama lembut juga.
Nak bergaduh tentang isu ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga mereka berdua?
Huh, Rafeeqa bukan jenis yang begitu. Berdrama melebih bukan cara dia. Cool aje Rafeeqa. Kalau dah memang jodoh
dia dan Shahrizal tak panjang satu hari nanti, dia tetap akan berlagak cool. Maaf nak jadi lemah yang menangis
sampai keluar air mata darah, dia tak selemah itu.
“Lupakan
hal hari ini, saya tak nak tidur dengan serabut di kepala. Then when we wake up by tomorrow morning, everything is fine and we can
start a new day without thinking bout what had happened today,” sambung
Rafeeqa.
Hoyeah,
harus cool!
Shahrizal
senyum. Typical Rafeeqa. Sentiasa bubbly. Tak nak dilihat sebagai seorang
perempuan yang lemah. Mudah memaafkan dan melupakan. Ringan saja ciuman hinggap
di dahi Rafeeqa.
“Thanks.”
Shahrizal kenyit mata.
Senyuman
Rafeeqa semakin melebar. Bad mood
tadi tu tak ke mana juga akhirnya.
“Awal
lagi ni. Anything you wanna do while
waiting for your Christiano Ronaldo?”
“Hmmm...”
Mood
dah hidup semula. Ligat otak berfikir tentang aktiviti yang nak dibuat di malam
hari. Dah lama tak pergi ‘eternity’
(clubbing) sebab dia dah tinggalkann zaman dajal. Dah lama tak menari macam
Christina Aguilera. Dah lama tak menyanyi sampai sakit tekak.
Ting!
Rafeeqa kenyit mata. Keluar idea luar alamnya.
“Buat
konsert jom.”
Pecah
ketawa Shahrizal tapi dia angguk juga. Melihat Rafeeqa bersemangat dan bangun
mencapai S Note II di atas meja, Shahrizal dah dapat mengagak lagu apa yang
Rafeeqa ingin nyanyikan.
Typical diva.
Muzik
lagu yang mula berkumandang membuatkan Shahrizal spontan bangun.
“One day while my light is glowing,
I’ll be in my castle golden, But until the gates are open, I just wanna feel
this moment.”
Itu
dia! Rafeeqa dah bernyanyi sebijik
gaya Christina Aguilera sebaik lagu nyanyian artis kegemarannya bermula.
“My Worldwide, Rafeeqa Huda, Oye
Mamita, come one dale, que la cosa esta rica.” Shahrizal
bernyanyi bagi pihak Pitbull.
Rafeeqa
ketawa besar. Yuhuu! Not bad, pandai
menyanyi juga Shahrizal. Dua-dua mula rancak menari bila lagu ‘Feel This Moment’ rancak dipasang.
Tarzan and Jane dah bertukar menjadi pasangan paling seksi malam itu. Lagak
menari dan menyanyi tak usah cerita, sebijik
gaya Pitbull dan Christina Aguilera di konsert Billboard 2013 tak lama
dulu.
Dear Shah, I just wanna feel this
moment. The happy us. The bubbly us.
p/s : Cos I like Pitbull. Cos I love Christina. Cos I admire them both. Cos this will be the last entry in the blog. Cos we will meet JBC in printed version soon :) Thank u so much for the support dearies! Not to forget to grab Mama Mia Shaza (MMS) in your nearest bookstore if you dont have one ya. Big hug and I love you all! :)
SEKEJAP tersenyum.
Sekejap angguk kepala. Sekejap bercakap sepatah dua menjawab setiap soalan yang
diajukan padanya. Rafeeqa rasa kekok sedikit. Ingatkan tak banyak saudara mara
Shahrizal yang ada. Biasanya hanya ada keluarga terdekat saja. Tapi malam
ini....mak oi! Tang berapa generasi
semua yang hadir ni? Sampaikan hampir penuh kawasan kediaman mertuanya.
Mata Rafeeqa melilau mencari kelibat Shahrizal. Tadi
bukan main kata nak berkepit macam belangkas, tapi sekarang bayang-bayang pun
dah tak nampak.
“Tak ada plan
nak timang cahaya mata ke?”
Rafeeqa maniskan muka pada Lina. Tak ada soalan lain ke
yang nak ditanya cik kak?
“Setakat ni belum ada plan
lagi. Mungkin dalam dua tiga tahun lagi,” Rafeeqa jawab terus-terang.
Hello...rumahtangga
mereka berdua belum tentu kekal lama okey sebab Husna nak potong line. Nak ada anak apanya. Lagipun nak
ada anak langsung tidak terdapat di dalam perancangan jangka pendek.
“Cepat-cepatlah
beranak. Anak tu pengerat hubungan suami sendiri. Lebih-lebih lagi bila
hubungan suami isteri tak berapa nak stabil.”
Amboi,
menyindir ke apa sepupu Shahrizal yang sorang ni. Mulut spesis Joyah memang
macam tu, kerja asyik nak ‘smashed’
orang. Rafeeqa mengatur duduknya di atas buaian.
“Tengoklah
nanti. Saya dengan Shah belum rancang apa-apa lagi,” Rafeeqa menjawab sopan. Tak
mainlah nak ‘smashed’ balik, nanti
tak pandai habis sesi yang tak elok itu.
“Best ke belajar di luar negara sampai
awak sanggup tinggalkan Shahrizal?”
Doii...makin
menyembur nampak. Lina dah mengangkat sebelah kening ala-ala Ziana Zain. Ni lah
salah satu sebab kenapa Rafeeqa kurang gemar bercerita dengan Lina. Kalau tak
menyindir, menyembur. Itu aje yang Lina pandai buat.
“Saya
pergi jauh sebab nak belajar, nak kejar cita-cita. Plus, I didn’t leave him. I just being away from him for few years.”
Istilah
tu kena betul sedikit, jangan main hentam. Rasa macam nak cramp bibir Rafeeqa memberikan senyuman plastik. Mata masih lagi
mencari-cari batang hidung Shahrizal.
“Tu.
Nampak tak yang pakai baju biru tepi tiang sana tu? Azmi, suami Rosey. Sekarang
pun rumahtangga dorang agak goyah sikit sebab Rosey main kayu tiga. Azmi
pula...” Lina tukar topik bila dah tak ada modal nak kenakan Rafeeqa.
“Don’t mind if I go to the kitchen.
Tekak haus.” Selamba Rafeeqa memotong ayat Lina.
Malas
okey nak melayan orang yang suka bergosip. Tak padan dengan muka cantik Lina
tapi mulut...Oh jangan lupa, Rafeeqa kan diva dan diva macam dia takkan
berminat dengan sesi menganyam ketupat. Hal sendiri tak sesempurna mana ada
hati nak jaga tepi kain orang.
Sampai
di dapur, Rafeeqa memeluk ibu mertuanya yang sibuk menyusun buah tembikai ke
dalam piring besar di kaunter.
“Sedap
chicken pie yang Fika buat. Lain kali
lepak dengan Mummy kat sini, kita buat sama-sama ya.”
Rafeeqa
tersenyum lebar. Ala..kalau bukan Mummy yang puji siapa lagi kan? Potluck satu keluarga, semua bawa masakan
Melayu. Yang dia sorang saja yang tersesat bawa chicken pie. Memang ‘sedap’ telinga pekena meriam buluh Nek Pah.
Tak sedaplah. Tak menariklah. Tak reti makanlah. Paling tak menahan Nek Pah
kata dia tak pandai memasak.
Masakan
Melayu memang dia tak reti. Paling expert
pun dia pandai sediakan ayam ros sahaja. Tu resipi yang kacang tahap petik
jari. Cuma masukkan ayam dan kicap pekat, bawang bagai tak payah sebab Damia
kata ayam ros memang resipi orang malas. Tapi kalau masuk bab masakan barat,
Rafeeqa Huda jangan cuba dilawan. Taraf sampai boleh jadi Chef Hell’s
Kitchen. Tapi tu la...masakan yang dia pandai buat tak kena dengan lidah
Nek Pah yang Melayu tulen zaman Hang Tuah.
“Jangan
ambik hati dengan apa yang Nek Pah
cakap. Nanti-nanti dia okeylah tu, ya.”
Macam
tau-tau aje Mummy yang dia ni berkecil hati dengan Nek Pah. Nek Pah memang tak
sukakan dia, jadi istilah ‘nanti-nanti’ tu takkan wujud punya.
“I’m okay, Mummy. No biggie. Siapa yang
masak soto ayam tadi? Sedappp!”
Rafeeqa
mengambil tempat di sebelah Mummy. Teringatkan soto ayam yang dihidangkan tadi,
sampai dua kali Rafeeqa minta tambah. Sepotong tembikai dicapainya dan baru
dimasukkan ke dalam mulut, suara di belakang buat Rafeeqa tersedak.
“Baca
doa makan tak ada terus sumbat masuk dalam mulut. Pandai cari menantu, Zaidah.”
Uhuk!
Oh my!
Dalam
banyak-banyak tempat yang ada di dalam banglo besar ini, di dalam dapur jugalah
Nek Pah muncul. Belakang Rafeeqa ditepuk-tepuk Zaidah. Kesian pada menantu kesayangan, kut tertelan biji tembikai.
“Shah
mana?” Nek Pah duduk di atas kaunter.
Usia
dah menjangkau 66 tahun, tapi Nek Pah ni rock.
Baju checkers berlengan panjang yang
dilipat naik hingga ke paras siku, dipadankan pula dengan anak tudung berwarna
hitam. Tapi berkain sarung cap pokok kelapa. Ehem...bagi chan sikit kat Nek Pah at
least tampak bergaya walau fashion
disaster.
“Ada
kat luar tengah sembang-sembang.” Rafeeqa confident
ayam menjawab sedangkan dia sendiri pun tak tahu Shahrizal ke mana.
Niat
yang masih nak makan buah tembikai terpaksa ditolak tepi. Serius dia takut
kalau tengok muka Nek Pah yang garang ala-ala Queen Latifah.
“Lain
kali masak sedap sikit. Yang Fika masak tu tak sedap.” Nek Pah tunjuk muka
garang dengan isteri cucu kesayangan. Bukan tak sedap sebenarnya tapi dia tak
reti makan. Biasalah tekak orang tua macam dia ni kalau bukan hidangan Melayu
memang susah nak dihadam.
Nek
Pah pandang Rafeeqa dari atas sampai bawah. Blouse
longgar satin tanpa lengan yang berwarna merah. Siap dengan rantai mutiara
dipakaikan di leher. Fesyen planet mana budak ni pakai? Nak kata tak cukup duit
untuk beli baju yang cukup kain, tak juga.
Mata
Nek Pah beralih pula pada benda bercorak polka dot di atas kepala Rafeeqa.
Orang panggil apa...ha..headband!
Macam tak sesuai pulak dah jadi
isteri orang tapi masih pakai benda yang budak kecik biasa pakai.
Rafeeqa
rasa tak selesa. Oh please lah, Nek
Pah. Nak buat inspection bukan
sekarang, kalau ditegur malu dia di depan sanak saudara Shahrizal yang lain
yang turut ada di situ. Masih teringat ayat-ayat Nek Pah bila dia mula-mula
menjadi isteri Shahrizal.
Rafeeqa
tak sesuai dibuat isteri.
Rafeeqa
tu kurang ajar sikit.
Rafeeqa
tak sayang suami.
Rafeeqa
cetek ilmu agama.
Gosh! Nasib
dia jenis yang tahan kuat macam batu-bata. Kalau tak, dah lama dia bergaduh
dengan Nek Pah sebab mulut terlebih meriam buluh. Agak-agak ni sekarang Nek Pah
masih benci dia dalam-dalam macam dulu tak? Atau rasa benci tu dah kurang
sikit?
“Fika,
Nek Pah tanya tu.”
Alamak!
Jauh kau terbang, Fika! Muka Rafeeqa blur.
Matanya berlawan pandang dengan mata Mummy yang mengangkat kening berkali-kali
tanda bagi isyarat. Bila beralih pula pada Nek Pah, muka Nek Pah tampak garang.
Uhuk!
“Nek
Pah tanya apa, Mummy?”
Mata
Rafeeqa masih memandang Nek Pah tapi soalan diajukan pada Mummy. Secara tak langsung
dia nak tanya Nek Pah lah tu.
“Nek
Pah tanya, bila nak tambah ahli? One at
least. Tak pun twins.” Mummy
kenyit mata dengan muka teruja.
Ini
bukan kali pertama Nek Pah tanya benda yang sama. Zaidah sendiri pun tak pernah
dengar ura-ura anak dan menantu nak ada anak, terpaksa cover kata Rafeeqa tak bersedia sebab masih belajar. Bukan dia tak
sedar perubahan di dalam perhubungan Rafeeqa dan Shahrizal tapi Zaidah tepis
jauh-jauh perasaannya itu.
“Err...nanti
Fika tanya Shah.”
Jawapan
pendek tapi itu yang terbaik Rafeeqa dapat fikirkan. Gila nak cakap ‘Tak ada plan lagi sebab Shah ada awek baru’.
Mama
dengan Papa rileks aje tak pernah tanya sebab tahu sangat perangai anak tunggal
mereka ni macam mana. Sebab tu soalan Nek Pah dan Lina tadi dikategorikan
sebagai soalan ‘Who wants to be a
millionaire’.
Takut
nak ‘ditembak’ dengan soalan seterusnya, Rafeeqa meminta diri untuk ke luar
rumah. Konon nak mencari Shahrizal, nak minta kunci kereta sebab telefon bimbit
tertinggal di dalam kereta. Lagi cepat keluar lagi bagus, taklah hati makin
sakit kalau Nek Pah buka mulut lagi.
“Kan
mak dah kata, budak Fika tu tak masuk kepala. Dulu kenapa tak ambik aje Auni jadi menantu? Heran mak.”
Langkah
Rafeeqa terhenti separuh jalan. Baru saja beberapa langkah dia keluar, Nek Pah
dah hentam Mummy. Tahulah dia bukan pilihan Nek Pah. Tahulah dia bukan Auni.
Tahulah dia terkurang sana sini. Tapi perlukah kalau hal lama diungkit? Anggap
ajelah Shahrizal dan Auni tak ada jodoh.
Rafeeqa
menghela nafas berat. Mood nak
beramah mesra dibuang ke laut. Berdiri di tepi tiang besar di bahagian belakang
rumah, dia cuba mencari Shahrizal di celah saudara mara yang hadir.
“Sorang-sorang
ke?”
Terkejut
Rafeeqa bila ada suara menyapa di telinga. Toleh kanan, seorang lelaki berdiri
di sebelahnya dengan senyuman buaya. Pengalaman berhadapan dengan lelaki spesis
buaya sangat banyak, jadi tak susah nak menilai senyuman ‘mengorat’ si empunya
badan.
Rafeeqa
buat-buat tak dengar. Berpeluk tubuh dan masih berharap agar mata dapat scan kelibat Shahrizal di situ.
“Sorang-sorang
ke?”
Oh
soalan murah diajukan kali kedua! Rafeeqa kerling ke kanan. Tak pernah pulak tengok muka lelaki di sebelah ni.
Mungkin saudara jauh Shahrizal.
“Tak.
Saya tengah memasak dengan mak mertua.”
Ambik kau!
Rafeeqa jawab sarkastik. Nasiblah kalau kena cakap sombong, dah dia memang tak
ada mood nak buka cerita.
“And by the way, I’m married to Shahrizal.
Kenal tak? Yang tinggi lampai pakai T-shirt
berwarna kuning tadi?” sambung Rafeeqa dengan senyuman yang dibuat-buat. Maaf,
nak melayan lelaki bukan tersenarai di dalam favourite list dia.
Hampir
mati senyuman buaya di sebelah. Liat minah ni. Melepas lah juga nak mengorat
sedangkan yang di depannya ini adalah isteri orang. Nama apa...Shahrizal? Dia
tak kena kalau saudara yang dah jauh.
Mata
Rafeeqa terarah pada Shahrizal yang muncul dari pagar utama. Namun yang menarik
perhatian Rafeeqa adalah gadis yang berada di sebelah suami. Cara bergurau dan
bergelak ketawa, dia tahu Shahrizal rapat dengan si gadis. Rafeeqa amati
betul-betul. Seketika kemudian....
“Damn....”
Terpacul perkataan keramat dari bibir Rafeeqa secara tak sengaja.
Cemburu?
Yeah!
Apa
yang lelaki di sebelahnya ini tanya, Rafeeqa langsung tak dengar. Malah dia
langsung tak pandang. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke dapur semula.
Auni. Panjang umur sepupu Shahrizal. Dia memang dah sedia tahu yang Shahrizal
dan Auni rapat sejak kecil. Tapi takkan dah jadi suami orang pun masih tak ada boundary kot.
Kenapa
tiba-tiba muncul di sebalik pagar utama rumah? Rafeeqa buat andaian yang
bukan-bukan tapi dia tolak semua itu jauh-jauh. Tak nak berprasangka buruk
dengan suami sendiri.
Tak
jauh dari pintu dapur, Rafeeqa berkira-kira nak masuk ke tak. Kalau masuk,
sedia kena hentam Nek Pah lagi. Kalau tak masuk, hati makin sakit melihat
kemesraan Shahrizal dan Auni. Lama Rafeeqa statik.
Alaa...buat
pekak aje. Tahan hati biar kebal sedikit. Rafeeqa melangkah masuk ke dalam
dapur. Mummy dan Nek Pah dilihatnya masih duduk di tempat yang sama. Langkah
kaki Rafeeqa berat. Jantung Rafeeqa terasa bagaikan terhenti. Otak rasa blur.
“Tapi
mak...”
“Takkan
kali ni pun tak nak dengar cakap mak. Fika dan Shah tu takkan ke mana. Rasanya
jodoh mereka tak lama. Shah patutnya dapat cari isteri yang lebih baik. Tu la,
pandai-pandai nak carikan jodoh untuk cucu mak. Sekarang apa nak jadi?”
“Dua-dua
masih muda lagi, mak. Nanti-nanti akan eloklah tu. Fika pun dah habis belajar,
bolehlah tumpukan perhatian pada rumahtangga.”
“Nak
tunggu sampai bila baru nak elok, Zai? Tak kesian
ke dengan anak sendiri? Mata tua mak ni tengok Shah tu tak gembira tahu
tak.”
Rafeeqa
dah tak sanggup mendengar. Emosi yang tak stabil melihat kemesraan Shahrizal
dan Auni tadi masih tak okey lagi, sekarang ditambah lagi dengan setiap butir
bicara Mummy dan Nek Pah.
Dia
bukanlah budak kecil yang tak dapat mentafsir maksud tersirat Nek Pah. Perkataan
yang paling dia tak suka berlegar-legar di dalam benak fikiran.
Cerai.
Sampai
hati Nek Pah. Jahat sangat ke dia ni sampai Nek Pah sanggup melihat rumahtangga
dia dan Shahrizal runtuh?
I need my Shah!
Cepat-cepat
Rafeeqa berlalu keluar dan mahu mendapatkan Shahrizal. Tapi langkah kaki
terhenti tatkala melihat Shahrizal masih seronok bercerita dengan Auni di
sebelah kolam renang. Rafeeqa kecewa sampai tak tahu nak bereaksi macam mana.
Matanya melihat sekeliling. Sanak saudara Shahrizal semua tampak gembira. Tak
macam dia yang sedang menahan air mata dari gugur sekarang ini.
Dalam
itu, dia tersedar satu persamaan di antara semua yang hadir. Semua pun
bertudung. Semua pun menutup aurat kecuali dia seorang. Mata Rafeeqa terarah
pada badannya sendiri. Jeggings. Blouse satin
longgar tanpa lengan.
Oh!
Dah dapat agak! You are SO not their
type, dear darling!
Dia
tak sebaik mereka di sekeliling. Dia tak sesempurna semua yang ada. Harus Nek
Pah tak pernah berkenan. Agaknya memang inilah sikap typical manusia. Mudah sangat menilai hanya berdasarkan sudut
luaran. Semua yang sama jenis macam dia ni jahat ke? Tak layak dibuat isteri?
Rafeeqa
tak mahu menunggu lama. Biarlah nanti Shahrizal nak cari ke tak. Tengok gaya
sekarang pun macam Shahrizal dah lupa yang isteri dia turut ada di sini.
Berlalu
ke sofa di ruang tamu, Rafeeqa mencapai tote
bag miliknya. Langkah kaki? Selamba dia keluar menuju ke pagar utama. Family gathering begini bukanlah tempat
untuk orang seperti dia.
Beberapa
puluh meter sudah jauh meninggalkan rumah mertua, Rafeeqa mendongak memandang
langit. Melihat bintang-bintang yang menghiasi langit gelap, dia berfikir
sendiri. Andai dia ingin menjadi secantik bintang di hati semua yang tersayang
di sekeliling, mampukah dia menghiasi hidup mereka dengan kehadiran dia di
sisi? Dan tatkala melihat bulan yang menyinari malam, muncul soalan kedua di
benak fikiran. Andai dia ingin menjadi seterang bulan di hati semua, mampukah
dia menyinari di saat mereka hilang arah tuju dan hidup di dalam gelap?
Sebab
jawapan ‘tidak’ lah dia berada di dalam situasi ini sekarang.
Oh, I am so not perfect!
Air
mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh juga. Rafeeqa percepatkan langkah. Air
mata diseka dengan belakang tapak tangan.
Be strong, dear darling!
Tak
tahu ke mana hala tuju tapi harap-harap
ada teksi yang akan lalu di jalan besar atau ERT menuju ke KL Sentral. Nak
balik. Nak mandi air panas. Nak menangis puas-puas. Semakin lama, air mata
Rafeeqa mengalir semakin laju seiring dengan langkah kakinya.
Pettt!
Rafeeqa
terkejut. Bila dia berpaling, kereta yang berhenti betul-betul di belakangnya
buat dia tegak macam patung.
“Where the heck do you wanna go?!”
Lidah
Rafeeqa kelu. Apa nak jawab?
p/s : Patah hati bila Shah tak disukai but super happy to know that my dearies enjoyed reading sampai rasa nak smackdown shah ;) kita tunggu JBC sama-sama ya., soon dearies. Have a good rest and good night everyone. big hug! <3