LEYLA tarik nafas dalam. Bila tengok Facebook, dia patah hati. Bia tengok Instagram, dia semakin patah hati. Dan jalan yang terbaik adalah deactivate semua saluran sosial yang dia ada.
“Lupakan semua, Leyla. Move on, please,” Leyla bercakap sendiri. Kalau dah nama pun pergi jauh, alang-alang tinggalkan semua yang menyakitkan hati.
“Ouch!”
Mengelamun dan terlampau serabut punya pasal, kaki tersadung di bagasi sederhana besar yang menghalang laluannya. Matanya automatik terarah pada wajah serius lelaki yang duduk di hadapan.
“Sorry.” Itu saja yang Leyla ucapkan sebelum beredar pergi mencari tempat duduk berhampiran. Kalau setakat tayang muka singa lapar tak cukup makan macam tu tak payah susun ayat panjang untuk meminta maaf. Apa ke jadah letak beg kat tengah jalan sampai menghalang laluan serius Leyla tak faham. Jet lag lah kot sebab tu mood tuan punya beg macam singa tapi…urgh!
Tak macam lelaki malam tadi.
Tak macam sexy-Asian-look.
Teringat pula pada dua orang lelaki semalam dengan alkisah terlanggar beg dan terjatuh boarding pass. Pertemuan tanpa sengaja tapi ada juga manisnya. Red. Jay. Sampai bila-bila dia akan ingat nama-nama itu.
“Leyla!”
Baru beberapa langkah menjauh, Leyla terarah pada suara yang memanggil namanya. Di lapangan terbang yang jauh beribu batu dari Malaysia ni, siapa pulak yang kenal dia.
"Oh, my!" Mata Leyla membulat besar. Sexy-Asian-look di hadapan dengan senyuman lebar. Mana-mana perempuan yang tak melting dengan senyuman begitu memang tak lurus.
"Hi, Jay!" Leyla membalas senyuman.
"Red. Not Jay. Jay kat sana, cari burger." Muncung mulut Red terarah pada McDonalds yang agak jauh dari satu. Kecewa juga bila nama Jay yang terpacul keluar dari bibir Leyla dan bukan namanya.
"Sorry. Red. Ya. Red." Rasa macam nak hempuk kepala sendiri dengan bantal busuk kat rumah mama.
"Tersalah nama sekali tak apa. Kalau salah kali kedua, you really break my heart darling."
Itu dia! Dah keluar dah aura mengayat Red. Siap kenyit mata berserta dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Bukan selalu panggil perempuan dengan gelaran darling. Eva dulu pun begitu juga. Delilah? Yang tu special case sikit, buta kot dia tak dapat membezakan perempuan macam Delilah.
“My bad. Sorry. Red. I will remember your name for life.” Leyla ketawa.
"Nak ke mana ni? Makan? Or looking for coffee?" Serius mata Red tak dapat lari dari wajah di hadapan. Rambut yang berwarna perang dan panjang melepasi bahu serta ikal di hujung. Hidung separa mancung. Mata? Sedikit kebiruan. Tak dapat diagak keturunan nenek moyang Leyla. Mengingatkan dia pada Eva yang cuba dilupakan.
Eva?
Leyla?
Sudah-sudahlah, bro. Move on. Eva dah gembira dengan Shark. Malah dia sendiri yang melepaskan Eva pergi. Nak kenang apa lagi.
“Kira nak cari tempat duduk untuk lepak. Kat mana-mana semua dah occupied. So here I am, jalan-jalan nak cuci mata. You know people used to say, once you're in Dubai shopping like Dubaians.” Leyla keluar dengan teori 'jom shopping kat Dubai'.
Red ketawa. Mulut Leyla sangat pok pek siap dengan slang yang susah untuk ditebak. Yang dia 100% pasti, Leyla bukan Melayu tulen.
“Kalau awak tak kisah, kita boleh duduk mana-mana. Coffee. Chit chat. Get to know each other.” Alang-alang dah berjumpa kali kedua, Red cuba cucuk jarum. Dan bila Leyla mengangguk tanda setuju, senyumannya semakin lebar.
Sampai di Costa Coffee, meja kecil di hadapan kedai itu menjadi pilihan supaya tak susah untuk Jay mencari dia dan Leyla nanti. Terpulang pada Jay kalau nak ikut sekali ke tak, semangat nak makan burger punya pasal sanggup berbaris panjang di MacDonalds.
Bila Leyla hanya memesan teh panas, Red menjungkitkan kening.
“Saya tak minum kopi. In general, saya tak suka minum kopi.” Apalah yang aku tengah cakap ni? Leyla sedar ayatnya berbelit-belit tapi rasanya Red masih boleh faham.
“Haters gonna hate.” Red teringatkan Eva. Eva pun tak suka kopi. Hoo haa hoo haa dengan alasan berjela kenapa tak suka kopi.
Leyla melepaskan tawa. Benci. Tak suka. Cakaplah apa-apa pun. Yang penting dia dan kopi memang tak pernah ‘ngam’. Telefon bimbit di dalam sling back diletakkannya di atas meja.
“Pukul berapa next flight awak?” Red bersandar di belakang kerusi. Kalau tengok muka cantik Leyla tujuh hari tujuh malam tanpa makan minum pun dia sanggup. Wajah yang sangat mendamaikan dan sejuk mata memandang. Nak kata dia jatuh cinta, rasanya masih terlalu awal tapi tak dinafikan Leyla mampu buat tempo jantung berubah jauh dari biasa.
“11.30pm. I still have three more hours to go.” Mata Leyla terarah pada jam tangan. Transit selama lima jam taklah seteruk mana. Lagipun dia dah biasa. Jet lagged. Motion sickness. Gastric upset. Itu dah sebati dalam diri dia setiap kali terbang jauh. Cuma bezanya sekarang dia terbang solo.
“So saya ada tiga jam untuk kenal awak.”
Leyla menjungkitkan bahu. Red boleh tahan kalau nak ‘cucuk jarum’ dan Red bukanlah lelaki pertama yang mencuba. Tapi bezanya, Red ada aura tersendiri dan rasanya Red bukan macam lelaki lain di luar sana.
“Which country are you going to?” Red nak korek tentang Leyla sampai ke lubang cacing. Dah macam tak dapat move on bila pandang wajah Leyla yang ada tarikannya tersendiri.
“Czech. Italy. Germany.”
“Sorry, ke mana?”
“Gothic country. Ancient Romans. Beers.”
Kening Red sebelum dia menguntum senyum. Yes! Memang dia tak salah dengar dan tak susah nak teka semua itu dari Leyla. Destinasi yang sama bermaksud peluang untuk mendekat adalah lebih cerah.
“Join us. We are going to the same route.” Tak payah belok kiri kanan dan susun ayat romantik, Red ajak aje terus. Dah terjumpa dua kali di tempat yang tak disangka begini bermaksud dia masih ada peluang unuk usha. Itu pun kalau Leyla masih solo macam dia.
“Wow! Tak sangka!”
Teruja? Yes!
Seronok? Double yes!
Gembira? Triple yes!
Clap hands!
Red ketawa melihat Leyla, bertepuk tangan macam baru dapat hadiah. Dan senyuman lebar itulah yang buat debaran dada semakin berubah tempo. Bila bersama Leyla, apa yang dirasakannya adalah sama seperti bila bersama Eva dulu. Namun kali ini, aura Leyla sangat kuat. Tak mudah untuk dilupakan. Apatah lagi nak ‘touch and go’ begitu saja memang taklah.
“Apa airline yang awak pakai?” Red beralih ke kerusi di sebelah kiri Leyla supaya jarak mereka berdua lebih rapat. Bila wangian yang dipakai Leyla menusuk hidungnya, sumpah tempo jantung dah lari semakin jauh.
“Emirates.”
“Florence?”
Leyla tergelak. Persistent. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan Red sekarang. Lepas satu, satu soalan yang ditanya sampai dia tak tahu nak jawab apa.
“Rome.”
Damn! Tak sama pulak. Red mengurut dagu lagak sedang berfikir. Ini semua Jay punya pasal. Dia cadangkan untuk terus ke Rome tapi Jay ambik rare route, pergi ke Florence konon sebab nak rare sangat.
“Saya akan cari awak di Rome.”
Leyla gelak lagi. Mereka berdua memberi laluan pada pelayan yang menghidangkan minuman.
“Who are you exactly?” Leyla turut mengalihkan kerusianya supaya lebih dekat. Lelaki kat sebelah ni sekadar memperkenalkan diri sebagai Red. Nama penuh. Asal mana. Kerja apa. Apa motif pergi ke luar negara macam dia. Satu hapak dia tak tahu. Mana tahu Red adalah orang suruhan Bad untuk ikut dia ke mana saja dia pergi. Lelaki macam Bad masuk kategori ‘boleh-buat-apa-saja’ dan itulah yang buat Leyla nekad untuk pergi jauh.
“Fareed Jazley. Kerja jual dadah. Pergi jalan cuci mata luar dari Malaysia sebab baru putus cinta.”
“Hah?” Ulang balik boleh tak? Mata Leyla berkedip berkali-kali namun bila Red ketawa, dia mengetap bibir. Belum apa-apa dah kena ‘troll’ dengan Red.
“Saya tak jual dadah. Tapi saya ambik dadah.” Red sambung ayat dan bila mata Leyla mengecil, dia ketawa lagi. Kira okeylah tu berbanding Shark. Shark pernah ajak jadi rakan kongsi sekali tapi dia tolak cara baik. Jadi pelanggan ajelah, nak dibuat bisnes dia tak cukup kental untuk itu. Bisnes memang laku habis tapi bila tengok keadaan Shark, payah juga nak struggle dengan diri sendiri. Mengikuti rehab selama berbulan-bulan memang masuk kes parah namanya. Nasib baik sekarang Shark dah lupakan semua itu. Dia saja yang masih ‘separuh-separuh’, bila stress pandai mencari benda alah tu.
“Putus cinta sebab ditinggalkan atau broke up for good?” Lain pula yang ditanya Leyla. Teh panas dihirup perlahan.
“We broke up for good.”
Dalam banyak-banyak soalan kenapalah Leyla tanya soalan luar alam begitu tapi Red menjawab dengan tenang. Nak bercerita lebih dia tak bersedia. Nak ungkit balik pun dia tak nak.
Leyla angguk kepala tanda faham. Been there. Done that. Cuma bezanya dia masih tak dilepaskan dan mereka berdua belum berpisah cara baik. Kan bagus kalau Bad pun macam Red, lebih mudah nak settle masalah hidup.
“Awak akan dapat yang lebih baik dan lebih layak. Don’t worry.” Lagak Leyla bercakap macam pakar kaunseling walhal masalah diri sendiri pun sangatlah haywire.
“I think I’ve found mine.”
Oh m geee….Leyla hanya mampu ketawa. Rasa wajah yang panas dan merah diabaikan. Dia bukan budak lima tahun yang tak faham maksud tersirat Red. Toleh kiri kanan untuk menghilangkan rasa oohhh la la di hati dan tangan dilambaikan tatkala melihat kelibat Jay yang seolah-olah mencari seseorang.
“Saya rasa awak silap orang, Red.”
Red kenyit mata. Dia tak pernah silap. Pembetulan. Dia pernah silap sekali bila dengan Delilah dulu. Tapi kali ini dia takkan ulang kesilapan yang sama.
“You never know until you try.”
Kalau Leyla main tarik tali, Red lagi suka. Kalau Leyla semakin menjauh, dia akan semakin mendekat. Bintang yang cantik kalau nak digapai memang tak mudah tapi tak salah mencuba. Belum sempat Leyla menjawab, Jay sudah mengambil tempat di hadapan Leyla.
“Di sini rupanya. Aku round satu airport tak jumpa. Hi, Leyla. Jumpa jugak kat sini.” Jay hulurkan tangan dan disambut mesra oleh Leyla. Hilang rasa marah pada Red yang tak reti nak ‘roger’. Tak hairan lah, bila dah ‘melekat’ dengan Leyla kat sini mana nak ingat kawan bromance macam dia.
Dua jam berlalu dengan cepat. Sekejap ketawa. Sekejap dengan riak muka serius. Masing-masing banyak bercerita tentang pengalaman melancong sebelum ini dan sempat juga Red menyelit untuk korek semua tentang Leyla.
Nur Leyla Franziska binti Abdullah - memeluk agama Islam sejak lapan tahun yang lalu. Tapi nampak dengan penampilan Leyla, mungkin dia tak praktikkan ajaran agama….? Jangan menghakimi dulu kalau belum kenal sepenuhnya.
Asal? - Mak berasal dari Indonesia, bapa pula orang Jerman. Patutlah cantik dan sangat menarik hati. Sebelum ini menetap di Bandung. Sekarang duduk di Malaysia atas urusan kerja.
Pekerjaan - Help people and to safe lives. Part ni Red tak faham sangat sebab Leyla berkias nak mampuih. Anggap ajelah Leyla ‘troll’ dia seperti mana dia kenakan Leyla.
Single? Double? Married? Yang ni Leyla tak jawab dan sekadar tersenyum. Ulang ayat ‘you got the wrong person’ oleh Leyla tapi Red buat tak peduli. Dia yakin dia tak salah. Dan andai Leyla sudah berpunya pun dia masih ada peluang untuk memiliki. Lain cerita kalau Leyla sudah berkahwin.
“Kenapa pergi traveling sorang-sorang?” Jay bertanya. Jarang jumpa perempuan pergi bercuti secara solo macam Leyla. Mesti jenis macam Leyla adalah yang sangat adventerous dan berani. Dia tak hairan jenis beginilah yang Red sangat suka.
Leyla tersenyum. Macam mana nak mulakan? Nak bagitau yang dia ada masalah dengan Bad? Nah meluahkan rasa patah hati dan rasa cintanya dikhianati oleh lelaki yang paling dia cintai? Nak kecoh tentang dia pergi jauh sebab nak tenangkan fikiran yang serabut teruk?
Tak payahlah, babe. Dia kenal Red dan Jay pun baru dua hari. Takkan baru dua kali berjumpa begini dia ringan mulut nak canang tentang masalahnya.
“Saja nak dapat pengalaman makan angin tanpa sesiapa. Only me and myself is more than enough.” Leyla bagi jawapan selamat.
“Join kami, darling. Perempuan macam awak kalau pergi sorang-sorang bahaya. At least kalau dengan kami berdua awak selamat.” Red menawarkan diri.
Jay menahan senyum. Mulut manis Red memang tak ada sesiapa dapat lawan. Semakin lama kerusi Red pun dah semakin dekat dengan Leyla. Bercakap pun sangat dekat, jarak tak sampai lima inci. Untunglah Leyla bukan jenis yang tolak depan-depan atau ‘sound’ sikit Red yang boleh tahan dajjal.
“Kalau saya join kamu berdua, how sure am I that I will feel safe?” Leyla menduga. Kang dia kena jual di Rome atau kena culik untuk ‘service’ di Prague apa dia nak buat?
Meledak tawa Red dan Jay. Muka macam mereka berdua memang sudah untuk dipercayai. Bandits. Barbarians. Tyco. Semua gelaran itu boleh menggambarkan riak wajah mereka berdua walaupun boleh masuk kategori kacak bak kata adik Red. Lagi-lagi dengan rambut Red yang sudah panjang sedikit dan jambang yang agak bersemak.
“Saya takkan mensia-siakan bintang yang saya suka. Pakai buang. One night stand. Touch and go or whatever shit you called it, itu bukan cara saya. You just have to trust me.” Pandangan Red turun ke bibir Leyla. Senyuman tu membuatkan dia sangat tergoda. Aci cakap kalau dia nak ‘bungkus’ aje Leyla sekali dengan dia dan tak nak dilepaskan pergi. Betullah kata Jay, kalau nak rembat aje terus. Nanti kalau berulang kisah lama macam Eva dulu memang putih matalah jawabnya.
Menjawab tak. Angguk tak. Geleng kepala pun tak. Eva terdiam dan di sebalik rasa was-wasnya, terselit rasa yakin dan percaya pada Red. Pandangan mata biasaya takkan dapat menipu, begitulah juga panahan mata Red padanya.
“I wish I could.” Suara Leyla perlahan saja. Kalaulah dia mampu beritahu lebih daripada itu.
Sebelum berpisah ke pintu perlepasan masing-masing, berat hati Red mahu melepaskan Leyla pergi. Dia on aje sebenarnya nak pergi sekali dengan Leyla tapi dah tak ada tempat kosong sekali dengan penerbangan Leyla. Sebab itu dia keluar dengan idea luar alam sebelum mereka berdua berpisah.
“Simpan ni untuk saya. Pulangkan semula bila kita berjumpa di Rome.” Red peluk tubuh Leyla tanda perpisahan selepas memasukkan sapu tangannya ke dalam beg Leya. Maaf dia bukan nak mengambil kesempatan tapi dah terbiasa dengan dengan budaya darat yang sudah bertahun-tahun dipraktikkan olehnya.
“Trevi Fountain. I meet you there tomorrow.” Leyla senyum. Terpulanglah kalau Red nak munculkan diri atau tak. Jujur cakap, dia sangat selesa dengan Red. Mungkin perkenalan yang amat singkat tapi dia sukakan segalanya tentang Red.
Gentleman? Yes!
Cool? Double yes!
Jujur? Triple yes!
p/s : Saya selang selikan Bintang Terbaik dengan Jangan Benci Cintaku 2 hingga tiba masa. Saya kayuh dengan laju sebab nak berehat lama lepas ni :) Untuk order Biarkan Pergi atau Di Antara Semua Bintang, boleh PM di FB atau wassap ke 018-391 3947. Yang nak Bintang Terbaik kena dapatkan Di Antara Semua Bintang kalau nak tahu alkisah cerita Red dari awal :) Love loads!
No comments:
Post a Comment