Saturday, October 4, 2014

Tercipta Untuk Dia : Prolog & Bab 1

DIAN yang 'slow' dan selalu 'blur'. Papa suruh kahwin, dia tak nak sebab masih belajar. Bila Papa carikan jodoh, dia protes. Ikut kata hati atau ikut telunjuk Papa...

DIDI tu nama manja, namun nama sebenar adalah Dara Dahlia. Dan satu-satunya yang memanggil nama sebenar adalah cinta yang sudah pergi meninggalkan dia. Untuk melupakan adalah amat susah, namun dia mencuba. Dan siapa yang masih mengingati Ku Tunggu Dudamu, pasti akan masih mengingati Dara dan Aladin...




PROLOG
           

            DIAN membuka bungkusan plastik Lays di tangan. Dihulurkan pada Didi namun ditolak Didi lembut.

            “You know I hate junks.”

            “Titbits, bukan junks.” Dian mengunyah perlahan.

            Didi tergelak. Ada beza ke? Pandangannya dilontarkan ada pasangan tua yang duduk berehat di kerusi tak jauh dari tempat mereka berdua.

Cute aje couple tu.”

            Mata Dian turut terarah pada tempat yang sama. Bibirnya mengukir senyum.

            “Tetiba aku rindu Baradino Park. Petang-petang mesti ada pasangan sweet macam tu,” ujar Dian.

            Dian rindu nak berjogging di Baradino Park waktu petang. Rindu dengan keindahan taman itu bila tiba musim luruh. Rindu dengan suasana yang happening bila tiba musim panas. Dan rindu nak bergolek di atas salji bila musim sejuk.


            Biasanya kalau petang begini, warga emas akan berjalan dengan pasangan masing-masing sambil berpegangan tangan. Kadang-kadang kumpulan orchestra akan membuat persembahan di tengah-tengah taman. Masa tu la hati terhibur bila melihat warga emas menari dengan riak penuh gembira. Yang muda-muda macam mereka ni pun join the club.

            “I miss Russia in general,” balas Didi.

            Dia rindu dengan suasana dan gaya hidup yang berbeza. Rindu dengan orang-orang di sana. Rindu nak mencari pengalaman yang tak pernah cukup.

            “Dulu bukan main kita menyampah  kan? Sekarang dah pandai rindu.” Keropok Lays yang dimakan Dian tinggal lagi separuh.

            “Haah. Aku rindu nak pergi kelas. Rutin harian kita selama enam tahun mana tak rindu kan?”

            “Rindu tak kena tengking professor di hadapan pesakit?”

            Pecah ketawa Didi dan kepala mengangguk juga.

            “Macam tak ada beza. Dah kerja pun kena upside down juga. Nasib baik kita kebal macam tank yang kena letak tak jauh dari hospital dulu.” Didi masih dengan sisa ketawanya.

            “Seriously aku rindu weiiii....”

            Dian mendepakan tangan dan menjerit sekuat hati. Kalau boleh dia nak benua yang satu sana mendengar ‘jeritan lepas rindu’ dia ni.

            “Kau rindu siapa ni sebenarnya? I don’t think you miss Russia...ONLY.” Didi tekankan perkataan ‘only’ dengan kening terangkat sebelah.

            Jerit-jerit macam ni tak ubah macam orang yang tengah patah hati.  Tak pun gila bayang. Tak pun angau.

            Dian mencebik. Lays tadi dah hampir habis dimakannya.

            “Eagil apa khabar?”

            Kunyahan Dian terhenti. Dah agak dah mesti Didi tanya pasal Eagil. Plastik Lays diletakkan di sebelahnya. Botol mineral dicapai dan diteguknya perlahan.

            “Dah lama tak contact dia,” Dian menjawab jujur. Botol mineral diletakkan semula di tempat tadi.

            Sejak balik dari Russia. Sejak berpisah di KLIA. Sampai sekarang. Lost contact? Tak. Sebenarnya masing-masing lebih kepada ‘tak nak contact’.  Rindu tu memang adalah tapi...ala, abaikan aje perasaan rindu tu, babe.

            “Kau tau dia posting kat mana tak?”

            “Tak,” Dian jawab pendek.

Tahu sebenarnya. Facebook kan ada. Jauh Eagil bawa diri. Mungkin tak nak bertugas di hospital yang ada di sini sebab tak nak terserempak dengannya.

“Telling me lies, huh?” Didi menahan senyum.

Dian mencebik namun bibirnya mengukir senyum nipis. Dah tau kenapa tanya juga. Didi memang nak kena.

“Lupakan Eagil. Kau macam mana? Satu hospital. Rumah sebelah-sebelah. Okey tak?”

Didi lunjurkan kaki di atas rumput. Kaki terasa lenguh pula duduk bersila gaya sopan macam puteri kayangan kat tepi tasik ni. Riak wajahnya yang berubah dikawal sebaik mungkin.

“Tak okey pun buat-buat okey, babe.” Didi lontarkan pandangan ke arah tasik. Nafas ditarik dalam.

“We’re on the same boat kan? Okay which is actually not okay,” sambung Didi.

“Haah. Agak-agak kita dua akan karam tak?”

Pecah ketawa Didi. Kepala Dian memang patut kena sekeh. Dia tengah feeling boleh pulak Dian potong stim.

Forget about me. Al tu dalam memori aje. Ameer apa cerita?”

“Kalau dia jodoh aku, aku terima dengan redha.”

“Kau masih mengharap Eagil ke ni?” Didi menyakat.

“Yang tu dalam kenangan aje.”

“Ayat aku tu, wei.”

Meledak tawa kedua-duanya.

           



BAB 1


                “DAH lah tu, cik kak. Orang sebelah-sebelah tengok sexy ladehh nangis. Malu aku.”

            “Sexy ladehh pekebende? Ni, lap air hidung.”

            Dian sembunyi ketawa. Hanya mampu melihat bila Didi hulurkan tisu pada Kitty  yang masih melayan perasaan. Di tengah lapangan terbang, buat gaya budak menangis macam tak dapat lolilop. Tak padan dengan umur yang dah nak mencecah 24 tahun. Tak faham dengan Kitty, dah besar panjang pun masih homesick.

            Didi dan Kitty. Dua sahabat baik Dian sejak pertama kali jejakkan kaki ke Russia enam tahun yang lalu.            Didi jenis yang kental dan ‘main lepas’, sebab tu masih kuat macam batu-bata biarpun ditinggalkan oleh Aladin tanpa alasan. Kitty? Tengok namalah, macam Hello Kitty. Jenis yang girlish dan lembut, sebab tu homesick memanjang walaupun ini adalah tahun terakhir menuntut di sini.

            Dian? Dia jenis yang selamba dan ‘blur’, sebab tu kalau sesi meluahkan perasaan dia akan menjadi orang yang terakhir untuk dicari oleh Didi dan Kitty.

            “Cis, dorang tutup kaunter. Pergi kaunter lain, jom.” Dian naik geram.

 Ni lah masalah kalau nak lalu imigresen negara yang dia tak berapa suka ni. Tengah barisan panjang macam ular sawa, boleh pulak selamba ‘hoyeah’ tutup kaunter. Bayangkan contohnya jika ada sepuluh kaunter kesemuanya, pihak imigresen cuma buka lima aje. Boleh gitu? Buatkan para penumpang berbaris panjang dan menunggu lama sampai tak tahu nak cakap apa. 

            Satu yang mereka bertiga langsung tak suka.  Negara besar dan moden kemain tapi sistem masih ala-ala zaman Tok Kaduk, tak padan dengan dunia yang dah semakin moden dan up-to-date. Nak cek passport lama mak aii..

            Nak tak nak, mereka bertiga terpaksa berpindah ke barisan yang lain.

            “Nak pergi barisan mana? Semua panjang ni.” Didi merungut sendiri. Panjang leher melihat barisan-barisan yang lain. Mata Didi menala pada barisan yang paling hujung dan tampak sedikit pendek berbanding barisan yang lain.

            “Come. Come. We go that side,” cadang Didi.

            Laju langkah Dian menyelit di celah orang ramai dan sekejap saja, tubuhnya terpacak tegak di barisan yang dimaksudkan Didi.

            Lelaki yang berdiri di depannya menarik perhatian Dian. Dari belakang, sekali pandang macam ‘Saya anak Malaysia’. Dua kali pandang memang ‘Saya anak Malaysia’. Ringan mulut Dian bertanya.

            “Sorry. Barisan ni memang untuk foreigners jugak ke?” Yang dia nampak kat depan-depan tu semua macam muka Ruski (Russians).  Malulah kalau kena halau nanti.

            Eagil toleh belakang. Mata bundar si empunya suara buat dia terpana. Spontan bibir tersenyum dan kepala mengangguk.

            “Betul ni?” Dian nak kepastian.

            “Yup. Errr.. I guess so.”

            “Minah sekalian, kita berbaris kat sini. Mamat ni kata semua boleh.”

            Minah? Mamat? Eagil terdiam sejenak. Sempoi budak ni!

            “So are you girls have been waiting for a long time?” Dah alang-alang buka mulut, Eagil mencari idea untuk bercakap. Dari tadi dia ‘long ranger’ rasa tak best main handphone yang macam ala-ala forever alone.

            “A’a. Lama dah. Dari tadi tunggu kat barisan sebelah sana. Tutup. Then datang sini.” Dian menjawab pendek tapi terperinci. Mata tu memang melekat di wajah yang kacak di hadapan.

            “By the way, I’m Eagil. And you?”

            Tu dia! Eagil tak main masuk corner, dia guna jalan lurus aje terus. Dah tertarik dengan gadis yang memakai cardigan berwarna kuning ini.

            “Dian.”

            Didi di sebelah Dian dah tayang muka ‘oh gosh!’. Dian ni tak pandai jual mahal, mana umph kalau sekali tanya macam tu dah bagi jawapan ikhlas.

            “Ni kawan saya, Didi. Dan yang ni, Kitty.” Dian bersemangat.

            Muka Didi tampak tak berminat. Malas kalau masuk bab sesi ‘kenal-kenal’ macam ni. Muka Kitty pula masih mendung macam tadi, tak habis lagi episod homesick dia tu.

            Nama Dian yang Eagil paling ingat. Sebab? Sebab dah tertarik dengan Dian lah tu. Pendek dan simple tapi cantik, macam empunya badan juga.

            “You girls came here to study or on vacation?” Tangan kanan Eagil diseluk ke dalam poket seluar. Yang lagi sebelah bermain-main dengan hand carry luggage yang kecil. Sekejap ditolak, sekejap ditarik.

            Didi jeling geram. Soalan pekebende mamat ni. Rasa nak pecah ketawa bila Dian menjawab dengan penuh sarkastik.

            “Ingat kami ni rombongan Makcik Kiah yang datang untuk cuti-cuti Russia ke? Mestilah untuk study.” Dian masih mampu bersabar walau soalan macam patut direndam ke dalam air.

            Eagil tersengih. Damn!

            “So which year are you girls in? First year?”

            “What?!” Dian, Didi dan Kitty berkata serentak. Berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Eagil tajam.

            Dalam kepala Didi, dia rasa nak tenyeh mamat perasan hebat ni. Dari tadi ‘speaking’ sepatah haram pun tak terkeluar bahasa ibunda.

            Dalam hati Dian, terbakar macam mercun. Banyak cantik first year, bro!

            Kitty tayang muncung bangau, trademark bila dia tak berpuas hati. Bergaya kemain macam ni ingat kami budak hingusan ke?

            “Kami ni nampak noob sangat ke atau muda sangat? We’re in final year, bro! Nama apa tadi? Eagle?” Dian menyindir tahap petala ke awan.

            Serius tak tahan dengan mulut becok mamat ni! Mesra alam yang luar alam susah dia nak layan. Setakat nak harap muka ‘market’ tapi mulut tak pandai zip bukan citarasa dia.

Eagil tergelak besar. Tertampar! Dia tanya sebab tiga gadis ni nampak blur, barisan mana nak masuk pun tak tahu. Kalau tengok dari segi fesyen, memang ‘perfecto’ bagi pemakaian budak-budak super seniors.

            “Eagil, bukan Eagle. Saya pun final year student.”

            Didi mencebik. Pandai rupanya berbahasa Melayu. Dia dan Kitty buat-buat sibuk menukar simcard ke dalam telefon bimbit. Biar Dian aje yang layan.

            “Which uni are you girls at? M2?” Eagil bertanya ikhlas.

Di Moscow ni terdapat dua buah universiti untuk pelajar perubatan Malaysia. MMA yang lebih dikenali sebagai M1 dan RSMU yang lebih dikenali sebagai M2. Dia belajar di M1, jadi sah tiga orang gadis ni bukan dari universiti yang sama sebab muka memang tak pernah nampak. Mungkin M2.

            “Banyak tanyalah awak ni,” Dian menjawab, buat Eagil tergelak. iPhone dipandang Eagil sekilas, masih berkira-kira mahu menelefon Tyco ke tak.

            “KSMU,” Dian jawab juga soalan cepumas.

            Eagil dongak kepala. KSMU? Seriously?

“Jauh tu. maksudnya lepas ni korang kena naik train ke apa?”

            Dian tersenyum. Pakai train tak mainlah. Nak mengheret beg sebesar guni sampai ke train station mana larat. Tapi dia terangkan juga satu persatu dengan Eagil. Sewaktu bercuti di Malaysia lagi mereka bertiga menempah bas bersama pelajar yang lain. Kebanyakan pelajar memang lebih selesa begitu, tak pun tempah mashrut (van besar). Tambahan pula perjalanan tak lama macam naik keretapi. Pendek kata, selesa dan cepat.

            Sepanjang menunggu giliran, banyak yang Eagil dan Dian bualkan. Kebanyakan tentang summer break dan rancangan winter trip akan datang. Berbual dengan Eagil dalam masa hampir sejam begini buat Dian rasa selesa, Eagil ni taklah menyampah sangat. Biarpun banyak bercakap tapi gayanya yang sempoi dan bersahaja buat Dian rasa selesa. Ala...untuk selesa berkawan tak perlukan masa berbulan-bulan bukan? Asal dah rasa kamceng tu dah kira okey.

            Didi dan Kitty? Sesekali sahaja mencelah. Ketara sangat tak teringin nak dibawa berkawan.

            Tiba giliran masing-masing, Eagil menyuruh tiga orang gadis itu pergi dulu. Biar dia  jadi yang terakhir, kenalah gaya gentleman sedikit. Selesai semua, mereka berempat beriringan keluar untuk mengambil bagasi.

            “Aku rasa dia tertarik dengan Dian. Dari tadi menempel,” Didi berbisik ke telinga Kitty.

            “Kalau Ameer tahu dia smackdown mamat ni.” Kitty tersenyum.

            Dari jauh dah dapat tengok Dian dan Eagil semakin rapat. Bergelak ketawa, apa yang lucu sangat Kitty dan Didi tak faham. Jangan saja Dian melebih, nanti putus cinta macam Didi siapa nak layan emo?

            “Wow! Apa yang banyak sangat ni?”

Eagil terkejut bila beg ketiga-ketiganya besar. Pulak tu setiap seorang ada dua buah beg.  Dia punya sebuah aje, itu pun tak sampai 30kg.

            “Stok setahunlah. Takkan nak bawa batu,” selamba Didi menjawab.

            Maggi. Sardin. Kacang hijau. Semua tu benda wajib. Belum termasuk segala rempah ratus okey. Limit untuk setiap seorang adalah 40kg, bayangkan 30kg hanya penuh dengan makanan. Ni namanya ‘ku tak dapat hidup tanpa makanan Malaysia’.

            Eagil menahan ketawa. Baru berkenalan dengan tiga sekawan ni, dia dah kenal perangai Didi macam mana. Sarkastik tahap tak tahu nak cakap apa. Dah final year pun masih tapau stok Malaysia jugak ke? Dia sekadar bertanya di dalam hati. Tak berani tanya depan-depan, nanti kena ‘meriam buluh’ dengan Didi.

            “Kita keluar sama, nak. I bought excess cigarettes in Dubai. Russian officers are unpredictable. Kalau kena tahan sayang semua ni.” Eagil berterus-terang.

Jari telunjuk terarah pada beg plastik bertulis ‘Duty Free’ di atas troli. Memang dia sengaja beli banyak tadi tapi tak terfikir pula yang kebarangkalian untuk ditahan di saat-saat akhir adalah 50-50.

            Dian terdiam. Nampak body fit kemain dan muka stok ‘market’ tapi merokok, bro? Beli banyak tak takut, tapi bila nak lalu pegawai imigresen di depan sana pandai pula menggelabah ayam.

            “Patutlah mesra alam, ada udang di sebalik mi rupanya.” Didi main ‘lepas’ saja di depan Eagil.

            Eagil masih berlagak selamba walau cuping telinga rasa nak tercabut dengan ayat sarkastik Didi yang tak habis dari tadi. Mereka berempat beriringan keluar dari balai ketibaan. Eagil menarik nafas lega bila ‘lepas’ dari pegawai imigresen yang bertugas. Sekejap saja Eagil dah berbincang dengan pemandu teksi yang akan membawanya terus ke apartment.

            Ditolehnya Dian di sebelah, sedang rancak berbincang dengan Didi dan Kitty pasal bas yang ditempah. Rasanya sekarang sudah tiba masanya untuk Eagil ucapkan selamat tinggal.

            “Dian, saya jalan dulu. Add me in Facebook, okay.” Eagil sudah tergesa-gesa bila pemandu teksi menggesanya supaya cepat.

            Dian, Didi dan Kitty menoleh serentak.

            Dian kata ‘Alahai’.

            Didi kata ‘Yes, finally!’

            Kitty kata ‘Bye, gorgeous.’

            “Okey. Dah dapat teksi ke?” Dian bertanya.

            “Dah. Add me. Jangan lupa, tau. Eagil Ridzuan. E.A.G.I.L.” Eagil eja satu-persatu namanya yang disebut ‘Eagle’ oleh Didi tadi.

            Belum sempat Dian menjawab, tubuhnya dibawa rapat dan dipeluk Eagil. Sayonara? Oh no! Tubuh Didi dan Kitty juga begitu.

            “Dian, don’t forget. Facebook,” ulang Eagil yang sudah menjauh sambil mengangkat tangan.

            Dian terkaku di tengah orang ramai. Dua kali Eagil berpaling ke belakang dan melambai ke arah mereka bertiga, hanya Didi dan Kitty saja yang membalas lambaian.

            Kenapa statik, Dian?

            Entah.

            Sendiri tanya, sendiri jawab. Perkenalan yang terlalu singkat dan perpisahan yang terlalu cepat buat Dian terkejut tahap ‘terkezutt’. Eagil Ridzuan, lelaki yang muncul dan kemudiannya hilang dari pandangan dalam sekelip mata.

            Ada sesuatu di dalam diri Eagil yang buat Dian tertarik. Tapi tak tahu celah mana.

            Cinta pandang pertama?

            Cinta pandang kedua?

            Dian garu kepala.

            “Dian, tak dapat contact juniors yang satu bas dengan kita. Macam mana ni?” Didi di sebelah dah risau, dari tadi telefon tapi panggilan tak berjawab.

            Dian masih diam, masih berada di dalam dunianya sendiri.

            Beberapa minit kemudian...

            “Argh! Bas dah jalan! Macam mana ni? Kita tak ada transport!” Didi geram.

            Bas tak main tunggu, main jalan macam tu aje. Budak juniors yang satu bas pun tak boleh diharap. Buka mulut suruh pemandu bas tunggu sekejap tak boleh ke?

            Dian terkejut.

            Mulut Kitty ternganga.

            “Jadi sekarang ni macam mana?” Dian bingung.

Bingung sebab bas dah tak ada atau sebab haruman perfume Eagil masih melekat di hidung?
           


            EAGIL berdiri di depan pintu utama balai ketibaan di luar sana. Menyampah dengan pemandu teksi. Tadi suruh cepat, alih-alih sekarang kena tunggu pula bila pemandu teksi selamba giler berbual dengan temannya yang lagi satu. Sempat pulak tu menyalakan rokok sebatang. Lama lagilah maksudnya ni.

            Niat nak menelefon Tyco dibatalkan saja. Nak suruh Tyco sediakan makan malam siap-siap di apartment tapi...nahhhh. Soal makanan tak payah risaulah, mesti akan ada punya. Tyco lelaki mithali merangkap housemate yang rajin. Kiranya kalau tinggal dengan Tyco memang takkan kebulur, rajin memasak dan ringan tulang membantu.

            Eagil menoleh ke belakang, panjang lehernya mencari kelibat Dian dan dua orang temannya. Di sebalik pintu dapat dilihat muka ketiga-tiganya cemberut. Berkerut kening Eagil. Takkan ada masalah kot. Muka Dian yang menarik perhatiannya. Cemberut macam mana pun masih cantik.

            Eagil masuk semula dan menghampiri.

            “Are you girls okay? Anything I can help?” Eagil bertanya.

            Bulat mata ketiga-tiganya memandang Eagil tepat.

            “Transport dah jalan,” kata Dian.

            “Hah?!”

            Mulut Eagil ternganga. Jadi macam mana sekarang?



p/s : New project before end of the year hopefully dearies! And ya, jangan susah hati. TERINDAH will be meeting you all and I'm trying my best to put a dot on it :) Thanks so much for the support on MMS and JBC. Saya tak dapat balas semuanya but one thing for sure, saya sayang anda semua! I'm always around cuma masa selalu cemburu, so don't miss me ya! Love you all loads and have a gosod rest! 



4 comments:

  1. Hi emy...l'm waiting for KUTUNGGU DUDAMU.... Bila nk put a dot on it jugak...

    ReplyDelete
  2. Hi Emy! lamanya menyepi. merindui hasil tangan anda. sikit pun jadik lah. huhu. skrg dok ulang baca buku yg ada je. :(

    ReplyDelete