Saturday, May 11, 2019

HITMAN (BAB 2)



AYLIN membiarkan saja tubuhnya di bawah pancuran air. Air suam yang membasahi tubuh terasa begitu mendamaikan. Hilang seketika rasa sedih dan marah yang menghuni hati. Kalau mandi macam ni satu hari satu malam pun dia tak kisah. Sesekali dia menoleh ke belakang kot Ferit dah balik semula.

Tadi bukan main dia menyumpah seranah kondominium sederhana besar ini. Entah interior design planet mana yang Ferit jadikan contoh untuk pintu bilik mandi. Tak guna kalau setakat pintu kaca, sebab kalau nak pakai bilik mandi tak ada privasi. Entah sampai bila dia nak hidup sebumbung dengan Ferit dalam keadaan begini. Argh, teringatkan Ferit hati mesti akan gundah!

Selesai mandi, elok tubuhnya dililitkan dengan tuala yang ada di situ. Mula-mula bila pakai dia rasa janggal sebab tak pernah pakai tuala berwarna hitam. Kalau scan satu bilik mandi ni, sekeliling berwarna gelap. Tiles dinding pun biru gelap. Yang putih cuma sinki dan mangkuk tandas. Agaknya hidup Ferit memang dipenuhi dengna warna gelap sejak azali.

Melihat diri sendiri di sebalik cermin di hadapan sinki buat sedih Aylin kembali bertandang. Sumpah rasa masih tak percaya dia kini bergelar seorang isteri. Yang paling ‘slack’, dia menjadi isteri kepada pembunuh sendiri.

Ikut hati dia nak melarikan diri dan bersembunyi sampai ke hujung dunia. Tapi demi keselamatan abang kandungnya, dia batalkan niat. Apa gunanya kalau abang yang menjadi mangsa bila dia dapat menyelamatkan diri sendiri dari Ferit. Andai membunuh itu bukan satu dosa, dia dah serang Ferit dengan pisau kat dalam dapur sana.

Klik!

Aylin berpaling bila pintu utama ditutup. Nak terkeluar biji mata bila Ferit berdiri memandangnya dengan ekspresi muka yang sama. Muka tanpa perasaan, senang cakap ‘stony face’. Laju langkahnya diatur keluar dari bilik mandi dan berdiri di depan Ferit dengan perasaan marah.

“Balik tak cakap. Apa yang awak tengok dari tadi? Tempat awak ni dahlah tak ada pintu segala, tak ada privasi!” Turun naik nafas Aylin menahan marah. Dengan suara sekali dah tinggi melangit. Maaf, dia memang tak takut kalau Ferit menjerit atau menengking dia sekalipun.

“Kat dalam tu ada pakaian untuk awak. Bersiap cepat. Lepas ni kita keluar.” Mata Ferit terarah pada beg kertas sederhana besar di atas kerusi. Dia ‘selective hearing’. Kalau ada ayat Aylin boleh menyakitkan hati, dia buat-buat tak dengar.

“Mana saya nak bersiap? Awak keluar dulu boleh tak?” Aylin mencapai beg kertas tadi. Dah cakap tadi, rumah ni tak ada pintu selain pintu utama. Janggal juga sebenarnya hanya bertuala di hadapan lelaki yang baru dikenali dua hari lalu. Tapi dia cuba berfikiran positif. Muka ‘stony face’ Ferit tak adalah macam bernafsu sangat tengok dia. Jadi kiranya dia mungkin masih selamat daripada menjadi santapan Ferit.

“Be comfortable and you just have to trust me. Plus this won’t be the first time I see naked women.” Tangan Ferit naik mahu membelai rambut Aylin yang basah tapi ditepis gadis itu kasar. Berombak-ombak dada Aylin, marah sangat agaknya.

“Don’t touch me!” Aylin bergegas masuk semula ke dalam bilik mandi. Hati yang mendongkol geram ditahan. Kalau datang hantu dia, dia tampar atau tumbuk aje terus muka Ferit yang sentiasa dengan senyuman sinis.

Ferit berpaling menghadap tingkap kaca. Senyuman sinis di bibir tak pernah pudar dari tadi. Dia tak kisah kalau Aylin mengamuk macam mana sekali pun. Aylin takkan berani lari daripadanya. Dan kalau pun Aylin lari, dia akan kejar sampai ke hujung dunia. Tanpa dia, Aylin akan berada di dalam bahaya.

Beberapa ketika, Aylin muncul di belakang dengan pakaian lengkap. Rambut yang masih basah itu menyerlahkan lagi kecantikan yang boleh membuai perasaan Ferit. Pandangan mata Ferit dari atas sampai bawah buat dia rasa tak selesa.

“Tukar top tu. My wife shouldn’t wear that kind of clothes.

“Hello, awak yang belikan. Apa yang ada kat dalam beg tadi, itulah yang saya pakai sekarang.” Aylin menjawab kasar. Dia berpeluk tubuh bila Ferit mendekat dan berdiri di hadapannya.

“Ini…saya tak nak tengok awak….”

Belum sempat tangan kiri Ferit menyentuh bahagian dadanya yang agak terdedah, Aylin tepis kasar.

“Don’t touch me! Who are you to touch me?!” Merah mata Aylin menahan marah. Asal bercakap dengan Ferit mesti suara tinggi melambung.

“Awak isteri saya dan saya suami awak. Jangan banyak cakap. Jangan melawan. Change your top now. Saya tunggu.”

Oh my! Aylin hanya mampu bersabar. Riak ‘stony face’ itulah yang dia paling tak tahan. Mungkin orang jahat macam Ferit memang tak ada perasaan dan dah biasa main aci redah. Haruslah marah kalau nak sentuh sebarang tanpa green light dari dia.

Dia berlalu masuk semula ke dalam bilik mandi dan menghadap dinding. Yang dia tak puas hati, pakaian yang dia pakai pun Ferit yang berikan. Takkanlah otak tu kat kepala lutut sampai terlupa citarasa sendiri. Masa pilih jenis top yang agak terdedah begini tak pula fikir sama ada revealing sangat ke tak. Pakaian dia sendiri? Huh, sedih kalau fikir balik. Dah nama pun kena culik, manalah dia ada packing pakaian siap-siap dari rumah.

“Cantik. Jom.” Ferit berpuas hati. Lepas ni nak sembur Tina sampai parah sebab pilih top macam tadi untuk Aylin. Tina ingat jenis begitu adalah citarasa dia agaknya walaupun sebenarnya memang ke laut.

“Kita nak ke mana ni? At least bagilah saya telefon abang saya. Sekurang-kurangnya supaya dia tahu saya masih selamat.”

“Makan. Hal abang awak, nanti kita settle.”

Aylin merengus. Ni berjalan ke berjogging? Langkahnya terpaksa dilajukan agar seiring dengan Ferit untuk masuk ke dalam pintu lift.

“Ferit. Awak tak boleh buat saya macam ni. Dahlah awak paksa saya kahwin dengan awak, then awak tak bagi saya….”

“You talk to much.”

Hanya tinggal seinci dua saja lagi jarak wajah Aylin dan Ferit. Dek terlampau terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu yang tiba-tiba berhenti dan memaut lengannya, tubuhnya automatik statik. Apa nak cakap tadi? Apa yang dia nak marah tadi? Apa yang dia tak puas hati tadi? Habis melayang semuanya dan buat mulutnya terdiam. Pandangan tajam Ferit buat tempo jantungnya laju berbanding biasa.

“Kalau awak tutup mulut dan ikut cakap saya, awak takkan ada masalah lain. You will be fine as long as you’re with me.” Tangan Ferit kemudian naik menyentuh hujung rambut Aylin yang melebihi paras bahu.

“Talk less, you’ll be safe.” Ferit mengingatkan semula. Senyuman nipis terukir di bibir dan seperti yang dijangka, Aylin langsung tak buka mulut hinggalah mereka berdua tiba di salah sebuah restoran untuk makan.


**********

MACAM mana dengan Zack?
Mesti Zack risau tentang dia.
Mesti Zack rindukan dia.
Mesti Zack tercari-cari di mana dia.
Zack…Zack…Zack…

“Tak makan sebab tak lapar atau sebab saja tunjuk protes tak nak makan?”

Lamunan Aylin terhenti. Ferit di hadapan dipandang sekilas sebelum pandangan jatuh pada makanan di atas pinggan. Perut lapar tapi tak ada selera. Sudahnya lamb chop dan salad salmon langsung tak dijamah.

“Ferit, bila baru saya boleh telefon abang saya? Or at least hantar mesej supaya dia tahu saya selamat. Macam mana dengan kerja saya? Takkan saya menghilang macam ni aje.” Dah berbuih mulut Aylin bertanyakan soalan yang sama dan selagi tak mendapat jawapan dari Ferit, dia takkan berhenti bertanya.

“You talk too much.”

Oh, lupa! Itu ayat trademark Ferit. Pendek kata, lelaki itu tak pernah jawab soalan yang ditanya.

“Sekarang makan kenyang-kenyang. Saya takkan bawa awak keluar lagi malam ni.” Ayat Ferit adalah lebih kepada mengarah. Salad di atas pinggan Aylin dicapai dan disuakan ke mulut Aylin.

“Buka mulut.”

Aylin tak ada pilihan lain. Nak tak nak dia terpaksa ikut arahan Ferit. Baru kenal dua hari dah cukup untuk dia membuat kesimpulan tentang lelaki itu.

1. Suka mengarah.
2. Tak pernah dengar apa dia cakap.
3. Suka potong ayat dia sebelum dia habis bercakap.
4. Suka mengawal keadaan sekeliling.

Oh Tuhan…kenapalah dia diuji dengan dugaan begini? Kalau kahwin dengan Superman ke, Aquaman ke, Captain America ke…dia sangatlah tak kisah. Malangnya, dia kahwin dengan Hitman!

“Awak cuti seminggu. Cuti kahwin. Lepas tu awak akan pergi kerja semula. Lepas ni awak boleh telefon abang awak, cukup untuk bagitau yang awak selamat. Then, lupakan Zack. He is not for you.” Ferit bersuara setelah agak lama. Matanya masih setia pada wajah Aylin. Hari ini mata Aylin dah tak bengkak sebab dah tak menangis. Sekurang-kurangnya Aylin tak memberontak seperti sebelum ini.

Kunyahan Aylin terhenti. Dia menjeling Ferit geram. Tak tahulah itu ayat penyata atau arahan dari Ferit. Dia menarik nafas dalam…bersabarlah wahai hati.

“Kenapa awak tak bagi saya peluang untuk decide sendiri? At least saya boleh….”

“I never give you option, Aylin. The only options I gave was two days ago. And you chose to marry me.”

Aylin mengetap bibir. Mana mungkin dia lupa pilihan yang telah diberikan dan pilihan yang dia pilih. Hujung bibir dilap dengan napkin.

“Kenapa bagi saya pilihan yang teruk macam tu? Kita tak pernah kenal apalagi bercinta. Dunia kita berbeza. The marriage won’t work, Ferit. Patutnya awak boleh lepaskan saja saya dan….”

You talk too much. Makan cepat. Lepas ni kita balik.”

The Classic Ferit! Tak sah kalau tak potong ayat dia. Aylin dah tak tahu nak komen apa. Kalau nak sambung ayat dia pun, ayat tu dah berterabur tak tahu ke mana.

“Pasal Zack…”

“Forget about him.”

Ouff! Senang cakap! Dia dah bertahun-tahun bercinta dengan Zack, malah dah merancang untuk berkahwin. Berjanji untuk sehidup semati, macam mana nak lupakan dalam sekelip mata? Aylin bersandar dan berpeluk tubuh. Pandangan dilarikan ke luar sana. Restoran tempat makan ni pun dahlah terpencil. Kalau dia bagi isyarat minta tolong pun takkan ada orang yang perasan sebab pengunjung di sini macam berada di dunia sendiri dan tak kisahkan orang sekeliling.

“You are heartless. That’s why you don’t understand."
 Ayat Aylin perlahan saja tapi masih mampu didengari Ferit. Dia senyum tak. Marah pun tak. Dia biarkan saja Aylin melayan perasaan sendiri. Memang susah untuk Aylin sekarang, tapi lama-lama Aylin akan biasa.

“You are my wife and you will live the way I live…”

Dua pasang itu bertaupan. Ferit yang heartless dan Aylin yang hopeless. Mana mungkin gabungan mereka berdua akan menjadikan perkahwinan ini berjaya?

Black and white.
Dark and bright.
Kita takkan dapat bersama walau dalam apa keadaan sekalipun…


P/s : Classical heartless Ferit. Heavenly angelic Aylin. Hope you all will love them both :) 

No comments:

Post a Comment