ONE. TWO. THREE.
Yes! You can do it! You can do it!
Macam psycho aje memberi semangat pada diri sendiri di saat dia rasa betul-betul nak berputus asa. And ya...Eva memang berputus asa akhirnya! Penat tak tahu nak cakap apa bila disuruh menguli doh seberat lima kilogram di depan mata.
“Bravo! Great, dear! I’m so proud of you.” Madam Margarita di hadapan bertepuk tangan berserta senyuman lebar.
Eva rasa seluruh tenaganya sudah habis untuk hari ini. Nak buat-buat senyum di depan pakar pastri kat depan ni pun tak dapat. Entah apa yang Madam Margarita banggakan sangat dengan pencapaiannya berjaya menguli doh besar itu menjadi doh yang sangat nipis. Serius menyesal bagitau Shark tentang impian nak ada bakeri sendiri. Dan entah dari mana lah Shark cekau ‘guru’ pastry kat depan ni. Kalau setiap hari menguli doh, silap-silap biseps dia setanding dengan biseps Shark yang rajin pergi gym.
“Saya penat, madam. Rehat kejap.” Eva duduk di atas kerusi kaunter. Penat gila. Dulu bila marathon lima kilometer pun tak penat macam ni. And ya...lima kilometer adalah pencapaian terbaik dia dan Nashrah setakat ini.
“Ten minutes.”
Fuh! Aku bagi jelingan tajam ajelah. Uli doh nak dekat sejam tapi rehat cuma sepuluh minit. Cantik sangat! Eva dah mengutuk di dalam hati.
“Mr Shark kata Miss Eva nak belajar. So kena belajar bersungguh-sungguh. Nanti bila dah hebat kita boleh baking sama-sama. Join venture.” Madam Margarita masih dengan senyuman.
Gadis di hadapan ini menarik hatinya. Pertama kali berjumpa pun sudah mampu membuatkan dia selesa bergaul dengan Eva. Gadis yang sebaya dengan anak perempuannya yang kini jauh di England.
“Ya, niat nak belajar tu dah masuk gaung.”
Eva turut tergelak sama bila Madam Margarita melepaskan tawa dengan ayat terakhinya.
“You are so adorable. Mr Shark must be lucky to have you. Bila nak kahwin?”
Yuuuhuuu....dengar tak soalan paling umph tu. Eva harap Shark pun dengar sekali. Dia tahu lambat laun Madam Margarita akan bertanya juga. Eva ketawa, namun kali ini ketawa yang dibuat-buat.
“Belum lagi, Madam. Tunggu bulan jatuh kat dalam rumah ni.” Ayat terakhir Eva perlahan saja, tak nak Madam Margarita dengar.
Sejujurnya, dia sendiri tak pasti apa kesudahan hubungan mereka berdua. Hidup sebijik macam suami isteri. Percayalah, Shark confirm dah hafal berapa tahi lalat yang ada di tubuhnya. Shark tahu apa yang dia nak dan apa yang dia tak nak. Shark tahu bila dia moody, bila dia bertukar jadi singa jadian. Pendek kata, Shark tahu semuanya tentang dia sedangkan Shark hanyalah seorang kekasih hati.
“Dia lelaki yang baik. You must be very lucky, dear. And by the way, call me aunty. Tak payah madam.” Madam Margarita cuba merapatkan lagi hubungan dia dan Eva. Tak selesa bila Eva panggil madam, terasa sangat jurang di antara mereka berdua.
Eva tersenyum lagi. Tak dinafikan Shark memang baik. Nak jentik badan dia pun Shark tak sanggup. Malah Shark berikan apa saja yang dia nak. Dan itulah yang buat dia betul-betul jatuh cinta dengan Shark.
“Mengumpat saya ke?”
Dua pasang mata itu beralih pandang bila Shark menapak masuk ke dalam dapur. Eva jungkit bahu bila Shark mengecilkan mata, faham sangatlah itu isyarat mata bertanya kenapa dapur rumah ni macam tongkang pecah. Shark yang bersemangat nak suruh Madam Margarita datang sampai ke rumah. Ikutkan hati, dia cuma nak ikut kursus pendek yang disediakan oleh Persatuan Usahawan Muda di mana-mana komuniti kecil.
“I can sense the hardship by looking at this mess.” Shark tersenyum. Gigih sangat agaknya Madam Margarita ‘mendera’ Eva hari ini. Ni baru hari pertama. Belum lagi cukup seminggu, entah Eva masih mampu bertahan atau angkat bendera putih.
“Perli nampak.” Eva kerling Shark di sebelah. Statement nak cari gaduh kot, sarkastik tahap petala.
Shark dan Madam Margarita ketawa serentak.
“She did well today. She can become a good pastry chef in future.”
Mak aiii....serius Eva nak tergolek dengar pujian Madam Margarita. Dia yang dah hampir berputus asa ni kena komen ‘did well’ memang jauh panggang dari api lah. Namun dia mengukir senyum. Dia tahu wanita separuh umur ini sebenarnya berniat baik padanya.
“Patut kahwin cepat-cepat. Jenis macam ni tak boleh tunggu lama-lama. Nanti kalau melepas susah nak kejar.” Madam Margarita kenyit mata. Dari mata kasarnya, Shark dan Eva sangat serasi bersama. Dapat dirasakan aura ‘so-in-love’ di antara Eva dan Shark. Lagipun dia kenal Shark dah lama, sejak Shark kecil lagi. Kalau sekali Shark dah sayang, bermaksud Shark sayang sampai mati.
Shark tergelak. Seperti biasa, bahu Eva dipaut mesra. “She is my everything. I don’t have to marry her to own her.”
Bagi Shark, perkahwinan hanyalah sebuah ikatan yang tak bermakna apa-apa. Yang hanya membuktikan pasangan itu adalah suami isteri. Tak ada beza dengan hubungan dia dan Eva sekarang. Hidup bersama cukuplah. Tak payah kahwin pun tak apa. Kalau arwah Daddy masih ada pun tentu Daddy tak pernah kisah.
Namun dalam dia tak sedar, Eva kecewa di dalam diam dengan jawapan yang dia berikan pada Madam Margarita. Dia tak tahu bahawa Eva sebenarnya inginkan lebih daripada itu.
Bagi Eva Chandra, dia inginkan sebuah ikatan yang sah yang bernama ‘perakahwinan’. Dia inginkan komitmen yang dikongsi bersama, iaitu anak. Tapi untuk menyuarakan hajat di hati, Eva masih belum ada kekuatan. Bimbang dia akan kecewa. Dan bimbang dia tak layak untuk Shark. Dia bimbang andai satu hari nanti bila mereka berdua terpaksa berpisah, bagaimana dengan cinta mereka berdua yang sudah lama mekar....
“MAKAN. Then tidur. Nanti saya urut.”
Wajah Eva berubah kelat bila dua biji Panadol diletakkan di atas tapak tangannya. Nak tak nak terpaksa juga ditelan sebelum dia ditelan oleh Shark di sebelah. Dia menurut saja bila tubuhnya dibaringkan dan Shark mengambil tempat di sebelah. Pinggangnya dipeluk erat.
“Saya risau kalau awak jatuh sakit. Saya jadi makan tak kenyang, tidur tak lena.” Mata Shark melekat pada wajah cantik di sebelah.
“Ceh. Tadi siapa yang makan sampai tambah nasi tiga kali? Siap tertidur depan tv sampai berdengkur lepas makan. Kalah ular sawa.”
Meledak tawa Shark. Damn! Kena perli dengan Eva yang tersenyum di sebelah. Hidung Eva dicuit manja. Rasa bersalah ‘memaksa’ Eva belajar membuat kuih dan pastri kononnya tapi menyebabkan biseps Eva sakit tahap kena dera. Tak ada painkiller yang lebih power selain Panadol kat dalam rumah ni. Takkan nak bagi Eva hisap syahbu tengah malam macam ni.
“Shark.”
“Hmm...”
“We are so in love with each other.”
“I can’t agree more.” Tangan Shark mula beralih pada pipi Eva dan dibelainya lembut.
“Tapi sampai bila kita nak macam ni?”
“Yang macam mana? In love with each other? Forever and ever, Eva.” Kucupan singgah di pipi Eva.
Duh! Eva memejamkan mata. Susah pula nak meluahkan perasaan kalau pasangan terlampau angau macam Shark. Dia cakap lain, Shark maksudkan benda lain.
“Maksud saya, hidup macam ni. Lambat laun orang luar akan mula cakap pasal kita.”
“Jangan pedulikan apa yang orang cakap, Eva. Awak dan saya. Hidup bahagia. Itu dah cukup. Lantaklah kalau orang cakap buruk sekalipun, itu bukan hal kita. Kita tak rugi apa-apa,” Shark berkata selamba.
Dia dibesarkan tanpa ibu. Arwah Mommy pergi bila dia berumur tiga tahun. Selebihnya, Daddy yang besarkan dia. Daddy bawa dia jelajah seluruh dunia. Menetap di Malaysia pun bila umur sudah mencecah lapan belas tahun. Lepas tu ‘away’ beberapa tahun pula untuk sambung belajar.
Jadi dah dapat diagak macam mana pattern hidup seorang Shakir Jayden. Yang lebih kepada budaya barat berbanding timur. Kalau memasak pun dah jadi fusion, keaslian masakan Melayu entah hilang ke mana. Apatah lagi gaya hidup yang ‘rojak’ dan tak sedap di mata yang memandang. Tapi Shark tak pernah kisah. Hal dia, dia sendiri yang tanggung. Yang sibuk nak jaja mulut dia tak pernah peduli. Biasalah manusia, suka menghakimi dan bawa cerita yang ‘seronok’ untuk didengari.
“Sejak hidup dengan saya, awak gembira tak?” Shark tunduk mencari wajah Eva. Tangan Eva digenggam erat. Matanya terarah pada tatu di tangan. Tatu roket di tangannya dan tatu planet di tangan Eva. Eva ajak buat tatu comel tu masa bercuti di Boracay. Eva kata tatu begitu sesuai untuk mereka berdua sebab dia selalu bawa Eva 'naik' ke bulan kadang-kadang sampai planet mana entah.
“Ya.” Eva anggup kepala. Tipu kalau dia cakap dia tak bahagia dan dilimpahi kegembiraan sejak bersama Shark. Dia ditatang bagai minyak yang penuh.
“Then stay with me till the end. Till the end of life.” Ciuman hinggap di kepala Eva.
Dear Eva,
Peduli apa orang cakap.
Saya sayang awak.
Awak sayang saya.
As long as we love each other, nothing in the world matters.
p/s : My husband is not around and my Saturdays nowadays is not like my ordinary Saturdays. Maka ku hadap Cik Bintang setiap hari termasuklah hari Sabtu except when I'm oncall. Saya masih terus menulis sebab ada yang masih setia membaca setiap apa yang saya taip. Dan terima kasih yang tak terhingga untuk itu. Love loads! Feel free to PM me in FB and so sorry if I hardly reply any of the comments in the blog. Hugs!