“RAFEEQA
apa khabar?”
Azwan
mengekori langkah Shahrizal menuju ke tennis
court. Patutnya semalam lepak bersama di sini tapi Shahrizal buat-buat jual
mahal. Merajuk sebab dia menangkan Rafeeqa. Tak padan betul dengan gaya macho dan muka lengkap pakej tapi ada
aura ‘sotong.’
“Okey.
Hari ni dia balik tinggal kat rumah.”
“Mantap!”
Shahrizal
sekadar menjeling sekilas. Rafeeqa tinggal dengan dia, yang Azwan teruja sangat
apa cerita? Beg dan raket tennis diletakkan di atas kerusi panjang. Jahat tak
kalau dalam otak dah plan awal-awal
nak kalahkan Azwan kaw-kaw petang ni?
Melepaskan tekanan pada masa yang sama.
Otak
berserabut dengan masalah sendiri. Nak luahkan pada Azwan, hatinya berbelah-bagi.
Pasti Azwan akan keluar dengan ayat paling menyengat.
‘Siapa suruh cari
penyakit, bro.’
Dari
awal lagi Azwan tak pernah bagi muka dengan dia dan Husna. Yang ni dia tak
nafikan yang dia bersalah. Tapi kalau ditimbang betul-betul, Rafeeqa pun ada
salah juga. Nak menunding jari pada dia seorang memang tak adil rasanya.
“Rafeeqa
tau tak pasal Husna?” tanya Azwan yang sudah mula warming up di tepi court.
“Dah.”
“What was her response?”
“Okey.”
Azwan
pandang Shahrizal pelik. Hidung kembang kempis dengan telinga yang memerah. Sah
menipu! Tangannya naik memukul bahu Shahrizal kuat hinggakan temannya itu
mengaduh sakit.
“Okay it seems,” Azwan
berkata sinis.
Nak
menipu pun guna logiklah, bro. Isteri
mana yang selamba kata hoyeah kalau suami
nak berkahwin lain. Lebih-lebih lagi isteri macam Rafeeqa. Tak hairan kalau
Rafeeqa berendam air mata semalaman dengan berita gempak Shahrizal.
Shahrizal
terdiam.
Rafeeqa
okay?
Nope, she’s not.
And I thought she would be okay
with it.
Sampai
jatuh pengsan dan rendah tekanan darah. Menangis bila dia berterus-terang
tentang hubungannya dan Husna. Nak memujuk, Rafeeqa meminta untuk bersendirian.
Sudahnya dia duduk di sudut bilik, Rafeeqa termenung di atas katil. Bila
Rafeeqa sudah terlena, barulah dia merangkak naik dan berbaring di sebelah
isteri.
Husna
yang mengamuk dibiarkan saja. Nak buat macam mana kalau dia betul-betul tak
dapat datang untuk temu janji. Takkan nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri.
Nanti apa kata mertua. Pergolakan rumahtangga mereka berdua biarpun berpura-pura
untuk berlagak biasa, tapi hakikatnya seperti sudah dapat dihidu oleh kedua-dua
belah keluarga. Cuma keluarga mereka berdua sengaja tak nak masuk campur. Dah besar panjang macam ni,
pandai-pandailah menguruskan masalah rumahtangga.
Sebelum
dia pergi ke Bali tempoh hari, sempat Daddy ‘berus’ puas-puas anak tunggalnya
ini. Dua jam menadah telinga dengan nasihat dan amaran Daddy.
‘Fika
tu budak baik. Kalau tak, tak adanya Daddy nak satukan Shah dengan Fika.’
‘Baik
ke kalau membelakangkan suami sendiri, Daddy?’
‘Semua
orang buat salah, nak. Tutup sebelah mata takkan tak boleh? Selama ni Shah okey
aje Fika belajar jauh. Tiba-tiba tahun
ni mengungkit pulak.’
‘Shah
dah tutup dua-dua sekali. Nanti Fika balik pandai-pandailah Shah uruskan macam
mana.’
‘Jangan
berpoligami kalau tak mampu untuk bersikap adil. Daddy rasa dua-dua pun tak nak
bermadu. So you have to choose only one.’
‘I choose Husna.’
‘Tanggung
sendiri, Shah. Kalau Papa Fika datang dengan parang Daddy tak nak masuk campur.’
Rasanya
dia dah bersedia untuk berdepan dengan orang tua Rafeeqa. Walau kena serang
dengan parang atau meriam buluh sekalipun, dia tetap dengan keputusannya.
Rafeeqa? Should I say that this is the
price that you have to pay, dear?
“If I were you, I would choose
Rafeeqa.” Ayat Azwan mematikan lamunan Shahrizal yang duduk di
atas kerusi.
“Ni
tak nak warming up ke? Kaki cramp aku tak nak tolong,” sambung
Azwan.
“Kenapa
Rafeeqa?” Shahrizal bangun dan melakukan larian setempat.
Jangan
kata sebab dah kenal Rafeeqa lama bla bla
bla...dia sendiri tahu yang Azwan dan Rafeeqa kenal sejak zaman sekolah
lagi, ‘junior-senior relationship’
kata Azwan.
“Knowing bout Rafeeqa does not
depend on how long you know her but how well you know her,”
Shahrizal keluar dengan teori sendiri.
“Sekarang
ni kau dah kenal sangat dengan Husna?”
Shahrizal
menoleh ke sisi. Kan dah agak dah. Kalau hal Rafeeqa kena ungkit, mesti Azwan
melancarkan perang sahabat.
“Nak
main ke tak ni? It’s already almost six.”
Shahrizal berlalu ke dalam tennis court.
Minta maaflah kalau nak bertekak tentang masalah rumahtangganya petang-petang
begini, bagus dia angkat tangan surrender.
Mulut Azwan boleh tahan power. Dia
yang lawyer pun boleh jadi ‘lauya’ kalau berbahas dengan Azwan yang
boleh dikategorikan sebagai mulut lancang bagi lelaki. Menyengat!
“Husna
tu patutnya kau buang jauh-jauh.” Azwan berkata sendiri. Tak berani pulak nak buka mulut bagitau Shahrizal depan-depan. Silap
hari bulan Shahrizal putus kawan terus.
Apa
yang menariknya Husna?
Apa
yang lebihnya Husna?
Apa
yang extravaganza sangat tentang
Husna?
Serius
dia tak tahu. Yang dia nampak adalah Husna yang gedik. Husna yang buat-buat
manja. Husna yang main gesel-gesel. Husna yang menyampah. Bak kata Azura
setiausaha Shahrizal, Husna yang euwww!
RAFEEQA
bertepuk tangan dan melabuhkan di sofa di tengah ruang tamu. Nak teriak Yippie kuat-kuat sebab atas usaha
sendiri, dia akhirnya berjaya mengangkat dua bagasi besarnya yang seberat 20kg
setiap satu seorang diri naik ke bilik tidur utama di tingkat atas.
Nak
tunggu sampai Shahrizal balik, dia tak sabar. Lagipun Shahrizal macam nak tak
nak saja bila dia mengemukakan hasrat untuk balik ke rumah mereka berdua. Rumah
ini adalah hadiah perkahwinan dari orang tua masing-masing lima tahun lalu.
Kalau dulu hanya ketika cuti musim panas saja dia tinggal di sini sebab masa
yang lain dia seronok menimba ilmu di Sunderland, kini dia akan menetap
sepenuhnya.
I’m coming back for good, yeah!
Mata
Rafeeqa melilau melihat sekeliling rumah. Sedikit saja perabot yang ada. L-shaped sofa berwarna putih di tengah
ruang tamu. Terdapat kabinet kecil yang menempatkan gambar-gambarnya dan
Shahrizal di bawah LCD tv yang
tergantung elok di dinding dan home
teather di kiri dan kanan kabinet. Meja kaca bulat yang berbentuk segiempat
pula diletakkan di hadapan sofa. Ringkas sahaja tapi cukup kemas dan selesa.
Esok
nak tambah akuarium di dalam rumah ini. Letak di sudut dinding bersebelahan
tingkap kaca yang besar. Tak payah bagitau
Shahrizal. Anggap saja surprise untuk
encik suami.
Jam
di dinding dipandang Rafeeqa sekilas. Sudah menginjak ke pukul 10 malam tapi
Shahrizal masih belum pulang. Hairan juga. Bermain tennis dengan Azwan sampai
malam begini ke? Perut kosongnya sudah mula berkeroncong. Kalau Shahrizal balik
akhir sangat, nampak gaya plan nak
bawa Shahrizal lepak di kedai mamak malam ini terbatal. Rafeeqa baring di atas
sofa dengan kaki berlunjur. Telefon di atas meja dicapainya. Nombor Damia
dicari. Rasa macam nak chit chat
dengan Damia untuk hilangkan bosan sementara menunggu Shahrizal balik.
“Babe!”
“Haiiii!”
Teruja
punya pasal, dua-dua menjerit kuat. Bila bercakap dengan Damia, memang tak ada
istilah memberi salam di antara mereka berdua. Gaya omputih, siap teriak-teriak mengalahkan Paris Hilton. Budaya barat
yang terbawa-bawa hingga ke tanah air. Ni kalau Mama tahu mesti kena sound.
“Miss me?”
Damia bertanya di hujung talian dengan sisa ketawanya.
“Oh, pleaselah!”
Rolling eyes. Tangan kiri Rafeeqa di
awang-awangan.
“How’s Shah? Sihat tak?”
“Fine. The handsome and cool him.”
“Ceh!”
Rafeeqa
tergelak. Dapat bayangkan Damia sedang tayang muka menyampah dengan bibir
mencebik sekarang ini.
“Korang
okey tak?”
Pertanyaan
Damia buat Rafeeqa diam beberapa ketika. Macam mana nak mulakan cerita. Kalau
bercakap di dalam telefon begini, sampai esok pagi pun tak habis lagi.
“Keluar
esok jom. Temankan aku cari akuarium.” Ni trick
nak mengelakkan diri dari terus disoal Damia.
“Bet you both are not fine, babe. Aku on je, anytime you want just let me know. Esok aku ambik,” kata Damia di hujung talian.
Beli
akuarium?
Kena
cari rakyat jelata untuk menghuni akuarium sekali. Ikan!
Bukan
shopping? Accessories? Handbags? Heels?
Drop them all!
Rafeeqa
dan Damia kenal sejak zaman sekolah rendah lagi. Jadi tak susah untuk Damia
meneka perasaan Rafeeqa ketika ini. Nak beli ikan maksudnya nak tenangkan
fikiranlah tu. Teringat kata cikgu di sekolah bertahun dulu, kalau otak serabut
tengok ikan. Ia secara tak langsung boleh menenangkan. Itulah kot yang Rafeeqa
nak cuba sekarang.
“Esok
aku sambung cerita. Tak naklah emo malam-malam
macam ni,” Rafeeqa berkata perlahan.
Hal
rumahtangganya ditolak tepi. Masing-masing rancak bercerita tentang perkembangan
terbaru biarpun baru beberapa hari tidak berjumpa. Ex-schoolmates mana yang dah ada anak. Tahun ni berapa orang kawan
yang berkahwin. Siapa yang ada skandal dengan siapa. Belum lagi masuk bab
mengungkit rindukan Sunderland yang kini sudah jauh di mata. Rancak saja mereka
berdua bercerita hinggalah bateri telefon Rafeeqa hampir habis. Nak sambung
dengan charger dia malas nak bergerak
ke kabinet di depan sana. Power bank
entah di mana dia letak.
“Sleep well tonight, babe. Spill
out everything tomorrow,” Damia menasihati teman baiknya
itu.
“Alright. Ambik aku esok, kita brunch.”
Habis
bercakap di telefon, terkebil-kebil mata Rafeeqa merenung siling di atas
kepala. Sunyi. Itulah yang dia rasakan sekarang ini. Shahrizal sampai sekarang
tak balik-balik. Takkan terlupa yang dia memang sudah pulang ke rumah ini malam
ini. Nak telefon, dia takut kena cop kepochi.
Semalam,
dia rasa macam nak terjun ke laut dalam. Shahrizal mengaku menduakannya dan
mengambil keputusan untuk mengahwini kekasih hati. Pengakuan dari mulut suami
sendiri buat Rafeeqa kecewa dan terguris dalam diam. Habis tu dia nak letak kat
mana?
Ikatan
suci akan terputus?
Oh my!
Dalam
posisi berbaring, Rafeeqa bangun semula dan duduk tegak di atas sofa. Tahulah
dia pernah buat salah. Tapi sampaikan mencari yang baru, agak melampau juga
Shahrizal. Haih...mungkin kerana terlalu lama ditinggalkan seorang diri buatkan
Shahrizal goyah dan tewas dengan dugaan di dalam rumahtangga mereka berdua. Dan
lelaki sehebat Shahrizal ramai bunga yang nak cuba menempel. Dan bunga bertuah
yang berjaya hinggap adalah Husna.
Woof!
Woof! Woof!
“What on earth is that?”
Bunyi
anjing yang menyalak di luar sana buat Rafeeqa takut. Bulu naik meremang tiba-tiba.
Di kawasan perumahan Eco Garden ni
mana ada jiran-jiran yang membela anjing. Imaginasi pelik Rafeeqa muncul di
fikiran. Kata orang kalau anjing menyalak bermakna ada ‘benda’ terbang ke sana
sini.
Jangan
Pandang Belakang.
Nang
Nak.
Mama.
Semua
jenis ‘benda’ di dalam filem berlegar-legar di fikiran. Mata Rafeeqa terpejam rapat.
Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca doa, cuba untuk menenangkan diri sendiri.
Tang tetiba ada yang singgah untuk menyapanya macam mana? Pengsan!
Bila bahunya terasa seperti disentuh, tubuh
Rafeeqa jadi statik.
Damn!
Takkan betul-betul singgah kot.
“Rafeeqa.”
Mata
Rafeeqa terbuka luas. Wajah Shahrizal dengan dahi berkerut di depan mata.
“Okey
tak ni?” Shahrizal pelik.
Awat
muka Rafeeqa pucat dengan mata tak berkedip. Punggungnya dihenyakkan di sebelah
Rafeeqa. Bahu Rafeeqa dipaut lembut.
“Saya
dengar anjing menyalak, Shah.”
“So?”
“Saya
takut.”
Shahrizal
sembunyi senyum. Tubuh isteri dibawa rapat ke dada dan dipeluk erat. Umur dah 23
tahun pun masih takut, pula takut tak bertempat.
“Saya
dah balik dah pun.”
Belakang
Rafeeqa diusap Sharizal perlahan, cuba untuk menenangkan sang isteri. Haruman
rambut Rafeeqa yang menusuk hidungnya buat Shahrizal rasa terbuai. Haruman
tubuh Rafeeqa terasa begitu mendamaikan. Saat Rafeeqa mahu meleraikan
pelukannya, tubuh Rafeeqa dibawa lebih rapat padanya.
“Ten minutes, Rafeeqa,”
pinta Shahrizal dan Rafeeqa hanya membiarkan saja.
Shahrizal
bersandar pada belakang sofa dengan tubuh Rafeeqa yang masih dipeluk erat.
Kepala Rafeeqa yang mendarat di dadanya dibelai lembut. Dan saat inilah getaran
jantungnya berubah tempo, perlahan-lahan
mengembalikan semula rasa lama yang sudah lama mati.
p/ s : Rafeeqa the bla bla bla...hate her not ya! Untuk yang bercuti esok hari, enjoy your weekend! Untuk bees yang busy macam Emy, happy working. Love you all loads and big hug everyone! Take care and an apple a day keeps me away from you :)