Karya : Rin Ahmad
Terbitan : Kaki Novel
USD adalah antara novel terbaik yang pernah saya miliki. Cerita
ni memang saya follow dari mula di
blog penulis lagi. Bila baca saya memang dah tertarik. Why the because? Sebab jalan cerita mudah dan tak cliché. Kisah di antara Nur Lisa dan
Syed Azri sejak zaman belajar namun terputus di tengah jalan bila Nur Lisa
memilih untuk ke jalan yang lurus, manakala Syed Azri pula masih di jalan yang bengkok
tanpa cahaya.
Kisah
seperti Syed Azri dan Nur Lisa banyak terjadi di dalam realiti. Bukan saja di
luar negara, malah di Malaysia pun ada yaw!
Bercintan-cintun tanpa sedar di mana had limit perhubungan itu, tak kenal apa
yang patut dan apa yang tak patut. Terus-terang cakap saya tertarik dengan gaya
penulisan yang santai dan mudah untuk difahami, tak ada bunga-bunga kekwa yang
boleh buatkan saya naik pening atau mereng.
Bila penulis mengimbas semula kenangan lama Syed Azri dan
Nur Lisa di Germany, saya disuapkan dengan pengetahuan tentang negara Bavaria itu. Tentang budaya, keadaan di sana, bahasa yang buatkan lidah berbelit dan
tentang Hitler sendiri. Seriously penulis
berjaya membuatkan setiap watak dan suasana di dalam USD ‘hidup’.
USD betul-betul terkesan di hati saya : sedih, menangis
air bah, geram, kecewa, tersentuh, berfikir. Dan yang terpenting sekali,
biarpun novel ini tak tebal tapi mesej yang disampaikan sarat dan padat. Sekaligus
membuatkan saya beringat dengan diri sendiri.
Adakah kau
mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’? Mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis amat jelas biarpun tidak menggunakan ayat-ayat yang ‘Ooh la la’atau ‘Adedeh’.
Seorang Nur Lisa : Walau dah berubah baik macam mana pun
kita di masa sekarang, manusia di sekeliling lebih suka menilai kita
berdasarkan siapa kita dan dosa yang pernah kita lakukan di zaman dinasour. Inilah
situasi yang dihadapi oleh Nur Lisa. Kalau orang luar yang menilai kira okey
lagi bolehlah kot tutup sebelah mata, tapi bila suami sendiri pun menilai
begitu...Tapi Nur Lisa tak mudah mengalah dan tetap tabah! Letak diri sendiri
di tempat Nur Lisa, mungkin saja kita tak sekuat Nur Lisa.
Seorang Syed Azri : Ego yang terlampau tinggi mencecah
langit, sesuai untuk menggambarkan ego Azri. Namun egonya tumbang pada kasih
seorang isteri sehebat Nur Lisa yang telah menunjukkannya ke jalan yang benar
dengan gaya Nur Lisa yang tersendiri.
Part ni
membuatkan air mata saya menitis : ‘Saat Nur Lisa merintih menadah tangan di
atas sejadah, hatinya dihimpit pilu. Perit apabila mengenangkan harapan Nur
Lisa yang menggunung. Sebagai isteri, Nur Lisa hanya mampu berdoa tapi dia yang
kena berusaha.’ *Selebihnya sila dapatkan USD di pasaran kalau tak baca
lagi.
Untuk membaca USD memang memerlukan konsentrasi yang
tinggi terutama bila masuk bahagian flashbacks.
Baca dengan santai sebab bahasa penulis sangatlah sempoi. Jangan stress bagai,
nanti tak ada feel.
Letak diri kita di dalam keadaan Nur Lisa, mampukah kita
menolak cinta dan bertabah demi cinta pada Pencipta? Menjadi seperti Nur Lisa
memang tak mudah, tapi tak mustahil.
Letak diri kita di dalam keadaan Syed Azri, mampukah kita
melenyapkan ego yang cuba membutakan hati tentang kebenaran yang ditunjukkan
oleh Pencipta?
Tahniah buat penulis atas kejayaan buku pertama ini. Memang
berbaloi USD merentas lautan dalam walau dah lunyai. Looking forward for your next awesome piece, KL!