Thursday, June 18, 2020

Dear Zaara (Bab 4)

BAB 4


“I rindukan kita yang lama.”
“Meaning?”
“I miss the old us. The old you.”
Ian melepaskan keluhan. Faham sangat dengan maksud Adiya. Tengok muka Adiya yang sedih, dia semakin dihimpit rasa bersalah.
“Tak ada apa yang berubah. You’re still my number one.”
Which part of me is still your number one? Sekarang you dah jarang datang sini. Ajak keluar pun susah. Kalaulah….”
“Shhh, mari sini.” Tubuh Adiya dibawa ke dalam pelukan. Ian tak nak dengar ayat seterusnya sebab dah banyak kali dia dengar ayat yang sama.

Kalaulah you tak kahwin dengan dia.
Kalaulah you berterus-terang dengan keluarga you.
Kalaulah you pertahankan cinta kita.

Dia dah hafal semua tu. Sampai bila-bila pun dia tak pernah lupa. Perkahwinan yang dia sendiri tak rela tapi terpaksa hanya demi menjaga hati orang tua. Bila Adiya diam tak berkutik di dalam pelukan, dia tahu sang kekasih menangis.
“I masih cintakan you. Tak pernah kurang dari dulu sampai sekarang.”
Ayat itulah yang buat Adiya rasa tersentuh hati dan setiap kali itulah dia rasa semakin tak kuat untuk mempertahankan cinta mereka berdua yang dah masuk kategori ‘cinta terlarang’. Malah kalau nak dihakimi, dia adalah pihak yang bersalah sebab menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga Ian. Hakikatnya, dia dan Ian sudah bercinta sejak empat tahun yang lalu dan isteri Ian hadir menjadi penghalang utama hubungan mereka berdua.
I was wondering what did I do wrong? You menduakan I dan…”
“Shhhh…” Tangan Ian naik membelai rambut Adiya. Sebelah lagi masih mengusap perlahan belakang sang kekasih.
Dia tak pernah menduakan Adiya. Sebaliknya dia tersepit di antara keinginan orang tua dan diri sendiri. Kalau Adiya tahu apa pilihan yang papa berikan padanya hingga dia terpaksa menyakiti hati gadis itu, pasti Adiya pun akan menyuruhnya mengikut saja kehendak papa.
“Bagi I masa, Dee. You akan jadi isteri I.”
Part itu Ian sangat yakin. Tapi bila, dia memang masih perlukan masa. Perkahwinannya dengan Zaara belum pun setahun jagung. Tunggulah dulu kisah ‘fairytale wedding’ mereka berdua reda.
Then macam mana dengan dia?”
“I will let her go.”
Adiya terdiam. Bila dia mendongak, sinar mata Ian memberikan harapan. Dan sesungguhnya itulah yang dia harapkan.



DUDUK menongkat dagu di meja kaunter, Zaara termenung sendiri. Dia memandang kosong kimbap yang dia buat sendiri untuk makan tengah hari tadi. Tak jadi niat nak makan dengan Ian, lepas mendengar ayat-ayat yang menyakitkan hati dari Adi terus dia pulang ke rumah. Sedih gila tapi dia masih mampu bertahan lagi, tak adalah sampai menitis air mata. 
Dah puas dia cari tentang kisah cinta lama Ian di internet tapi satu hapak pun tak ada. Paling common, cerita tentang kejayaan Ian dan anugerah yang Ian dapat dalam dunia bisnes. Jadi sekarang tak tahu nak percaya cakap Adi dan cari sampai dapat atau biarkan saja berlalu. Masalahnya, hati ni yang tak tenteram dan dia tahu cara untuk mendapatkan jawapan cuma satu...tanya Ian!
“Hai.”
Terkejut Zaara bila Ian muncul di dapur. Tak dengar bunyi kereta Ian masuk ke porch. Tengok muka Ian serabut macam tak ada semangat nak hidup untuk hari esok. Tapi Ian masih kacak lagi di mata Zaara. Dah nama pun cinta, keluarlah muka macam mana sekali pun akan tetap ‘wow’ di mata Zaara. 
“Hai. Dah makan?” Tubuh Zaara tegak. Walaupun Ian tak pandang dia dan terus menuju ke arah peti sejuk, sekurang-kurangnya Ian menyapa. Kalau sebelum ni tolonglah, nak dengar suara emas Ian pun susah. Kadang-kadang lalu dia macam angin aje. 
“Hmm...”
“Saya tak makan lagi.”
Krik...krik..krik...
Tak ada respons dari Ian. Sedap aje meneguk botol air sejuk. Tak tahulah sang suami dengar ke tak ayat sekerat dia tu. 
“Saya buat gimbap. Nak try?” Zaara masih cuba memancing. 
“Makanlah. Saya dah kenyang.”
“Tak nak temankan saya?”
Ian menoleh. Tengok muka Zaara yang jelas mengharap, terbit rasa kasihan. Zaara siap senyum lagi dengan gimbap yang dah dicapai dengan chopstick
“Kenapa tak makan lagi? I asked you not to wait for me.” Ian bersandar di peti sejuk. Kemeja ditanggalkan, hanya inner shirt berwarna hitam saja yang masih kekal di tubuh. 
Balik ke pejabat selepas makan tengah hari, Lizzy bagitahu Zaara ada datang dan menunggunya di bilik tapi balik sejam selepas itu. Tak pula Zaara meninggalkan pesan, malah Zaara tak suruh Lizzy menelefonnya sebab takut menganggu.
Tipu cakap kalau dia tak rasa bersalah. Lebih-lebih lagi melihat wajah selamba Zaara di hadapannya sekarang yang beriak seolah-olah tak ada apa yang terjadi. Luaran Zaara tampak tenang tapi dia tahu di dalam hatinya kecewa. Sesiapa pun pasti akan merasakan perkara yang sama kalau berada di dalam situasi Zaara.
Nak minta maaf, ego Ian tak dapat dilawan. Nanti-nanti Zaara akan okey juga, dan lama-lama Zaara akan lupa.
“Saya tak tunggu awaklah. Tadi tak lapar, sekarang baru nak makan.”
Tak nak makan sudah. Zaara menyuap gimbap ke dalam mulut. Dah biasa sangat Ian tak pernah sentuh makanan yang dia masak. Kecuali masa di rumah mentua hari tu, berselera sampai tak ingat dunia Ian makan. Nak cakap takut sangat dengan masakan dia, elok aje malam tu Ian tak sakit perut segala pun.
Finish your dinner. Jangan tidur lambat. Saya naik dulu.” Tak jadi niat Ian untuk menemani Zaara makan. Teringatkan ayat Adiya padanya tadi buat dia rasa tak yakin dengan diri sendiri.

‘Macam mana kalau you jatuh cinta dengan dia? She’s pretty and attractive. You akan jatuh cinta dengan dia kalau you semakin rapat dengan dia. Tinggal sebumbung, anything can happen, Ian.’

Adiya menyedarkan dia tentang perkara yang dia dan Adiya sama-sama takutkan. Dulu bolehlah dia buat tak tahu ada Zaara dekat dalam rumah ni. Berjumpa pun bila Zaara temankan dia atas urusan kerja. Tapi sekarang semakin kerap tengok Zaara, perasaan mahu mengelak macam dulu dah semakin pudar. Dia mesti nak tengok Zaara sekurang-kurangnya sekali sehari, hanya untuk pastikan yang Zaara sihat. Dia sudah lebih banyak berbual dengan Zaara dan sanggup dengar celoteh Zaara yang menceriakan pada kebanyakan masa. Malah Zaara semakin kerap muncul di minda.

Apa khabar Zaara?
Dia dah makan belum?
Dia bosan ke tak dekat rumah?

Berada dekat dengan Zaara lagi haru. Contohnya macam pagi tadi, jenuh dia menolak perasan yang sudah mula tertawan dengan Zaara. Itu Zaara baru jatuh bergolek depan rumah, belum lagi kalau Zaara bergolek-golek atas katil. Haih! Semuanya Zaara. Jadi jalan terbaik sekarang adalah membina semula benteng di antara mereka berdua macam dulu.
“Lizzy ada bagitahu, minggu depan kita pergi Paris. Any specific place you want to go during our leisure time?” Zaara masih tak berputus asa. Kalau tak nak makan gimbap yang dia buat dari tengah hari tadi tak apa. Tapi besar juga harapan nak Ian duduk depan dia dan berbual untuk menemaninya. Seharian tak jumpa, gila kalau cakap tak rindu.
“Kita pergi sebab urusan bisnes Zaara, bukan bercuti. Lagipun saya bawa awak sekali supaya keluarga kita dan orang luar tahu perkahwinan kita tak ada masalah. You know that very well. But nothing will change. We are still on our own. Mana-mana awak nak pergi, inform Lizzy. I will make sure that she prepares everything for you.
Melihat wajah tegang Ian, Zaara terdiam seketika. Hampir tak tertelan makanan di dalam mulut. Kalau ya pun ada masalah di pejabat sampai dah malam begini baru balik, tak payahlah menghamburkan kata-kata yang boleh buat dia hilang selera. Bukan dia tak biasa tapi entah kali ini, Zaara berkecil hati.
I’m just asking. Kalau tak nak pun tak apa.” Dah kendur suara dia. Sambung makan gimbap balik tapi rasa dah tak sesedap tadi sebab dah makan hati. Patutlah Ian dan Adi berkawan baik, mulut dua-dua memang tak bertapis dan tak pandai jaga hati orang.
Ian menarik nafas dalam sambil bercekak pinggang. Lemah dia tengok muka cantik Zaara dah bertukar mendung. Tunduk sambil makan laju-laju. Tak tahu Zaara sempat kunyah ke tak. Nampak macam main telan aje terus gumpalan nasi dan telur yang digulung dengan seaweed itu.
Rasa macam nak menyumpah diri sendiri pun ada jugak. Nak tarik balik kata-kata sendiri lepas tu minta maaf sebab terlanjur cakap? Memang taklah. Niat dah betul sebenarnya, nak maklumkan pada Zaara yang jarak di antara mereka berdua akan terus kekal sampai bila-bila. Cuma ayatnya mungkin agak pedas dan tak boleh dihadam sangat.
“Tunggu apa lagi? Tadi cakap nak naik kan? Naiklah.” Zaara menjeling. Tak payah berdiri jadi tunggul kayu depan dia kalau dah tak ada apa nak cakap. Nanti kalau Ian buka mulut pun buat sakit hati aje.
Ian tak menjawab. Sedar diri membuatkan mood Zaara merundum jatuh, dia berlalu keluar. Esok lusa Zaara lupalah tu. Zaara bukan jenis yang emo merajuk nak minta pujuk segala.
Tapi yang dia tak sedar, hati Zaara sebenarnya terguris. Mata Zaara berair tapi masih mampu ditahan. Dia tak mainlah menangis sebab hal remeh macam ni.
Oh, Zaara! Hakikatnya….bila hati disakiti suami bukanlah perkara yang remeh. Zaara mendongakkan kepala. Please air mata, sila jangan jatuh!

p/s : Pre order akan dibuka pada hujung bulan ini sekali dengan Bintang Terbaik. Till then, love loads! 

No comments:

Post a Comment