KALAU dulu aktiviti mingguan Bella dan teman baiknya, Aida adalah menyukat seluruh shopping mall tak kira kaki lenguh ke kejang ke atau yang sewaktu dengannya. Tak pun mereka berdua duduk lepak di mana-mana kedai makan yang ada dan mencuci mata melihat gelagat manusia sekeliling. Kalau difikirkan betul-betul, aktiviti mereka berdua sangatlah tak berfaedah. Tapi sekarang dah jadi anti clockwise.
Cari barangan bayi.
Survey stroller bayi.
Nak compare harga botol susu kedai ni dengan kedai tu.
Nak survey botol susu mana yang lebih bagus.
Nak cari pinggan bayi yang sesuai.
And the list will never have its full stop...
Lagi-lagi dengan keadaan Aida yang sedang mengandungkan anak pertama sekarang. Semangat gila nak pergi cari barangan bayi walaupun kaki bengkak. Tak kena dengan kandungan yang sudah mencapai enam bulan.
“Babe, mana yang lebih okey? Yang ni ke yang ni?”
Mata Bella terarah pada baby cot yang ditunjukkan oleh Aida. Mak aii mak buyung ni....
“Tak kisahlah kau nak ambik yang mana pun. Beza yang ni dengan yang tu, yang ni ada kelambu kecil. Tapi boleh aje kalau kau nak pasang sendiri. Lagipun yang tak ada kelambu lebih murah.” Bella layankan saja Aida yang tak pernah pudar semangat untuk mencari barangan bayi. Patutnya Aida ajak sang suami untuk pergi shopping bersama, bukan dia dan Ara. Ara siap tidur sampai terlentok kepala di dalam stroller.
“Tapi yang ni lebih cantik kan?” Aida tunjuk baby cot yang ada kelambu.
“Eh hello, kau nak cari yang selesa untuk bayi bukannya yang paling cantik.”
“Okay, fine. Hujung minggu ni aku ambik yng ni.” Aida mengalah. Tak tanya kena marah, tanya pun kena marah. Angin sangat Bella hari ni, biasanya kalau dah nak datang bulan pun tak adalah moody sangat. Nanti bila ada masa free sikit nak ajak Azmad, suami tersayang untuk beli aje terus.
“Kau okey tak ni?” Aida bertanya bila langkah kaki diatur keluar dari kedai Anakku.
“Haih....”
“Kau dah kenapa? Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba mengeluh.” Aida pelik. Ni mesti ada yang tak kena di rumah.
“Aku pelik dengan perangai Sam akhir-akhir ni. Asal telefon berbunyi dia tak angkat. Aku perasan nombor tu adalah nombor yang sama.”
“Then kau tak tanya dia siapa?”
“Aku tanya, tapi dia kata jangan ambik peduli. Lama-lama orang tu takkan telefon lagi.”
Risau juga kalau dia balik-balik tanya soalan yang sama, bengang pula Sam. Pernah terniat nak return call nombor yang sama dengan menggunakan telefonnya tapi takut mencari bala. Manalah tahu Sam berhutang dengan along. Shushh...shushh...pergi jauh-jauh segala andaian tak baik.
“Lain kali kau jawab aje. Manalah tau....” Aida pandang Bella di sebelah. Sempat dia panajngkan leher menjenguk Ara di sebalik stroller. Si comel masih lena lagi.
“Susan?” Suara Bella perlahan.
Aida angguk kepala.
“Choiiiii! Kau jangan macam-macam, wei.” Worst case scenario paling teruk abad ini lah tu kalau Susan muncul semula. Takkan tak serik lagi lepas kejadian kena tiaw dengan Sam tiga tahun lalu.
“Lagipun dah tiga tahun babe....tiga tahun. Takkan dia masih nak cari Sam.” Bella menyedapkan hati sendiri. C’mon lah, kalah cinta Romeo dan Juliet kalau macam tu. Lain lah kalau Susan memang jenis yang muka tembok dan tak tahu malu masih nak menagih cinta lama.
“You never know. Perempuan macam tu...susah nak cakap.” Aida bukan nak takutkan Bella, tapi dia cuma bagi kemungkinan yang ada.
Susan yang bitchy.
Susan perosak rumahtangga orang.
Susan yang sombong tak bertempat.
Susan yang tak sedar diri.
Serius, dia tak nampak pun apa yang baiknya Susan. Yang ada semua vibe yang negatif.
Singgah di depan kedai Emporio Armani, Bella ajak masuk tapi Aida geleng kepala.
“Aku tunggu dengan Ara kat depan ni aje. Penat. Kaki aku dah sakit.”
“Ceh! Alasan. Tadi jalan-jalan tak sakit pulak.”
Aida sengih. Dia duduk di kerusi tak jauh dari situ. Malas tahap petala kalau nak temankan Bella masuk ke tempat macam tu. Kadang-kadang niat Bella setakat nak cari neck tie tapi boleh sampai sejam kat dalam kedai. Cari neck tie macam nak cari harta karun. Lama gila.
“Kau nak masuk buat apa?” Aida bertanya sebelum Bella masuk. Jangan cakap nak beli neck tie lagi.
“Nak cari neck tie untuk Sam.”
Aduh! Told you! Minah ni tak ada kerja lain. Obsess dengan neck tie ke apa. Entah-entah penuh satu almari dengan neck tie Sam kat rumah sana. Tak habis pakai semua pun kot dalam setahun.
Baru Bella nak melangkah ke arah tali leher, matanya tertancap pada susuk tubuh perempuan yang berada di situ. Biarpun dari sisi tepi, tapi dia cukup kenal dengan tubuh tinggi itu.
Susan? Like seriously? Memang panjang umur minah ni!
Langkah kaki Bella terhenti. Nak pergi ke tak? Nak pergi tak?
Kalau pergi, bersedia ajelah untuk perang mulut dengan Susan.
Kalau tak pergi, tak jadilah niat nak belikan tali leher baru untuk Sam.
Susan dilihatnya turut memilih tali leher yang ada di situ, siap senyum sorang-sorang lagi. Tanpa menunggu lama, Bella berlalu keluar. Jangan cari nahas kalau tak nak berlaku perang dunia ketiga di antara dia dan Susan.
“Aik? Cepatnya.” Aida yang setia di kerusi luar terkejut. Tak sampai seminit pun Bella masuk. Tak sempat pun dia nak berehat kat kerusi panjang ni.
“Jom kita gerak. Ada Susan kat dalam.”
“Hah?! Serius??” Aida macam tak percaya. Baru tadi sebut nama minah tu, takkan sekarang betul-betul muncul. Panjang umur gila!
“Jom. Aku tak nak terserempak dengan dia.” Stroller Ara sudah ditolak Bella. Langkah kaki diatur perlahan yang boleh supaya Aida dapat menyaingi langkahnya.
“I thought she lost in some random planet and never get her way back to Earth?” Aida masih tak percaya.
“I know right....” Bella sendiri terkejut.
Dalam banyak-banyak tempat dan banyak-banyak manusia, Susan jugalah yang dia jumpa kat pusat beli belah yang besar ni. dan jauh di sudut hati, Bella sudah mula rasa tak selesa.
SAM panjangkan leher di sebalik laptop. Suasana bilik tidur yang sunyi buat dia rasa pelik. Biasanya petah aje mulut Bella bercerita. Sampai mulut berbuih pun Bella masih tak berhenti bercerita.
“Bella.”
“Hurm?” Bella yang sedang baring meniarap mengangkat muka.
“Are you okay?”
“Okey je.” Suara Bella tak bermaya. Dari tadi belek majalah Escape tapi tak ada satu pun yang menarik hatinya.
“Sure?”
Bella senyum nipis dan angguk kepala. Tak payah risaulah, dia okey aje. Cuma hari ni penat sedikit. Meredah kesesakan lalu lintas satu hal. Nak bersabar dengan karenah pengguna jalan raya pun satu hal. Betul-betul buat dia penat secara fizikal dan mental.
“Sam.”
“Hmmm?” Mata Sam kembali betumpu pada laptop.
“Saya ada hal nak bagitau.”
“Apa dia?”
Saya belanja banyak sangat.
Saya ada beli barang online tapi barang tu sampai sekarang tak sampai.
Saya nak mandi laut. Jom pergi bercuti.
Itu adalah antara ‘hal nak bagitau’ bagi seorang Nabila Hussein dan Sam dah cukup masak dengan semua itu.
“Hari ni saya terserempak dengan Susan.”
Oh! Semua sangkaan Sam meleset jatuh ke dalam kerak bumi. Di sebalik skrin laptop di atas meja, dia cuba berlagak tenang. Kalau dia tunjuk muka terkejut atau buat-buat cool, confirm Bella dapat hidu sesuatu yang terjadi dan memang dia tak nak kongsikan dengan isteri.
“Then? Dia ada kacau awak?”
“Tak. I left before she saw me.”
“Okeylah kalau macam tu. Kalau dia ganggu awak dan Ara, let me know.”
Bella panjangkan leher tapi masih tak nampak riak wajah Sam di sebalik laptop.
Nak tanya ke tak...
Nak tanya ke tak...
Ke nak diam-diam aje...
“Sam.”
“Hmm?”
“Dia ada cari awak tak?” Bella bertanya juga. As usual, curiosity is far beyond everything, dear darling!
Melihat Sam tiba-tiba bangun dan menuju ke arahnya, jantung Bella automatik laju. Matilanak...kalau Sam mengamuk rentung dia kena goreng sampai tercabut telinga. Namun tekaan Bella meleset bila Sam meniarap di sebelah.
“Kalau dia cari saya pun, hati saya cuma ada awak. Dan kita ada Ara. Itu dah cukup. She came in between us once, and I won't let it happen the second time.” Bibir Sam singgah di dahi Bella. Lama.
“Saya sayangkan awak dan Ara. Sampai bila-bila,” sambung Sam. Rambut Bella diusap lembut.
Yuhuuuuu! Dalam hati ada banyak rama-rama. Bella bahagia dengar luahan Sam dan dia tahu sang cinta ikhlas dengan setiap kata-katanya.
Dan bila bibir Sam menjalar ke seluruh wajahnya, dia terbang ke awan tinggi. Hilang semua resah tentang Susan. Hilang semua insecurity di hati.
Dear Sam,
Saya sayang awak juga. Sampai bila-bila...
p/s : Dear Sam will be meeting you soon. So soon :) Terima kasih yang tak terhingga atas semua sokongan selama ini! Love loads!
No comments:
Post a Comment