Thursday, June 29, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG ( BAB 9 )




‘PIPING supervisor tak cakap apa pun. Dia sendiri tak perasan semua barang order hilang.’

‘Waktu macam ni lah kita terdesak mengambil pekerja-pekerja baru. Masalahnya, siapa yang sanggup pergi offshore berminggu-minggu? Jauh macam tu, kalau offer gaji tinggi pun belum tentu ramai yang nak.’

‘Upstream. Downstream. Those are not that easy.’

Krik...krik...krik....

Hampir ternganga mulut Eva. Satu hapak dia tak faham apa yang sedang dibincangkan dalam mesyuarat. Nak kata dia menyesal dengan keputusan untuk bekerja di sini, tak acilah pulak sebab ini baru hari pertama. Tapi serius dia rasa macam salah masuk bidang. Tak kira macam mana tekun pun dia menumpukan perhatian pada mesyuarat yang sedang berlangsung, dia tetap tak faham.

iPhone di atas riba bergetar dan cepat-cepat Eva tunduk. Panggilan masuk dari Nashrah tak dijawab.

Pertama...dia tahu Nashrah mesti nak tahu di mana dia sekarang sebab waktu sekarang dah kira agak lewat.  Kedua...dia tak berani menjawab telefon pada waktu genting begini. Riak wajah setiap yang hadir nampak begitu tekun dan masih bersemangat. Jauh berbeza berbanding dia yang cuma menghitung masa untuk pulang ke rumah.

Eva : Babe, sorry. Aku masih kat meeting. 

Pesanan WhatsApp dihantar kepada Nashrah. Janganlah Nashrah susah hati, dia elok aje jadi basi kat dalam bilik mesyuarat ni.

Nashrah : Syukurlah, nak. Aku ingat kau dah lupa jalan balik rumah. 

Eva : Choiiii...ayam segala dah sedia belum? Nanti aku balik kita terus panggang.

Nashrah is writing....

Eva menunggu hampir seminit. Lama benar Nashrah nak membalas pesanan. Dia yang tunduk di bawah meja pun dah sakit tengkuk.

Nashrah : Dah. Kau balik tak ni? 

Eva : Baliklah, wei. Tunggu aku.

Nashrah : Jaga diri. Aku tunggu kau...

Eva mengurut belakang tengkuk. Dia masih tunduk memandang skrin telefon. Ayat terakhir Nashrah dibaca berulang kali. Biasanya Nashrah takkan hantar pesanan yang ala-ala ‘aku-risaukan-kau’ macam ni. Paling ‘common’ pun Nashrah suruh singgah beli ‘jajan’, kalau tak pun beli makanan dari luar sebab malas nak masak kalau dah lambat sangat.

Eva : Kau okey tak ni?

Nashrah : Okey lah. Balik cepat sikit. Aku lapar.

Eva tersenyum nipis. Macamlah dia tak lapar. Mesyuarat bermula sejak pukul dua petang sampai sekarang tak habis lagi. Hanya teh panas saja yang dihidangkan, itu pun dah bertukar sejuk sekarang setelah berjam-jam.

Eva : Ayam tu kau dah marinate belum? 

Nashrah : Dah...sos tiram..lada putih...cayenne...

Eva sembunyi senyum. Okeylah tu, sekurang-kurangnya semua sudah tersedia. Nanti bila balik tinggal nak panggang saja lagi. Namun beberapa saat kemudian jantung Eva berdetak laju.

Sos tiram...lada putih...cayenne...

Tiga bahan utama itu mengingatkan dia tentang Shark. Tentang yang lama...

“Awak hentam masuk semua bahan tu boleh percaya ke ayam nanti sedap?”

“Awak percayakan saya ke tak?”

“Percaya tapi...”

“Then shut your mouth before I shut it for you.” 

Urgh! Shark dengan ‘ugutan’ yang boleh buat dia cair dan terbang tinggi ke awan biru. Kebanyakan masa dia masih terkenangkan Shark. Rindukan Shark. Kalau ikutkan hati dia nak cari Shark semula. Tapi luka lama menghalangnya untuk menggapai semula cinta yang mungkin tak akan ada kesudahan yang dia inginkan.

“Eva.”

Segala kenangan bersama Shark bertaburan bila Red memetik jari di hadapan matanya. Eva tersenyum nipis. Pergilah wahai semua kenangan lama! Tak sedar bila bilik mesyuarat itu kosong, yang ada cuma dia dan Red.

“Dah sampai mana?” Red bersandar di tepi meja menghadap Eva. Dia berpeluk tubuh. Biarpun sekadar tersnyum nipis, senyuman Eva mampu menggetarkan jiwa lelaki Red.

“Bulan.”

Red ketawa. “I can bring you higher than that, girl.”

Eva turut sama tergelak. Ayat Red sama saja macam ayat sang cinta yang lama.

“Saya lapar.” Eva dah terbayangkan ayam yang dah kena peram di rumah. Tinggal nak panggang, lepas tu selamat masuk mulut dan dihadam dalam perut.

Sorry. Hari ni sibuk sikit. Peak day of all the days. Biasa memang balik lambat kalau Isnin.” Red rasa bersalah. Tak berniat nak ‘menahan’ Eva sampai mesyuarat habis. Tapi dia ingin Eva sentiasa di sisi. Sepanjang mesyuarat, dia habiskan separuh daripada masanya menjeling Eva yang ketara ‘blur’ tapi cuba untuk menumpukan perhatian.

Eva tergelak lagi.

“Saya menurut perintah. Makan gaji. Takkan saya nak blah sebelum habis meeting.” Takkan dia tunjuk protes nak balik awal semata-mata sebab perut dah lapar tahap gaban.

“Jom. Dinner is on me.” Red menarik lembut lengan Eva.

“Hari ni saya ada hal. Dah janji dengan Nash nak makan sama.” Eva menolak cara baik. Kalau dia batalkan nanti Nashrah merajuk setahun dengan dia.

“Makan kat mana?” Red berjalan beriringan di sebelah Eva. Suasana pejabat sunyi sepi. Yang ada cuma mereka berdua.

“Kat rumah aje.” Sekarang dia dan Nashrah banyak meghabiskan masa di rumah. Memasak sendiri, dapur pun sentiasa berasap. Zaman ekonomi meleset macam ni nak makan KFC pun berfikir dua tiga kali.

“Then invite me to your house.”

“Sorry?” 

Eva pandang Red di sebelah. Mamat ni tak penat ke senyum 24 jam. Lagi haru bila setiap kali Red tersenyum, degupan jantung Eva berubah tempo. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Red, dia terpana dengan pemandangan di depan mata.

“Wow....cantik!” Eva berdiri di hadapan tingkap kaca. Menara Berkembar Petronas nun di sana pernah menjadi kebanggan Malaysia dipandang lama. Dan langit....oh langit! Banyaknya bintang!

“Langit. Bulan. Bintang.” Eva seolah bercakap sendiri. Dia berpeluk tubuh dan tanpa sedar dia mengukir senyum. Cantik sungguh ciptaan Tuhan! Kalau lah pejabat ni ada bakoni di luar, dia sanggup duduk sampai ke pagi menghayati pemandangan yang terasa mendamaikan.

“Tak nak balik? Tadi kata lapar.” Red berdiri di sebelah.

“Jap. Lima minit.”

Dan limit berlalu tanpa kata...masing-masing diam. Sungguh bintang yang bergemerlapan di langit tampak sangat cantik. Red mencuri pandang pada Eva di sebelah.

Eva Chandra.  Membesar di Rumah Seri Kasih. Asal usul Eva tak tahu dari mana. Makhluk ciptaan Tuhan yang cantik dan memikat hati. Memang tak banyak yang dia tahu tentang Eva. Kalau dia bagitau Mommy yang dia nak kahwin dengan Eva, dia pasti Mommy akan suka Eva. Eva ada aura yang boleh menarik hati semua orang di sekeliling.

“Eva...”

“Hmm...”

Eva menoleh ke sisi bila Red mendekat, jarak yang hanya beberapa inci jauh daripadanya. Oh Eva, sila jangan cair!

Untuk beberapa ketika mereka berdua diam...hanya pandangan mata saja yang berlawan pandang.

“Be my girl.” Red nekad. Kalau tak mengaku sekarang, nanti putih mata bila dah terlambat.
Eva tersenyum nipis seraya geleng kepala.

“I can’t....”

“Bagi saya sepuluh sebab kenapa tak boleh?” Kedua-dua tangan Red mendarat di bahu Eva. Kalau Eva tak nak, dia akan pikat sampai dapat. Kalau Eva bagi sepuluh alasan, dia akan cari 1001 cara untuk meyakinkan Eva yang dia serius untuk menjalinkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan.

“Kita baru kenal. Dan saya yakin awak akan tarik balik ayat awak kalau saya ceritakan cerita  lama saya.” Eva rasa susah nak berterus-terang. Tapi pada masa yang sama dia tak nak Red rasa tertipu. Kalau nak buat ‘trip’ gadis baik memang nampak sangat dia cuba menyembunyikan cerita lama yang penuh hitam dan tak ada cahaya langsung.

Tangan Red menjalar naik memaut pipi Eva lembut. Wajahnya didekatkan ke wajah Eva. Sinar mata Eva dipandang dalam.

“Saya tak  nak pandang cerita lama awak. Kalau awak pilih untuk hidup dengan saya, saya janji awaklah perempuan paling bahagia dalam dunia.” Kata-kata Red lahir dari hati. Bukan sekadar kata berbunga yang buat Eva cair.

Eva betul-betul mencuri hatinya sejak pertama kali dia berjumpa dengan Eva. Kalau pun kisah lama Eva gelap seperti yang dia pernah dengar, cintanya tak goyah. Dia pun ada cerita lama. Malah mungkin lebih gelap daripada kisah Eva. Jadi kalau nak mengharapkan seorang gadis yang umpama kain putih untuk dia memang taklah.

Eva tak terkata. Bibirnya bergerak-gerak, tapi suara tak terkeluar langsung. Mata coklat Red dibalas pandang. Tak tahu nak mulakan dari mana. Segala kenangan lama menjelma dan kenangan itu berakhir dengan kisah yang sedih. Malah menyakitkan hati seorang Eva Chandra. Tangannya naik memegang tangan Red yang masih di pipinya.

“I have dark secrets which you will not want to know, Red. And if you find out, you will hate me for life.” Berair mata Eva. Emo pulak bila wajah Shark muncul di dalam fikiran.

Shark yang dicintai sepenuh hati.
Yang berjanji akan sehidup semati dengannya.
Yang berjanji akan menjaganya.
Yang melakar semua kenangan indah.
Shark jugalah yang buat dia menangis dan pergi tanpa mahu menoleh lagi.

Everyone has their dark sides and I have mine too. Saya takkan pandang semua tu. Beri saya peluang. Awak akan selamat. Bahagia. Sampai bila-bila kalau awak bersama saya.” Wajah Red semakin mendekat.

I’ll be your man, Eva. Di antara semua bintang, awak adalah pilihan saya.”

Hampir menitis air mata Eva. Dia biarkan dirinya dibawa Red ke dalam pelukan. Ayat Red mengingatkan dia pada Shark. Sebijik Shark!

Dear me, 
Be strong! Shark adalah cerita lama.
Red pula adalah lembaran baru.

“Kalau cerita lama buat awak sedih, then lupakan. Kalau dia buat awak kecewa, then maafkan dia. Awak akan rasa lebih tenang. You can cry if you want to.” Pelukan Red dikemaskan lagi. Kepala Eva dibelai.

Dan beberapa ketika kemudian esakan Eva mula kedengaran. Wajahnya disembamkan ke dada Red. Pelukan Red dibalas, erat. Entah kenapa emo sangat malam ni. Tapi serius, Red kini mengingatkan dia dengan Shark. Risau juga Red mungkin jelmaan Shark yang mencarinya sebab mahu menuntut cerita lama.

Oh dear me, 
Again...please be strong!




SHARK terbatuk-batuk sambil mengipas asap yang berkepul-kepul di depan mata. Nashrah di sebelah siap pakai cermin mata hitam, apa motif serius tak tahu. Mungkin kononnya nak mengelak mata pedih terkena asap.

“Siapa punya idea nak panggang ayam malam-malam macam ni? Memang bijak.” Suara Shark tenggelam timbul. Rasa macam kena buli pun ada jugak, Nashrah suruh panggang ayam sejak sejam yang lalu. Kalau sedikit tak apa, ini memang boleh bagi makan satu kampung.

Best kan? Sekali-sekala barbeku belakang rumah.” Sedap Nashrah duduk di kerusi kecil tak jauh dari situ. Tak nak dekat sangat dengan Shark, dia tak nak kena asap yang mengalahkan pembakaran terbuka.

Best. Lagi-lagi kalau tak payah panggang dan duduk sambil makan kepak ayam yang dah masak kat situ.”

“Mulutttt....” Nashrah akhirnya ketawa. Sangat typical Shark. Kalau tak sarkastik memang bukan Shakir Jayden. Namun bila Shark mula membuka butang baju, Nashrah jadi panik.

“Shark, awak nak buat apa? Jangan macam-macam.” Nashrah bangun dari duduk. Agak-agaklah nak buat gaya seksi sekalipun. Kalau Shark buka baju kat belakang ni, serius dia akan pengsan.

“Awak dah kenapa? Kat sini panas macam hembusan nafas naga. Awak kalau tak fikir benda lain tak boleh?” Dahi Shark berkerut. Setakat buka dua butang baju teratas pun Nashrah dah gelabah. Cuba berdiri menghadap tempat panggang macam dia sekarang, tengok Nashrah tahan ke tak dengan bahang panas.

Nasrah tersengih. Lega doh!

“Ingatkan awak nak buat gaya seksi kat sini.” Selamba Nashrah menyakat.

Yeah, right. Pernah tengok orang posing kat depan asap seksi ke? Seriously, taste awak betul-betul luar alam.” Shark rasa macam nak ketawa. Kalau nak cakap seksi bila strip di bawah pancuran air atau hujan boleh terima lah. Ini...asap? Serius!

Pecah ketawa Nashrah. Kurang asam! Again...macam manalah Eva boleh tahan hidup dengan lelaki ni dulu.

“Babe, I’m home!”

Dua pasang mata itu berpaling pada suara yang menyapa.

Eva terkedu.

Shark terdiam.

Nashrah terasa macam nak sembunyi masuk gua. Matilah aku!



p/s : Siapa team Shark kita kira bintang malam ni. Siapa team Red kita cari bulan dan tengok lama-lama. Selamat Hari Raya once again!

Friday, June 23, 2017

Di Antara Semua Bintang (BAB 8)

BAB 8




Serai.
Cili padi.
Limau kasturi.
Sesar.
Ikan bilis.

Terkumat-kamit mulut Nashrah mengulangi lima benda penting itu untuk entah kali yang keberapa. Kalau terlupa satu dua mengamuk pula Eva.  Nak buat sambal belacan kena ada semua tu. Nanti nak panggang kepak ayam sekali di belakang rumah bersempena meraikan Eva bekerja di tempat baru. 

Nashrah berlalu ke arah bahagian sayur-sayuran. Sebelum pulang ke rumah dah biasa singgah di Giant Seksyen 13. Mudah. Cepat. Convenient untuk orang yang rushing macam dia dan Eva. 

"Ha! Limau kasturi!" Laju tangan mencapai bungkusan kecil limau kasturi di situ. Pokok limau di belakang rumah sewa tu entah bila baru nak berbuah.

Bila Nashrah berpaling ke belakang, tubuh yang dilanggar buat dia sendiri hampir terjelepuk jatuh. Nasib baik dia dapat mengimbangi badan sendiri.

"Sorry!" Nashrah mengangkat muka dan untuk ke sekian kalinya dia terkejut tahap tak tahu nak cakap apa.

Shit!
Damn!
Matilah aku!
Tak balik lah aku malam ni!

Tubuh statik di situ melihat wajah yang cukup dikenali. Shark! 

Ulang balik. Shark! Walaupun dah berkurun tak jumpa lelaki yang pernah menjadi pujaan hati Eva ini, tapi wajah Shark memang takkan dapat dilupuskan dari ingatan. 

"Hai." Shark beriak selamba.

"Hai...Shark." Terasa air liur Nashrah macam tersekat di hujung tekak bila sebut nama Shark. Agaknya inilah padah selalu sanga sebut nama Shark akhir-akhir ini, dan hari ini elok aje tubuh Shark terpacak di hadapan. Memang panjanglah umur awak Shark.

Seriously? Dalam banyak-banyak hari dan tempat, waktu macam ni dan di sini jugalah dia boleh terserempak dengan Shark. Oh, rasanya ini buka kes terserempak. Ini mesti kes dia diekori dari belakang semata-mata sebab nak menjejaki Eva. Orang macam Shark boleh buat apa saja. Banyak mata. Banyak konco-konco. Seram gila!

"Mana Eva?" 

Ah, dia dah mula. Siapa lagi yang Shark cari kalau bukan Eva. Baru saja Eva berhajat nak mulakan hidup baru di tempat kerja baru. 

"Kerja. Awak buat apa kat sini? "

"Beli barang macam awak juga." Shark menarik lengan Nashrah ke tepi sedikit, memberikan laluan pengunjung lain di situ. 

Yeah, bernas sungguh jawapan Shark. Sejak bila pandai datang beli barang kat tempat macam ni. Dulu kalau bukan sebab Eva yang paksa Shark takkan pernah membeli barangan dapur.

"Eva mana?" 

"Tu bukan hal awak, Shark. Lupakan dia. Dia nak mulakan hidup baru." Nashrah cuba menarik lengannya dari pegangan Shark tapi gagal. 

"Saya nak tahu kenapa dia tinggalkan saya. And I'm sure she can’t forget me as well. Not as easy as what you think." 

Dua tahun dia menjejaki Eva. Dan bila sudah berjaya dijejaki, berita yang Jay sampaikan padanya bukanlah apa yang dia harapkan.

Eva berhenti kerja. Sekarang dia kerja dengan Red. 

Dua ayat itu buat harapan Shark hampir musnah sepenuhnya. Begitu mudah pula Eva berpaling dan mendapat pengganti. Yang dia pula setiap hari menahan rasa rindu yang semakin hari semakin menebal. 

"Jom balik. Saya nak jumpa Eva." Lengan Nashrah masih dipaut kemas. Bakul yang dipegang Nashrah juga beralih tangan. Nashrah rasa macam nak pengsan. ‘Jom balik’ as in balik ke rumah sewa mereka atau ke rumah Shark yang kat atas bukit tu?

"Shark. Jangan paksa boleh tak." Nashrah mengetap bibir. Dia terpaksa mengekori langkah kaki Shark yang panjang nak mampuih. Agaklah, dia yang rendah ni langkah kaki memang dah sedia kecik.

"Saya tak paksa. Saya ajak balik rumah." Shark senyum. Apa nak takut, Nashrah takkan menjerit meminta tolong di tengah pasaraya macam ni. Nashrah tahu dia jenis yang macam mana. Selain menjulang ego yang tinggi, dia takkan berkompromi untuk melepaskan lengan Nashrah dan pergi begitu saja.

“Tolong bayar semua sekali,” Nashrah berkata selamba sebaik  saja mereka berdua sampai di kaunter. Bakul diletakkan Shark di atas kaunter. Bila Shark pandang dengan wajah tak puas hati, Nashrah menjungkitkan bahu.
           
“Awak kan ikut saya balik rumah. Friends with benefits, remember?” Nashrah tersenyum.

Shark tersenyum sinis. Pandai Nashrah mengambil kesempatan. Tak kisah sangat pun sebenarnya, demi Eva dia tutup sebelah mata dan menurut saja permintaan Nashrah. Baru saja dia nak membayar jumlah yang tertera di mesin wang, Nashrah meletakkan satu botol besar Tropicana Twister di kaunter.

“Kira yang ni sekali ya.” Nashrah tersenyum pada pekerja di hadapan sebelum pandangan beralih pada Shark di sebelah.
           
“What? It’s just a bottle of juice.” Senyuman Nashrah masih lebar macam tadi.
           
“Seriously. Girls are really smart.” Shark hanya mampu menggelengkan kepala.






Tok! Tok! Tok! 

Mata Shark tak lepas memandang Nashrah yang gigih menumbuk bawang dan cili sampai keluar air mata. Nak buat sambal ikan bilis siap dengan cili lebih 10 biji. Saja nak kenakan dia dalam dia sebab dia memang tak boleh makan pedas. 

"Tengok aje kat situ buat apa? Tolong peram ayam tu boleh tak?" Mata Nashrah dah semakin berair. Seram juga bila Shark ada di sini. Walaupun dia pandang Shark sekilas, tapi pandangan mata lelaki itu sudah cukup buat jantungnya berubah tempo. Tapi bukan sebab jatuh cinta atau cinta bergolek atau yang sewaktu dengannya. Shark ada aura ketua tycoon, yang boleh buat dia rasa gerun. 

Shark berdehem. Tengok kena tegur, duduk diam kena tegur, tak buat apa-apa pun kena tegur. Dia mencapai kepak ayam yang masih di dalam plastik. Dibawa ke sinki dan dicuci satu persatu.

"Dah berapa lama tinggal sini?"

Ah, dia dah mula sesi soal jawab macam abang polis. Nashrah sempat berkira-kira nak menipu ke tak.

"Dah dua tahun. Sejak awak dan Eva berpisah." Tak sampai hati pula nak menipu. Bukan Shark pernah buat salah atau marah dia sepanjang dia kenal Shark.

"I did not decide on that. Dia yang pilih jalan tu." Suara Shark tegang. Dia tak pernah terfikir akan kehilangan Eva di dalam hidup. Pertelingkahan di antara mereka berdua cuma perkara kecil saja, sikit pun dia tak ambil serius. Tapi Eva pergi sampai tak kembali sampai sekarang.

Fine, sensitif gila hati jambu sorang ni. Nashrah sempat menjeling sekilas. Tengah cuci kepak ayam macam tu pun masih kacak. Patutlah Eva susah nak lupakan lelaki yang pernah menyelamatkan dia satu masa dulu.

"Then dia kerja mana?" Shark bertanyakan soalan yang dia dah sedia tahu jawapannya. Berapa kilo kepak ayam yang dia sedang cuci. Tapi banyak gila untuk dua orang. Perut Eva dan Nashrah kadang-kadang tak boleh diagak, bab makan mengalahkan nafsu ular sawa.

"Autoposh. Sampai sekarang." 

"Pemebetulan, sekarang dia kerja dengan F.J Holdings."

Eeee...dia mula lagi. Nashrah malas nak komen lebih. Kalau dengan Shark memang susah nak berahsia. Dan kalau dah tahu jawapan, apa faedah nak bertanya padanya. Abuden!

"Boss baru dia offer gaji yang lebih bagus. Lagipun dia kat Autoposh gaji tak tinggi mana. Sales pun tak bagus sangat." Nashrah menjawab bagi pihak Eva. 

Meninggalkan Autoposh adalah keputusan yang Eva pilih dan mungkin jalan terbaik. Eva dah fikir panjang. Tambah tolak darab bahagi semua kemungkinan yang ada, sebab tu Eva mencuba di tempat baru. Mana tau rezeki lebih murah di F.J. Holdings.

"I can offer her better than that. Tak payah kerja pun tak apa." Shark masih mencuci kepak ayam satu persatu di sinki. Kalau dengan dia, hidup Eva akan jauh lebih bagus daripada sekarang. Eva dan Nashrah takkan tinggal di rumah sewa yang kecil ni. 

Urgh...dia mula lagi sekali. Nashrah tak tahu nak komen apa. 

            “She is trying to make a living, Shark.”

            Shark tersenyum sinis. “Trying to  make a living? Even after I gave everything to her?”
           
            Sayang. Cinta. Bahagia. Dia berikan semua pada Eva. Tapi angin tak ada, ribut tak ada. Eva tinggalkan dia begitu saja. Dia mengharap agar Eva kembali semula padanya. Tapi sampai ke sudah batang hidung Eva tak muncul-muncul hinggakan dia terpaksa menjejaki sendiri.

            Lesung batu ditolak Nashrah ke tepi. Dia pandang Shark sekilas. Kasihan juga sebenarnya tengok Shark. Di dalam wajah Shark yang serius dan sebijik samseng, terselit riak sedih jejaka itu.

            “Shark, how was your life when she first left you?”

            “Sucks. Even until now.”  Shark mencapai botol sos tiram di dalam peti sejuk. Lada merah. Cayenne. Semua dicampur sekali dengan kepak ayam.
           
            Alahai...Nashrah tak sampai hati nak bertanya lebih. Silap hari bulan mata dia pula yang banjir dengar luahan hati Shark. Suasana diam di antara mereka berdua.

            “Nah. Siap. Lepas ni panggang.” Bekas plastik sederhana besar yang penuh dengan kepak ayam diletakkan di sebelah Nashrah.

            “Sorry, tepi sikit. Tak nak pindah keluar dari sini ke? Susah nak memasak kalau dapur comel macam ni.” Shark menolak perlahan tubuh Nashrah yang berlaga dengan bahunya. Tin Cola kecil di dalam peti sejuk dicapai.

            Nashrah mencebik. Aku tahu lah rumah agam kau kat atas bukit puaka tu besar. Saiz biik stor pun jauh lebih besar dari dapur rumah ni. Sambal yang sudah siap ditumbuk dimasukkan ke dalam pinggan kecil.

            “Then apa plan awak sekarang?” Nashrah mencelur kacang benji ke dalam air panas. Serius kecur air liur bia terbayang makan kacang bendi dengan sambal belacan.

            “Get her back to me.”

            Habislah! Nashrah tak nak komen banyak. Nampak gaya Red terpaksa bertarung nyawa dengan Shark untuk berebutkan Eva. Tak dapat dibayangkan macam mana reaksi Eva bila balik nanti. Pengsan kot tengok tubuh Shark sihat walafiat kat dalam rumah ni.

            “Let me tell you a story. Nak dengar tak?” Shark bersandar di kabinet dapur. Menghadap Nashrah yang kini turut berdiri di hadapannya. Bayangkan betapa kecilnya dapur rumah ni, jarak di antara dan Nasrah hanya beberapa kaki saja.

            “Cerita pasal apa? Kalau cerita hantu saya tak nak dengar.” Malas nak dengar sebenarnya tapi kalau berterus-terang kata tak nak, nanti muka hensem kat depan ni bertukar asam pulak.

            “Muka saya macam excited nak bercerita hantu ke?”

            Oh, please lah jangan sampai aku hempuk mamat ni dengan tudung periuk. Shark suka sangat keluar dengan ayat sarkastik. Entah macam mana Eva boleh tahan hidup selama enam tahun dengan spesis dari Marikh ni.

            “Eva selalu balik rumah pukul berapa?” Shark kerling jam di tangan.

            “Entah. Hari ni kan hari pertama kerja kat tempat baru. Kalau zaman masih bekerja di Autoposh, waktu sekarang kami dah memang ada kat rumah.”

            “Telefon dia boleh tak, tanya dia kat mana?” Shark tak sedap hati bila jam sudah pukul lapan malam.

            “Ala, Eva okey punya. Dia takkan sesat. Dia takkan kena culik. Tak ada orang yang akan berani buat semua tu.” Nashrah yakin tahap petala. Dia tahu Eva jenis yang macam mana. Kalau beg perempuan biasanya penuh dengan barang solekan. Gincu. Compact powder. Eye shadow. And the list goes on!

            Tapi Eva? Dalam beg Eva lain daripada yang lain. Pisau lipat. Pepper spray. Jarum siap dengan syringe sekali, walaupun dia tak tahu apa motif bawa senjata pelik macam tu. Kalau lah pistol boleh dibeli macam kita beli lesung batu, dah lama senjata api begitu diusung Eva ke mana-mana.

            “Nash.” Shark memicit dahinya.

            Oh, tidak. Did I just step on his tail? Nashrah menelan liur.

Shark mengeluh panjang. Siap picit dahi walaupun kepala tak pening. Lepas tu bercekak pinggang dengan pandangan macam nak makan orang, Nashrah tahu Shark dah mula bengang.

            “Janganlah angin. Saya cakap yang betul. She will be fine. Kejap lagi dia baliklah tu.” Nashrah tersenyum sumbing. Harap-harap sejuk hati Shark tengok senyuman yang tak ikhlas ni.

            “Tak kata nak cerita. What’s the story about?” Nashrah divert topik lain.

            “Call Eva sekarang. Tanya dia kat mana. Kalau tak saya suruh Jay cari.” Shark berwajah serius. Dia risaukan Eva sebab sampai sekarang tak nampak batang hidung, Nashrah pula bersikap selamba. Nak kata tak sayang kawan, Nashrah dan Eva umpama kawan baik sampai ke sudah.

            Fine, aku kalah! Nashrah keluar mencapai telefon di kabinet tv.

            “Call sekarang, Nash. I’m waiting.”

            Nashrah menjeling geram. Shark siap berdiri di belakangnya semata-mata nak pastikan yang dia menghubucngi Eva. Eva....macam manalah kau boleh jatuh cinta dan hidup dengan spesis dari planet lain ni...lebih spesifik lagi, spesis dari Marikh.  


            


p/s : Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya pada yang merayakan. Yang balik kampung, have a safe journey. Kita jumpa lagi minggu hadapan. Love loads! 


Monday, June 19, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG (BAB 7)




“JANGANLAH sedih. Bukannya aku pindah rumah pun.” Eva membetulkan suit di tubuh.
Suit? Ya, suit yang teramatlah jarang dipakai sepanjang hidup. Selama bekerja di Autoposh, paling ’common’ pun pakai baju company yang berwarna kelabu itu dengan seluar slack hitam. Kalau mood nak bergaya sikit, dia padankan dengan skirt pendek paras atas lutut.

Hari ini hari pertama bekerja di tempat Red. Syarikat yang berurusan dengan peralatan yang berkaitan dengan minyak dan gas. Serius masih tak faham dan tak ada idea langsung. Tapi dia tak takut untuk mencuba pengalaman baru. Dia pasti akan rindukan suasana yang sentiasa happening dan rileks di Autoposh.

Life must move on, ladies! So does yours! 

“Ya lah. Lepas ni siapa nak temankan aku makan. Siapa nak car pool dengan aku. Siapa nak bising pasal customer yang banyak songeh. Siapa yang nak temankan aku stay dekat showroom dengan orang bank.” Nashrah bernada sedih. Seronok bekerja dengan Eva. Satu kepala. sehati sejiwa. Apa saja yang mereka berdua lakukan semuanya pasti bersama.

“Bila kau dah tak ada macam ni, bosanlah aku. Kat showroom pun takkan happening macam dulu,” sambung Nashrah.

Jangankan dia, dengan bos besar sekali down bila Eva berhenti kerja. Tony macam sedih memanjang, kalah-kalah muka mereka berdua yang jatuh sales macam bulan lepas.

“Alaaaaa itu pun nak drama. Balik rumah kan ada aku. Again, aku ulang untuk kali yang ke enam puluh lima. Bukannya aku pindah rumah pun.” Eva berpaling menghadap Nashrah. Rasa nak tergelak tengok muka Nashrah yang buat-buat sedih.

“Nanti cerita kat aku apa yang best  sangat tempat baru. Manalah tau aku pun nak tukar tempat kerja.” Nashrah tersengih. Again...kerja dengan Eva memang best!

Eva tergelak. “Janganlah wei. Nanti makin Tony sedih.”

“Dia sedih masa kau tak ada je. Dengan aku dia tak ada feeling.”

Then Karim macam mana?”

“Choiiiii.... Mamat tu lagi.” Nashrah berlalu keluar dari bilik Eva. Dah agak dah. Kalau ada senarai calon suami pilihan, Eva pasti meletakkan nama Karim di tangga teratas untuknya.

Eva semakin galak ketawa. Nashrah allergik kalau dengar nama Karim disebut. Mula-mula memanglah menyampah, lama-lama nanti hati pandai terpaut. Dia mengamati dirinya di sebalik cermin. Biru. Haih...dia tak ada blazer warna lain. Yang ada cuma blazer warna biru tua ni saja. Dia beli empat tahun yang lalu. Itu pun sebab Shark yang paksa. Part mana relevannya dia tak faham. Kalau pakai dress formal atau blouse kerja tu pun nampak okey apa kalau ada mesyuarat formal. Dan yang paling epic, semua suit yang dibeli berwarna biru tua. Alasan? Sebab itu adalah warna kegemaran Shark.

Biru itu indah....
Biru itu cantik...
Biru itu dia!

Babe, teringatkan dia lagi?”

Eva tersedar semula dari kenangan lama. Wajah Nashrah yang muncul semula di sebalik pintu bilik dipandang dari cermin.

“Ehem. Okey tak pakaian aku ni? Nanti overdress buat malu pulak.” Eva mengelak. Dia berpaling menghadap Nashrah. Cuba untuk tersenyum. Argh, senyuman terasa kelat!

“Urgh, I hope Red will help you to forget him. This time try to forget him for good.” Nashrah risau kalau Eva masih terkenangkan cerita lama.

Memang susah untuk dilupakan. Nak dibuang dari kotak memori lagilah susah. Kalau kepala Eva dihentak dengan lesung batu kat rumah ni pun bleum tentu nama Shark hilang dari ingatan.
Eva terdiam. How I wish, dear Nash! Susah, sangat susah!





“SELAMAT pagi, Cik Eva. This way please.

Eva membalas senyuman gadis yang memperkenalkan diri sebagai Murni di hadapan. Senyuman Murni taklah seikhlas mana, macam senyuman plastik. Dia mengekori dari belakang. Sempat mata menjeling pakaian Murni dari atas sampai ke bawah. Serius dia rasa pakaiannya jauh lebih sopan. Murni siap pakai blouse ketat yang menampakkan aset di dada. Skirt, fuh...ketat mengalahkan swimming suit.

Sampai di bilik paling hujung, pintu kayu bercorak abstrak itu dibuka. Mata Eva terpana melihat keadaan sekeliling. Luas. Simple. Cosy. Cantik.

“Boss, she’s here.” Murni menjeling Eva sekilas.

Oh hati dan perasaan, sila  bersabar. Dapat dirasakan aura yang tak elok dari Murni. Pasti Murni takkan selesa dengan orang baru macam dia di dalam pejabat ini.

Thanks. Tutup pintu. Jangan masuk kalau saya tak suruh masuk.” Red yang bersandar di tingkap kaca tersenyum pada Eva.

Bintang dah datang!

Tup. Pintu ditutup dari luar. Eva tersenyum. Alahai jantung...kenapa tak sekata bila pandangan Red tertumpu padanya. Detak jantung berubah semakin laju bila Red mengatur langkah ke arahnya dan kini betul-betul dihadapannya. Red tunduk sedikit hingga jarak wjaah mereka berdua hanya beberapa inci saja.

Klik!

Tangan kiri Red menekan tombol pintu di belakang Eva. Dia mengukir senyum. “Welcome to your new workplace.”

Eheks....serius ingatkan Red nak cium wajahnya yang sudah berubah merah tapi masih cuba untuk berlagak selamba. Perasan tahap ulat bulu! Alergik sikit kalau lelaki rapat begini. Semua akan mengingatkannya tentang Shark.

“Cantik pejabat awak.” Eva berjalan mengamati setiap pelusuk bilik. Dinding kaca di hadapan buat dia terpegun. Siap dengan pemandangan Menara Berkembar yang tampak gah dan menjadi kebanggaan Malaysia.

“Luas yang teramat luas,” kata Eva lagi. set sofa berwarna hitam tak jauh dari situ dipandang sekilas.

Susunan meja sederhana besar yang membelakangi dinding kaca. Di dinding pula tergantung ayat yang menarik perhatiannya.

‘You only live once. So just do whatever you want.’ 

Suasana di dalam bilik ini mengingatkan dia tentang seseorang. Haih...Shark lagi! Aura Shark terlalu kuat.

“Lain kali awak pindah masuk meja awak kat sini. Duduk dengan saya. I can never get bored seeing you all day long.” Red senyum. Dia berlalu ke sudut bilik dan kembali semula dengan dua gelas cawan. Dihulurkan pada Eva yang sudah mengambil tempat di kerusi di hadapan mejanya.

“Thanks.” Eva menyambut huluran.

“Tapi saya tak minum kopi.”

Red tergelak. Damn! Patut tanya Eva awal-awal nak minum kopi atau teh.

“Cuba sikit. Tu kopi saya bawak dari jauh.” Red menghirup Segafredo dari cawan. Macam manalah Eva boleh tahan hidup tanpa kopi.

Eva tersenyum nipis. Orang dah hulurkan, takkan nak ditolak. Tak manis pula kalau tak dihirup. Dia cuba juga.

Mak aiiiii kopi dari muka bumi celah mana ni? Pahit! Serius nak buat-buat muka yang cool menahan rasa pahit pun fail. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana bila Red sudah ketawa.

“Pahit. Tapi sedap kan?”

Oh please lah! Kalau dah nama pun pahit, celah mana lagi yang sedap? Eva meletakkan cawan di atas meja. Lepas ni dia takkan minum kopi untuk lima tahun akan datang. Dia bersandar dan kaki kanan disilang di atas paha kiri. Pandangan Red yang bersandar di atas meja menghadapnya dibalas.

So apa skop kerja saya?” Macam pelik aje soalan luar alam tu. Orang tanya soalan macam tu  sebelum datang kerja. Fahami dulu skop kerja, lepas tu datang untuk temuduga. Tapi dia lain kes, main redah aje lepas tu terus kerja.

“Kerja awak senang. Ikut saya ke mana saya pergi.”

“Sorry?” Kening Eva terangkat sebelah. Tangan disilangkan di dada. Otak berfikir mencari nama pekerjaan yang sesuai dengan skop yang dimaksudkan oleh Red.

Setiausaha?
Personal assistant? 
Escort girl? 

Kalau escort girl, mungkin dia angkat bendera putih sedia. Tak mahu wei! Kalau Nashrah tahu mesti Nashrah gelak sampai bergolek atas lantai.

“Awak temankan saya ke mana saja saya pergi. Termasuk outstation. Basically you just have to follow me around. Buat apa yang saya suruh. And you will get the highest pay that you want.” Red bersuara tenang.

Apa yang Shark cakapkan tempoh hari adalah betul. Kat syarikat ni mana ada jawatan kosong. Tapi dia tawarkan post yang memang tak wujud untuk Eva supaya Eva dekat dengannya. Kalau Eva jadi PA, Murni kat luar tu nak letak kat mana? Bila dia maklumkan yang Eva akan mula bekerja hari ini pun Murni dah tayang muka kelat.

“Skop kerja apa ni? So indirectly you’re telling me that I will do whatever you want.” Eva menduga. Lain macam pula pandangan Red padanya. Pandang dari atas sampai bawah. Pandangan mata helang mampu mencairkan hati wanita yang tak kuat tahap iman macam dia.

Red menghamburkan tawa. Dia masih bersikap tenang bila Eva bangun dan berdiri di hadapannya. Jarak yang terlalu dekat hingga hembusan nafas Eva menggetarkan jiwa lelakinya. Siap dengan senyuman Eva yang manis buat dia jadi tak keruan.

You have the best job in the world, Eva. Tak payah sibuk dengan paperwork. Just temankan saya.”

“I’m fine with it. As long as I get the pay that I want.” Eva masih dengan senyuman. Alang-alang dah masuk ke dalam ‘mulut’ Red, dia turutkan saja. Mengikuti rentak Red yang dia sendiri tak pasti. Kalau Red ajak jalan lurus, dia akan ikut. Tapi kalau jalan Red pun bengkok macam Shark, dia akan pastikan yang dia tak terjebak untuk kali kedua.

“Awak akan dapat apa saja yang awak nak. Asalkan awak sentiasa bersama saya.” Tangan kanan Red naik membetulkan rambut Eva yang berjuntai di dahi.

Cantik! Serius cantik! Haruman yang dipakai Eva buat dia hampir ‘terbabas’. Nasib baik setakat belai rambut. Kalau ikut naluri lelakinya dah lama tubuh Eva longlai.

Eva tergelak. Strike one! Skin ship di antara mereka berdua baru bermula. Red mampu menggetarkan jiwanya. Tali leher Red yang bercorak garang itu disentuh. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Red.

“Saya tak kisah. Asalkan tak ada siapa yang kecewa atau terluka. Win-win situation, fair and square or whatever shit you like to call it.

Eva tak mahu ada yang kecewa.

Dia tak mahu kesilapan kali kedua macam dulu.

“Jangan risau. Saya bukan jenis yang lepas pakai buang tepi lantai. Awak akan selamat kalau dengan saya.”

Eva pandang ke dalam anak mata Red. Wujud perasaan percaya pada Red. Sinar mata lelaki itu tampak jujur. Aura lelaki itu terasa mendamaikan. Dan semua itu mengingatkan dia tentang cinta lama.

Shark....




JAY menghembuskan asap rokok. Parah benar tengok gaya Shark sekarang ini. Dari tadi petik gitar, melalak menyanyi bermacam-macam lagu dan semua lagu yang dinyanyikan adalah yang emo dan layan blues.

Well I found a woman, stronger than anyone I know,
She shares my dreams, I hope that someday I’ll share her home,
I found a love, to carry more than just my secrets,
To carry love, to carry children of our own... 

Gila parah! Jay tak tahu nak bertepuk tangan atau sambung saja merokok. Emo habis Shark malam ini. Tak pernah-pernah menyanyi lagu Ed Sheeran. Siap hafal lirik kot, dari awal sampai akhir perfecto aje lirik!

Bro, kau okey tak ni?” Jay akhirnya bersuara bila Shark habis menyanyi. Lepas ni entah lagu apa yang akan dinyanyikan. Shark kini sedang mencari key yang sesuai untuk lagu seterusnya.

“Tak okey.” Suara Shark perlahan tapi masih mampu didengari Jay.

“Luahkan aje, bro. Risau aku tengok kalau kau menyanyi macam ni.”

Shark melepaskan keluhan. Gitar disandarkan di tepi kerusi. Rokok dicapai sebatang dan dinyalakan. Dia berdiri menghadap kolam renang.

“Aku rindu Eva.”

Okey...makin parah! Part ni Jay betul-betul tak tahu macam mana nak tolong Shark. Cinta Shark pada Eva boleh mengalahkan cinta Romeo pada Juliet.

Chill, bro. Kau nak aku bawak dia jumpa kau?” Jay berdiri di sebelah Shark. Tak pasti betul ke tak, tapi di sebalik samar-samar cahaya mata Shark tampak berair.

Shark tersenyum nipis dan geleng kepala. Berkepul-kepul asap rokok dihembus keluar.

“Dia dah berhenti kerja dari kedai jual kereta tu.” Shark mulakan cerita.

“Macam mana kau tahu?” Jay sedikit terkejut. Biasanya dia yang menjadi Bond 007 Shark untuk menjejaki Eva. Tapi maklumat yang Eva sudah berhenti kerja ni serius dia tak tahu.

Shark masih tersenyum nipis.

“Dia kerja dengan Red.”

What the fcuk? Serius? Like seriously? Maksud kau Red kita tu?” Rokok Jay yang tinggal lagi separuh terjatuh. Berita dari gua mana yang Shark dapat ni? Namun melihatkan Shark mengangguk lemah, mulut Jay ternganga.

“Red bagitau aku, dia dah jumpa bintang yang dia suka. Tapi di antara semua bintang yang ada, bintang dia dan bintang aku adalah bintang yang sama.” Suara Shark bergetar.

“I wish I can hate her, who left me on the day of my birthday. She who broke my heart with only one shot. But I fail to do so because I love her more than anyone else in the world.” Air mata Shark hampir menitis.

“Sumpah sampai sekarang aku tak tahu kenapa dia tinggalkan aku,” sambung Shark.

Part mana yang buat Eva tak gembira,

Part mana yang buat cinta Eva pudar padanya,

Part mana yang buat Eva sanggup memilih untuk meninggalkan dia.

Sumpah Shark tak tahu!




 p/s : Esok saya oncall, so saya update awal sikit. Don't be sad. Don't cry. Malam ni tengok luar tingkap, cuba kira bintang sampai terlelap. Good night lovelies!