Saturday, August 6, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 10

BAB 10




            “NAH. Makan ni.”

            Berkerut dahi Dara melihat dua biji Panadol yang diletakkan di tapak tangannya. Bila pandangan beralih pada Aladin di hadapan, Aladin tunjuk garang. Haih...dalam terpaksa dia makan juga ubat tu.

            “Good girl.” Kepala Dara digosok Aladin.

            Dara kompelin sakit kepala, disuruh berehat di bilik Dara tak nak. Bersemangat nak ikut barbeque di tepi tasik. Sebelum Dara merengek lebih sakit, baik bagi makan ubat dulu. Kalau barbeque dengan mereka semua, bukan setakat dua tiga jam. Bersuka ria di tepi tasik tu sampai 12 tengah malam, silap-silap sampai matahari terbit esok pagi.

            “Al...”

            “What?”

            “Pahit...” Muka Dara mak aii, macam tertelan hempedu ayam.

            Aladin senyum. “First time jumpa budak belajar medic tak suka makan ubat. Macam mana nak bagi nasihat kat patients kalau macam ni?”

            Botol air di tangan Dara dicapai Aladin dan diteguk rakus. Kat dalam supermarket besar macam ni pun masih terasa bahang panas kat luar tu. Oh ya, musim panas di Russia ni berbeza kalau nak dibandingkan dengan cuaca panas kat Malaysia. Kat tanah air sekurang-kurangnya panas dan lembab. Tapi kat sini panas dan kering. Nak tengok awan kat atas langit pun susah. Hujan sekali-sekala, itu pun tak kuat macam di Malaysia. Kalau kurang minum air macam Dara memang senang jatuh sakit.

            “Jom. Dah okey.” Dara tepuk perlahan lengan sasa Aladin di sebelah.

            Berkerut kening Aladin. Cepatnya Panadol berikan kesan. Tak sampai sepuluh minit Dara makan takkan dah okey.

            “Nantilah kejap. Let you rest for half an hour at least.”

            “Hah? Laaa...jomlah pergi sekarang. Dah okey dah pun.” Dara kelip-kelip mata. Dah sihat okey. Tak tahulah tengah psycho diri sendiri ke  apa, tapi kepala dah kurang pening. Semangat nak terjah tasik besar kat hujung bandar dah semakin membara.

            Aladin tergelak. Typical Dara...determined tahap tak tahu nak cakap apa.

            “Kalau awak pengsan on the way macam mana?” Aladin menduga.

            “Superman saya kan ada.”

            “Mana?” Aladin buat bodoh.

            “Ni.” Jari telunjuk Dara terarah pada dada Aladin.

            Meledak ketawa Aladin. Orang ramai yang lalu lalang pun dah tengok semacam.

            “I can’t be your Superman, Dara. I can just be the best I can to be with you.”

            Dara senyum. Mendalam maksud ayat Aladin biarpun muka Aladin sedang ketawa sampai muka bertukar merah. Tak kisah pun kalau Aladin tak dapat terbang macam Superman. Yang penting Aladin sayang dia, itu sudah lebih dari cukup.

            Tanpa Dara sedari, memang Aladin tak mampu menjadi encik Superman nya, malah tak mampu menjadi yang terbaik untuknya di masa hadapan mereka berdua.

            “Jom. Dah lambat.” Dara masih menggesa dan akhirnya Aladin mengalah.

            Kedua-duanya berjalan keluar dari menuju ke perhentian bas terdekat. Tak jauh pun dari supermarket Eropah, tak sampai seratus meter berjalan kaki. Di hadapan pasaraya besar itu ada seorang nenek tua yang menadah tangan meminta sedekah.

            “Daite denggi, pazhalusta.”

            Alahai....luruh hati Dara. Nenek tua yang berpakaian lusuh, kasut pula dah koyak sampai stoking yang dipakai turut kelihatan. Entah apalah yang nenek bawa kat belakang tu, beg lusuh dengan beg plastik yang sangat banyak.

            Langkah Aladin di sebelah terhenti. Poket seluar diseluk dan sekeping duit 100 roubles diberikan pada nenek tua di hadapan. Kasihan dengar suara tua yang tak bermaya itu meminta duit daripada mereka berdua.

            “Spasiba blashoe, spasiba.” Nak menitis air mata nenek tua sambil berterima kasih berkali-kali.

            Aladin senyum dan menarik lengan Dara untuk meneruskan langkah.

            “Al...kesian kat nenek tu.” Suara Dara perlahan. Masih lagi kepala ni berpusing ke belakang nak tengok nenek tua yang sudah semakin jauh daripada mereka berdua.

            “Itu yang kita mampu tolong, Dara. Life must go on. You can’t just stand there with her.

            Dara tak menjawab. Ayat Aladin ada betulnya. Mereka berdua dah tolong mana yang mampu dan terpulang pada nenek tu nak buat apa dengan duit yang ada. Kalau nak sampai temankan nenek pergi beli makanan, lepas tu temankan dia balik rumah. Esok lusa buat perkara yang sama, memang susahlah.

            “Awak okey tak ni saya ajak naik bas?” Aladin lepaskan genggaman pada tangan Dara. Kotak rokok di dalam poket seluar bermuda dicapai dan dikeluarkan sebatang. Kira nak ajak ikut sekali dengan Yevgeni naik kereta pergi ke tasik. Tapi Dara nak sangat merasa naik bas ke tempat yang sedikit terasing itu. Tasik tu nama apa entah, tapi serius cantik. Nanti Dara pasti suka.

            “Okey. Kalau dengan awak, nak pergi mana atau buat apa pun saya tak kisah.” Dara menjawab selamba. Cermin mata hitam di atas kepala di pakainya. Terik matahari kat negara ni serius tak menahan.

            “Really?Even spending you every single night with me?” Aladin kenyit mata.

            “Al!!”

            Merah muka Dara menahan rasa. Aladin seronok aje gelak di sebelah. Susah kalau lelaki ulat bulu macam Aladin. Asal ada peluang sedikit, mulalah nak merayap. Nasib baik dia masih  masuk kategori tahan kebal lagi. Kalau spesis macam Sasha dan konco-konconya, dah lama tubuh hangkang kena hentam dengan Aladin.

            “What makes you choose to study in this place of all places?” Dara divert otak Aladin ke lain. Wah jadi warna kuning dah otak Aladin, kena tukar sikit jadi pink ke, biru ke.

            “I didn’t choose to be here, Dara. Mara yang hantar, macam awak juga.” Aladin hembus asap rokok yang dah dinyalahkan dari tadi.

            “Thinking about it, Russia is not that bad. The country itself is harsh, but overall tak adalah buat awak rasa macam awak nak balik ke Malaysia lepas seminggu dua tinggal kat sini. Banyak masalah di sini kalau awak buka mata dan tengok betul-betul. Bad quality of medical insurance, worst retirement payment. The worst thing is a policeman can do whatever he wants to you. Corruption dia lain ceritalah. But people here are amazing though. Their nature. Their girls,” sambung Aladin.

            Memang dia tak pernah terfikir untuk belajar di negara bekas jajahan komunis ni. Nak datang jadi pelancong pun lagilah tak. Tapi sebaik dapat tawaran untuk belajar di sini, dia keluar dengan satu ayat positif. Why don’t I give it a try? And I survived so far...

            “Kenapa tak tolak and pergi tempat lain? UK ke...Czech Republic ke? Holland pun okey jugak.” Dara semakin tertarik nak tahu.

Ya lah, tengok Aladin jenis yang macam mana. Bukan jenis yang cheapskate atau ‘alang-alang’. Di Kursk ni apa yang ada. Kelab malam pun beberapa bijik aje, kalau tempat lain nak lepas tension memang tak adalah nak cari tasik sampai hujung bandar seperti yang mereka buat sekarang. Tak macam negara Eropah yang lain. Suka-suka pergi country hoping, senang sangat pergi travelling dari satu tempat ke satu tempat.

Aladin senyum. Rokok di tangan tinggal lagi separuh. Dia bersandar pada tiang perhentian bas tak jauh dari tempat Dara duduk.

“Buat apa nak tolak? Awak ingat senang ke nak dapat biasiswa? Berapa ramai pelajar yang minta, syukurlah kita dapat. Semua yang dah tersurat untuk kita, just accept it. Macam awak juga kan. Dapat biasiswa and awak terima walaupun hati awak seribu kali berat nak tinggalkan Malaysia. And yet you still able to make it up till now.”

Lagipun Aladin suka berjauhan dari keluarga, lebih bebas dan ada peluang hidup sendiri. Boleh kata berdikari jugalah. Selama ni dia hidup dengan duit biasiswa sepanjang di sini, tak pernah minta duit dari Daddy. Duit yang Daddy masukkan setiap bulan pun dia tak pakai lagi. Pendek kata, masih boleh survive lagi, bro.

“Owh...” Itu aje yang Dara mampu jawab. Dia bukan jenis yang pandai berdebat pun. Apa saja yang Aladin dia dengar. Nak minta pandangan dia memang kirim salamlah.

“Kalau awak tak datang sini, kita takkan berjumpa. Kita takkan spend masa sama-sama macam sekarang.” Aladin senyum. Puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.

Tak pernah menyesal datang ke sini. Sekalipun tak pernah. Sebab setakat ini semua kenangan yang ada adalah yang indah belaka.

Dara membalas senyuman.

“Will you stay with me till the end of life?” Dara karang ayat macam Juliet bertanya pada Romeo. Mata menala pada trolley bus yang sudah semakin mendekat.

“Saya tak nak berjanji kosong, Dara. I’m not sure until when can I stay with you but as for now, I will.” Aladin hulur tangan.

            Dia tak mahu menabur janji kosong untuk seorang Dara Dahlia. Dia tak mahu Dara kecewa kalau satu hari nanti cinta mereka berdua terbengkalai separuh jalan.

            Dear Dara, andai ada jodoh kita...saya akan setia sampai ke akhir hayat. Namun kalau jodoh tak ada, jangan pernah rasa kecewa kerana Dia sudah ada rancangan yang terbaik untuk kita.

            Dara tak menjawab. Sedih? Risau? Gembira? Rasa numb la pulak. Dia tersedar satu perkara, Aladin bukanlah jenis yang saja berjanji semata-mata. Aladin adalah lebih daripada itu. Huluran tangan Aladin dicapai untuk menaiki bas.

            Dear Al, time will pass by and life must go on....




            ALADIN pandang jauh ke tasik sana. Dara dengan beberapa pelajar perempuan yang lain seronok bermain freesbie di tepi tasik. Siap menjerit-jerit lagi kalau tak dapat sambut freesbie yang dilontar, sangat typical perempuan.

            “Bro, Didi okey tak tu? Ada Sasha sekali. Kang gaduh-gaduh kat sini, drama wei.” Ayam yang dipanggang diterbalikkan Arthur. Yang sebelah ni tak masak lagi.

            “Dia okey je. As long as Sasha does not step on her tail.” Aladin meneguk tin Cola di tangan. Panas sampai tahap buka baju, tapi masih gigih nak barbeque bagai. Kalau kat sini senanglah, cuaca summer yang ala-ala Baywatch kena dengan suasana. Cuba kalau kat Malaysia, mesti kena cop orang gila buat aktiviti memanggang masa matahari terik memancar di atas kepala.

            “Aku pernah juga nak usha Didi dulu tapi tak in. Dia jual mahal tak hengat.” Kong menyampuk.

            Pertama kali Dara datang sebagai budak baru yang fresh macam sayur hijau, ramai yang nak tackle. Tapi Dara susah nak tangkap lentok, siap kena bagi blank stares lagi. Entah memang Dara tak ada perasaan ke tau tak ada hati kat spesis bernama lelaki. Tapi dengan Aladin melekat la pulak.

            Aladin gelak kecil. Pandangannya menala Dara yang berdiri di tepi tasik. Entah apa dibuat Dara, nak kata terjun pasti Dara tak berani. Dah hilang minat nak bermain fressbie agaknya.

            “Andi tak try lagi, kalau dia try entah-entah Didi sangkut.” Sanjay mencelah. Tin minuman di dalam coolbox di sebelah dicapai dan dibuka.

            “Then Callie tu Andi nak letak mana? Dalam poket?” Aladin teguk lagi Cola di dalam tin.

            Kesemua mereka gelak besar. Andi lain ceritalah, taste pun lain macam. Callie yang gedik tu juga Andi nak. Siap janji nak sehidup semati, balik Malaysia nak bawa Callie kahwin. Entah apa pandangan  orang tua Andi nanti. Nasib baik Andi tak jadi ikut hari ini, hangover teruk selepas clubbing di Matrix malam tadi.

            “Apa plan kau dengan Didi?” Sanjay menyambung ayat. Elok aje duduk bersandar di pokok yang redup. Maaflah dia bukan jenis yang suka sunbathing macam orang barat.

            “Entah. So far just keep her by my side. Bila dah masa, aku ajak nikah. Manalah tau.” Fuyoo! Jauh kau berangan Aladin oiii...siap dengan muka confident tak teragak-agak pun dengan ayat killer dia tu.

            Yang lain dah ketawa terbahak-bahak. Sanjay siap bergolek lagi, sikit nak terjatuh bergolek ke tasik di bawah sana. Hampeh doh semua kawan dia ni, bukan nak menyokong pun. Dah jadi bahan gelak pula.

            “Ahhhhhh....”

            “Didiiiiiiiii.....”

            Kesemua mereka spontan berpaling pada tasik di bawah sana. Aladin automatik panik. Spontan tin Cola di tangan dilontarkan sebelum dia berlari menuruni bukit untuk ke tasik di bawah. Dalam dia panik mata mula mencari kelibat Dara. Tak ada.

            Oh, shit! Double panic.

            “Al...Didi! Didi!”

            Beberapa pelajar perempuan di situ menjerit sambil menunjuk ke arah tasik. Aladin makin tak sedap hati. Lariannya semakin laju.

            “What the f happen to Didi?”

            “Where’s Didi?”

            Segala soalan teman-teman yang mengikutinya dari belakang tadi tak terdengar. Semakin dia menghampiri tasik, Dara masih tak kelihatan.

            “Al, Didi jatuh!”

            What the f....???? Aladin jammed sesaat dua. Bila air tasik langsung tak berkocak, dia triple panic. Dia melompat masuk ke dalam tasik diikuti dengan Sanjay dan Kiran di belakang. Kong yang tertinggal di belakang pun turut terjun masuk.

            Oh my Dara, please not now....

            Aladin serius panik.....
           


p/s : baca sampai lebam please ;) Enjoy next entry!
           
           
           

            

2 comments:

  1. Lama tgu....skali nfs ja bc dh stop plak huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dah lama tunggu...
    As usual, Emy Roberto tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete