Friday, April 22, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 5

BAB 5




            DARA membuka matanya. Masih terasa berat tapi dipaksa juga dibuka. Toleh sekeliling, sunyi sepi. Mana Dian? Pukul berapa ni? Aku ada kelas ke tak? Kepala Dara terasa pening sedikit bila soalan-soalan bertandang di fikiran. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. Pukul 6.30 petang. Nasib baik bukan pagi. Lost track sekejap sebab baru bangun tidur.

            Dara tarik comforter naik, menutupi separuh daripada wajahnya. Masih nak tidur. Namun pintu bilik yang dibuka memaksa Dara membuka mata semula.

            “Babe, bangun. Aku masak sedap hari ni. Your favourite.” Dian muncul dengan wajah segar.

            Mata Dara mengecil. Baru lepas mandi la ni, elok aje tuala berlilit di atas kepala Dian.

            “Lagi lima minit.” Tubuh Dara dah melengkung gaya ulat gonggok di sebalik comforter. Sejuk begini memang timing yang sesuai untuk sambung tidur sampai ke pagi.

            “Buruk perangai. Bangun. Bangun. Tak bagus anak dara tidur sampai malam.” Kaki Dara di sebalik comforter dipukul Dian  perlahan berkali-kali.

Habis kelas tadi, elok Dara berbungkus di atas katil sampai sekarang. Dara macam nak jatuh sakit, sebab tu Dian bersemangat memasak ikan bawal masak cili pedas. Dara memilih sikit. Kalau masak sup ayam Dara tak nak. Katanya, asyik-asyik minum sup aje kalau sakit. Tak menyelerakan langsung.

Dara menggeliat malas. Kepala yang terasa berdenyut-denyut dan pening sedikit diabaikan.

“I miss home, babe.” Suara Dara serak.

Rindu masakan Mama.
Rindu suasana di rumah yang sangat ‘heaven’.
Rindu kehidupan ‘stress-free’ di rumah.

“Ya, I know. Lagi 7 bulan kita balik Malaysia. So jangan berangan banyak. Back to reality.” Dian di hadapan meja solek menjawab.

Dia pun rindukan tanah air juga. Kadang-kadang homesick sampai meleleh air mata. Tapi hati dan perasaan kena kuat bila jauh dari keluarga. Pernah juga terfikir, kenapalah MARA hantar jauh-jauh ke Russia untuk belajar. Kenapa bukan di tanah air atau negara yang dekat sedikit? Okey, fikir positif aje boleh tak? At least, mereka berdua adalah yang terpilih dan semakin jauh merantau, semakin banyak pengalaman.

“Mandi cepat. Then kita makan. Ikan bawal yang aku masak power habis, confirm kau suka.” Dian senyum. Tuala di atas kepala dibuka. Hair dryer di atas meja dicapai untuk keringkan rambut.

Dara paksa diri untuk bangun. Beratnya kepala. Manalah tau kot lepas mandi sakit kepala rasa elok sikit. Tuala yang tergantung di belakang pintu dicapai.

“Tadi lepas kau mandi ada orang pakai bilik mandi tak?” Tu soalan wajib Dara.

“Nope.”

Saja nak tahu sebab dia malas nak bertembung dengan jiran sebelah. Pintu bilik dibuka. Toleh bilik sebelah, tertutup rapat. Suara Aladin dan Sanjay saja yang kedengaran, biasalah selalu buat konsert petang begini. Line clear. Dara menuju ke bilik air.

Kenapa shower foam kosong?
Kenapa syampu tinggal sedikit saja lagi?
Kenapa colgate ni kat tempat lain pulak?

Dara naik bengang. Mood yang tak berapa elok makin hair wire. Seriously, jiran aku dah melebih!




COUNTRY roads, take me home,
To the place I belong....

Biasanya lagu hard rock yang dinyanyikan, paling tak pun pop rock. Sanjay sengaja pilih country songs hari ni, nak ubah selera sikit. Bersemangat Sanjay menyanyi sambil memetik gitar.

 Aladin yang duduk menghadap laptop pun turut serta. Sambil menyanyi, sambil mencari key gitar yang sesuai untuk lagu pilihan seterusnya di dalam internet.

Bro, lepas ni Bee Gees nak?” Aladin pandang Sanjay sekilas.

On aje.”

Okey set! Lagu ‘Alone’ is next on the line. Sebaik saja Sanjay habis menyanyi, jeritan di luar bilik buat kedua-duanya terkejut.

“Allll!”

Aladin dan Sanjay menoleh serentak ke arah pintu yang terbuka luas. Dara tegak di muka pintu dengan wajah tak puas hati.

            “Awak pakai shower foam saya lagi kan?” suara Dara tegang.

 Botol Dove di tangan ditunjukkan pada Aladin. Tinggal sedikit saja lagi. Mustahil Clara dan Jane di bilik seberang yang pakai walaupun mereka tinggal satu unit.

            “Sorry, girl.” Aladin tersenyum.

Nak cover kata tak pun tak dapat, baik mengaku saja. Kang makin angin Dara lagi susah.

Dara tarik nafas dalam. Itu aje? Setakat dua patah perkataan? Jiran aku ni memanglah. Silap hari bulan kalau masih buat perangai macam ni, serius dia kompelin dengan ketua pelajar Malaysia. Tak pun pindah keluar aje terus, lagi senang. Tak tahu macam mana Clara dan Jane di bilik seberang boleh tinggal satu unit dengan orang kuat ‘leech’ macam ni. Tanpa sepatah kata, Dara berpaling mahu keluar.

            “Err..Didi.”

            Gerak tangan Dara terhenti bila Sanjay memanggil namanya.

            “What?”

            Sanjay yang sedang bersandar pada dinding tersenyum sumbing.

            “I use that too. But all the while I didn’t know it was yours.” Sanjay mengaku.

            Aladin menoleh ke arah Sanjay. Kena sampuk hantu air ke apa tiba-tiba buat pengakuan berani mati ni? Kalau nasib tak baik confirm Dara lempar muka mereka berdua dengan selipar di depan bilik.

            Dara pejam mata dengan bibir yang diketap. Jiran-jiran mereng ni memang nak kena!

            “Saya nak pindah!”

            Berdentum pintu bilik dihempas Dara. Sanjay dan Aladin berpandangan sesama sendiri. Dua-dua geleng kepala. Nak pindah keluar? No! No!

            “Bro, cannot be!” Aladin melompat turun dari kerusi. Kakinya hampir tersadung di permaidani bilik.

            “Dara. Wait. Wait!” Aladin melangkah laju menyaingi Dara yang sudah menghilang.

            “Dian, kita pindah. Aku tak tahan tinggal sini. Seyes aku tak tahan.” Dara meradang di bilik sebelah.

            Dia terduduk di atas katil sambil menghentak kakinya ke lantai. Tak sedar air mata menitis ke pipi. Serius tak tahan tinggal dengan jiran psycho begini. Dalam beberapa bulan ini dia masih mampu bersabar. Tapi hari ni kena pula dengan mood baru bangun tidur yang tak berapa ‘hidup’, confirm meletup teruk. Ikut hati dia nak lempang sorang-sorang, bagi berpusing sikit otak jiran yang tak berapa betul.

            “Chill, babe. Apa kejadian?” Dian terkejut. Elok aje duduk menghadap Full House di depan laptop, Dara masuk ke dalam bilik kata nak pindah keluar.

            “Pasal jiran sebelah lagi ke?” sambung Dian. Kalau Dian panas begini, cuma ada dua kemungkinan.

            1. Jiran sebelah buat hal.
            2. Makcik cleaner bising kata mereka tak pandai jaga kebersihan.

            Belum sempat Dara menjawab, pintu dikuak kasar dari luar. Tengok tu, Aladin main redah masuk begitu saja.

            “Dara, sorry. Sorry. Nanti saya ganti baru.” Aladin angkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku bersalah.

            Pertama kali melihat Dara mengalirkan air mata. Mesti Dara sakit hati tahap tak tahu nak cakap apa dengan dia dan Sanjay. Rasanya Dara menangis bukan sebab sebotol syampu yang harganya tak mahal mana tu, tapi dah tak tahan dengan perangainya dan Sanjay.

            “Tak payah!” Suara Dara makin serak. Nak pujuk dial ah tu, nak ambik hati si gadis yang dah hancur berkecai ni.

            “Sorry, Dara. Takkan sampai nak pindah keluar.” Aladin mara ke hadapan.

 Nak pujuk kata ‘jangan pindah keluar, nanti saya rindu’ tapi tak terkeluar dari bibir. Ingin dipujuk Dara yang duduk di atas katil. Tangan kanannya mahu mencapai bahu Dara. Namun Dara bertindak  pantas. Botol syampu Dove yang masih di tangan dilemparkan, betul-betul mengenai kepala Aladin.

            “Ouch!” Aladin mengaduh. Tangannya menggosok-gosok kepala yang sakit.

            “What the....?” Dian melopong. Mata dikelip berkali-kali. Pertama kali tengok drama di antara Dara dan Aladin.

            “Give me half an hour, Dara. Saya ganti baru,” Aladin masih tidak berputus asa. Sekejap saja tubuh Aladin hilang di sebalik muka pintu.

            Dear Dara, please don’t go....




            ALADIN tarik nafas dalam. Syampu Dove di tangan kiri. Ros merah di tangan kanan. Nak ketuk ke tak? Nak masuk ke tak? Aladin berperang dengan perasaan sendiri. Kalau masuk, ada kebarangkalian botol losyen akan mengenai kepalanya. Kalau tak ketuk, kebarangkalian untuk ‘kehilangan’ Dara amatlah tinggi.

            Lantaklah! Kena hentam ke tak belakang cerita. Yang penting dia mesti mencuba. Belum sempat Aladin mengetuk pintu, daun pintu bilik dikuak dari dalam. Muncul Dian dengan mask bertempek di muka, buat Aladin sedikit terkejut. Ingat geisha mana entah.

            “Dara mana?” Aladin bertanya.

            “Shh...she’s about to sleep.” Jari telunjuk Dian singgah di bibir. Namun dia bagi juga laluan untuk Aladin masuk. Nak pujuk Dara lah ni.

            Aladin melangkah masuk. Tubuh Dara berbungkus comforter di atas katil. Botol syampu dan ros merah diletakkan di atas meja Dara.

            “Dara...”

            Dara yang baru nak terlelap membuka mata semula namun tak lama bila kepala terasa semakin berat. Nak halau Aladin, tak larat pula. Nak melayan lagilah tak larat. Dia biarkan saja bila Aladin duduk di atas katil berdekatan kakinya.

            “I bought you Dove and roses as an apology.”



            Dara tak menjawab. Nak minta maaf tak perlukan semua itu. Asalkan hati ikhlas cukuplah. And ya, dia tak minat bunga ros.

            “Saya minta maaf untuk semua salah saya. Anything that make you feel uncomfortable and annoyed you all the while.” Aladin tunduk dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas paha.

            “I promise not to make you angry anymore cos I don’t wanna lose good neighbours like you and Dian.” Aladin telan liur.

            “Will never smoke in the toilet. Will never use your toiletries without your permission. Will never make noise after midgnight. I can even make thousands of promises to you.” Makin berjela ayat Aladin.

            Apa saja yang Dara minta, dia akan tunaikan. Jangan guna bilik air di unit mereka pun dia sanggup. Unit sebelah kan ada bilik air juga. Asalkan Dara dan Dian tak pindah keluar.

            “Kalau awak dan Dian pindah keluar....” Ayat Aladin terhenti. Dia angkat kepala, memandang Dian yang turut memandangnya.

            “It will make a big difference to me...” sambung Aladin. Riak wajah Dian yang seolah ingin tahu lebih banyak diabaikan.

Bila ditoleh Dara di atas katil, tubuh di sebalik comforter itu masih tak berkutik. Dah tidur ke? Kalau Dara dah bermimpi sampai ke bulan, kiranya sia-sia dia bercakap panjang lebar. Nak mengaku mencintai pun jangan berangan.

Dia toleh semula Dian yang berdiri di sebelah. Dian jungkit bahu, tak pasti samaada Dara mendengar atau dah sampai landing di bulan.

            Aladin bangun, berdiri menghadap katil Dara. Seminit berlalu, tubuh Dara masih seperti tadi.Tak bergerak langsung. Okey, sah tidur!

            “A guy  will go after the girl he loves, Dara. Sleep well.” Aladin tepuk lembut tubuh Dara sebelum dia keluar dari bilik.

            Dara di sebalik comforter terdiam. Tak susah mentafsir maksud ayat Aladin. Dan mustahil dia tersalah dengar ayat keramat begitu.

            Dian melopong. Hanya lambaian tangan saja yang mengiringi Aladin keluar.

            “Babe, I think he likes you,” Dian bernada perlahan.

            Kepala Dara muncul di sebalik comforter.

            He loves me. He loves me not.

            He loves me!
           
           
p/2 : Love is in the airrrrr.......??? ;) Sorry minggu ni tak update banyak sebab hectic sampai tak hengat dunia. And postcall syndrome masih bersisa, lagging tahap gaban. Hope you all enjoyed reading dearies! Oh how I wish saya boleh peluk KTD dalam bentuk hardcopy jugak. Locve loads! Next time saya bagi resipi sup ayam AL ya ;) 


           

           
           




Friday, April 15, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 4

BAB 4



            Kursk 2005....
"JAUH kau pergi meninggalkan diriku, hanya diriku merindukan dirimu..."

Petang-petang beginilah syok memasak sorang-sorang di dapur. Siap menyanyi lagu Saleem dengan full blast tak ingat dunia. Bersemangat Dara mengacau ayam masak merah di dalam kuali kecil. Ni ajelah satu-satunya masakan yang dia pandai. Itu pun Mama paksa untuk belajar memasak sebelum datang ke sini. Bergunalah juga. At least anak Mama boleh hidup di tempat asing begini.

"Jiwang nampak."

Bzztttt!

Nyanyian Dara terhenti. Mata dipejam sesaat. Terlupa pula ini bukan dapur Mama di rumah tapi dapur hostel. Tubuh tinggi yang terpacak di sebelah dikerling sekilas. Please la...

"Minat Saleem?" Aladin panjangkan leher. Macam sedap aje ayam masak merah di dalam kuali.

"Hmm.."

Aladin sengih. Typical jawapan jual mahal Dara. Berjela soalan yang ditanya, sepatah aje dijawab.

"Bet you like Amy Search, Zamani, Awie. Those superbs," sambung Aladin. Selamba bersandar di tepi stove sambil berpeluk tubuh bersebelahan Dara.

"Yup. Name them all. Lagu dorang semua saya tahu."

Chewah! Confident Dara menjawab. Tapi betul apa. Penyanyi tu semua memang kegemaran dia sejak zaman sekolah rendah. Masa tu sangat 'up to date', sampaikan konsert Zamani pun dia ikut.

"Then mana pergi Britney Spears?"

Soalan Aladin buat Dara jeling geram. Perlilah tu. Siap ketawa lagi. Kononnya Britney mengingatkan Aladin padanya. Pertemuan pertama mereka berdua di depan bilik mandi tahun lepas. Kalau boleh nak rewind balik babak memalukan itu. Tanpa nyanyian Britney. Tanpa terduduk elok di depan pintu bilik.

"Ni datang sini nak memasak juga ke?" Dara bertanya. Bagus ubah topik.  Sudip diletakkan di atas piring kecil. Air di dalam gelas dimasukkan ke dalam kuali. Mak aii...konon nak tambah kuah ayam tapi ended up macam rendam ayam sampai lemas. Banyak air!

"Yup. Ingat tak ada orang kat kitchen. Didn't expect to meet Britney in here."  Aladin senyum.

"Pernah rasa sudip melayang ke pipi tak?" Mata Dara mengecil.

Pecah ketawa Aladin. Langkah kaki diatur ke meja di belakang Dara.

"Never before," jawab Aladin.

Ayam dan tomato dikeluarkan dari plastik. Laa...lupa nak bawa bawang kecil. Aladin toleh ke belakang. Plastik di atas meja kecil bersebelahan stove dipandang. Tu mesti Dara punya.

"Mintak bawang sikit. Thank you." Selamba Aladin mengambil dua biji bawang kecil dari plastik milik Dara. She will never say no, bro!

"Hmm.." Macam tak biasa. Asal bertembung dengan Aladin atau Sanjay di dapur ada saja yang dorang 'poke'.

‘Minta kicap sikit. Lupa nak bawa.’

‘Ada cili lebih tak?’

Damn! Lupa bawang besar. Minta sebijik.’

Dah umpama 'barangmu, barangku juga'. Halalkan saja. Lagipun tak rugi apa-apa kalau setakat berkongsi.

"Masak apa hari ni?"

Aladin senyum lagi. Dara dah pandai buka mulut untuk panjangkan topik cerita. Dia berlalu ke sinki. Ayam tadi dibersihkan.

"Sup ayam. Cuaca sejuk. Lagipun Sanjay demam. Bagi dia makan makanan yang sihat sikit." Berhati-hati Aladin potong ayam menjadi kepingan kecil.

"Patutlah tak nampak batang hidung dia. Biasanya dia yang so the-freaky-out-loud depan pintu bilik kalau petang begini."

Kesian juga dengan Sanjay tapi malas nak ambil berat lebih-lebih. Nanti bulu jiran sebelah tu makin naik. Biasalah bila musim dah semakin sejuk begini ramai yang jatuh sakit. Dia dan Dian pun dah ada tanda-tanda akan demam. Tekak gatal, hidung tunggu nak meleleh saja lagi. Kalau di rumah mesti Mama bising. Nak demam pun masih makan yang pedas-pedas. Ayam masak merah yang sedang mendidih ni pun tak tau berapa biji cili yang dia kisarkan bersama bahan-bahan yang lain.

Sementara menunggu ayam yang dimasak mendidih, Dara menghampiri Aladin di sinki. Nak juga tengok Aladin sediakan sup ayam. Manalah tau boleh dicubanya satu hari nanti.

"I didn't know you are such a caring person. Ya la, biasanya lelaki tak ambik kisah sangat hal kawan-kawan." Mulut Dara semakin ringan berkata-kata.

Aladin tak nampak macam jennies yang mengambil berat. Sekali tengok memang muka ‘Like I care’, tak pun ‘mind your own business’.

“Siapa cakap?” Aladin pandang wajah Dara.

Dara jungkit bahu.

"Random thoughts," Dara menjawab.

Aladin masih murah dengan senyuman.

"Girls and their random thoughts."

"Excuse me?" Dara tak puas hati.

"I mean girls have their own assumptions. Easy example, by just looking at a guy once girls will have hundreds of thoughts about him."

Contohnya bila tengok lelaki duduk sorang-sorang di kedai kopi sambil hisap rokok, mulalah buat bermacam andaian.

'Dia patah hati tu. Maybe baru broke up dengan girlfriend semalam.'

'Ni mesti penganggur berjaya, lepak di kedai kopi tak buat apa-apa. Tahu hisap rokok aje.'

Dah melencong jauh andaian yang dibuat.

"We guys are actually caring inside though we rarely show it outside. Bila kawan susah, kita tolong. Then tutup cerita. Bukan macam perempuan. Tolong sikit dah kecoh. Pandai mengungkit pulak tu. Tak gitu?" Aladin panaskan periuk yang berisi air di stove sebelah.

Dara diam sejenak. Cuba mencerna ayat panjang lebar Aladin. Terus terang cakap dia setuju juga dengan pandangan Aladin. Macam dia juga. Tengok sekali dua dah berjela andaian yang dibuat.

" I bet you have millions of thoughts about me and most of them are negative. Am I right?"

Ayat Aladin itu buat Dara berlawan pandang dengan mata Aladin. Baru tersedar, mata Aladin tampak perang. Bulu mata taklah panjang sangat tapi sedikit melentik. Bila senyum menampakkan 'eye smile' aka 'puppy eyes' yang buat dia terpana tanpa sedar.

"Err..ya..." Dara melarikan pandangan ke arah masakannya yang sudah mendidih.

Taklah sampai millions of thoughts bak kata Aladin tapi bolehlah tahan banyak.

‘Aladin tu typical lelaki spesis ulat bulu.’

Never like him. Not my type. Tengok muka pun dah tahu kaki perempuan.’

‘Baik hati-hati. Muka Aladin tak boleh harap. Sebijik kasanova.’

Tak tahu betul ke tak. Yang pasti dia memang tak berkenan dengan Aladin.

Aladin gelak lagi. Apa nak hairan, Dara memang tak pernah anggap dia 'budak baik' pun.

"Dah mendidih tu tutuplah. Nanti tak sedap masakan awak kalau ayam soggy sangat." Aladin mengingatkan Dara.

Mengelamun ke apa tenung ayam tu macam tembus sampai ke dasar periuk. Takkan Dara kena 'strike' dengan soalannya tadi. Tangannya terlebih dahulu menutup api stove sebelum Dara. Bahu Dara dipegang lembut dan ditolak sedikit, memberikannya laluan untuk kembali semula ke sinki.

"Mak saya pernah cakap, kalau buat ayam masak merah elok blend tomato sekali. Rasa akan lebih umphBut maybe you have your own way of making it," sambung Aladin.

Rupa tomato Dara kat dalam periuk tu macam berenang. Hirisan pun dahlah besar kesemuanya. Nak tegur lebih, takut Dara malu pulak.

"Owh...." Dara bersandar di meja. Kalau ikut resipi Mama memang perlu dikisar juga tapi dia malas nak buat macam tu. Asalkan boleh dimakan cukuplah.

“Awak memang suka memasak ke?” Random question. Saja Dara nak tanya. Kalau tengok gaya Aladin memang jenis yang dah biasa dengan periuk belanga di dapur.

“Another random assumption?”

Dara senyum nipis. “Ada fight dengan Yan Can Cook.”

Aladin gelak kecil.

Random thought from me. You are so attractive. Terpulang awak nak ingat saya ambik hati ke tak.”

Hari ni ringan benar mulut Dara bersembang kosong dengan dia. Biasanya memasak bersama begini, mulut Dara sangat berat. Habis memasak, menghilang semula ke bilik. Hanya akan muncul bila dia sudah tiada di situ.

She’s not that bad.

She’s not that hard to get.

Yet not that easy to catch.

Dara turut tersenyum. “I take that as a compliment.”

Dia mendekati Aladin. Masing-masing diam. Dara tekun memerhatikan setiap gerak geri Aladin. Seriously Aladin expert memasak. Ada sijil extra dalam bidang memasak ke apa.  And ya, ini bukan spesis sotong. Ni boleh masuk kategori ‘men who can cook are sexy’.

“Oregano?”

Dara pelik. Pertama kali tengok orang campurkan oregano ke dalam sup ayam.

“Are you sure u wanted to add in oregano and not sprinkle onion?” Tanya Dara lagi dengan dahi berkerut. Dia mendekat dan pandang wajah selamba Aladin.

Aladin gelak. Kepala Dara ditunjal lembut dengan jari.

“Ni rahsia sup ayam saya. Jap, I let you try.”

Sup ayam diambilnya sesudu dan ditiup berkali-kali.

“Careful. It’s hot.” Sudu disuakan ke mulut Dara.

Erk! Dara berlagak biasa walau jantung dah berubah laju.

“Hmmm...” Sedap! Dara pandang ke arah sup ayam yang mendidih, tanda isyarat nak lagi.

Aladin ambil lagi sesudu dan ditiupnya seperti tadi sebelum disuapkan ke dalam mulut Dara.

Oregano is my secret recipe. Same goes to my chocolate cake. The secret recipe was vegetable oil, not ubat pengasih.”

Burr!!!

Tersembur sup ayam dari mulut Dara. My goodness..Aladin memang nak aku tercekik sampai pengsan ke? Aladin dah tergelak besar.

Oh, my attractive Dara!



p/s : Chicken soup really reminds me of winter in Motherland. Can't agree more, sup ayam AL memang sedap!  Love loads and good night!



Saturday, April 9, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 3

BAB 3




            DARA menggaru kepala yang tak gatal. Apa maksud setiap perkataan yang ditulis ni? Tulisan terbalik macam ni serius tak faham. Yang dia yakin, kotak yang dipegang mungkin kotak susu sebab ada perkataan ‘malako’. Tapi tak tahu susu apa.

            “Ni full cream milk ke low fat milk?” Dara bertanya sendiri.

            Mata melilau mencari kelibat Dian. Duh! Kalau tanya Dian pun bukan Dian tahu. Mereka berdua kan dua kali lima. Masih masuk kategori buta huruf lagi sebab baru nak dekat sebulan duduk di Russia.

            “Mana satu aku nak ambik ni?”

            Kotak susu yang dipegang diletakkan semula ke tempat asal. Esok lusa ajelah beli susu kalau macam ni. Nak bertanya pada pelajar senior lain yang turut ada di situ malas pula. Dahlah pandang dia macam dia ni baru jatuh dari planet Marikh. Apa salah ke pakai trenchcoat warna merah?

            “Which one do you wanna get?”

            Suara yang bertanya buat Dara berpaling. Aladin berdiri di sebelah dengan senyuman sebelum tunduk mencapai kotak susu yang dipegang Dara tadi.

            “Yang ni low fat milk,” kata Aladin sambil menunjukkan tulisan bahasa Russia pada kotak. Tak tahu lah kalau Dara faham ke tak. Tubuh Dian macam statik tak bergerak di sebelah.  Kotak susu yang lagi satu dicapainya.

            “Ini pula full cream milk. So which one do you want?”

            Mata Aladin terarah pada Dara yang kaku. Nak tergelak pun ada juga sebab riak Dara macam baru lepas tengok bunian pegang kotak susu.

            “Err...low fat.” Dara gugup.

            Aladin masih tersenyum. Kotak susu diletakkan ke dalam troli Dara. Full cream milk pula diletakkan di tempat asal.

            “Friends?” Tangan dihulurkan untuk bersalam. Kalau Dara masih menolak, memang dia cop di dalam kategori ‘susah nak dapat’.

            Dara sambut huluran tangan. Dah kena tolong, terpaksalah terima saja jiran sebelah ni jadi kawan. Bila senyuman Aladin semakin lebar, dia senyum nipis. Muka kemenangan la tu. Untuk hari ni aje, esok lusa pasang balik boundary macam hari-hari sebelum ini.

            “Datang sorang ke?” Aladin buka topik. Toleh kiri kanan macam tak ada kelibat kawan Dian. Kalau nak bandingkan Dara dengan Dian, Dian jauh lebih mesra daripada Dara. Sebab tu tak sampai seminggu pun jadi jiran, Dian dah kira rapat dengannya.

            “Tak. Datang dengan Dian.” Troli ditolak Dara perlahan.

            “Anything else you wanna buy?” Aladin menyaingi langkah Dara yang cuba mengelak daripadanya. Gaya tolak troli tu macam kena kejar jembalang air dari belakang.

            “Saya boleh cari sendiri. Thanks for the help anyway.”

            “Kalau dapat cari sendiri, takkan berdiri kat depan susu nak dekat 15 minit.” Aladin kenyit mata.
            Langkah Dara terhenti. Tubuhnya berpaling ke kanan, berdepan dengan Aladin. Perli sungguh. Bukan tadi cakap nak berkawan ke?

            “Hello, awak intip saya ke?” Dara lawan pandangan Aladin. Mesti dah puas gelakkan muka dia yang noob menghadap kotak susu tadi.

            Aladin jongket bahu dengan senyuman yang masih memanjang. Think whatever girl, it doesn’t  matter.

            Dara menolak semula troli dan percepatkan langkah. Tak menahan tengok muka Aladin yang asyik tersenyum mengalahkan muka budak lima tahun dapat coklat. Kalau dinilai dari pandangan matanya, lelaki macam Aladin baik jangan dilayan sangat. Memang kategori ‘ulat bulu naik daun’. And sorry Mister, that is totally not my type!

            “Malu bertanya sesat jalan.”

            Dara tak berpaling. Ayat Aladin tak diendahkan. Sesat apanya kalau setakat berlegar-legar di dalam pasaraya begini. Kira boleh tarik nafas lega bila Aladin tak mengekorinya. Rimas kot!

            Oh Dian, where are you? Mata mula mencari kelibat teman baik. Jangan Dian tersesat sudah!

            Aladin tergelak kecil. Dara...Dara...kalau asyik mengelak lama-lama akan tersangkut juga. Dia bukan jenis yang romantik sampai nak pikat dengan bunga tulip atau ros macam yang hero filem selalu buat. Tapi dia jenis yang tak pandai mengalah. Akan dicuba sampai dapat, lebih-lebih lagi jenis yang susah nak tackle macam Dara.




            KRIK!

            Di depan muka pintu, langkah Dara terhenti seketika sebelum masuk ke dalam bilik.

            “Mana dapat tu? Macam yummy!”  Bersinar-sinar mata Dara.

            Kesedapan muka Dian makan kek di atas meja belajar. Siap jilat jari lagi. Pintu bilik ditutup Dara.

            “Mintak sikit.” Dara menapak dan tangan yang baru nak mencubit sedikit kek coklat itu terbatal mendengar jawapan Dian.

            “Al yang bagi. Ambiklah. Ada lagi sepotong kat dalam fridge. Dia buat sendiri.”

            “Dah ada nama manja nampak.” Dara lontarkan tubuhnya di atas katil.

            Sejak bila nama jiran kat sebelah tu dipanggil Al oleh Dian?  Selama ni siap panggil nama penuh kot. Ali Aladin. Tak tahu dari mana ayah Aladin dapat nama pelik macam tu.

            Dian senyum dengan mulut penuh. Comot! Dahlah gelojoh.

            “Dia okey apa. Apa kata kau kawan aje dengan dia. Dia taklah teruk sangat pun.”

            Bulat mata Dara. Excuse me. Kawan aku ni masih sober ke atau dah kena sampuk dengan kek di depan mata.

            “Do you know that bribery is not acceptable at all?” sindir Dara.

            Saja aje Aladin tu nak ambik hati Dian dengan kek coklat. Semalam bagi keropok Lays. Esok upgraded apa entah. Dian pula main layan aje. Ni la masalah kalau kawan terlampau blur macam Dian. Orang ada udang di sebalik mi pun boleh tak sedar.

            “Hellooo....this is not bribery okay. This is called sincerity. Al bagi aku kek dengan ikhlas. Kalau kau tak nak sudah. Kau asyik fikir negatif aje, babe. Aku tak tau celah mana yang kau tak suka tentang Al tu. Trust me, he’s not that bad.”

            Huh? Dara geleng kepala dengan mata berpusing ke atas. Dah makin panjang lebar pula ayat ‘aku sokong Al’ oleh Dian. Siap tunjuk ibu jari lagi tanda betapa ‘wow’ nya Aladin.

            “Whatever.” Dara tarik selimut naik ke dada. Kalau setakat nak ambik hati dia yang keras macam batu bata ni baik Aladin makan sendiri aje kek coklat tu.

            “Didi, jangan benci-benci tau. Silap hari bulan sangkut kat Al macam mana?” Dian kenyit mata. Elok dia duduk bersila di atas kerusi dengan piring kecil yang masih berisi kek coklat di tangan.

            Serius tak faham kenapa teman baiknya ini anti Aladin. Okey aje mamat tu, macam lelaki normal yang biasa. Tak adalah tahap ulat bulu panjat daun keladi pun. Setakat terlebih hormon testosterone tu biasalah.

            “What?!” Suara Dara naik satu pitch.

            “Tolong sikit. Benci tu tak lah tapi cuma aku tak ngam dengan dia. Perangai tak ‘in’ kalau dengan aku. Wait. Wait. Jangan cakap kau tersangkut kat dia, babeeee...” Dara mula menyakat. Entah-entah Dian dah jatuh hati. Sikit-sikit puji Aladin. Sikit-sikit menangkan Aladin.

            Uhuk!

            Dian terbatuk-batuk. Tercekik kek coklat. Cepat tangan mencapai jus nanas di atas meja. Hampeh punya kawan! Aku punya baik nak satukan dia dengan Al, aku pula yang kena.

            Pecah ketawa Dara. Seronok sakan tengok muka Dian dah merah. Nasib baik tak tercekik sampai ke tahap pengsan. Dia juga yang susah.

            “Dian, ni nak sound kau sikit. Jangan percaya sangat dengan kaum lelaki. Bila dorang buat baik, kita kena berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi orang yang kita baru kenal macam Aladin tu.”

            Dian buat tak dengar. Sedap aje menyambung menjamah kek di atas piring.

            “Tu kek yang kau tengah makan tu. Sedap tak?” tanya Dara kali kedua.

            Dian angguk kepala penuh semangat. Sedap okey!

            “Alaa...mestilah sedap, dia letak ubat pengasih kat dalam tu,” perli Dara.

            Uhuk!

            Dian tercekik kali kedua. Serius kalau sabar dah hilang aku hempuk kepala minah yang tengah ketawa bergolek atas katil sekarang ni. Dah tu tak tahu sejak bila Dara pandai berceramah ala-ala ‘jagalah diri wahai perempuan’ untuknya.

            “Acah sikit dah gabra.” Dara masih ketawa mengekeh.

            “Siapa yang letak ubat pengasih dalam kek?”

            What the.....?

            Ketawa Dara mati. Aku salah dengar ke atau memang si empunya suara  di sebalik pintu?

            “Huh Dara?” Aladin bertanya. Niat mahu kembalikan semula chopping board yang dipinjam terbantut.

            Dara tak menjawab. Matanya ditutup rapat. Comforter dah ditarik naik semula ke dada. Jantungnya berdetak laju. Boleh tak kalau aku buat-buat pengsan sekarang? Kantoi kutuk depan-depan. Thanks to Dian yang dah tegelak besar. Sukalah tengok dia speechless siap buat gaya macam budak-budak yang dah tidur sejak tiga jam yang lalu. And ya, masuk bilik anak dara orang tak reti nak ketuk pintu ke?

            “I shit you not. You will fall for me one day, pretty.” Selamba suara Aladin.

            Memang Dara jenis yang ‘susah nak dapat’. Tapi susah tak bermaksud takkan dapat. Bila dia masuk dan berdiri betul-betul di tepi katil Dara, gadis itu masih pejamkan mata lagak macam tidur lena. Nak gelak tengok muka comel Dara tapi dia menahan ketawa. Dian masih lagi tak habis gelak.
            Aladin tunduk, bibirnya didekatkan ke telinga Dara.

            “It’s just a cake, Dara. A mixture of flour, butter, cocoa powder, milk and sugar. Nothing  more or nothing less.” Aladin berbisik.

            Bzztttt! Meremang bulu tengkuk Dara. Macam kenakan dia aje. Matanya sedikit pun tak dibuka. Lantaklah, anggap aje dia tak dengar.

            “Al, thanks for the cake. Sedap! Siapa tak merasa memang rugi.”

            Ceh! Dian 100% berpihak pada Aladin.  Nak sindir dia la tu. Tunggulah, lepas ni aku hempuk  Dian dengan booster. Dalam hati Dara dah geram tahap tak tahu nak cakap apa.

            Aladin senyum sampai ke telinga. Tubuhnya tegak semula namun masih setia di tepi katil. Mata masih melekat di wajah Dara. Nak tengok sampai bila Dara boleh pura-pura tidur begini. Sambil tu bolehlah dia tatap wajah si cantik lebih lama.

            Dara yang lincah.

            Dara yang sedikit serius.

            Dara yang main lepas cakap.

            Dara yang jauh berbeza dari perempuan yang pernah didampingi.

            Biasanya perempuan diumpakan seperti bunga. Ros. Tulip. Kekwa. Kemboja. Agak-agak Dara masuk kategori mana....

            Kaktus? Ya, she is definitely a cactus!

           
p/s : Ingatkan tak contest Ingatkan Dia Tentang Setia (IDTS) bulan lepas? Will announce it by tmorrow dearies ;) Hope u you enjoyed reading. Sorry, niat hati memang nak update dah lama tapi busy tahap gaban :( Love you all loads!