BAB 4
Kursk
2005....
"JAUH kau pergi meninggalkan diriku, hanya diriku
merindukan dirimu..."
Petang-petang beginilah syok memasak sorang-sorang di
dapur. Siap menyanyi lagu Saleem dengan full blast tak ingat dunia. Bersemangat
Dara mengacau ayam masak merah di dalam kuali kecil. Ni ajelah satu-satunya
masakan yang dia pandai. Itu pun Mama paksa untuk belajar memasak sebelum
datang ke sini. Bergunalah juga. At least
anak Mama boleh hidup di tempat asing begini.
"Jiwang nampak."
Bzztttt!
Nyanyian Dara terhenti. Mata dipejam sesaat. Terlupa pula
ini bukan dapur Mama di rumah tapi dapur hostel. Tubuh tinggi yang terpacak di
sebelah dikerling sekilas. Please
la...
"Minat Saleem?" Aladin panjangkan leher. Macam
sedap aje ayam masak merah di dalam kuali.
"Hmm.."
Aladin sengih. Typical
jawapan jual mahal Dara. Berjela soalan yang ditanya, sepatah aje dijawab.
"Bet you
like Amy Search, Zamani, Awie. Those superbs," sambung Aladin. Selamba bersandar di tepi stove sambil berpeluk tubuh bersebelahan
Dara.
"Yup. Name them
all. Lagu dorang semua saya tahu."
Chewah!
Confident Dara menjawab. Tapi betul apa.
Penyanyi tu semua memang kegemaran dia sejak zaman sekolah rendah. Masa tu
sangat 'up to date', sampaikan
konsert Zamani pun dia ikut.
"Then mana
pergi Britney Spears?"
Soalan Aladin buat Dara jeling geram. Perlilah tu. Siap
ketawa lagi. Kononnya Britney mengingatkan Aladin padanya. Pertemuan pertama
mereka berdua di depan bilik mandi tahun lepas. Kalau boleh nak rewind balik babak memalukan itu. Tanpa
nyanyian Britney. Tanpa terduduk elok di depan pintu bilik.
"Ni datang sini nak memasak juga ke?" Dara
bertanya. Bagus ubah topik. Sudip diletakkan di atas piring kecil. Air di
dalam gelas dimasukkan ke dalam kuali. Mak aii...konon nak tambah kuah ayam
tapi ended up macam rendam ayam sampai lemas. Banyak air!
"Yup.
Ingat tak ada orang kat kitchen. Didn't
expect to meet Britney in here." Aladin senyum.
"Pernah rasa sudip melayang ke pipi tak?" Mata
Dara mengecil.
Pecah ketawa Aladin. Langkah kaki diatur ke meja di
belakang Dara.
"Never
before," jawab Aladin.
Ayam dan tomato dikeluarkan dari plastik. Laa...lupa nak
bawa bawang kecil. Aladin toleh ke belakang. Plastik di atas meja kecil
bersebelahan stove dipandang. Tu
mesti Dara punya.
"Mintak bawang sikit. Thank you." Selamba Aladin mengambil dua biji bawang kecil
dari plastik milik Dara. She will never
say no, bro!
"Hmm.." Macam tak biasa. Asal bertembung dengan
Aladin atau Sanjay di dapur ada saja yang dorang 'poke'.
‘Minta kicap
sikit. Lupa nak bawa.’
‘Ada cili lebih
tak?’
‘Damn! Lupa bawang besar. Minta sebijik.’
Dah umpama 'barangmu, barangku juga'. Halalkan saja.
Lagipun tak rugi apa-apa kalau setakat berkongsi.
"Masak apa hari ni?"
Aladin senyum lagi. Dara dah pandai buka mulut untuk
panjangkan topik cerita. Dia berlalu ke sinki. Ayam tadi dibersihkan.
"Sup ayam. Cuaca sejuk. Lagipun Sanjay demam. Bagi
dia makan makanan yang sihat sikit." Berhati-hati Aladin potong ayam
menjadi kepingan kecil.
"Patutlah tak nampak batang hidung dia. Biasanya dia
yang so the-freaky-out-loud depan
pintu bilik kalau petang begini."
Kesian juga dengan Sanjay tapi malas nak ambil berat
lebih-lebih. Nanti bulu jiran sebelah tu makin naik. Biasalah bila musim dah
semakin sejuk begini ramai yang jatuh sakit. Dia dan Dian pun dah ada tanda-tanda
akan demam. Tekak gatal, hidung tunggu nak meleleh saja lagi. Kalau di rumah
mesti Mama bising. Nak demam pun masih makan yang pedas-pedas. Ayam masak merah
yang sedang mendidih ni pun tak tau berapa biji cili yang dia kisarkan bersama
bahan-bahan yang lain.
Sementara menunggu ayam yang dimasak mendidih, Dara
menghampiri Aladin di sinki. Nak juga tengok Aladin sediakan sup ayam. Manalah
tau boleh dicubanya satu hari nanti.
"I didn't know
you are such a caring person. Ya la, biasanya lelaki tak ambik kisah sangat
hal kawan-kawan." Mulut Dara semakin ringan berkata-kata.
Aladin tak nampak macam jennies yang mengambil berat.
Sekali tengok memang muka ‘Like I care’,
tak pun ‘mind your own business’.
“Siapa cakap?” Aladin pandang wajah Dara.
Dara jungkit bahu.
"Random
thoughts," Dara menjawab.
Aladin masih murah dengan senyuman.
"Girls and
their random thoughts."
"Excuse
me?" Dara tak puas hati.
"I mean
girls have their own assumptions. Easy example, by just looking at a guy once
girls will have hundreds of thoughts about him."
Contohnya bila tengok lelaki duduk sorang-sorang di kedai
kopi sambil hisap rokok, mulalah buat bermacam andaian.
'Dia patah hati
tu. Maybe baru broke up dengan girlfriend semalam.'
'Ni mesti
penganggur berjaya, lepak di kedai kopi tak buat apa-apa. Tahu hisap rokok
aje.'
Dah melencong jauh andaian yang dibuat.
"We guys are
actually caring inside though we rarely show it outside. Bila kawan susah,
kita tolong. Then tutup cerita. Bukan
macam perempuan. Tolong sikit dah kecoh. Pandai mengungkit pulak tu. Tak
gitu?" Aladin panaskan periuk yang berisi air di stove sebelah.
Dara diam sejenak. Cuba mencerna ayat panjang lebar
Aladin. Terus terang cakap dia setuju juga dengan pandangan Aladin. Macam dia
juga. Tengok sekali dua dah berjela andaian yang dibuat.
" I bet you
have millions of thoughts about me and most of them are negative. Am I
right?"
Ayat Aladin itu buat Dara berlawan pandang dengan mata
Aladin. Baru tersedar, mata Aladin tampak perang. Bulu mata taklah panjang
sangat tapi sedikit melentik. Bila senyum menampakkan 'eye smile' aka 'puppy eyes'
yang buat dia terpana tanpa sedar.
"Err..ya..." Dara melarikan pandangan ke arah
masakannya yang sudah mendidih.
Taklah sampai millions
of thoughts bak kata Aladin tapi bolehlah tahan banyak.
‘Aladin tu typical lelaki spesis ulat bulu.’
‘Never like him. Not my type. Tengok muka
pun dah tahu kaki perempuan.’
‘Baik
hati-hati. Muka Aladin tak boleh harap. Sebijik kasanova.’
Tak tahu betul ke tak. Yang pasti dia memang tak berkenan
dengan Aladin.
Aladin gelak lagi. Apa nak hairan, Dara memang tak pernah
anggap dia 'budak baik' pun.
"Dah mendidih tu tutuplah. Nanti tak sedap masakan
awak kalau ayam soggy sangat."
Aladin mengingatkan Dara.
Mengelamun ke apa tenung ayam tu macam tembus sampai ke
dasar periuk. Takkan Dara kena 'strike'
dengan soalannya tadi. Tangannya terlebih dahulu menutup api stove sebelum Dara. Bahu Dara dipegang
lembut dan ditolak sedikit, memberikannya laluan untuk kembali semula ke sinki.
"Mak saya pernah cakap, kalau buat ayam masak merah
elok blend tomato sekali. Rasa akan
lebih umph. But maybe you have your own way of making it,"
sambung Aladin.
Rupa tomato Dara kat dalam periuk tu macam berenang.
Hirisan pun dahlah besar kesemuanya. Nak tegur lebih, takut Dara malu pulak.
"Owh...." Dara bersandar di meja. Kalau ikut
resipi Mama memang perlu dikisar juga tapi dia
malas nak buat macam tu. Asalkan boleh dimakan cukuplah.
“Awak memang suka
memasak ke?” Random question. Saja Dara nak tanya. Kalau tengok gaya Aladin
memang jenis yang dah biasa dengan periuk belanga di dapur.
“Another random assumption?”
Dara senyum nipis. “Ada
fight dengan Yan Can Cook.”
Aladin gelak kecil.
“Random thought from me. You are so attractive. Terpulang awak nak
ingat saya ambik hati ke tak.”
Hari ni ringan benar
mulut Dara bersembang kosong dengan dia. Biasanya memasak bersama begini, mulut
Dara sangat berat. Habis memasak, menghilang semula ke bilik. Hanya akan muncul
bila dia sudah tiada di situ.
She’s not that bad.
She’s not that hard to get.
Yet not that easy to catch.
Dara turut tersenyum. “I take that as a compliment.”
Dia mendekati Aladin.
Masing-masing diam. Dara tekun memerhatikan setiap gerak geri Aladin. Seriously Aladin expert memasak. Ada sijil extra dalam bidang memasak ke apa. And
ya, ini bukan spesis sotong. Ni boleh masuk kategori ‘men who can cook are sexy’.
“Oregano?”
Dara pelik. Pertama
kali tengok orang campurkan oregano ke dalam sup ayam.
“Are you sure u wanted to add in oregano and not sprinkle
onion?” Tanya Dara lagi dengan dahi
berkerut. Dia mendekat dan pandang wajah selamba Aladin.
Aladin gelak. Kepala
Dara ditunjal lembut dengan jari.
“Ni rahsia sup ayam
saya. Jap, I let you try.”
Sup ayam diambilnya
sesudu dan ditiup berkali-kali.
“Careful. It’s hot.”
Sudu disuakan ke mulut Dara.
Erk! Dara berlagak
biasa walau jantung dah berubah laju.
“Hmmm...” Sedap! Dara
pandang ke arah sup ayam yang mendidih, tanda isyarat nak lagi.
Aladin ambil lagi
sesudu dan ditiupnya seperti tadi sebelum disuapkan ke dalam mulut Dara.
“Oregano is my secret recipe. Same goes to my chocolate cake. The secret
recipe was vegetable oil, not ubat pengasih.”
Burr!!!
Tersembur sup ayam dari
mulut Dara. My goodness..Aladin memang nak aku tercekik sampai pengsan ke?
Aladin dah tergelak besar.
Oh, my attractive Dara!
p/s : Chicken soup really reminds me of winter in Motherland. Can't agree more, sup ayam AL memang sedap! Love loads and good night!
nak nak soup ayam tu ... i really want them both together ;( ;( ;(
ReplyDeletethank you so much :). nice entry, yeah man who can cook is sexy tho :")
ReplyDeleteNext please
ReplyDeleteNk resepi sup ayam aladin pliss
ReplyDelete