Monday, December 28, 2020

AKU SENTIASA ADA (Bab 2)

 



“DARLING, wait!”

Aik? Hidup lagi rupanya mangkuk sorang tu. Ingatkan dah koma lepas kena tumbuk sampai pengsan beberapa hari lalu. Tanpa menghiraukan si mangkuk, langkah Lotus semakin laju.

“Darling. Wait. Wait.”

“Kau nak apa?”

“Darling. Please.” Hanan menghalang jalan. Saat mahu mencapai lengan Lotus, gadis itu menepis.

“Kau ada seminit. Habis seminit, aku nak kau blah dari sini.” Lotus berpeluk tubuh. Panggil dia dari tadi macam dia ada hutang dengan Hanan. Bila dah kat depan mata, Hanan tunjuk muka syahdu nak menangis pulak.

“I minta maaf. I nak you kembali semula pada I, please.”

Lotus tersenyum sinis. Tolong sikit, hari tu sebelum kantoi sedap dengan orang lain atas katil tak pula Hanan fikir apa akibatnya bila main kayu tiga. Perempuan mana yang akan masih setia dengan lelaki yang spesis otak di tapak kaki macam Hanan.

“Aku dah maafkan kau. Tapi cerita aku dengan kau dah habis. Tak ada sambungan. Tak ada sequel yang happy ending. Masing-masing bawa haluan. Faham?” Dah berbuih mulut Lotus ulang perkara yang sama sejak dia dan Hanan berpisah sebulan lalu tapi Hanan tak faham bahasa. Masih nak menempel dan memaksa untuk bersama semula. Betullah cakap papa dulu. Hanan ni bagi jadi tukang kebun dekat rumah pun papa tak nak apatah lagi jadi menantu sebab perangai Hanan sebijik macam hantu.

“Kau kena fikir sikit Hanan. Kau dah malukan aku dan papa aku. Kau tak setia pada cinta yang satu. Lepas tu kau curang depan mata aku. And now you expect me to accept you back despite all the shits you did. Sorrylah, otak aku bukan dekat bawah tapak kaki macam kau,” sambung Lotus.

Beberapa minggu lalu dia dah patah hati tahap terjun masuk gaung. Jadi hari ini dia dah tak ada perasaan sebab mode ‘menangis-air-mata-darah’ tu dah berlalu. Lagipun menangis untuk lelaki macam Hanan memang tak berbaloi. 

Baru Lotus nak melangkah, Hanan menahan lagi. Bahagian lengan yang direntap Hanan terasa sakit dan cengkaman lelaki itu sangat kuat buat marah Lotus naik sampai ke tahap air mendidih.

“You tak boleh buat I macam ni, Lotus. You dengan I…”

“Lepaslah mangkuk!” Dengan sekuat hati Lotus merentap semula lengannya dan kaki naik menyepak celah kangkang Hanan. Puas hati bila lelaki itu rebah dan menyeringai kesakitan. 

“Lepas ni aku harap kau mandul sebab lelaki macam kau memang tak layak jadi suami atau bapa kat dalam dunia ni.” Geram punya pasal, dia sepak lagi tubuh Hanan sekuat hati. Apa nak takut, Hanan takkan mampu melawan. Kalau Hanan melawan pun dia bukannya tak pandai nak serang balik.

“Jangan muncul kat depan aku lagi kalau kau tak nak jadi cacat.” Jari telunjuk terarah pada Hanan sebagai amaran. Kejam aje kan ayat terakhir dia tapi Hanan memang tak patut diberi muka pun.

I love you.

I miss you.

Please come back to me.

Wuekkk! Muntah hijau dengar semua ayat manis Hanan. Manis bergula macam tu, ended up main belakang jugak.

“What have you done, Bunga?”

Berk yang muncul di sebelah buat Lotus terkejut. Yang kerabat Thanos ni pulak adalah spesis bunian. Tiba-tiba pandai terpacak dekat dengannya berserta senyuman.

“Tak ada apalah. Saja sapu sampah.”

“I saw what you did and you have one whole evening to tell me everything about this ‘sampah’.” Dari awal sampai akhir babak Lotus dengan lelaki yang masih kesakitan di lantai, tak ada satu pun yang Berk tertinggal. Tadi memang niat nak menolong tapi bila Lotus bagi tendangan padu, dia sendiri terpegun. Jangan pandang rendah dengan perempuan, dorang mampu buat perkara luar alam contohnya menyepak ‘bola’ yang mengganggu hidup mereka. Tengok lelaki yang sedang kesakitan di jalan tar tu pun dia tahu betapa kuatnya penangan Lotus.

Oh my…Berk yang begitu dekat dengannya dan suara Berk yang berbisik ke telinga buat Lotus terdiam sejenak. Haruman wangian yang dipakai dan aura maskulin lelaki itu mampu membuatkan dia bisu dan buta dengan keadaan sekeliling sebab yang dia nampak kini hanyalah Berk.

Pernah tak melalui perasaan ‘weak-kneed giddiness’ bila tengok lelaki kacak dan menyebabkan kita off balance? Memang agak exaggerate tapi itulah apa yang dia rasakan sekarang. Lotus dah terbuai dengan perasaan sendiri.

 

*********


DUDUK berdua di meja. Lepas tu belek-belek menu sebelum bagi order dengan pelayan yang ada. Sekarang apa nak buat? Takkan berbalas pandang dengan Berk dekat depan ni sampai esok. Lotus menyelitkan rambut ke belakang telinga dan bersandar di belakang kerusi. Wajah kacak di hadapan dipandang.

“Lepas ni awak tak payah makanlah ya. Dah kenyang tengok muka saya.”

Ayat selamba Lotus buat tawa Berk pecah. Tak pernah dia jumpa gadis berani dan lantang macam Lotus. Cover tak, acah ayu pun tak. Lotus is just Lotus!

“Ceritalah, saya nak dengar.” Berk buka topik. Kebanyakan masa matanya terarah pada bahagian dada Lotus yang agak terdedah. Maaflah bukan sengaja nak tengok tapi kalau dah ada di depan mata, nak mengelak punyalah susah. Lotus betul-betul menguji keimanan lelaki yang tak berkopiah dan tak sembahyang lima waktu macam dia.

“Eh, I thought we want talk about business?” Lotus mengelak. Takkan nak buka balik lembaran lama dia dan Hanan lepas tu canang pada lelaki yang dia baru kenal beberapa jam ini yang kisah cinta dia adalah epic fail dan dah dimamah bumi.

“Bisnes boleh tunggu, tu bincang belakang pun boleh. Saya nak tahu pasal awak. Anggap aje macam ice breaking session before we proceed with business.”

Hailaaaaa…ice breaking pulak dah! Ingat ini macam hari pertama masuk kelas Pendidikan Seni ke Encik Berk nak ada sesi suai kenal segala. Dia mengatur duduk. Masing-masing memberi laluan pada pelayan yang menghidangkan minuman.

“Nama dia ‘hanat’. Bercinta baru enam bulan tapi lepas tu dia curang. Sekarang dah broke up tapi sebab masih tak dapat terima kenyataan, dia masih menyemak.”

Kira okeylah kan penerangan tiga kerat ayat dia tu. Rasanya cukup simple dan padat sebab dia cuma bagi isi penting. Lain hal, Berk tak payah tahu. Melihat Berk ketawa, dia turut menyimpul senyum.

“Saya nak tahu nama betul dia. Kena sekali dengan awak dah cukup, takkan tertipu lagi untuk kali kedua.” Jari Berk mengetuk-ngetuk meja. Panahan matanya tepat ke wajah Lotus. Senyuman Lotus memang boleh buat dia terbang ke planet lain. Dan dia tak lupa macam mana Lotus kenakan dia pagi tadi. Nama punya cantik Lotus tapi kena tukar jadi Bunga. Hanat ni tak tahu apa pulak, mesti kes buat perkara yang tak molek pada Lotus sebab itu diberi nama ‘hanat’.

Lotus ketawa kecil. “Fine. Nama dia Hanan. Tutup kes boleh tak? Saya tak nak luka lama berdarah semula.”

Ceh, kelas kau kak! Ayat berbunga macam dalam novel. Lotus menghirup minumannya perlahan.

“I wonder what he did to you until he deserved your kick on his balls.”

“Tak ada apa yang lebih teruk daripada tengok orang yang kita cinta seronok dengan perempuan lain atas katil, Berk.” Lotus tersenyum nipis.

Damn! Betapa dia tak nak ingat cerita lama, bayangan menyakitkan hati itu muncul semula. Sangatlah susah untuk melupakan jahat yang orang lain dah buat pada kita apatah lagi yang menyakiti itu adalah orang yang pernah dicintai.

Berk terdiam. Terbit rasa kasihan pada Lotus dan dia dapat bayangkan apa yang Lotus alami sebab dia pernah melalui perkara yang sama. Bezanya, Lotus tinggalkan Hanan tanpa dendam. Dia pula adalah sebaliknya.

“Sorry, didn’t know it was that bad.” Berk ikhlas memohon maaf. Tak berniat pun nak buat Lotus sedih tentang hal lama.

It’s okay. Tak fefeeling emo sangat pun. Awak apa cerita? Mata biru. Muka kacukan ala-ala Timur Tengah. Memang bukan kerabat Thanos lah kot.”

Berk hanya mampu ketawa. Matanya yang tadi terarah pada bahagian dada Lotus kini beralih pada bibir yang bercalit gincu merah itu.

Lain kali jangan pakai gincu merah menyala macam tu. I could kiss those sexy lips for hours.”

Lotus melepaskan tawa. Berk ni lebih kurang macam lelaki lain, level miang tu mengalahkan tingginya Everest.

“Tak senang, Berk. You have to try hard.”

“Tell me what to do then.” Berk pantang dicabar. Dia tak kenal apa erti kalah. Biarpun Lotus adalah lain daripada yang lain dan mampu menggetarkan jiwa raga dan naluri lelakinya, tapi dia tahu untuk memiliki Lotus adalah sangat susah. Agaknya Lotus memang jenis burung merpati. Jinak tapi bila didekati, lari.

“Seduce my mind. Capture my soul. But seduce me with who you really are.” Cakap macam senang, dengar pun macam senang tapi nak buat tu payah. Lotus nak Berk tahu yang dia bukan jenis perempuan yang senang tergoda dan boleh dibawa ke belakang pintu. Tak semua perempuan macam dia senang dipetik dengan jari. Berpakaian seksi dengan personalitinya yang bersahaja dan terbuka tak bermaksud dia berniat untuk menggoda. Dah sejak azali dia rasa selesa dengan penampilannya. Being sexy at the other hand and confidence at the other hand, lady!

Senyuman Berk bertukar nakal. Lotus memang bermain dengan api macam dia. Semakin dicabar semakin membara.