Friday, May 24, 2019

HITMAN (BAB 3)

BAB 3




‘KENAPA tak bagitau aku? Apa yang lelaki tu dah buat pada kau? Kau kat mana sekarang? Aku datang ambik.’

Aylin meraup wajahnya. Tadi tak ada satu pun soalan Jess yang dia jawab. Bercakap dalam telefon pun tak sampai lima minit. Cukup sekadar untuk cakap yang dia dah kahwin dan sekarang sedang bercuti panjang. Lain-lain hal dia pilih untuk berdiam diri.

Paling Jess terkejut dan tak boleh terima, dia kahwin dengan Ferit Joe. Masuk suratkhabar segala. Kononnya hanya majlis kecil-kecilan untuk saudara terdekat.  Apa yang buat Jess sangat kecewa, dia tak maklumkan awal-awal pada teman baiknya itu yang dia nak berkahwin. Kalau dia berada di tempat Jess pun dia akan marah, bercinta dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain. Satu hapak dia tak ceritakan pada teman baiknya itu.

“Awak boleh pakai balik telefon tu. Tapi jangan cuba buat kerja gila. Sekali awak tak dengar cakap….” Ferit di hujung sana bersuara. Mohon Aylin takut dan anggap dia mengugut biarpun nada suaranya biasa saja.

Aylin tak menjawab. Tak guna bertekak dengan Ferit, lelaki itu ada pendiriannya sendiri. Kalau dia menjerit dan menyumpah Ferit sekalipun, semua itu hanya dibawa angin lalu. Tak masuk langsung ke dalam telinga Ferit.  

“Sampai bila saya akan jadi tawanan awak?” Aylin bertanya.

“Saya takkan jawab soalan tu.” Bagi Ferit, Aylin bukan orang tawanan tapi isterinya.

Then awak lepaskan saja saya. Saya janji takkan buka mulut bagitau apa-apa pada polis atau orang lain. Atau kalau tak nak, awak bunuh aje saya terus. Saya tak boleh hidup dengan….”

“Why did you beg me for your life back then?”

Aylin terdiam bila ayatnya dipintas Ferit. Pandangan mereka berdua bertaupan lama hingga akhirnya dia mengalah. Bila fikir balik, dia rasa seram sebab nyawanya di tangan Ferit. Dia tahu kalau dia tak merayu, Ferit tak teragak-agak untuk menekan picu pistol ketika itu.

“You will be safe as long as you’re with me.”

Aylin hanya mendengar. Tak tahu nak jawab apa. Nak puji Ferit tu hero dia? Please! Tak akan!

“Macam mana saya nak yakinkan diri sendiri yang saya akan hidup selamat dengan orang yang cuba bunuh saya?”

Ferit tak menjawab. Dia bangun menuju ke arah Aylin yang duduk di hujung katil. Dia menunduk dan mendekatkan jarak wajah mereka berdua.

“Tak semestinya orang yang bawa awak ke dalam dunia gelap adalah musuh awak. Dan tak semestinya orang yang tarik awak keluar dari dunia gelap tu adalah kawan awak. Remember that well.” Panjang ayat Ferit. Dia jenis yang tak pandai susun ayat. Bak kata Aylin, ‘vocab’ dia memang masuk gaung. Kalau bercakap pun bila mengarah saja. Tapi kali ini dia harap Aylin faham maksud tersiratnya.

“Tidurlah.” Ferit memberi arahan sebelum dia berlalu keluar meninggalkan Aylin seorang diri di situ.

Aylin hilang kata. Dia menarik nafas dalam dan menghala pandangan ke luar sana. Gelap saja malam ini, tak ada cahaya bulan atau bintang menghiasi langit malam. Sama seperti hidupnya sekarang. Gelap dan belum tentu ada cahaya pulang.

“Ferit Joe. Awak akan terima balasan.” Aylin bercakap sendiri. Tanpa sedar tangannya digenggam erat. Menahan rasa yang bercampur baur di dalam hati.

Apa akan terjadi dengan hidupnya selepas ini?

Apa kesudahan cerita mereka berdua?

Macam mana dengan Zack? Adakah lelaki itu akan dapat menerima hakikat yang dia sudah berkahwin?

Aylin buntu….


*********


DI sebalik samar cahaya, Ferit masih setia menatap wajah Aylin yang nyenyak. Senyuman nipis terukir di bibir. Balik tadi, Aylin sudah di alam mimpi di atas katil. Betapa Aylin tak nak tidur di katil itu dan bising cakap nak tidur di lantai, gadis itu tewas dengan kata-kata sendiri.

Duduk di sisi katil, dia mengensot untuk mendekat. Bulu mata Aylin. Hidung separa mancung Aylin. Bibir merah Aylin. Semuanya dia tatap satu persatu. Wajah yang memang cantik dan mampu membuai perasaan sesiapa saja….termasuk dia?

Perasaan yang bertandang di hati ditolak tepi. Dia tak nak melayan perasaan sendiri sebab cinta dan sayang memang tak wujud dalam hidup seorang Ferit Joe.

Gebar tebal ditarik menyelimuti tubuh Aylin yang terdedah sedikit. Tangan yang naik mahu membelai rambut berwarna perang itu terhenti separuh jalan. Bimbang nanti mengganggu tidur Aylin, habis dia kena sembur sampai bernanah telinga.

“Sleep well.” Kalaulah Aylin dengar apa yang dia cakap. Dia bangun dan duduk di bean bag tak jauh dari situ. Seperti biasa, menghadap langit gelap di hadapan tingkap kaca adalah salah satu perkara yang boleh buat jiwa kacaunya tenang walau untuk seketika.

Dulu solo, sekarang berdua. Dulu tak berpunya, sekarang dah kahwin. Bila fikir balik, kenapa Ferit tak bunuh saja Aylin beberapa hari lalu? Kenapa mesti nak bagi pilihan dan sekaligus memaksa Aylin untuk berkahwin dengannya? Mungkin betullah cakap Pug, dia takkan bunuh orang yang tak bersalah.

Aylin = Innocent.
Aylin = Tanggungjawab baru.
Aylin = Cinta pertama?

Ferit mengeluh. Tak mungkin dia dan Aylin akan menjadi seperti pasangan yang lain. Masih teringat ayat Aylin padanya. Mereka berdua datang dari dua dunia yang berbeza. Hubungan ini takkan ke mana. Malah Ferit dah tanam siap-siap dalam hati. Tujuan utama untuk mengahwini Aylin adalah untuk melindungi gadis itu. Tak lebih tak kurang. Sebab itu soal hati dan perasaan dia belakang kira.

“Tak tidur lagi?”

Ferit memandang sekilas. Aylin dilihatnya bangun dan menuju ke arahnya.

“Did I wake you up?”

“Tak. Saya terbangun.”

“Pergi sambung tidur balik.”

Bila Aylin mengambil tempat di sebelahnya, Ferit tersenyum nipis. “Awak tak pernah dengar cakap saya.”

“You should stop ordering me.”

“You should get used to it.”

Aylin mengalah. Gebar yang menutupi tubuh dikemaskan lagi. Tadi dia terbangun sebab sejuk sangat. Entah kenapa Ferit pasang penghawa dingin sampai full blast.

“Ferit, saya ada hal nak bincang.”

“Apa dia?”

Aylin tarik nafas panjang. Harap-harap Ferit ni jenis yang boleh dibawa berbincang. Sekurang-kurangnya dengar apa yang dia nak cakap.

“Esok saya nak balik rumah kejap. Ambik barang-barang saya.” Aylin pandang wajah serius di sebelah. Dari tadi sebenarnya dia tunggu Ferit balik, tapi tak muncul-muncul hinggalah dia tertidur.

“Saya akan pergi dengan awak.”

Aylin menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Ferit tak bagi jawapan yang mengecewakan.

“Lepas tu saya nak pergi hospital kejap. Saya nak…”

“Nak apa? Nak cari lubang untuk lari dari saya?” Saat itu pandangan tajam Ferit buat dia hampir tak terkata. Tak boleh ke senyum sikit dan jangan pandang macam nak makan dia.

“Kerja saya sangat penting untuk…”

You have one week leave for this marriage. Jangan minta lebih. Jangan tanya lebih.”

Aylin merengus. Tak pernah ayatnya habis kalau bercakap dengan Ferit.

You should have killed me earlier. Bercakap dengan awak macam bercakap dengan angin. Hidup dengan awak macam hidup dalam penjara. Apa saya buat. Ke mana saya pergi, semua awak yang tentukan. Awak ingat saya ni…”

You talk too much, Aylin. Pergi tidur.”

See! Bila dia perlu tidur pun Ferit yang tentukan. Baru dua hari bersama, dia makin tak tahan dengan perangai Ferit. Tanpa kata, dia berlalu semula ke katil. Menyesal buka mulut depan Ferit, lelaki itu takkan pernah faham atau dengar luahan hatinya.

“Awak tidur mana?”

Ferit tersenyum nipis. Mulut Aylin agaknya memang tak pernah penat bercakap.

“Just sleep. I won't force you, you just have to trust me.”

Pendek ayat Ferit buat Aylin berfikir berkali-kali. Berhati perut juga lelaki yang bergelar pembunuh ni. Dia faham maksud tersirat Ferit. Dan andai Ferit mendatanginya dengan paksaan, sumpah dia akan lebih membenci dan balas dendam. Namun di sudut hati, ada suara kecil yang bersuara dan mengingatkan dia tentang Ferit.

You just have to trust him, Aylin…you have to!



p/s : Sorry for the late update lalings. Was too busy with work and I was down with my own health issue. Doktor pun manusia biasa, boleh jatuh sakit ;) Hope you all enjoyed reading Hitman. Weekend is coming, have a good time! 

No comments:

Post a Comment