BAB
9
CUACA yang anginnya sepoi-sepoi bahasa. Rumput dah mula
tumbuh, dah nampak hijau sedikit. Pokok pun dah mula ada daun. Aladin tarik
nafas dalam.
“How time flies.”
“Huh?”
Dara di sebelah masih seronok makan halwa. Kadang-kadang
tak faham dengan Aladin. Hujan panas tak ada tiba-tiba boleh sebut ayat yang
seakan tergantung dan buat dia blur.
“Baru aje musim sejuk, sekarang dah masuk musim bunga.”
Aladin sambung ayat.
Owhh...Dara angguk kepala. Baru faham. Bungkusan halwa
dihulurkan pada Aladin tapi Aladin menolak. Ala benda macam ni memang Aladin
tak pandang. Aladin kata ni semua makanan budak-budak.
“Tiket balik KL summer
ni dah urus?” Aladin lunjurkan kaki. Lengan kiri didepakan di belakang kerusi
di belakang Dara.
“Belum lagi.”
“Nice. Jom
balik sama.”
Erk? Dara pandang Aladin sekilas. Selamba saja muka
Aladin yang membuang pandang pada sekumpulan ibu-ibu yang tak jauh dari kerusi
mereka berdua.
“Saya selalu beli tiket last minute.” Dara mengelak.
“Saya on aje.
Asalkan balik dengan awak.”
Okayy...that
doesn’t work Dara. Takkan tak tahu, Aladin bukan jenis yang berputus asa.
Aladin akan cuba sampai dapat. Duduk lepak dengan Aladin kat Baranino Park petang ni pun sebab Aladin
dah terpacak tegak di depan kelas dengan minuman coklat panas yang dibeli dari vending machine.
“Al. Ada benda nak tanya awak.”
“Apa dia?”
“Kenapa panggil saya Dara? Awak sorang aje yang panggil
nama tu.”
“Curiosity is not a
sin, Dara.” Aladin senyum.
“I like the name.
And I like the person.” Aladin berterus-terang.
Dari dulu sampai sekarang dia jatuh hati pada Dara. And ya....sebut pasal nama. Nama Dara
sangat unik. Mungkin ayah Dara dapat nama tu dari zaman Merong Mahawangsa.
Pernah tanya Dara tentang itu tapi Dara tunjuk muka, kecik hati sebab Dara
salah sangka ingat dia anggap itu nama yang tak in dan lapuk.
Dara terdiam sejenak. Lepas tu sambung balik makan halwa
yang sedap.
“Awak lain dari yang lain, Dara. Sepanjang saya hidup kat
muka bumi ni belum pernah saya jumpa perempuan macam awak.”
“Alaa..awak belum hidup lama sangat. Nanti bila dah
berusia sikit awak akan jumpa berlambak yang macam saya.”
Pecah tawa Aladin. Dara di sebelah pun turut ketawa.
Lawak dari zaman mana Dara ambik ni.
“Dah berapa lama awak kenal saya, Dara?”
“Setahun lebih. Eh..dah dekat dua tahun.”
“I think it’s more than enough for
you to know me and move on to the next chapter.”
Dara membetulkan duduk. Menghadap Aladin di sebelah. Dia
bukan budak-budak umur 8 tahun, jadi tak susah nak faham isi tersirat Aladin.
“Kenapa saya, Al?” Dara bertanya.
Berlambak gadis Malaysia kat bandar ni, kenapa dia yang
Aladin pilih? Banyak lagi yang jauh lebih baik daripada dia. Sasha boleh lah
tolak tepi kot, yang tu memang Aladin tak berkenan.
“Saya tak perlukan alasan untuk suka awak, Dara.” Aladin
bangun dari duduk. Dicapai ranting kayu dan dilontarkan ke arah anjing yang
cuba mendekati anak kecil yang tak jauh dari tempat mereka berdua.
“Terus terang cakap. Saya nak jaga awak. Temankan awak
kat sini. It’s more than just friends.
It’s more than just lovers. I want it to end the way it supposed to be, Dara.”
Terhenti kunyahan Dara. Halwa di tekak rasa kelat. Apa
nak jawab balik kat Aladin. Maksud Aladin sangat mendalam, siap dengan
peringkatnya sekali.
1. Kawan.
2. Kekasih hati.
3. Sehidup semati.
Yang sehidup semati tu tak menahan. Baru tak lama kenal
kot, cepatnya Aladin pasang niat nak ambik dia jadi teman sampai bila-bila.
Uhuk! Jauh sungguh kau berangan cik kak, perasan lebih!
“Kalau awak nak mengharap lelaki yang romantik macam
Rafael, then saya tak boleh nak buat
apa. Sebab saya tak lahir begitu sejak azali, Dara. Tapi...I really love you.”
Cayalah, bro!
Aladin sendiri tak sangka boleh sebut ayat keramat tu. Tapi kenalah berani
sikit kalau tak nak melepas. Dia bukan
romantic de amour atau mampu ucap ayat manis mengalahkan gula Melaka. Tapi part dia sayang Dara tu memang betul.
Lahir dari hati tu, bro!
Mulut Dara melopong.
BINGO!
TIDUR. Tak payah
stay up.
Dara gelak baca mesej Aladin di dalam Messenger. Laju
tangannya menekan huruf-huruf di keyboard.
Dara : Tak dapat tidur. Masih awal lagi.
Al : Aik? 11.30pm pun masih awal lagi? You too used to stay up, Dara. Change your
sleeping pattern. For more quality.
Dara : Pekebende
teori awak ni? Sendiri tak tidur lagi.
Aladin : LOL. Hot
chocolate?
Dara : No, thanks.
Good night.
Dara beralih ke atas katil. Baru menarik comforter naik
ke dada, pintu bilik diketuk dari luar.
“Al lah tu. Nak hantar hot chocolate untuk awak.” Dian yang masih menghadap skirn laptop
meneka.
Dah biasa dah. Kalau tak silap dah enam bulan lebih
Aladin buat rutin yang sama. Hantar minuman panas untuk Dara. Ye lah, teori
Aladin yang kononnya ‘mesti minum minuman panas masa winter’ tu mana boleh lupa. Kalau tak setiap hari, dia buatkan EOD (every other day) khas untuk Dara.
Dari awal lagi dah cakap kat Dara, Aladin boleh tahan.
Tak adalah jahat mana. Nakal sangat pun tak. Dah terang-terang Aladin suka tu,
terima ajelah. Tapi Dara jual mahal, main tarik tali. Mana-mana lah, Dara. Jangan
nanti terlepas lepas tu putih mata, maaf dia tak dapat nak tolong.
“Dian, tolong buka pintu please.” Dara dah jadi kepompong
di atas katil. Malas nak buka pintu, jauh tu jarak katil dan pintu.
Sebaik pintu dibuka Dian, Aladin menjenguk dengan muka
selamba.
Kira okey dah sekarang. Sebelum masuk pasti Aladin ketuk
pintu. Itu pun sebab ada notis besar gajah dilekatkan di hadapan pintu ‘Sila
ketuk pintu sebelum redah masuk’. Berbnading dulu, betul-betul tak makan saman.
Kononnya coverage without boundary.
“Pass kat
Dara.” Aladin berpesan pada Dian. Mug panas bertukar tangan.
“Tak payah buat-buat tidur, Dara. I was online with u less than 5 minutes ago.”
Dara mengetap bibir di sebalik comforter. Hampeh punya Aladin!
“Sleep well.
Esok miss call saya. Ada kelas jam 9
pagi.” Aladin sempat meningatkan sebelum menutup pintu.
Dian dah ketawa mengekeh. Bila Dara selak comforter, Dian senyum-senyum macam
tengah tengok bintang kat siling. Apa kena lah budak sorang ni? Lain lah pulak
yang tengah jiwang. Mug di tangan Dian dihulurkan padanya.
“I told you! Al is
a nice person.”
“Yeah right.”
Hanya sebab Aladin sanggup hantar minuman panas
malam-malam begini terus kena cop mohor budak baik oleh Dian. Minuman coklat
panas dihirup Dara perlahan. Hmm...tak manis tak tawar. Sedang-sedang. Ni kalau
jadi suami mesti Aladin boleh masuk kategori ‘suami pilihan ramai’. Ceh! Jauh
kau berangan cik kak!
“Ni, aku nak report
sikit kat kau.” Dian beralih tempat duduk ke atas katil bertentangan dengan
Dara. Patung beruang besar dibawa ke dalam pelukan.
“Apa dia?”
“Shitty lock
tu. Hari ni buat kecoh kat dapur hostel. Bising-bising kata Al dengan dia
pernah keluar bersama. Al belanja dia espresso kat Coffee House. Lepas tu konon temankan cari water heater baru kat Techno Sila.”
“Doiiii...itu pun nak bising.” Dara hampir tersedak
dengar cerita Dian. Sasha aka shitty lock
memang macam tu. Sikit-sikit nak bercakap besar. Entah betul entah tidak Aladin
bawa minum kopi. Yang dia ni Aladin temankan ke hulu ke hilir tak bising pun.
Aladin siap buatkan makanan dan minuman macam sekarang, dia langsung tak canang
satu dunia. Typical Sasha, kecoh aje
lebih.
“Let’s say
kalau apa yang Sasha cakap tu semua betul. Kau tak jealous ke?” Dian menduga.
“Maksud kau?” Boleh tak aku buat-buat blur sekarang ni. Dara tengah fikir apa
jawapan nak bagi pada Dian.
“Ya lah..Al selalu ajak kau. Apa-apa dia buat pun dia
fikir tentang kau. Bila memasak dia tanya kau dah makan ke belum. Bila dia nak
keluar shopping dia tanya kau nak ikut sekali ke tak. Banyak lagilah. Lelaki
baik tu beb, takkan sikit pun kau tak ada hati?”
Dian tunggu jawapan dari Dara. Masih sunyi.
“Or takkan
sikit pun tak cemburu kalau dia keluar dengan orang lain?” Dian masih menduga.
Dara letak mug
yang berisi separuh di atas meja. Comforter
ditarik semula naik ke paras dada. Ehem...sejujurnya dia pun pernah terfikir
semua tu. Aladin layan dia super
baik. Perfecto de tonto. Tapi dia
tahu juga Aladin ni jenis yang macam mana sebelum ini. Sebelum dia,
berderet-deret ex Aladin. Ada yang
dia tak kenal sebab bukan pelajar Malaysia. Perempuan Russia pun termasuk dalam
senarai okey. Entah ilmu mana Aladin pakai untuk pikat tapi itu semua cerita
lama. Dia tak nak ambik kisah. Yang dia kisah adalah Aladin yang sekarang, yang
sentiasa ada bersamanya.
So kiranya
cerita Sasha tu termasuk dalam lembaran lama? Harus! So buat apa nak cemburu bagai. Buat sakit hati, buat pening kepala.
“Eh hello...”
Dian siap petik jari beberapa kali ke arah Dara, jauh benar mengelamun. Dah
sampai Jupiter ke?
“Sorry. Sorry.
Cerita sampai mana tadi?”
Dian tayang muka bosan. Malas kadang-kadang kalau
bersembang dengan Dara. Asal masuk topik Aladin, mesti macam ni. Dian tarik comforter dan berbaring dengan patung
beruang masih lagi di dalam pelukan.
“Tidurlah, beb. Mimpi yang indah-indah. Kalau kau kahwin
dengan Al, aku nak jadi pengapit. Tukang kipas kat sebelah.”
“Choiiiii...mulut!” Dara separuh menjerit. Apa entah lah
minah ni, kena rasuk jembalang agaknya.
Dian dah ketawa mengekeh. Namun mereka berdua terdiam
bila dinding diketuk dari sebelah.
Ting! Pesanan masuk ke dalam telefon bimbit Dara.
Membulat mata Dara membaca pesanan yang dikirim Aladin.
Sleep or otherwise I have to go
there to make you fall asleep.
Hish! Gila punya Aladin!
p/s : lama tak update sebab bertapa kerja...serius kononnya nak komited sampai rumah kat sini bersawang. Enjoy reading! KTD is on its way to its end. Tak janji bila tapi I hope it will be the forth after the other three babies. Gutnite and love loads!