Thursday, March 24, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD)

BAB 1




             PENYAPU di tangan disandarkan pada dinding sebelum Dara menapak ke luar rumah. Dari pagi lagi dia sibuk mengemaskan rumah barunya yang masih berhabuk dan berbau cat. Nanti nak singgah di Giant sekejap beli Glade untuk hilangkan bau cat. Tak pun beli arang. Kata Mama, arang boleh menyerap apa-apa bau dengan cepat.

“Lagi! Lagi! Reverse lagi!”

            Dara di sebelah sekadar berdiri berpeluk tubuh bila pekerja kedai perabot mengarahkan lori besar supaya masuk ke dalam perkarangan rumah. Rumah baru, semua pun haruslah baru ye tak?

            ‘Didi nak apa? Sofa? What kind of sofa?
            ‘Didi nak bedroom set yang girly macam Barbie Girl ke atau contemporary style?
            ‘Taman mini? Mama boleh minta tolong anak kawan mama. About the landscape and everything.
            ‘Pasang alarm tau.’
            ‘Kitchen macam mana? Interior designer?’

            Dia yang sibuk nak pindah masuk rumah baru, Mama dan Papa yang sibuk nak aturkan semuanya untuk dia. Walhal boleh aje dia uruskan seorang diri. Takpe lah, Mama dan Papa sibuk dengan dia bermaksud kedua orang tuanya itu sangat mengambil berat tentang dirinya. Tapi kalau sampaikan calon suami pun Mama dan Papa nak tolong carikan, yang tu memang dia tak setuju.

            “Mana nak letak ni cik?”

            “Letak kat situ,” kata Dara bila pekerja-pekerja dilihatnya seperti terkial-kial mengangkat sofa masuk ke dalam ruang tamu. Nak menolong tapi kalau setakat tenaga yang hanya ‘seciput’ jika dibandingkan dengan tenaga empat orang pekerja lelaki di hadapannya ini baik tak payah.

            Sofa set, meja makan, home theatre. Semua habis dipunggah satu jam kemudian. Dalam hati sempat Dara memuji. Cepat dan tangkas pekerja-pekerja di depannya ini. Bila semua sudah berlalu pergi, Dara memerhati sekeliling ruang rumah.

            Dinding bercat putih di selang-selikan dengan cat berwarna biru. Di belakang kabinet tv dilekatkannya wallpaper bercorak abstract. Dinding batu di bahagian tepi sana ditukarnya menjadi dinding kaca. Taman mini di luar dapat dilihat dengan jelas, menyedapkan mata yang memandang. Bila rasa nak duduk beristirehat, bolehlah dia duduk layan blues di sudut tepi dinding kaca. Tersusun cantik beberapa biji bantal di situ.

            Dara tersenyum puas. Anak Mama tak payah pakai interior designer bagai, otak dah cukup geliga untuk menghias kediaman sendiri. Kalau Mama tengok, mesti Mama tak percaya. Bukan dia tidak mahukan bantuan Papa dan Mama. Tapi dia mahu hidup serba sederhana.

            Tak payah pun nak beli sofa set yang real leather macam paksu punya. Harga RM12 ribu bukan main. Alih-alih hanyalah bone leather. Kena dinding terus terkupas, melekat kat cat dinding. Then apa jadi? Court case. And consumers are always right! Paksu menang kes.

            Dia punya Courts okey. Cepat dan tangkas. Simple dan cantik. Menarik. Amalkan gaya hidup sederhana dan jangan tiru gaya paksu yang berbelanja main ‘redah beli’ sambil tutup mata tak ingat dunia. Ingat duit tu senang dicari macam petik daun dari pokok ke? Kalau ya pun kaya dan dilimpahi kemewahan, kenalah berpada-pada juga bila masuk bab berbelanja.

            Dara menarik pintu lungsur dan keluar ke bahagian taman mininya. Bunga dahlia yang cantik memekar membuatkan dia tersenyum. Dia senyum lagi. Cantik! Macam dia.

            Erk! Macam dia? Cantikkah dia seperti namanya? Agaklah. Dara panjangkan leher menjenguk ke rumah sebelah. Sunyi. Kereta pun tak ada. Agaknya jiran sebelah keluar bekerja, fikir Dara sendiri.

            Dara masuk semula ke dalam rumah. Bibir bernyanyi-nyanyi kecil dengan langkah kaki menuju ke dapur. Nak buat egg tarts, antara resipi paling senang dan paling sedap. Nanti bolehlah dikongsikan dengan jiran sebelah rumah, pada masa yang sama mahu mengeratkan hubungan silaturahim. Ke mana pun membawa diri, kenalah pandai buat kawan. Di kawasan perumahan sebesar ini jangan dicuba gaya ‘like I care’ di kalangan jiran-jiran sebab ini bukanlah apartment atau kondomininum yang lebih pentingkan privasi dan tak pedulikan jiran sebelah-menyebelah. Mana tahu  satu hari nanti masing-masing perlukan pertolongan sekiranya ditimpa masalah, ‘of course I care’ lah yang paling padan.     



            LAMA Aladin duduk  bersandar di dalam kereta. Badan terasa sangat penat. Mana tidak, dari pagi sampai petang tak menang tangan.

            ‘Awak masaklah sendiri k, Al. I might be coming home late tonight.’

            Mengingatkan ayat Sasha padanya di hospital tadi, Aladin mengeluh. Balik rumah begini, meja dapur kosong dan berhabuk. Dia sudah biasa pun sebenarnya. Nasib kaulah Aladin beristerikan Sasha. Masing-masing sibuk memanjang. Syif pula tak tentu, department pula tak sama.

            Never marry a doctor if you can’t tolerate their working hours!

            Malas-malas Aladin keluar dari perut kereta. Matanya terarah pada rumah sebelah yang terang bercahaya. Sudah enam bulan dia dan Sasha tinggal di sini, baru hari ini rumah yang selama ini kosong sudah ada tuan yang punya.

            Myvi putih tersadai di garaj rumah sebelah. Mata Aladin tertacap pada taman mini di bawah pancaran lampu-lampu berbentuk pelita yang tersusun cantik. Dahlia. Ros. Orkid. Melur. Antara bunga-bunga yang dapat dikenal pasti oleh mata tajamnya.

            Sejak bila pula semuanya sudah siap cantik begitu? Haruslah dia tak sedar bila seharian tiada di rumah dan baliknya malam hari atau lewat petang begini. Malas mahu berfikir lebih, Aladin masuk ke dalam rumah.

            Rumah tampak kosong. Sama macam jiwa tuannya. Perut yang lapar membawa langkah Aladin menuju ke dapur. Dia dan Sasha kan sama-sama sibuk dengan waktu bekerja yang tak tentu, jadi taklah dia nak menaruh harapan setinggi gunung untuk si isteri menyambut kepulangan setiap kali balik dari kerja.

            Bungkusan maggi di atas kabinet dicapai. Biarpun maggi tak baik untuk kesihatan tetapi kalau dah kes desperado macam dia sekarang ni, itulah makanan segera yang paling cepat dimasak dan sedap dimakan.

            Sementara menunggu air mendidih, botol air di dalam peti sejuk dicapai untuk membasahkan tekak yang kering. Baru saja meneguk botol kecil....

            “Hello. Anybody home?”

            Burrrrr!

            Tersembur air dari mulut Aladin. Giler terkejut! Sampaikan hidung rasa sakit sikit, masuk air! Mulut dilap dengan hujung kemeja.

            “Hello. Anybody home?”

            Salam diucapkan untuk kali kedua. Sah dia tidak salah dengar. Memang ada yang memberi salam dari belakang dapur. Berhati-hati Aladin meletakkan botol air di atas meja. Berlalu menjenguk di sebalik tingkap. Sebelah tangan melonggarkan tali leher yang masih tergantung kemas.

            “Hello. Anybody home?”

            Kali ketiga barulah salam disambut Aladin. Pintu dapur dibuka, dia berdiri tegak di situ. Samar-samar dilihatnya seorang perempuan berdiri di rumah sebelah.

            “Good evening, neighbour.”  Jiran menyapa dengan ramah.

             Aladin berasa lega sedikit. Ingatkan pontianak harum sundah malam tersesat nak bertanyakan jalan. Tak pun mungkin bunian  nak menumpang kat rumah sebelah.

            “Good evening. Jap.”

            Aladin berlalu, memasang suis lampu luar dapur dan keluar semula. Kedua-duanya sudah berdepan sesama sendiri. Yang memisahkan mereka berdua hanyalah tembok yang taklah setinggi mana.

            Lidah terkelu. Mata tidak berkedip. Dua-dua terkejut.

            “Dara.”

            “Al.”

            Dua-dua bersuara serentak. 

            “Erk.”

            “Ehem.”

            Kemudian dua-dua tergelak. Sama-sama gugup.

            “Err...kecilnya dunia.” Aladin menghampiri dinding yang memisahkan mereka berdua.

Terkejut? Sangat! Tak pernah pun terfikir akan bertemu semula dengan Dara. Dah hampir tiga tahun kot sejak dia meninggalkan Kursk. Memang Mudin pernah bagitau yang Dara juga bekerja di hospital yang sama dengan mereka tapi dia malas nak ambil tahu department mana atau sejak bila. Nak bertembung pun kalau boleh dia tak nak, mana tau Dara masih membencinya.

            “Kalau dulu being your neighbour tu adalah nightmare, kiranya sekarang pun sama kan?” Dara berlawak.

 Matanya mengamati wajah yang suda lama cuba untuk dilupakan. Aladin masih tampan seperti dulu cuma tampak semakin matang bila kemeja berlengan panjang dan berbelang hitam putih itu tersarung di tubuh tinggi Aladin. Sesaat kemudian...

            Wake up, girl!

            Dara cepat-cepat tersedar. Dah jadi suami orang dah pun si Aladin bekas jantung hatinya itu, nak tenung lama-lama buat apa? Takkan berangan nak ‘rebut’ balik encik suami orang, harus Mama rendam muka dia dalam air kolam di depan rumah orang tuanya.

            Aladin tergelak. Gaya seperti biasa. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket fitting slacknya.

            “That was not a nightmare, Dara. That was an awesome mare! Bezanya sekarang. I’m married and you’re not. So jangan risau. Saya takkan buat awak rasa annoyed macam dulu lagi,” balas Aladin.

            Memekak sampai tengah malam. Berebut bilik air di awal pagi. Bergaduh bila toiletteries anak dara sebelah habis diguna pakai. Belum masuk part kena hentam dengan Dara bila dia dan Sanjay pinjam frying pan  Dara tapi dibiarkan begitu saja tak bercuci.

            Pendek cerita tak kiralah nightmare ke, awesome mare ke, superb mare ke. Hakikatnya mereka berdua kini berjumpa semula.

            Dara tersenyum. ‘I’m married and you’re not.’ Sebaris ayat yang membezakan di antara dia dan Aladin sekarang. Pahit, masam dan kelat. Rasa yang bercampur aduk. Tak pasti sama ada  Aladin sedang buat lawak ke tak, tapi tak payahlah nak ingatkan kenyataan pahit itu. Sakit, bro!

            “Sasha ada kat rumah tak?” Dara bertanya ramah. Matanya tertala pada pintu dapur rumah sebelah yang terbuka luas.

            “Nope. Balik lambat hari ni.”

            Mata Aladin mencuri pandang ke arah Dara. Dara Dahlia masih seperti dulu. Macam tak banyak beza.

            “I have something for you and Sasha. I mean for my neighbours.” Pinggan yang dipegang Dara dihulurkan pada Aladin.

            “Apa ni?”

 Bersinar-sinar mata Aladin, entah kenapa ‘abuden’ sangat soalan tu sedangkan dah terang tang-tang enam biji tart telur tersusun cantik di atas pinggan berwarna putih itu.

            “Human skull.”

            Terhambur ketawa Aladin. Tengah sarkastik ke buat lawak cik Dara? Teringat kisah lama lebih lapan tahun yang lalu. Semalaman Dara menangis bila dia dan Sanjay sengaja mencuri masuk ke bilik sebelah, kemudian meletakkan tengkorak di tepi bantal Dara. Apa lagi, bila terbangun tengah malam Dara meraung macam kena rasuk si harum sundal malam.

            “You guys are pieces of shit! Who on earth are you making fun of dead people?!”

            Teruk kena ‘tiaw’ dengan Dara sampai dia dan Sanjay tertunduk tak terkata. Padan muka diri sendiri.Tengkorak kena bagi pinjam untuk buat revision subjek Anatomy. Ini tak, dajal sangat sampai menyalah gunakan untuk menakutkan budak-budak perempuan di hostel. Percuma aje kena ‘pieces of shit’ oleh Dara.

            “Thank you,” ucap Aladin ikhlas. Zaman universiti Dara memang terkenal dengan tart telur. Siap diberi gelaran ‘tart girl’ kot masa tu.


            “Welcome. Nanti sampaikan salam kat Sasha.”

            Dara meminta  diri untuk masuk semula ke dalam rumah. Serius cuak bila bermesra alam dengan Aladin. Ya lah, mana boleh lupa pertemuan terakhir zaman tok kaduk mereka berdua. Mata menangis sampai lebam okey sebab ditinggalkan di bumi asing.

            “Dara.”

            “What?” Dara menoleh ke belakang semula.

            “Awak sewa ke beli rumah ni?”

            “Beli,” jawab Dara sepatah.

            “Careful, tau.”

            Berkerut kening Dara. Matanya dikecilkan. Tidak faham dengan maksud Aladin. Rumah ni Papa dan Mama yang belikan. Careful sebab apa?

            “Why?”

            “Malam-malam saya selalu dengar bunyi orang menyanyi dari rumah sebelah.”

            Erk! Meremang bulu roma Dara. Malam ni baru malam pertama dia tinggal di sini. Pandangan bersilih ganti dengan rumahnya dan wajah Aladin di depan mata. Takkan lah...

            Aladin makin seronok menyakat. Dia mendekat ke dinding batu dan merenung tepat ke dalam anak mata Dara.

            “You know right? This song. I’m not a girl. Not yet a woman. All I need is time. A moment that is mine. While I’m in between.” Aladin menyanyi perlahan.

            “Cis!” Wajah Dara berubah riak.

            Pecah ketawa Aladin.Tu kan lagu kegemarah Dara. Lagu zaman ‘transition’ Dara dari remaja nak menjadi seorang wanita.

            “That is funny, Al.” Dara senyum juga.

            Bila dikenangkan semula, malu doh! Tu zaman masa masih berangan nak jadi Britney Spears, haruslah semua lagu Britney Spears dia dah siap hafal dengan penuh jiwa dan raga. Sekarang, dah tak pandang dah pun. Berakhir zaman cintan cintun dia dengan Ali Aladin, berakhirlah juga zaman memuja Britney Spears bagi seorang Dara Dahlia.

            “You’ve never changed, Al,” perlahan suara Dara.

            Aladin yang kuat menyakat.

 Aladin yang nakal.

Aladin yang memang jenis tak makan saman.

 Haish! Selama ni elok aje dia ‘hilang ingatan’ tentang semua tu, tapi hari ni baru berjumpa semula dan pok pek tak sampai setengah jam di belakang rumah semua kriteria lengkap tentang Aladin muncul semula di fikiran Dara. Mengembalikan semula rasa lama yang dipendamnya biarpun cuba untuk dibuang jauh ke laut dalam. Memang tak boleh jadi, kalau Sasha tahu dia bertenggek dengan suami si ‘musuh’ tu silap hari bulan melayang periuk belanga ke muka Dara.

            Aladin sekadar jungkit bahu. The fact is I’ve changed, Dara...

Bila Dara sudah hilang di sebalik pintu, Aladin melangkah masuk ke dalam rumah. Air yang sudah mendidih dari tadi sudah hampir kering. Api stove ditutup Aladin. Dia mengambil tempat di kaunter. Cancel maggi malam ni, mahu menikmati tart telur Dara yang sudah lama tidak dirasai. Tart telur dikunyah perlahan. Masih sedap macam dulu.

Teringat tart telur, teringat kenangan bersama Dara. Aladin tersenyum sendiri. Siapa sangka, Dara menjadi jiran sebelah rumah dia dan Sasha. Benarlah kata orang, dunia ni memang kecil dan tak kira berapa jauh pun masing-masing terpisah sebelum ini pasti akan bertemu semula.

Kalau dah jodoh takkan ke mana? Okey, bab yang satu ini tak boleh terima sangat kot. 
Bertemu semula tak bermakna jodoh mereka berdua kuat. Jodoh dia adalah isteri yang dikahwini dan dicintai sepenuh hati sekarang ini, bukan Dara Dahlia. Kisah lama jangan dipandang lagi, bro!

Kira okeylah juga, biarpun berjumpa di dalam keadaan yang tak dirancang sekurang-kurangnya tak ada aura ‘saya benci awak’ di dalam diri Dara Dahlia.

I know I’m wrong, you may hate me if you want to.
I know I’m wrong, you may forgive me if you think I deserve your forgiveness.

Mana satu yang tertanam di hati Dara, hanya si gadis saja yang tahu....

Habis tiga biji tart telur dimakan, Aladin naik ke tingkat atas. Selesai mandi, dia bersandar pada kepala katil. Perut dah kenyang, badan dah bersih, ini anytime mata boleh terlelap.Matanya tertacap pada majalah Chloe Sasha di tangan.

Fashion. Fashion. Fashion. Bosan. Fesyen lelaki boleh tengok lagi, tapi ini semua ‘the-feminine-the-diva’ style.

Majalah di tutup dan diletakkan semula di atas meja. Baru saja mahu melelapkan mata, pintu bilik dikuak dari luar.

My wife is back!

            “Hai.” Bibir Aladin dikucup si isteri.

            “Hai. Lambat lagi.”

            “Pass over banyak sangat.”

            Sasha berbaring meniarap di sebelah Aladin. Mata terpejam rapat. Sungguh dia rindukan katil dan bantal. Kerja dari pagi sampai ke malam buatkan badan dia tinggal nak tercabur skru saja lagi. Tolong cover rakan sekerja sekejap di wad sebenarnya, tapi terjoin sekali dengan passover round.

            “How’s our baby?” Tangan Aladin mengurut lembut belakang Sasha.

            “Doing fine.” Tenggelam timbul suara Sasha di sebalik bantal. Sejak berbadan dua ini, badannya cepat letih. Belum lagi masuk bab mood swing. Kadang-kadang dengan Aladin sekali kena hentam.

            “Dah makan?” Tangan Aladin masih setia mengurut belakang Sasha.

            “Dah.” Makan bubur sejuk saja tadi. Itu pun lebihan makanan pesakit.

            “Mandi dulu. Then tidur.”

            Sasha menurut dengan mata yang separuh terbuka. Cepat saja dia mandi, mandi burung pun jadilah. Pakai gaun tidur, sapu losyen, sikat rambut. Done! Sasha merangkak naik semula ke atas katil. Tangannya dilunjurkan untuk mencapai Reader’s Digest di tepi meja katil.

            “Al. Awak perasan tak kita ada neighbour baru?” Mata melekat pada majalah yang dipegang. Balik tadi terkejut bila tengok rumah sebelah dah ada cahaya lampu.

            “Yup.”

            “Dah berkenalan?”

            “Yup.”

            Sasha menoleh suami di sebelah. Majalah diletakkan di atas riba.

            “Really? Dah tau siapa ke? Family or couple?” Sasha berasa teruja.

Eloklah dah ada jiran, ada juga teman dia bersembang kosong bila setiap kali hujung minggu. Selama ni, toleh kanan rumah sebelah kosong krik krik. Toleh kiri pula, jarak rumah mereka berdua agak jauh dari rumah seterusnya. Dia tak berkenan sangat tinggal di semi-D begini, tapi Aladin yang berkeras sangat. Aladin kata, kawasan rumah kalau luas senang nak buat majlis. Majlis apa entah yang nak dibuat dia pun tak tahu...

            “Didi. Single mingle.”

            Sasha diam sejenak. Jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu dengan mata yang masih terarah pada Aladin yang beriak selamba.

            “Sounds familiar,” kata Sasha.

            “Junior kita dulu. Awak lupa? My next door neighbour.”

            Membulat mata Sasha.

            “That Didi?!”

            Aladin angguk kepala.

            Oh no!

“Of all people Al?!” Mulut Sasha melopong.

            “Yelah, sayang. Yang tu.”

            Excited mode?!


            ‘Homaigod’ mode?!



p/s : KTD dah lama bersawang kat dalam laptop, dah tumbuh kulat dah pun. So saya withold Selamanya Cinta dan kita proceed dengan KTD ya. Fair untuk KTD jugak kan :) Mana tau ada rezeki kita peluk KTD. Have a good night and love loads!


5 comments:

  1. yeayy thank you much. waiting for ur next n3.

    ReplyDelete
  2. pleeeaaassss... oxy..oxy. dh lemas dh ni ku tunggu dudamu...

    ReplyDelete
  3. Aduhhhhh, akak pun dah berangan dah..how sweet this duda..next entry please

    ReplyDelete