TANG! TANG!
Pang! Pang!
Latisha menggelengkan kepala. Tak tahu apa jadi dengan dapur bila tengok mama dia dengan makcik bawang Holland bertarung dengan tepung dan oven.
“Mama dengan Aunty Mia buat egg tart ke berperang?” Latisha bercekak pinggang di depan meja kaunter.
“Kalau papa balik nanti mesti papa mengamuk tengok semua ni.” Mata Latisha melilau melihat sekeliling. Bersepah yang amat.
Pecah tawa Rafeeqa dan Damia. Pipi montel Latisha dicubit Damia.
“Tengah buat egg tartlah ni, sayang. Tapi mama Tisha salah resipi.” Damia jeling Rafeeqa di sebelah.
Tadi bukan main yakin Rafeeqa dengan resipi tanpa perlu tengok internet. Sekarang terkial-kial nak tanya pakcik Google, nasib baik resipi tak terpesong jauh dari resipi asal.
“Eh hello, kau tu yang salah. Tak membantu langsung. Mulut bising dari tadi, nak bagi semangat pun tak.” Ketawa Rafeeqa masih bersisa.
Baking.
Yoga kat belakang rumah.
Minum teh.
Itu antara aktiviti mereka berdua akhir-akhir ini. Dah tak dapat selalu nak lepak dan shopping macam dulu. Dia dah ada Latisha dan Idan, silap hari bulan keluar pula aura naga Shahrizal. Sudahnya ‘indoor activities’ saja pilihan yang ada untuk kekal bonding dengan Damia.
“Tisha sayang, lepas ni kita bersihkan dapur sama-sama ya. Tapi Tisha kena janji dengan mama jangan bagitau papa yang dapur kita kotor. Kalau papa tahu, dengan Tisha dan Idan sekali papa goreng.” Rafeeqa membongkokkan tubuhnya supaya sama tinggi dengan Latisha di hadapan.
“Okey, set. Tapi mama janji egg tart tu mesti sedap.” Latisha tunjuk jari kelingking.
“Set!”
Twinky promise. Itu ‘trademark’ Rafeeqa dan Latisha setiap kali bila berahsia. Mereka berdua ada senarai ‘our secrets’ bersama dan Shahrizal tak boleh tahu.
Dapur kotor.
Karaoke sampai nak pecah tingkap rumah.
Berendam di kolam renang sampai menggigil kesejukan.
Makan macaroon.
Itu baru sedikit dan senarai masih panjang ke belakang. Setakat ini, rahsia itu semua tak pernah bocor lagi. Kiranya Latisha memang nombor satu kalau bab simpan rahsia.
“Comel gila anak-anak kau. It makes me feel like I wanna have kids too.” Damia memuji. Hati terhibur melihat keakraban Rafeeqa dan Latisha. Betullah kata orang, anak-anak adalah penyeri kehidupan.
“Eh hello…kau ingat buat anak tu macam beli anak patung ke? Aku suruh kahwin aje dengan Syazwi kau tak nak. Dengan Azwan pun kau tak berkenan. Ada hati nak ada anak.”
“Belum masa lagi, babe. Kalau ada jodoh, tak ke mana.” Damia sambung menguli doh tart.
Rafeeqa tak ada komen. Itulah jawapan standard Damia setiap kali soal kahwin ditanya. Damia tunggu putera jatuh dari kayangan agaknya.
“Kalau lah aku mak kau, aku dah kahwinkan kau dengan mana-mana anak kawan yang aku kenal.” Rafeeqa menyakat.
“Choiiii. Mulut!”
Pecah tawa kedua-duanya. Latisha dah berpeluk tubuh dengan muncung panjangnya. Dari tadi berdiri di sini dia tak kena layan langsung. Dan baru Rafeeqa nak memujuk si anak, bunyi telefon di atas meja makan menarik perhatiannya.
“Tu mesti papa!” Latisha terlebih dahulu berlari mendapatkan telefon tapi bila telefon didekatkan ke telinga, suara di hujung sana buat dahi si comel berkerut.
“Siapa Tisha?” Tawa Rafeeqa tadi mati perlahan-lahan.
“Uncle Irwan.” Telefon dihalakan ke arah Rafeeqa.
Oh shoot! Pandangan Rafeeqa dan Damia bersilih ganti sesama sendiri. Apalah yang Irwan nak kali ni? Dalam terpaksa telefon bertukar tangan.
“Hello. Wan.” Rafeeqa nak tak nak sebenarnya.
“Hai, Fika. Buka pagar boleh? Saya dah ada kat depan ni.”
“Ah? Sorry?” Oh tolonglah cakap dia salah dengar. Sebelah tangan Rafeeqa dah naik memicit dahi sendiri. Damia di hadapan dah melambaikan tangan tanda isyarat supaya jangan layan Irwan.
“Apa yang dia nak, babe?” Rasa ingin tahu Damia di tahap petala sebaik saja talian dimatikan.
“Dia ada kat luar.”
“What? What the he….ishhhhh!” Damia pening sendiri. Nasib baik mulut tak terlepas mencarut di hadapan Latisha yang turut tayang muka cemberut macam Rafeeqa.
“Dia nak datang melawat anak buah dia.” Pandangan Rafeeqa menala pada Idan yang nyenyak tidur di katil kecil tak jauh dari situ. Gigih juga dia dan Damia mengalihkan katil kecil Idan dari ruang rehat ke dalam dapur tadi. Memang agak kecil untuk Idan sebab badan Idan pun cukup-cukup aje. Idan pakai sejak umur tiga bulan sampai sekarang.
Damia hanya mampu melepaskan keluhan. Nak melepaskan geram, takut muka Irwan lebam pulak dia kerjakan nanti. Irwan memang jenis kelabu air. Rafeeqa yang dah kahwin tu juga yang Irwan masih kejar. Dah macam tak ada perempuan lain kat dalam dunia ni. Kalau bagi nasihat pun umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Irwan memang jenis ‘kebal’, tak makan saman.
“Hai, Wan. Idan sedang tidur kat dalam.” Itu ayat pertama Rafeeqa sebaik keluar ke pagar utama. Ikut hati dia tak nak layan sangat Irwan tapi dia tahu Irwan jenis yang macam mana. Persistent tahap raksasa. Makin ‘ditolak’ makin ‘mendekat’, sebab itu dia tunjuk muka di bawah matahari panas macam ni.
“Tak apa. Saya takkan ganggu dia. Boleh saya masuk?” Irwan tersenyum lebar. Terubat juga rindu bila tengok wajah Rafeeqa di depan mata.
“Errr…Shah akan balik kejap lagi. Lagipun tak elok awak masuk rumah tanpa Shah.” Kira okey dah tu ayat Rafeeqa daripada dia halau atau guna ayat kasar untuk katakan ‘tidak’ pada Irwan.
Tapi Irwan tetap Irwan. Kebal dari semua segi termasuklah buat-buat tak faham dengan ayat tersirat Rafeeqa padanya.
“Damia kan ada, means kita bukan berdua kat dalam rumah.” Irwan masih dengan senyuman.
Ya ampun…Damia hanya mampu menepuk dahi sendiri. Muka Irwan tebal sangat sampai tak tahu malu walaupun dihalau dengan cara halus. Kalau Shahrizal tahu confirm ada letusan gunung berapi yang mengalahkan Gunung Kilimanjaro kat dalam rumah ni nanti.
“Irwan, please. Tak manis orang sebelah-sebelah tengok. Fika is already married. Anak pun dah berderet. So faham-fahamlah.” Damia mencelah. Sengaja ditekankan perkataan ‘married’ supaya Irwan sedar apa status Rafeeqa.
Kalau Rafeeqa masih single macam dulu lain ceritalah. Irwan nak menempel macam mana pun dia takkan masuk campur. Tapi Rafeeqa yang sekarang adalah isteri orang, kalau jiran bawa mulut cakap yang bukan-bukan siapa yang susah.
Irwan melepaskan keluhan. Senyuman lebar kini pudar perlahan-lahan. Sejauh mana pun dia mengejar Rafeeqa, cinta Rafeeqa masih pada yang satu. Shahrizal Hayrat. Serius dengar nama lelaki itu pun Irwan rasa panas hati.
Kenapa Rafeeqa masih setia kalau Shahrizal pernah menduakan dia?
Kenapa Rafeeqa masih nak teruskan perkahwinan dengan lelaki yang curang macam Shahrizal?
Kalau Shahrizal pernah curang dulu, dia tak hairan Shahrizal boleh ulang silap yang sama untuk kali kedua. Cuma Rafeeqa saja yang buta. Tak kenal jenis lelaki macam Shahrizal yang takkan pernah bersyukur beristeri satu.
“Okey. Kalau macam tu tolong bagi hadiah ni untuk Idan dan Tisha. I’m sure both of them will love all these.”
Huluran tangan Irwan disambut Rafeeqa dari celah pintu pagar. Dah dapat diagak apa yang berbungkus di dalam beg kertas sederhana besar itu. Pandangan Rafeeqa beralih pada Irwan.
Entah macam mana lagi nak ubah hati Irwan supaya lupakan saja dia. Ada juga idea nak satukan saja Irwan dengan Damia kat sebelah ni tapi Damia anti Irwan tahap petala, jadi kalau nak mengharap cinta berputik di antara mereka berdua memang taklah.
“Jangan lupa bagitau, semua tu Uncle Irwan yang bagi.” Irwan mengingatkan sebelum dia masuk ke dalam kereta. Kalau hari ini tak dapat duduk bersembang dengan Rafeeqa, tak apa. Dia masih ada peluang lain walaupun terselit rasa kecewa sedikit.
“Oh ya, jangan lupa family gathering kat rumah hujung minggu ni. Hope to see you and your kids.”
Ayat terakhir Irwan sebelum lelaki itu masuk ke dalam perut kereta hinggalah menghilang dari pandangan mata buat Damia rasa macam nak muntah hijau. Perlu ke nak tekankan perkataan ‘hope-to-see’ tu dekat isteri orang. Tambahan pula family gathering akan diadakan di rumah orang tua Rafeeqa, manalah Rafeeqa akan lupa.
“How I wish Shah will give him a lesson, babe.” Damia bercekak pinggang.
“What kind of lesson? Tumbuk sampai lebam? Pukul sampai pengsan?”
“Exactly!”
“Asal masuk bab tibai orang, memang kau champion dari dulu sampai sekarang.” Rafeeqa geleng kepala. Kadang-kadang Damia tak boleh diguna pakai. Cari gaduh, nombor satu. Buat musuh pun nombor satu.
“Orang macam Irwan tu memang tak boleh diberi muka. So kenalah ada orang ajar sikit. Cara baik tak nak dengar, terpaksa guna cara kasar.”
“Kalau cara kasar pun dia masih tak faham, apa lagi pilihan yang ada?” Rafeeqa bertanya.
Damia tak ada jawapan untuk itu. Doa saja banyak-banyak moga Irwan jangan ganggu rumahtangga orang.
xxxxxxxxxxxxx
KELUAR dari bilik mandi, Shahrizal tercari-cari kelibat Rafeeqa. Tadi bukan main bising menyanyikan lagu Lady Gaga. Masa dia tengah mandi jugalah Rafeeqa sibuk keluar masuk bilik mandi nak kosongkan laundry basket. Buka saja laci kecil di walk-in wardrobe, Shahrizal mengeluh panjang. Agaknya mengalihkan pakaian dari satu laci ke laci yang lain memang hobi luar alam Rafeeqa.
“Fika!”
Beberapa saat berlalu masih tak ada jawapan. Shahrizal tercari-cari seluar kecik tapi tak jumpa.
“Fika!”
“What? Coming!”
“Mana seluar kecik saya?” Mata menala pada Rafeeqa yang berdiri di depan pintu.
“Laci kedua.”
“Tak ada pun.”
Rolling eyes! Kalau tak cari betul-betul memanglah tak jumpa. Rafeeqa membebel sendiri di dalam hati. Sempat dia menjeling ke arah Shahrizal yang bercekak pinggang dengan muka tak puas hati. Malam-malam macam ni pun jadi La Tarzan.
“Ni, ada aje pun. Kalau cari dengan mulut sampai tahun depan pun awak tak jumpa, Shah.” Rafeeqa hulurkan seluar kecik milik suami.
Shahrizal tak menjawab. Mulut Rafeeqa walaupun seksi kadang-kadang boleh ‘bikin panas’ juga. Ayat pedas. Ayat menyindir. Sarkastik. Macam-macam ada. Ini bukan pertama kali Rafeeqa alihkan pakaian sesuka hati. Dah berpuluh-puluh kali, dan setiap kali bila dia ‘sound’ Rafeeqa tak ambil kisah.
“Lain kali letak aje kat tempat asal.” Suara Shahrizal perlahan tapi Rafeeqa yang baru nak berlalu keluar masih mampu mendengar.
“Lain kali saya letak label kat depan setiap laci. Superman tu awak punya. Wonder woman saya punya.”
Ah, sudah. Keluar idea pelik Rafeeqa. Bila Shahrizal bagi pandangan tajam, dia tersengih. At least senyumlah sikit, bagi kredit pada lawak yang tak seberapa dia tu.
“Fika.”
“Apa lagi?” Rafeeqa tak jadi keluar. Takkan nak cari baju pun perlukan pertolongan dia. Sempat dia melirik pada tubuh Shahrizal yang hanya dibaluti tuala paras pinggang. Cuci mata sejak bertahun-tahun lalu pun masih boleh buat dia ‘melting’.
“Siang tadi awak ada tetamu?” Shahrizal main rembat saja baju t-shirt yang ada dan disarungkan ke tubuh.
“Ada. Damia. Eh, I thought I told you already.” Rafeeqa pelik. Takkan Shahrizal ‘selective dementia’ tiba-tiba. Egg tart yang selamat masuk perut Shahrizal tadi pun adalah hasil kerja keras dia dan Damia.
“I mean other than her.”
“No one else. Kecuali Aman yang selalu potong rumput kat area kita ni. Saya suruh dia datang hujung minggu ni aje.” Jauh di dalam hati Rafeeqa dah kacau bilau. Lain macam nada suara dan soalan Shahrizal. Bila wajah Shahrizal lebih serius dari tadi, dia buat selamba. Tolonglah jangan cakap Shahrizal tahu Irwan ada datang dan singgah sekejap.
Shahrizal menahan rasa. Pantang kalau Rafeeqa tak berterus-terang. Dia mendekat dan tuala yang dipakai tadi diletakkan di bahu Rafeeqa.
“Do you still remember our marriage rules?” Shahrizal menduga. Pandangan mata tak lepas memandang Rafeeqa.
Rafeeqa angguk kepala. “Love each other. Don’t lie. Happy and cry together.”
“Did you break any of those?”
Oh m geee….Rafeeqa menelan liur. Tak tahu macam mana nak bereaksi. Nak senyum, confirm nampak sangat senyuman plastik. Nak tayang muka serius, kantoi pula dia menipu nanti. Sudahnya dia kenyit mata dan kedua-dua belah tangan berlingkar di leher Shahrizal.
“Jom turun, saya masak bubur lambuk.” Rafeeqa divert soalan Shahrizal. Terpaksa dia guna gaya menggoda dan sengaja menyandarkan tubuhnya ke tubuh Shahrizal. Tak ada cara lain bila Shahrizal ada aura nak tunjuk perangai naga. Nasib baik dia masak bubur lambuk dengan ayam goreng. Kombinasi yang agak pelik sedikit, tapi biarlah asalkan Shahrizal makan kenyang-kenyang. Jangan ‘makan’ dia sudah.
Shahrizal tersenyum nipis. Tangan naik membelai rambut Rafeeqa.
“Never comfort me with lie, darling.” Kucupan singgah di dahi Rafeeqa sebelum dia berlalu keluar dan ayat itu buat Rafeeqa terdiam.
Rafeeqa memejamkan mata. Shetttt sungguh perasaannya sekarang! Nampak gaya dia tak boleh sembunyikan isu ‘Irwan-datang-melawat’. Minta-minta mood Shahrizal tak berubah bila dia berterus-terang nanti. Nak minta idea Damia macam mana nak susun ayat yang cantik untuk beritahu Shahrizal pun tak boleh jugak, makcik bawang Holland tu mesti bagi idea luar alam.
Di ruang tamu di tingkat bawah, Shahrizal merapat ke arah Latisha yang sedang tekun mewarna.
“Ini pun Uncle Irwan yang bagi?” Shahrizal bertanya sambil mata menala pada set pensel warna yang baru dan besar di atas meja.
“Ya. Tadi Uncle Irwan kasi Tisha hadiah sekali, macam Idan.” Latisha tersenyum.
See, told you! Shahrizal membalas senyuman si anak. Melihat Idan yang sudah nyenyak di atas sofa sambil memeluk botol susu yang sudah kosong, dia mendekat. Perlahan-lahan tubuh kecil itu diangkat dan dibaringkan di dalam katil kecil. Ketika itulah matanya terarah pada robot mainan Bumble Bee di situ.
Irwan memang bijak. Bukan hati Rafeeqa saja yang dipikat, siap nak ambil hati anak-anaknya. Robot yang menyakitkan mata itu dicapai dan dibuang ke dalam tong sampah. Sempat juga dia patahkan tangan kanan Bumble Bee.
Jangan ingat dia tak tahu yang Irwan datang menyibuk ke sini tadi. Mulut makcik ketupat kat sebelah tu boleh tahan juga sebenarnya.
‘Tadi ada lelaki singgah. Aunty ingatkan Shah.’
Siapa lagi yang berani datang ke sini bila dia tiada di rumah kalau bukan Irwan? Nak kata Azwan memang taklah, elok aje teman baiknya itu bersamanya sepanjang hari.
Baru tak lama Shahrizal melabuhkan duduk di sofa depan tv, suara Rafeeqa dan Latisha riuh di dalam dapur sana menarik perhatiannya.
“Tisha ke yang buang mainan Idan?”
“Mana ada mama, Tisha mana ada jahat macam tu. Apalah mama ni, tuduh kita pulak?”
“Habis tu siapa yang buang sampai ke sini?”
“Manalah Tisha tahu. Tanyalah papa.” Muncung Latisha dah panjang. Dia turut bercekak pinggang macam mamanya.
“Takkan papa yang buang.” Rafeeqa tak percaya. Latisha tak boleh diberi muka sangat. Kalau datang nakal Latisha, dengan Idan sekali kena tempias.
“Mama tanyalah papa. Yang penting memang bukan Tisha.” Latisha mula memprotes.
“Memang bukan Tisha pun. Decepticons yang serang dan buang masuk dalam tong sampah.”
“Hah?” Rafeeqa dan Latisha sama-sama terkejut bila Shahrizal menghampiri.
“Dah Bumble Bee datang cari hal, mestilah kena belasah oleh musuh dia sampai masuk tong sampah,” sambung Shahrizal. Pandangan mata hanya bertumpu pada riak terkejut Rafeeqa bila dia tiba-tiba muncul di situ.
Marah Rafeeqa atau bergaduh di depan anak-anak bukan cara Shahrizal, jadi kenalah dia keluar dengan isi tersirat yang mendalam.
Bumble Bee = Irwan
Decepticons = Dia sendiri
Dan bila Rafeeqa tak buka mulut langsung tentang kedatangan Irwan ke sini tadi, timbul rasa marah walaupun tak sampai ke tahap nak ‘goreng’ Rafeeqa.
Wajah tenang Shahrizal menakutkan Rafeeqa. Waktu beginilah perumpamaan ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’ boleh diguna pakai. Kalau sekali Shahrizal meletup, habis dia.
“Shah, sorry. I didn’t….”
“Tisha, keluar kejap ya sayang. Papa ada hal nak bincang dengan mama.” Shahrizal potong ayat Rafeeqa. Dia tunduk mencium dahi Latisha sebelum si anak keluar menurut kata.
“Nanti temankan Tisha ‘color color’ ya papa. Tisha kan ada pensel warna baru.”
Oh…I am so dead! Rafeeqa rasa macam nak terjun masuk ke dalam gaung dengar ayat Latisha yang sudah menghilang. Umpama mencurahkan minyak ke dalam api yang membara kat depan ni.
“I can take any truth but don’t lie to me, Fika.”
“Sorry, Shah. Saya tak…”
“Never ever lie to me unless you absolutely sure that I will never find the truth.”
Double damn! Rafeeqa tak tahu nak jawab apa. Nak ‘fight-and-defend’ diri sendiri pun dah tak mampu.
He knows it well, darling!
p/s : kalau tak ada aral melintang, kita jumpa JBC2 versi buku this year. Love loads! Have a great weekend ahead!
No comments:
Post a Comment