Saturday, March 2, 2019

JANGAN BENCI CINTAKU (BAB 5)



RAFEEQA duduk di kerusi rehat menghadap taman ros kesayangan. Sambil mata menumpukan perhatian pada Idan dan Latisha yang bermain tak jauh dari tempat dia duduk, sempat juga dia buat benda yang paling dia suka.

Online shopping.

Kalau ada yang menarik baginya, dia order. Bezanya sekarang dia shopping barang-barang untuk anak-anak sekali. Mudah untuk ibu yang sibuk macam dia.

“Morning.”

Rafeeqa menjeling. Salam selamat pagi suami dia sekadar jawab dalam hati.

“Tak buat aktiviti memuja rumput hari ni?” Shahrizal mengambil tempat di sebelah berserta senyuman namun bila Rafeeqa jeling macam gaya nak cekik dia, dia batalkan niat yang mahu menyakat.

“Perkahwinan ni umpama workshop.”

Rafeeqa melirik ke sebelah. “Kenapa pulak?”

Apa cerita perkahwinan disamakan dengan bengkel? Mungkin Shahrizal terhantuk kepala di dinding masa mandi pagi tadi.

“Husband works and wife shops.” Shahrizal sengih.

Rafeeqa mengetap bibir. Not funny, Shah. Perli dia lah tu. Online shopping yang tak habis-habis. Bla bla bla…Shahrizal memang selalu membebel tapi dia aje yang buat tak tahu.

“Dah breakfast?” Shahrizal mencuba nasib kali kedua. Lawak yang tak seberapa tu tak mampu membuatkan Rafeeqa ketawa.

Tak ada respons dari Rafeeqa.

“Nak kongsi makan telur?”

Rafeeqa masih tak buka mulut. Masih dengan gaya tadi, buat-buat sibuk tengok Shopee kot ada yang dia nak beli. Walaupun jualan runtuh 11.11 dah berlalu tapi dia tetap nak ‘cuci mata’. Mata menjeling pada mangkuk kecil di tangan Shahrizal. Nak ketawa pun ada bila tengok menu sarapan pagi Shahrizal hari ini. Telur ayam rebus!

“Beginilah nasib. Kalau isteri merajuk, breakfast makan telur dua bijik. Tak pun sebijik. Lunch dengan dinner belakang kira. Nampak gaya malam ni terpaksa bungkus makanan balik rumah.” Shahrizal membuka kulit telur. Sengaja dia bercakap dengan nada kasihan, manalah tahu Rafeeqa berjaya ‘dipancing’. Bertahun-tahun hidup dengan Rafeeqa, dia dah masak sangat dengan perangai isteri.

Bila Rafeeqa merajuk, makan telur.
Bila Rafeeqa marah, makan telur.
Bila Rafeeqa tunjuk protes, makan telur.

Pendek kata, dia dan telur berpisah tiada kalau mood si isteri ke laut. Rafeeqa merajuk sebab semalam dia ‘goreng’ Rafeeqa tentang isu Irwan datang ke rumah mereka. Dia taklah ‘berus’ telinga sampai haus tapi rasanya Rafeeqa memang sensitif kalau nama Irwan dibangkitkan kat dalam rumah ni.

“Kira okeylah tu daripada tak ada makanan langsung. Lain kali saya bagi makan rumput aje.”

Uhuk! Uhuk!

Power gila ayat Rafeeqa. Shahrizal di sebelah hampir tercekik telur ayam yang baru dikunyah. Cepat-cepat tangan mencapai botol air Idan di atas meja dan diteguk rakus.

“Saya tak perasan pula mulut isteri saya boleh tahan pedas. Kalah makcik bawang kat sebelah.”

“Now you know.” Serius Rafeeqa rasa nak pecah ketawa tapi ditahannya. Ini baru mukadimah perang, belum lagi kalau dia lancarkan perang yang lebih besar.

“Fika….”

Rafeeqa menjeling. Kalau suara Shahrizal bertukar perlahan dan seakan memujuk beginilah yang buat dia lemah satu badan.

“Fika sayang….”

Argh, fine. Dia kalah! Rafeeqa mengalihkan pandangan pada Shahrizal di sebelah yang sudah mengatur duduk menghadapnya. Bila tangannya dicapai dan digenggam Shahrizal erat, dia angkat bendera putih. Rajuk semalam hilang serta-merta.

Sorry pasal semalam. Saya tak berniat nak….”

“Dah sakitkan hati orang, baru nak minta maaf.”

Shahrizal tergelak. Muncung mulut Rafeeqa ditarik hingga Rafeeqa mengaduh sakit. Mulut comel si isteri, kalau tak menjawab memang tak sah.

“Saya bukan nak sembunyikan hal tu dari awak pun. Cuma saya tak nak besarkan hal. He just came to say hi to Idan and Tisha. Lepas tu dia balik. Habis cerita.” Semalam Rafeeqa tak diberi peluang untuk membela diri.

Kenapa Irwan datang ke sini?
Apa yang dia nak dari awak?
Apa hadiah yang dia bagi pada awak?

Soalan apa-apa entah yang Shahrizal dan satu pun dia tak sempat jawab sebab mulut Shahrizal yang marah pok pek macam bertih jagung.

“Okey. Okey. Saya minta maaf. Cuma lain kali kalau ada apa-apa mesti bagitau saya. Ada beza tau kalau saya dengar dari mulut awak sendiri berbanding mulut makcik ketupat kat sebelah tu.”

Rafeeqa mengecilkan mata. Mata menala pada rumah jiran di sebelah. Tak nampak pun sebenarnya sebab sekeliling rumah dikelilingi oleh tembok besar China yang Shahrizal buat sejak dulu. Tang celah mana Aunty Jaz tahu dia ada tetamu, mesti Aunty Jaz sibuk menghendap dari sebalik pintu pagar rumah sebelah.

“Okay, fine.” Rafeeqa malas nak panjangkan cerita. Dia dan Shahrizal memang selalu bergaduh, benda kecik pun dibesarkan. Tapi walau macam mana teruk pun perangai masing-masing, mereka berdua masih saling mencintai. Betullah kata Shahrizal dulu. Perkahwinan bukan setakat bahagia. Bergaduh. Cemburu. Salah faham. Air mata. Persilihan faham. Semua ada. And love is above all that!

“Jap. Ada hadiah untuk awak.”

“Wow! I like!” Rafeeqa tersenyum lebar. Siap pejam mata bila Shahrizal memberi arahan. Memang tak rugi dia merajuk semalaman.

“Open your eyes.”

Rafeeqa membuka mata perlahan-lahan. Senyumannya jadi pudar dan pandangan bersilih ganti dengan ros di tangan Shahrizal dengan wajah tak bersalah suami.

“Ni bukan bunga ros saya ke?” Panjang leher Rafeeqa melihat taman bunga ros. Merah jambu. Kembang mekar dengan kelopak bunga besar. Sah bunga ros dia! Bila tawa Shahrizal pecah, dia tayang muncung macam tadi.

“Maaflah, sayang. Malam tadi gaduh, takkan pagi ni dah ada hadiah. Shopping mall pun tak buka lagi.”

“Ishhhh, cheapskate!” Rafeeqa ambil juga huluran bunga Shahrizal dan dibawa dekat ke hidung. Harum dan segar. Itulah yang buat dia tertarik dengan bunga sampaikan ada taman mini sendiri.

“Flowers remind me of you.” Shahrizal kenyit mata.

Yeah, right. Next time always remember that flowers remind you of my flowers that you plucked. Susah-susah saya jaga, ikut sedap awak aje pergi petik.”

Sekali lagi pecah tawa Shahrizal hingga Latisha dan Idan menoleh serentak ke arah mereka berdua.

“I love you, I really do.” Shahrizal cium tangan Rafeeqa. Ikut hati bibir merah isteri menjadi sasaran tapi memandangkan ada penonton tak cukup umur di situ, dia buat gaya sopan.

“I love you too.”

I will love you till I die, dear Shah.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx


TOK! Tok!

“Masuk.” Shahrizal memberi arahan dari dalam bilik.

“Selamat pagi, Encik Shah.”

Shahrizal mengangkat muka. Dah agak dah, tak payah tengok pun dah tahu sebenarnya. Talnie, pekerja yang baru bekerja tiga bulan di syarikatnya. Kalau masuk dengan mug di tangan, dia tahu Talnie sediakan untuknya.

Morning. Untuk siapa ni?” Nak juga Shahrizal tanya soalan yang dia dah sedia tahu jawapannya.

“Untuk Encik Shah. Hot chocolate. Saya order online dari Holland.” Mug diletakkan di hadapan Shahrizal.

Senyum-senyum. Jari naik memintal rambut sendiri. Sesekali posing gaya menggigit jari. Shahrizal dah masak sangat dengan perangai staff barunya itu. Belum lagi dengan pakaian Talnie yang menjolok mata. Skirt pendek digayakan dengan blouse yang agak terdedah di bahagia dada, boleh buat dia sesak nafas. Ditegur tentang etika berpakaian pun Talnie buat tak peduli.

Thanks. Lain kali tak payah susah-susah. Azura boleh buat semua ni.” Shahrizal mengingatkan. Dia ada setiausaha sendiri. Lagipun minum di pejabat awal pagi bukan gaya dia. Dah sarapan telur rebus dengan kopi panas di rumah tadi, jadi minuman coklat panas dari Holland tu tak menarik perhatiannya.

It’s okay. Saya sanggup buat apa saja untuk Encik Shah.”

Pulak dah! Lain macam aje bunyi Talnie sampai meremang juga bulu Shahrizal dengar suara yang dibuat-buat menggoda itu. Jenis macam Talnie patut berdepan dengan jenis macam Rafeeqa. Kalau cara baik dan halus pun Talnie tak faham, silap hari bulan rambut Talnie tu ditarik Rafeeqa.
Terngiang-ngiang ayat Azwan padanya semalam.

“Kau kena hati-hati bro. Kalau Talnie pikat gitu-gitu aje tak apa. Tapi kalau dia letak ubat guna-guna kat mana-mana. Kat celah badan kau ke. Dalam minuman ke. Kat tayar kereta kau ke. Part yang macam tu aku tak dapat tolong.”

Shahrizal faham maksud Azwan. Lagipun point utama Azwan adalah jangan ulang kesilapan lama. Jangan khianati cinta Rafeeqa. Jangan hancurkan rumahtangga sendiri.

“Beginilah, Talnie.” Shahrizal bersandar di belakang kerusi.

Talnie di hadapan menyimpul senyum sampai ke telinga. Jantung terasa dup dap dup dap setiap kali berdepan dengan Shahrizal. Dari hari pertama dia masuk kerja hingga ke hari ini, hanya Shahrizal yang mampu menggetarkan jiwanya.

Ingin memilik. Ingin menakluki. Itu impian Talnie. Dia tak kisah Shahrizal dah ada isteri dan dua orang anak. Lelaki macam Shahrizal masih mampu untuk pasang dua. Malah lebih dari itu pun Shahrizal mampu.

“Lepas ni kalau ada apa-apa saya nak awak, kindly go through Azura. Tak payah hantar minuman atau makanan. Tak payah tanya saya nak minta tolong ke tak sebab semua tu Azura yang patut tahu dan tolong mana yang patut. Faham?” Shahrizal terpaksa menggunakan kuasa veto.

Dia sendiri tak selesa bila Talnie masuk sesuka hati, terutamanya bila Azura tak ada di meja hadapan sana. Sebijik macam tikus, pandai cari jalan masuk walau macam mana pun.

“Tumpukan perhatian dengan kerja awak aje. Tak payah susah-susah hantarkan minuman. Kalau Shah nak minum, pandai-pandailah dia bancuh sendiri. Kalau tak pun Azura kan ada.” Tegur Azwan yang muncul di belakang tiba-tiba. Melihat wajah tegang Shahrizal menarik nafas lega, dia tahu dia datang tepat pada masa.

Riak wajah Talnie berubah serta-merta. Nak melawan balik, dia tak ada idea. Lagi-lagi bila pandangan tajam Shahrizal menala tepat padanya. Sudahnya dia angguk kepala sebelum meminta diri untuk keluar.

“Apa pulak kali ni?” Mata Azwan melirik ke arah mug sebelum dicapainya.

Bro, yang kau minum kenapa?” Belum sempat Shahrizal menghalang, muka tak bersalah Azwan selamba menghirup minuman.

“Kalau aku yang minum, okey lagi. Kalau kau yang minum, itu aku risau.”

Shahrizal menggelengkan kepala. Azwan dengan teori animismenya tak pernah habis. Takut sangat Talnie letak ubat macam-macam, kononnya kalau kena ‘santau’ nanti lebih parah berbanding kes dia dan Husna dulu.

“Aku pening dengan minah tu.” Shahrizal memicit kepala. Dia tahu Talnie ni jenis perempuan yang macam mana. Betapa dia mahu mengelakkan diri dari Talnie, makin kerap Talnie menempel. Esok lusa entah apa lagi rancangan luar alam yang Talnie fikirkan.

Buang kerja? Kejam namanya.
Layan balik? Cari nahas pula namanya, bro.

“Nanti-nanti dia putus asa lah tu. Kau bawa Fika datang ke sini. Aku confirm Talnie angkat bendera putih.” Azwan bercakap penuh yakin. Talnie tak pernah tengok lagi isteri Shahrizal jenis yang macam mana. Kalau dah bertentang empat mata Talnie pasti takkan ada niat nak mengorat walau untuk seribu tahun akan datang. Samalah macam Husna dulu. Bila Rafeeqa balik saja dari luar negara, Husna jadi gelabah ayam.  

Argh. Kalau ingat nama Husna, dengan Azwan sekali kecewa. Memang dia dan Husna tak ada jodoh.

Shahrizal tak menjawab. Otak sedang ligat berfikir. Kalau berlanjutan begini, dia sendiri tak tahan.

“Nanti temankan aku kejap. Nak cari hadiah Fika.” Shahrizal divert topik lain.

“Untuk apa? Anniversary korang lama lagi.” Berkerut dahi Azwan.

“Adalah tu.”

Ceh! Azwan mencebik. “Mesti sebab kau petik bunga ros dia lagi kan?”

Pecah tawa kedua-duanya. Azwan dah masak sangat dengan perangai Shahrizal. Teman baiknya itu bukan jenis yang romantik pun, beli hadiah pun jarang.

“Fika is really one of a kind.”

Azwan tersenyum. Kalau Shahrizal dah mula bercerita tentang Rafeeqa, dia tak dapat mencelah.

Fika yang diva.
Fika yang bubbly.
Fika yang baik.
Fika yang super mommy.
Fika yang one-and-only.

Dia dah hafal skrip Shahrizal. Dah berpuluh-puluh kali dengar pun dia tak bosan. Tak dinafikan, Rafeeqa ada tarikan sendiri. Rafeeqa ada aura yang membuatkan semua orang suka dan tertarik pada wanita itu. Tak hairanlah Irwan masih tergila-gilakan Rafeeqa sampai sekarang.

“Tu lah, dulu bila Fika jauh kau pasang lain. Bila Fika…”

Wei, bro. Apa kes ungkit hal lama ni?” Shahrizal tak puas hati. Azwan mengukir senyuman sinis.

“Nasib baik kau pilih Fika. Kalau kau lepaskan Fika, dengan aku sekali cuba nasib nak usha Fi….”

Dush!

“Aduh! Sakit, bro!” Azwan mengaduh sakit. Betapa kuatnya tumbukan Shahrizal di bahunya.

“Ni lah jenis kawan tak sayang mulut. Lain kali aku bagi lebam sikit mata kau tu.”

Azwan tak mampu membalas balik. Tengok muka tak bersalah Shahrizal buat dia geram. Lepas tu Shahrizal boleh gelak-gelak. Sangat sakit kot, apa yang lucunya.

“Dah. Nanti temankan aku cari hadiah, okey.” Shahrizal kembali ke topik asal.

“Tak nak. Kau ajaklah Talnie kat luar tu.”

“Choiiiiii!”

Mamat bernama Azwan Faris ni memang nak kena!



p/s :  Seperti yang pihak penerbit IKP dah war-warkan, Jangan Benci Cintaku 2 akan keluar hujung bulan ini semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Bila dah keluar cover rasmi buku dan order dah dibuka, saya akan maklumkan ya. Love loads!