Monday, March 25, 2013

My First Baby : MAMA MIA SHAZA

My dear readers and followers...finally MAMA MIA SHAZA (MMS) is now officially 'born' and for all the supports and help and everything, thank u so much all! Grab MMS in your nearest bookstore starting from April 2013 and you can also buy online from Lovenovel Publication at lnp.langganan@gmail.com or through Facebook :) Once you grab MMS, enjoy reading and once again, thanks a lot all! Love you all loads and big hug everyone!

FOR BEING WITH ME ALL THE WHILE, REGARDLESS YOU'RE THE ONE WHO ALWAYS DROP ME COMMENTS OR MY SILENT READER...THANK U SO MUCH! I LOVE YOU ALL!





MAMA MIA SHAZA 
EMY ROBERTO
RM22.00 [ SM ]
RM25.00 [ SS ]

Sinopsis :

Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?


Pesanan online ke alamat : lnp.langganan@gmail.com

Selepas pembayaran, sila emailkan slip pembayaran anda ke alamat email tersebut dan nyatakan :

1. Tajuk Buku
2. Nama penuh
3. Alamat penghantaran
4. No telefon.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun :
CIMB 12160000874101 Lovenovel Publication

Untuk bayaran melalui interbank transfer [ dari bank lain ke akaun cimb ],sila masukkan nama anda di bahagian ref untuk tujuan semakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di :
012-6416882/013-9338095/019-4226431/03-87509626/03-87509625

Tuesday, March 19, 2013

Mama Mia Shaza 19



SYAZWI memanjangkan leher sebaik saja sampai di tingkat tujuh. Scan. Scan. Scan. Tak nampak kelibat Maya. Meja Maya pun kosong saja. Tolonglah jangan ada surat perletakan jawatan di atas mejanya di dalam bilik pejabat sana. Langkahnya diatur kemas ke arah meja Kak Zah. Hati sudah resah semacam.
I quit, boss. Tomorrow morning expect a resignation letter from me. Ayat terakhir Maya semalam masih terngiang–ngiang di telinga. Semalaman tidur tidak lena. Kalau betul Maya nak berhenti kerja, melepaslah dia. Menyesal seratus ribu kali kerana melayan Maya dengan buruk. Betullah kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
 “Kak Zah.”
Kak Zah yang sedang terbongkok–bongkok di meja mendongak.
Morning, bos,” sapa Kak Zah dengan senyuman awet muda.
Morning. Maya mana?”
Berkerut dahi Kak Zah. Bos terhantuk pintu lif ke hari ni? Pelik benar soalannya. Takkan bos dah lupa kot.
“Mama Mia? Expo kan?,” jawab Kak Zah.
Oh my! Syazwi menepuk dahi sendiri! Serius lupa! Langkah kakinya diatur untuk keluar semula dari pejabat. Expo. Harap–harap Maya ada di sana.
Ting! Pintu lif terbuka. Baru kaki Syazwi mahu melangkah masuk, tubuh Maya menerobos keluar dari perut lif. Dua–dua tersentak. Mata Syazwi kemudiannya jatuh pada sampul putih yang dipegang Maya. Oh okay! This is not good! Wajah sugul Maya dipandang.
“Bos, saya datang nak...”
“Masuk bilik saya sekarang.”
Huluran sampul surat di tangan Maya tidak bersambut. Ayat pula kena potong separuh jalan. Sudahnya dia terpaksa mengekori langkah bos besar masuk ke dalam pejabat.
Kak Zah yang memandangnya sudah menggelengkan kepala. Sejam chit chat dengan Kak Zah di telefon semalam. Meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bos besar. Agaknya sampai berbuih mulut Kak Zah menasihatinya supaya jangan meletak jawatan.
Sampai di bilik pejabat Syazwi, Maya berdiri di depan meja. Tegak dengan riak yang dikawal setenang mungkin.
“Duduklah dulu,” pelawa Syazwi yang sudah melabuhkan duduk di kerusi sendiri.
It’s okay. Saya tak lama. Saya cuma nak bagi surat...”
Sorry for any of my bad mouths or treats, Maya. No resignation letter accepted. Tapi kalau awak nak cuti, saya benarkan. Saya susun sepuluh jari dari hujung rambut sampai hujung kaki, minta maaf seratus ribu kali,” tutur Syazwi panjang. Ego dibuang ke tepi, meminta maaf dengan ikhlas di hadapan Maya Laila.
Terkedu Maya. Huluran sampul surat berwarna putih dicapai Syazwi. Pap! Dibuang ke dalam tong sampah di bawah meja.
“Saya tak nak kehilangan salah seorang pekerja terhebat yang saya pernah ada. Dan saya tak pernah minta maaf dari staf, except you,” sambung Syazwi lagi. Wajahnya tenang saja, tapi hati bagai dilanda taufan. Rasa bersalah yang tak sudah.
“Bos, saya tak...”
“Kalau awak berhenti, mana awak nak cari kerja? Mana nak cari makan? Macam mana dengan Mia?” bertubi–tubi soalan Syazwi.
Makan minum Mia. Yuran Mia. Sewa rumah. Kereta. Tipulah jika Maya katakan yang dia tak fikir tentang semua itu. Soal yang sama diungkitkan oleh Nadia dan Kak Zah semalam. Lama Maya diam.
“Saya...”
“Maya..”
“Give me one minute to finish my words,” pintas Maya dengan wajah serius. Dari tadi dia nak bercakap asyik kena potong.
“Okay. One minute.” Syazwi mengalah.
“Saya tak suka soal kerja dan peribadi bercampur macam cocktail. Saya tak suka tentang Mia dipertikaikan. Tak kiralah dari mana awak dapat berita kata Mia anak luar nikah, that is totally not true. Because the fact is that I was pregnant after I got married. He left me when Mia was not even born yet, so should I say that I’m a married woman or single mother?,” kata Maya.
Syazwi terpempan. Oh Maya!


MAIMUNAH tersenyum sendiri di ruang tamu. Membelek satu–persatu album di depan mata. Muka comel Maya ditatap dalam–dalam. Maya semasa kecil memang montel. Aktif. Lincah. Mudah  mesra. Jadi masa pergi bekerja, memang dia tak pernah ada masalah. Tinggalkan saja Maya dengan Makcik Kiah, confirm takkan menangis mencari mama dan papanya. Berbeza dengan Mala, menempel 24 jam dengannya. Pendek kata, anak bongsunya lebih manja berbanding anak sulungnya.
Mama, Maya sayang mama tahap infiniti. Tak pernah kurang, tapi makin lebih. Ayat seorang Maya Laila saban pagi bila Maimunah menyediakan sarapan. Pipi pasti akan dicium puterinya kiri kanan. Tangan Maya lincah membantunya dan Makcik Kiah di dapur.
Rindunya pada Maya Laila. Hati seorang ibu. Seteruk mana pun anaknya, kasih sayang itu takkan pernah luntur. Walau marah macam mana pun, walau benci macam mana pun. Kasih sayang tetap di tangga teratas.
“Kalau mama rindu, telefon aje kak long. She must be waiting for your call.”
Tersentak Maimunah bila Mala tiba–tiba muncul dari pintu utama. Sejak bila balik? Tak dengar bunyi enjin kereta pun. Tangan naik mengurut dada yang berubah pantas.
“Main sergah–sergah tak reti nak bagi salam ke?” marah Maimunah.
Ngeee...Mala tayang muka tak bersalah.  Melabuhkan duduk di sebelah mamanya dan mencium tangan tua itu seperti biasa.
“Mama, hari ni kan birthday kak long. Why don’t you call her? Or at least text her,” pujuk Mala.
Kasihan kak long. Tadi baru berjumpa dengan kak long dan Mia di Alamanda. Bagi kad sebijik pun kak long dah gembira tahap gaban. Sampai menangis sambil memeluk tubuhnya. Dan seperti biasa, kak long tak pernah lupa bertanyakan tentang papa dan mama. Kalaulah dia boleh memujuk hati kedua orang tuanya, kan best. Supaya keluarga bersatu semula seperti dulu.
“Salah yang kak long buat, mama masih tak dapat lupakan,” jawab Maimunah.
Mala melepaskan keluhan. Hati mama masih keras lagi, sama macam papa. Sampai bila nak marah kak long? Perasaan marah kan boleh membunuh semua perasaan di dunia ni. Tapi takkan dia nak buka mulut menasihati papa dan mama. Silap hari bulan dengan dia sekali kena halau keluar.
“Anak kak long apa khabar?” Maimunah menukar topik. Matanya kembali tertacap pada gambar–gambar Maya sewaktu masih kecil. Anak Maya tempek muka Maya, sebijik Maya!
“She’s fine. Bubbly and happy go lucky as usual.”
Hati Maimunah makin tersentuh. Bubbly and happy go lucky? Exactly macam Maya! Tanpa sedar air mata tuanya menitis namun cepat–cepat disekanya dengan hujung lengan baju kurung, tidak mahu Mala sedar.
“Mama masih ada Mala. Tapi Mala tak sama dengan kak long. Kak long tak ada galang ganti. Kalau mama nak call kak long, bagitau Mala okey. Mala tau mama pun rindu kak long,” pujuk si anak sambil memeluk bahu mamanya.
Maimunah mengangguk kepala. Satu hari nanti Mala, one fine day!


MAYA tersenyum lebar melihat kek coklat diletakkan di atas meja. Tertulis Happy Birthday Mama Mia di atas kek yang berbentuk bulat itu. Patutlah Nadia dan Mia balik lambat hari ini tadi. Sempat singgah di Secret Recipe dan membuat kejutan untuknya.
 “Apa tunggu lagi? Tiuplah. Lilin dah makin pendek,” kata Nadia di sebelah.
Orait! Maya menoleh pada si comel yang didukungnya.
“Mari tiup sama.” Maya gamit Mia dekat padanya.
Mia angguk kepala. Terus menrpa mendekati mamanya.
One, two, three!
Ceh! Bukan Mia saja yang tiup, Nadia pun join sekaki. Hampeh punya kawan. Maya ketawa mengekeh bila pipinya dicium Nadia dan Mia serentak.
“Happy Birthday, Maya.”
“Happy Bufday, mama.”
Oh! Terharu sangat–sangat bila dua orang tersayang mengucapkan selamat hari tua padanya.
Ehem, jangan nak buat drama air mata. Bersiap, kita keluar makan. Celebrate sama–sama. Kan Mia?”
“Ya!” Si comel mengangguk sambil mengangkat ibu jari dengan penuh semangat.
Maya tergelak, air mata tak jadi menitis. Tengah hari tadi, Mala yang belanja makan. Malam ni Nadia pulak yang belanja. Perut pun haruslah menyanyi senang hati. Mama? Papa? Senyuman Maya hampir mati, hati dipagut sedih. Doanya tidak pernah putus. Saban malam berdoa agar pintu hati mama dan papa terbuka untuk memaafkannya. Mama dan papa ingat tak yang hari ni adalah hari jadinya?
“Did Syazwan call you?” tanya Nadia yang sedang memotong kek dan diletakkan di atas piring kecil.
Huh! Syazwan? Maya duduk di atas kerusi, Mia diletakkan di atas ribanya.
Takde. Tunggu bulan jatuh dari langit kot,” jawab Maya selamba. Mustahil Syazwan ingat tarikh lahirnya. Dia dan Mia kan hilang dari memori Syazwan. Sekarang saja tiba–tiba pandai nak cari balik.
“Mana tau dia nak bagi surprise,” balas Nadia. It’s a hint, Maya! Piring diletakkan di depan Maya dan Mia.
“Syazwan tetap Syazwan, Nad. Aku tak nak mengharap lebih. I told him, win my trust and heart back.”
Nadia mengangkat muka, memandang wajah Maya menagih penjelasan lanjut.
“Meaning?” tanya Nadia tak faham.
“Cinta aku pada Syazwan dah makin pudar.”
Nadia tersentak. Takkan cepat sangat, Maya. Nadia melabuhkan duduk di kerusi sebelah. Okey. Dia pun tak berapa berkenan dengan Syazwan tapi Maya masih isteri yang sah. Kan elok kalau sama–sama mencuba sekali lagi. Mia perlukan keluarga yang lengkap. Cerita lama kalau ditolak tepi boleh tak? Syazwan memang bersalah tapi sekarang lelaki itu sudah sedar silap sendiri. Jadi apa salahnya Syazwan diberi peluang kedua.
Baru Nadia mahu membuka mulut, hon kereta memekik di luar. Maya dan Nadia berpandangan. Mia? Masih seronok menyuapkan kek ke dalam mulut comelnya. Dah bertukar comot!
“Siapa tu?” tanya Maya dengan dahi berkerut.
Nadia mengangkat bahu, buat–buat tak tahu. Maya bangun, Mia dibiarkannya duduk di atas kerusi sebelum menjenguk keluar. Nadia sembunyi senyum,  finally he came!
“Siapa Maya?”
“Syazwi.”
Jaw dropped! Tak mungkin! Nadia turut sama bangun dan menjenguk keluar. Apa kes bos Maya bawak bunga?
Maya keluar dan masuk semula ke dalam rumah selang beberapa minit kemudian bersama sejambak bunga di tangan.
“Syazwi nak apa?” tanya Nadia dengan nada tidak puas hati. Sempat mata menjeling jambangan bunga ros di tangan Maya.
“Nak ajak keluar.”
Oh petanda tak baik! Nadia telan liur.
“Then what did you reply?” Pantas saja mulut Nadia menyoal.
“Setuju.”
Nadia terpempan! Strike two, Maya! This is bad!

p/s : This will be the last entry in this blog. Thank you so much my dear readers and don't forget to grab MMS published by Lovenovel Publication (LNP) at the end of the month k. Love you all loads and thank you so much for the support! Big hug everyone!

Tuesday, March 12, 2013

Mama Mia Shaza 18


SYAZWI sekadar melihat dari jauh. Rasa kasihan pula pada Maya. Bagaikan terkial–kial mengedarkan broucher untuk diberikan kepada para pengunjung. Niat nak menolong ditolak jauh–jauh.
Sejak tembelang Maya pecah, minggu ini sudah masuk dua minggu dia tidak menegur Maya. Tegur pun setakat untuk membincangkan tentang Expo. Itupun boleh tahan teruk Maya dikenakan. Sediakan report satu hal. Nak promote lagi satu hal. Sekarang sesi jual, pun satu hal.
‘Kalau boleh, jual 5000 biji benih dalam masa tiga hari. Itu pun kalau awak mampu.’ Entah itu kata–kata perangsang atau cabaran untuk Maya.
Hmm..hari ni baru hari pertama Expo. Tengoklah macam mana jualan Maya nanti. Langkah kakinya diatur ke booth yang lain. Nak juga tengok syarikat lain jual apa.
“Biji benih ni hybrid ke?” Soalan yang menerjah telinga membuatkan Maya mendongak.
Oh tidak! Dah agak dah, suara yang dia kenal. Syazwan berdiri tegak di depan booth dengan senyuman lebar. Sempat tangan Syazwan mencapai broucher di atas meja. Belek–belek sekilas. Tak reti pun sebenarnya. Pasal kelapa sawit, tak minat. Matanya terarah semula pada Maya yang masih terkejut.
“Dah lunch?” Soalan kedua untuk si isteri bila soalan pertamanya tidak dilayan.
Maya buat–buat tak dengar. Mata beralih pada Suzana, rakan sekerja yang sibuk menerangkan tentang biji sawit kepada beberapa orang pengujung.
“Maya?”
Nak tak nak, Maya menoleh juga ke depan. Syazwan masih tercegat di tempat tadi.
“Jangan cari sampai sini boleh tak? Tak nampak ke saya tengah kerja?” Maya  bersuara geram tapi masih dengan nada perlahan.
Dia bukanlah staff kesayangan Syazwi. Nak keluar makan tengah hari ikut suka. Kalau dulu bolehlah kot Syazwi nak bertoleransi. Sekarang tak lagi. Siap kena tengking depan staff lain. Kena bagi killing stares. Belum tambah lagi dengan mulut–mulut sumbang yang tak reti nak berhenti mengutuk. Kalau bukan sebab nak cari makan, tak adanya dia nak bertahan. Angkat kaki blah terus.
“Takkan bos tak bagi break? Tak lama pun, Maya. There’s a cafeteria outside,” Syazwan masih tidak berputus asa.
Wajah Maya ditatap puas–puas. Rindu dengan wajah cantik yang masih setia menghuni hatinya. Bukan sekali dua dia datang menjenguk Maya. Di pejabat dan di rumah sewa Maya, semua dia terjah. Kadang – kadang hanya memandang dari jauh pun sudah membuatkan rindunya sedikit terubat.
“No.”
“Half an hour.” Syazwan masih mencuba.
“No.”
“Fiftteen minutes.” Masih tidak berputusa asa.
Maya mengeluh. Memanah mata Syazwan yang turut memandangnya. Typical Syazwan. Takkan pernah berputus asa. Mata Maya sempat toleh kiri kanan. Bayangan Syazwi tidak kelihatan. Lega. Takut kena cop curi tulang.
“Lepas waktu bekerja. Sekarang tak boleh,” jawab Maya akhirnya.
Syazwan mengalah. Mengangkat kaki meninggalkan Maya yang kembali melayan pengunjung yang datang. Takpe, sanggup tunggu petang nanti. Yang penting dapat keluar dan berbincang semula dengan Maya.
Perginya Syazwan, Maya tarik nafas lega. Bolehlah dia menjalankan tugas dengan tenang. Kalau tidak, memang dia tidak selesa. Apatah lagi, dia bukannya biasa dalam bidang tersebut.
Bagi menyahut cabaran Syazwi, Maya berusaha keras menarik pengunjung. Rasa malu sudah dibuang ke tepi.
Hampir tengahari, Syazwi muncul di booth. Entah ke mana lelaki itu menghilang sejak pagi tadi, maya tidak mahu ambil peduli.
“Pandai awak buat deal dengan pelanggan, Maya.” Syazwi bersuara dengan pandangan tajam. Silap hari bulan boleh pengsan dengan pandangan tersebut.
Maya diam tidak membalas. Apa lagi yang tidak kena dia sendiri tidak pasti tetapi dari pandangan Syazwi dia tahu ada sesuatu yang lelaki itu tidak setuju. Ketika Syazwi muncul tadi, dia sedang sibuk berurusan dengan pelanggan tetapi dia tahu lelaki itu mengikuti perbincangannya.
“Siapa bagi arahan suruh awak janji macam-macam dengan customer? Siapa yang nak ke kampung untuk promosi tu? Awak ke?” Suara Syazwan makin tegang.
Sorry, bos. Saya tak tahu yang kita tak tawarkan perkhidmatan macam tu,” jawab Maya lancar tapi perlahan saja.
Tadi bukan main hati  Maya meloncat gembira. Baru sehari expo, dia sudah hampir mencapai target yang diberi. Nampaknya, kalau dua hari lagi, dia boleh melebihi target.. Rasa sangat berbangga dengan diri sendiri. Elok–elok berbincang dengan pelanggan, dia siap bagi nombor telefon sendiri sekiranya ada pertanyaan lain.
Pelanggan mahu syarikat mereka melawat ke kawasan kampung dan membuat promosi. Tak semua pengusaha dapat turun ke Kuala Lumpur untuk mengunjungi Expo. Jadi tak banyak yang tahu tentang biji sawit hybrid. Dan dia? Angguk kepala kata setuju. Manalah dia tahu yang syarikat langsung tak nak. Haruslah bos besar di depannya ini meletup terus. Kalah letupan berapi Gunung Kilimanjaro.
“Sekarang siapa nak tanggung?”
Ceh! Sedap–sedap telinga Maya menyedut setiap soalan Syazwi.
“Patutnya awak tanya dulu saya. Bukannya main hentam,” sambung Syazwi dengan wajah yang merah.
Maya mengetap bibir. Macam mana saya nak tanya kalau batang hidung awak pun tak ada kat booth. Mahu saja mulut Maya menjawab.
“Pandai–pandai nak berjanji kosong. Next time please don’t act smart. This is not helping the company at all. Bla bla bla...
Fikiran Maya sudah ke lain. Hati terguris mendengar kata–kata Syazwi. Tak terdengar lagi ayat yang belakang–belakang. Buat sakit hati okey! Baru kaki mahu melangkah meninggalkan booth, Maya berpaling semula bila namanya dipanggil.
“Awak nak ke mana? Saya tak habis cakap lagi?” tanya Syazwi dengan kening berkerut.
Aik! Ingatkan kan dah habis ceramah. Yang panjang lebar tadi tu tak cukup ke? Ada sambungan lagi ke?
Sorry, bos. I thought you’re done. Saya nak balik boleh tak? Nak ambik Mia kat nursery.” Maya tahan sabar.
“Bukan awak ada suami ke? Suruhlah dia ambik. And you, discussion hasn’t finished yet.” Sinis Syazwan.
Oh my! Ni dah melebih dah ni. Maya menelan liur, mengumpul kekuatan untuk bersuara.
“Dah lambat ni, bos. Kesian anak saya nanti.” Masih berlembut Maya memohon simpati.
None of my business, Maya. Discussion tak habis lagi,” Syazwi masih mendesak.
Tiga orang staff lain hanya diam tanpa kata. Tak berani nak mencelah. Rasanya inilah kali pertama mereka melihat Syazwi benar–benar marah. Kesalahan Mama Mia tak sebesar mana pun sebenarnya. Kalau betul tak dapat pergi ke kampung yang dimaksudkan, telefon saja wakil kampung dan terangkan situasi sebenar. Tak faham kenapa bos besar nak marah melebih, macamlah syarikat akan jatuh bankrupt disebabkan oleh Mama Mia.
Maya diam beberapa saat. Layanan dingin Syazwi. Tengkingan Syazwi. Arahan Syazwi yang wajib dituruti. Sindiran Syazwi. Dia boleh terima. Tapi kalau soal Mia dipandang ringan? None of my business konon. Bos yang tak professional langsung. Apa kes nak campur adukkan hal peribadi dengan kerja? Dia tidak buta okey! Syazwi masih marah dengan kejadian tempoh hari.
“So should I stay?” tanya Maya.
Of course you should. Ni, semua staff tak balik lagi. Yang awak nak balik apasal? Expecting some special treatment from me?” sindir Syazwi.
Hoho! Maya terdiam. Ayat terakhir tu memang boleh blah.
“I quit, boss. Tomorrow morning expect a resignation letter from me,” kata Maya sebelum kaki melangkah meninggalkan dewan dengan hati yang pecah berderai. Sesabar mana pun dia, akan sampai juga satu tahap di mana dia rasa nak memberontak balik.
Syazwan. Ni semua lelaki tu punya pasal. Laju saja kereta Maya menghala ke lebuh raya. Dikuatkan juga hati supaya air mata tidak menitis. Kesian Mia. Pasti si comel tertunggu–tunggu. Nadia pula sibuk nak melayan client yang banyak songeh. Kata Nadia, malam karang baru dia balik.
Sampai di depan nursery,  Mia yang duduk di depan pintu berlari ke arah mamanya. Pipi tembam Mia dicium kiri kanan.
“Lama tunggu?”
Mia angguk kepala sambil tayang muncung itik, membuatkan Maya tergelak. Muncung Mia sebijik muncungnya jika merajuk!
“Mama, lapar.” Mia mengadu. Alahai kesian jantung hati! Maya dicengkam rasa bersalah.
“Mia nak makan apa sayang?” Maya usap kepala anaknya.
“Erm...metballs.”
Set! Sebelum kereta Maya meluncur laju, sempat dia kirim pesanan ringkas pada Syazwan memberitahu venue ditukar last minute. Si jantung hati nak makan meatballs, jadi KFC automatic terbatal. Ikea here we go!



     SYAZWAN bernyanyi–nyanyi kecil. Ngeee...hati berbunga–bunga bila mendapat SMS daripada Maya. Mia nak makan meatballs, bermakna Mia pun kena tapau sekali. Bolehlah dia berjumpa dengan dua orang sekali. Tak kisahlah nak pusing ke Kota Damansara dari Cheras. Bukan naik beca pun. Pakai kereta ikut highway, dah sampai Ikea.
Melihatkan kelibat Maya yang mendukung Mia, Syazwan mengatur duduk. Dari jauh dia mengukir senyum, tapi Maya? Iron face. Takpe. Abaikan. Dia akan buat Maya tersenyum.
“Hi, uncle.”
Mia menegur sambil melambai–lambai. Hoho! Hati makin kembang mekar melihat senyuman si comel.
Syazwan berdiri dan mencium pipi Mia. Seperti selalu bila bertemu orang yang lebih dewasa, Mia mencium tangan Syazwan.
Maya memang tak hairan kalau Mia mesra dengan Syazwan. Pertama, Mia memang mudah mesra. Kedua, Syazwan datang menjenguk Mia di nursery setiap hari. Nak menghalang, rasa kejam pulak. Takkan nak diikatnya kaki Syazwan atau ditukarnya Mia ke nursery lain.
Sorry, dah lama tunggu?” Maya melabuhkan duduk di hadapan dan Mia di sebelah.
“Baru lima minit,” jawab Syazwan. Walhal dah setengah jam.
Sorry for the last minute plan. Saya ikut menu apa Mia nak.”
Syazwan tersenyum lebar. Meatballs. Fried chicken wings. Semua menu pilihan Mia. Sudah dipesan awal–awal. Tinggal tunggu Maya dan Mia datang, then makan.
“Wahaaa! Meatballs.” Riangnya si comel!
Syazwan tak lekang senyuman dari tadi. Mata tak lepas memandang Mia yang melahap meatballs. Inilah kali  pertama mereka bertiga duduk semeja dan makan bersama. Terasa seperti satu keluarga yang sempurna pada pandangan mata–mata yang memandang.
She must be very hungry. Kenapa tak pesan suruh saya ambik Mia? Senang sikit,” Syazwan membuka kata.
Maya menjeling sekilas. Nak suruh Syazwan ambik apa kes? Selama ni dia uruskan seorang diri, okey je pun.
“Apa hal yang penting sangat sampai awak cari saya kat Expo?” tanya Maya sambil menyuap  meatball ke dalam mulut. Dia pun lapar sebenarnya, makan tengah hari tadi tak sempat. Booth banyak pengunjung. Syazwi pula macam sengaja tak nak bagi lunch break.
“Saya ada hal nak bincang. Pasal kita.” Syazwan bersuara tenang.
“Chicken wing.” Jari telunjuk si kecil menunding ke arah chicken wings yang belum terusik. Laju tangan Syazwan mencapai kepak ayam, dicarik–carik isinya dan diletakkan di atas pinggan Mia. Maya sekadar melihat. Mengingatkannya kepada Syazwi.
“Nah, for you too.” Isi ayam turut diletakkan di atas pinggan Maya.
Maya tersentak sedikit. Yang nak makan ayam adalah Mia, bukan Mama Mia. Tapi diambil dan disuapnya juga ke dalam mulut.
“Jangan rapat sangat dengan dia. Nanti dia terbiasa,” kata Maya cukup perlahan.
Syazwan mendongak. Mata Maya menjadi sasaran matanya.
“Bila awak nak kenalkan saya dengan Mia? I mean who I am?” soal Syazwan.
Ceh! Angan–angan besar nampak. Maya tersenyum sinis. Dulu bukan main tak nakkan Mia, sekarang terhegeh–hegeh nak mengaku sebagai Papa Mia.
“Shaz. Let me tell you one thing.”
“Jap. I tell you mine first. Saya nak ajak awak dan Mia pindah masuk rumah saya. Kita mulakan dari awal. Just the three of us.” Ayat Maya dipintas Syazwan. Muka bersungguh–sungguh meminta kata putus dari Maya.
Maya menghela nafas panjang. Wajah Syazwan ditatap dalam–dalam. Easy said than done, Shaz.
“I don’t think that’s gonna work out,” balas Maya.
“Kenapa pulak? Belum cuba belum tahu.”
“Because my heart is no longer in love with you.” Luah Maya senafas. Menipulah Maya, selagi boleh menipu.
Gedebuk! Rasa macam kena hempap batu. Rasa macam nak tercekik meatballs. Rasa macam nak rendam muka dalam air. Ternganga mulut Syazwan mendengar penjelasan Maya.
“Meaning?.” Syazwan buat–buat tak faham.
Maya tidak menjawab. Matanya jatuh pada Mia yang masih menjamah makanan di sebelah.
“Maya, what can I do to win back your heart?,” Syazwan tidak berputus asa. Jiak harus merayu, dia akan merayu.
“Win my trust and heart back, Shaz.”
Syazwan tersenyum nipis. Sempat tangannya dilunjurkan dan mengusap lembut kepala Mia di hadapan. Senyuman si comel padanya membuatkan senyuman Syazwan bertukar lebar.
“Challenge accepted,” jawab Syazwan.
“And not to forget. First cut is always the deepest,” pintas Maya.
Kali ini Syazwan terdiam. Faham dengan maksud tersirat Maya.
“Album kita, awak ada tengok tak?” Syazwan ubah topik.
Terangkat kening Maya. Soalan di luar jangkaan.
“Adalah jugak. Kadang–kadang masa dulu–dulu,” bohong Maya.
Sebenarnya, dia selalu tengok. Bila bersedih, dia tatap album mereka berdua. Bila rindukan Syazwan, dia tatap lagi album yang sama. Pendek kata dia tatap sentiasa, bukan kadang–kadang. Tapi tak pernah dibeleknya sampai habis. Sebab air mata pasti akan menitis di tengah–tengah album. Sudahnya dia tutup semula.
Syazwan tersenyum nipis. ‘You went through our album, means you saw it Maya.’  Bisik hati kecil syazwan.
How I wish I can change the current me,
Into the man you want me to be,
Wish that there could be any way for you and me to make another start,
To put some love back in you heart.

p/s : Enjoy reading my dear readers ;) expect to hold and hud MMS soon k..soon...soon :) Love you all loads and thank you so much for all the supports. Big hug everyone!

Sunday, March 3, 2013

Mama Mia Shaza 17



MAYA memandang kosong Chicken Chop di depan mata. Sedikit saja yang dijamahnya, langsung tak lapar. Dijeling sekilas lelaki di depan mata. Rasa nak tenyeh Syazwan. Nak buang ke laut dalam. Biar pupus terus.
     “Tak makan? Tak sedap ke?”
     Lamunan Maya terhenti bila disapa Syazwan. Malas nak menjawab, sekadar geleng kepala. Pisau dan garfu diletakkan di atas piring. Bersandar pada belakang kerusi sambil berpeluk tubuh. Tak lalu makan bila menghadap Syazwan di depan mata.
Syazwan masih sama seperti dulu. Mampu membuatkan jiwanya bergetar dan terasa seperti berada di awang–awangan. Pendek kata, rasa cintanya pada Syazwan masih ada. Tapi ditepisnya jauh–jauh supaya tidak terbuai lagi seperti dulu. Tambahan pula, sekarang nama Syazwi mula mengambil sedikit ruang di hatinya.
“Saya datang bukan nak makan. Nak bincang dengan awak,” jawab Maya.
Syazwan tersenyum lebar. Mulut masih penuh dengan Chicken Chop.
“Should I get mushroom soup for you?”
Maya geleng kepala. Dia memang tak ada selera.
“Chicken salad?” Syazwan masih cuba memujuk.
Maya geleng kepala lagi. Hoho! Teringat semula kenangan–kenangan lama, saat manis mereka bersama.
‘Mushroom soup is good for you, darling. Sejuk–sejuk macam ni ngam sangat minum sup panas.’ Syazwan yang sentiasa mengambil berat.
‘Today shall we try Western menu? Chicken Chop perhaps.’ Shazwan yang sentiasa mencipta kelainan.

Sudah bertahun–tahun berlalu, tetapi masih segar di ingatan. Sengaja ke apa? Syazwan memilih menu yang biasa dia suka. Nak kembalikan suasana dulu–dulu? Agaklah kot.
“Shaz, let us just separate. In a good way.”
Oh my! Syazwan hampir tersedak. Cepat–cepat Banana Milk Shake di atas meja dicapai dan dihirup rakus.
“Would you like to have Chocolate Brownie?”
Maya tarik nafas dalam. Geram bila Syazwan buat tak layan.
“Shaz, sampai bila nak.....”
“Or maybe you prefer the one that I used to bake for you.” Syazwan memintas ayat Maya. Hujung bibir dilap dengan napkin penuh sopan.
Kan dah cakap. Syazwan sengaja nak kembalikan nostalgia lama. Mata Maya dialihkan ke arah pasangan di meja sebelah bila matanya bertaup dengan mata encik suami. 
“Maya, pindah dengan saya nak tak? Saya akan jaga awak dengan Mia.”
Maya tersenyum sinis. Salah dengar ke?
“Mia tak perlukan papa macam awak. Yang tidak mampu membimbing keluarga sendiri,” bidas Maya, pedas
“Saya boleh berubah, Maya. People changed, so do I.” Syazwan tidak putus harap mencuba.
Maya diam. Tangan kanan naik menguis–nguis Chicken Chop dengan garfu. Syazwan kalau bercakap memang tak serupa bikin.
“Lelaki semalam tu siapa? Syazwi Ilman tu.” Soalan cepumas Syazwan untuk Maya.
“Kenapa dengan dahi awak? Terhantuk dinding ke?” Maya balas dengan soalan lain.
Syazwan tergelak. Maya pandai menukar topik. Dari tadi mereka berdua duduk di situ, tidak pula Maya bertanyakan dahinya yang bertampal. Dibiarkannya saja soalan Maya. Takkan nak buka mulut kata dia terlanggar tiang traffic light tengah malam? Nasib baik tak teruk.
“So I guess he must be someone special,” duga Syazwan.
“At least you know, Shaz. He is someone to me.”
Syazwan menyimpul senyuman plastik. Patutlah Maya minta untuk berpisah.
“So am I that late?” Syazwan sembunyi rasa di hati. Siapa yang tidak terasa jika isteri sendiri mengaku ada orang lain?
Anggukan kepala Maya membuatkan hati Syazwan tercalar sedikit. Wajah tanpa perasaan Maya ditatap.
“I won’t let you go, Maya. Even if I have to kneel down in front you, to beg you not to leave me.”
Pecah ketawa Maya. Puitisnya ayat encik suami!

TERMENUNG! Itulah kerja Syazwan sejak pulang bertemu Maya. Tidak bertah sendirian di kondo, dia memandu ke rumah mamanya.
“MALAM ni tak berteman lagi ke?”
Syazwan berpaling ke belakang. Muncul mama dengan dua biji mug di tangan seperti biasa.
“Mama perasan tak ada ikan yang mati?” tanya Syazwan.
Berkerut kening Rafaniah yang sudah melabuhkan duduk di sebelah Syazwan di gazebo kesayangannya, memandang Syazwan dengan pandangan pelik.
“Ikan mana?”
“Tu.” Syazwan memuncungkan mulut ke arah kolam ikan mama.
Rafaniah mengeluh. Ni mesti kes terlebih makan. Ikan emas bukan pandai berhenti makan walau perut dah kenyang. Malas mahu bangun dari tempat duduk, sudahnya dia sekadar panjangkan leher ke arah kolam kesayangan. Biarpun sedikit gelap, dapat dilihatnya bangkai seekor ikan terapung–apung di atas permukaan air.
“Esoklah suruh Pak Samad tolong bersihkan,” kata Rafaniah.
“Mama, nak tanya sikit.” Syazwan berpaling memandang wajah mamanya.
“Apa dia?” Rafaniah pelik dengan tingkah anak bujangnya.
“Am I that bad?”
Rafaniah terkedu. Soalan apa ni?
“Apa maksud Shaz?” tanya Rafaniah.
“Maya nak Shaz lepaskan dia,” berat saja mulut Syazwan menjawab. Malam ni nak heart–to–heart session dengan mama.
Lepaskan saya, Shaz. Selama ini memang saya tunggu awak, tapi sekarang tidak lagi. Saya rasa terluka. Plus, I think I’m falling for Syazwi bit by bit. Ayat yang diucapkan oleh Maya masih terngiang–ngiang di kepala. Sakit! Cukup menyakitkan.
“Setiap orang ada lebih dan kurang, baik dan buruk Shaz. No one is perfect.” Rafaniah melepaskan keluhan sebelum meneruskan kata.
“It’s not that you’re bad, but it’s because she already has somenone which is not you.”
Syazwan angguk kepala, faham dengan maksud mama. Exactly sama dengan alasan Maya. Dia melemparkan pandangan pada pokok–pokok bunga mama. Musim bunga ke? Semua kembang mekar, warna – warni pulak tu.
“Shaz nak tawan hati dia balik, mama,” kata Syazwan. Nekad!
“You may try, my son. But if she refuses, letting go is the best choice.”
Hoho! Mama pun berfikiran macam Maya ke? Atau semua perempuan berfikiran sama?
“Bila nak bawak cucu mama datang sini?” tanya Rafaniah sambil menghirup kopi panas. Esok Sabtu, bolehlah minum kopi. Nak bersengkang mata sikit, sudah lama tidak berborak dengan anak lelaki kesayangannya ini.
“Belum masa lagi, mama. Nanti kena fire dengan Maya, naya.”
Rafaniah tergelak. Pandai takut isteri rupanya si Syazwan. Selama ini, boleh pulak buat muka tak bersalah usung perempuan sana–sini.
“Mama belum pernah jumpa Maya. Ajaklah dia sekali,” kata Rafaniah lagi.
Dulu masa Syazwan berkahwin, dia dan suami tak dapat datang. Sibuk memanjang. Hinggakan tentang anak pun tak diambil kisah.
“Tak janji lagi, mama. But hopefully one fine day.