Monday, October 11, 2021

Katakan Cinta (Bab 1)

 



BAB 1

 

 

MATA Jeyhan melilau melihat seluruh ruang rehat. Besar dan luas. Mewah. Chandelier yang tergantung juga tampak mahal, sekali pandang nampak seperti dihiasi dengan berlian.

“Besar rumah mewah kau ni. Berapa banyak duit haram yang kau pakai untuk bina rumah macam ni?” Jeyhan senyum. Ikut hati dia rasa nak belasah muka musuh di depan mata. Wajah Lukman yang tampak takut dipandang tajam. Maaflah, dia takkan bersimpati dengan orang yang berhati binatang macam Lukman.

“Kau nak apa? Aku sanggup berikan apa saja yang kau minta tapi aku merayu, kau maafkanlah aku dan lupakan semua hal ini ya.”

Pecah tawa Jeyhan. Tak sangka Lukman sanggup berlutut di hadapannya yang baru melabuh duduk di sofa. Inilah yang dia nak dengar, rayuan Lukman yang tak berpenghujung. Tapi part minta dia lupakan semuanya itu adalah agak mustahil.

“Maaflah Lukman, tak semudah itu untuk aku maafkan kau. Lagipun kau patut minta maaf dekat arwah orang tua aku, bukan aku.”

“Jadi apa lagi yang kau nak? Rumah ni? Ambik ajelah! Harta aku? I can give you half of what I have!

Nyaring suara Lukman. Benci dia tengok muka Jeyhan yang sentiasa mengukir senyum. Entah kenapalah dia boleh ‘kalah’ dengan Jeyhan yang boleh menjatuhkan dia bila-bila masa saja lagi. Entah di mana silapnya hingga bukti semua kegiatan haramnya diketahui Jeyhan.

“Aku nak lebih dari tu.” Jeyhan mula mencucuk.

“Apa yang kau nak?”

“Mia Luna binti Lukman.”

“Bangsat! Kau dah gila ke apa?!” Marah Lukman memuncak. Dia bangun mahu menerkam Jeyhan tapi orang-orang Jeyhan lebih cepat bertindak dan menghalangnya.

“Jangan libatkan anak aku, Jeyhan. Luna tak ada kaitan dengan hal kita dan aku takkan serahkan Luna pada kau.” Lukman mengetap bibir.

“Tsk….jangan risaulah. Aku takkan main kotor. And that is why I came to you today to ask for your one and only daughter. Kira okeylah daripada aku culik dia terus tanpa minta restu daripada kau.”

Then kau kena langkah mayat aku dulu!” Bergema suara Lukman. Dia menepis tangan yang cuba menahan tubuhnya.

Jeyhan senyum. Pistol di sebalik suit hitamnya ditarik keluar dan diacukan tepat ke wajah Lukman.

Fine. Maybe aku patut tembak aje kau dan bawa anak kau keluar dari rumah ni.” Selamba ayat Jeyhan. Rasa nak gelak tengok muka pucat Lukman. Tahu takut, tadi bukan main nak suruh dia langkah mayat segala. Dasar pengecut!

“Tolonglah Jeyhan. Aku boleh bagi apa saja yang kau nak tapi bukan anak aku. Aku rasa arwah papa kau pun tak suka dengan apa yang kau buat sekarang.”

Jeyhan menarik nafas dalam. Pantang dia kalau Lukman sebut tentang orang tua dia. Syaitan yang bertopengkan manusia macam Lukman patutnya tak boleh diberi muka. Ikut hati dia nak tembak mati aje terus dekat sini, tapi akalnya masih waras lagi.

“Kau cuma ada dua pilihan Lukman. Serahkan harta kau dan anak kau pada aku atau aku akan hancurkan terus hidup kau hari ni juga. Kalau hidup kau hancur, hidup Luna pun akan hancur sekali.” Jeyhan mendekatkan wajah. Dia yakin Lukman terpaksa mengalah kali ini. Lama Lukman diam, hingga akhirnya Lukman mengangguk lemah.

Bravo! Kalau dari awal lagi kau setuju kan senang. Malam ni aku hantar rombongan, majlis akad nikahnya minggu depan. Deal?

Hah?! JK ternganga. Nak kata dia salah dengar apa yang Jeyhan cakapkan memang taklah.

“Serius, bro?” JK berbisik. Kenapa dia tak pernah tahu plan luar alam Jeyhan yang nak ambik Mia Luna sebagai isteri sedangkan dia adalah orang kanan Jeyhan dan teman rapat Jeyhan.

“Kau pernah nampak aku bergurau hal macam ni?”

Orang tanya dia, dia tanya balik. Pening JK. Sekarang ni ligat otak berfikir siapa yang mereka berdua nak angkut dari rumah untuk datang meminang malam ni. Mak Teh? Pak Atan? Takkan nak bawa satu kampung.

“Bagi aku masa untuk bincang elok-elok dengan Luna dulu. Dia takkan setuju dengan….”

“I don’t care how you’re gonna do it, but convince her to marry me.” Jeyhan bangun dan meregangkan otot di badan. Suit di tubuh diperkemaskan lagi.

“Sekurang-kurangnya aku tak sekejam kau.” Jehan sambung ayat. Jelingan tajam Lukman yang berdiri di depannya sangatlah tak menakutkan langsung.

“Kalau anak aku tak setuju kahwin dengan kau, aku takkan paksa….”

“You will have to convince her and she will marry me. Period.” Jeyhan menepuk bahu Lukman berserta senyuman. Saat dia berpaling mahu keluar, matanya tertancap pada gambar besar yang digantung di dinding bersebelahan tangga.

Mia Luna tampak sangat cantik. Itu baru dalam gambar, kalau di depan mata lagi dia tak terkata dan terpukau dengan kecantikan Luna.

“Bagitau Luna, teman lelaki dia yang sekarang tu tak guna sama macam kau. Dia akan lebih bahagia kalau dia hidup dengan aku.”

Terdiam Lukman. Betullah sangkaannya, Jeyhan tahu semua tentang dia dan Luna. Jeyhan bukan musuh yang boleh dibuat main. Buktinya, permintaan Jeyhan sangat tak masuk akal.

Nak jadikan Jeyhan menantu rumah ini?

Gila!

 


“SAYANG, tak turun lagi ke? Dah bersiap belum?”

Luna buat tak dengar. Dengan malas dia bergerak ke arah wardrobe. Tak tahu nak pakai baju apa. Sakit hati dengan papa pun satu hal. Dia dahlah postcall dengan mood yang ke laut, selamba papa cakap ada rombongan datang meminang malam ini dan masalahnya rombongan itu bukanlah dari keluarga Haris, tapi orang lain. Bila dia tanya siapa, tak pula papa bagitau. Lagilah dia mengamuk dengan papa.

“Kak Sha, Luna tak nak turun boleh tak?” Luna bertanya. Kak Sha di sebelah dipandang. Sibuk nak ikut dia pilih baju.

“You know the answer well, sayang.”

Okey, tak bolehlah maksudnya. Kena turun jugak. Luna melepaskan keluhan berat. Malas nak pilih baju lawa-lawa, dia capai knit sweater berwarna kelabu dan dipadankan dengan leggings hitam.

“Macam tu aje?” Kak Sha menggelengkan kepala.

“Habis tu takkan nak pakai dress. Orang datang nak meminang aje pun, bukannya kahwin terus.”

“Pakailah baju kurung ke. Ha, mana baju kurung Pahang yang Kak Sha belikan bulan lalu? Pakailah yang tu, lawa.”

Luna bercekak pinggang sambil pandang Kak Sha dengan jelingan tajam. Dia jenis yang pakai baju kurang setahun sekali ni jugalah yang Kak Sha paksa sangat. Dia berlalu ke hadapan cermin, ikat rambut lepas tu belek muka sikit…siap!

“Kalau papa Luna bising Kak Sha tak nak tolong.” Kak Sha angkat kedua belah tangan tanda mengalah. Cara pemakaian Luna tak ubah macam orang yang nak singgah di Seven Eleven beli minuman Sprite setin. Jangan saja rombongan lelaki pengsan tengok gaya bakal menantu dorang ni sudahlah.

Saat menuruni anak tangga, Luna dapat dengar suara di ruang tamu yang agak riuh. Bunyi macam ramai aje. Takkan rombongan lelaki bawa satu kampung datang ke sini.

“Hai, papa…”

Semua mata berkalih ke arah Luna yang muncul di belakang. Betullah, memang banyak gila tetamu malam ini. Terpaksa dia buat-buat selamba walaupun debaran di dada mula terasa.

“Luna, sini sayang.”

Luna menurut bila papa melambaikan tangan dan bila mendekat, saat itulah Luna bertaup pandang dengan lelaki yang duduk di hadapan papa. Masing-masing dengan mata yang tak berkedip.

“This is Luna. Luna, this is Jeyhan.”

Jeyhan tersenyum, menampakkan lesung pipi di sebelah kirinya. Inilah Mia Luna yang dia inginkan. Yang dia tertunggu-tunggu dari tadi. Ingatkan betul-betul tak nak turun tengok dia.

“Hai, Luna.”

“Hi…”

Cetttt! Kenapa kau gugup tiba-tiba Luna oi? Rasa nak ketuk kepala sendiri, buat malu aje. Betullah cakap Kak Sha tadi, lelaki yang beria sangat nak kahwin dengan dia ni sangat kacak. Dengan dia sekali terpukau tapi chup chup...dia tak boleh goyah sebab misi utamanya adalah untuk membuatkan Jeyhan berubah fikiran. Kalau dengan yang ni pun dia boleh terpikat, habis tu Haris dia nak letak di mana? Dalam poket baju?

“Manis orangnya.”

“Padan sangat dengan kau, bro.”

“She is so pretty.”

Haaa mulalah ada suara yang memuji kecantikannya. Luna terpaksa meminta diri ke dapur sebab tak mahu diri menjadi perhatian. Debaran jantung yang kian laju cuba diabaikan. Seriuslah menyesal dia keluar tunjuk muka.

“Hensem kan? Sangat-sangat hensem kan?”

Terkejut Luna bila Kak Sha mendekat saat dia masuk ke dalam dapur. Bukan main lebar senyuman Kak Sha. Dia yang dipinang, Kak Sha pula yang gembira bukan main.

That’s not the point. Luna tetap tak nak. Luna takkan setuju walau apa pun yang papa cakap.” Luna bersandar di meja kaunter sambil berpeluk tubuh. Peringatan untuk diri sendiri jangan lupa. Dia dah ada Haris di hati dan takkan ada ruang langsung untuk lelaki yang bernama Jeyhan. Gitewww! Itulah alasan yang paling bernas untuk menolak pinangan kali ini.

Part tu Kak Sha tak nak masuk campur. Tapi satu aje Kak Sha nak cakap. Kak Sha lagi suka si Jeyhan ni dari Haris.”

“Amboi, suka Jeyhan nampak. Dah ada Jeyhan Fan Club ke dekat rumah ni?” Luna memerli Kak Sha yang sedang menyediakan hidangan untuk tetamu di luar sana.

“Haah. Luna baru tau? Tak nak join sekali ke?”

“Hishhh!”

Pecah tawa Kak Sha. Dia dah bising minta Luna untuk tolong sekali, setakat jadi tiang lampu pok pek tak puas hati pasal Jeyhan tu sangatlah tak membantu.

“Minuman dah buat belum?” Luna bertanya.

“Dah. Semua dah siap, tinggal nak bawa keluar aje.” Kak Sha minta dua orang pembantu yang lain untuk membawa keluar hidangan yang dah tersusun.

“Jap, minuman biar Luna yang bawa nanti.”

“Luna, please…”

Kak Sha mula tak sedap hati. Lagi-lagi melihat senyuman nakal Luna. Budak ni kalau tak buat hal memang tak sah.

“I just want him to cancel this wedding, Kak Sha. Luna nak dia sendiri yang

cakap tidak.”

“Tapi ini bukan caranya…” Berkerut dahi Kak Sha. Tapi typical Luna, bukan dengar pun tegurannya. Nak marah lebih-lebih, Luna itu adalah anak majikannya. Sudahnya Kak Sha terpaksa tutup sebelah mata.

Di luar sana, Luna tuang sendiri teh ke dalam cawan dan dihulurkan pada Jeyhan. Biasanya kalau dengan orang lain, elok aje dia tenung lama-lama dengan pandangan tajamnya tanda protes. Tapi bila dengan Jeyhan, cepat dia melarikan pandangan ke lain.

“Thank you.”

Ucapan Jeyhan, Luna jawab saja dalam hati. Tak sabar nak tengok reaksi Jeyhan minum teh yang dibancuhnya. Tolonglah, minta-minta lepas ni Jeyhan tukar fikiran tak nak berkahwin dengan dia.

“Luna sayang, pihak lelaki nak adakan majlis kecil-kecilan. Proposed date is 22 September.”

“Hah?! Minggu depan?”

Terkejut Luna mendengar ayat papa. Dia pandang satu persatu wajah yang ada di situ. Ada yang pandang dia berserta senyuman. Ada yang mencebik. Yang menjeling pun tak terkecuali. Tak payah tanya pun dia dah dapat mengagak, semua yang beriak negatif itu adalah sebab tak puas hati dengan pemakaiannya yang ringkas dan bersahaja.

“Luna tak nak kahwin dengan mamat ni. Jebat, Jacob whatever his name is….”

“Jeyhan. Jeyhan Jazley.” Jeyhan senyum. Suka tengok riak serius Luna yang cantik.

Bro, kau sure ke nak kahwin dengan minah ni. Nama kau pun dia tak ingat.” JK berbisik. Punyalah dia menahan tawa bila nama Jeyhan bertukar jadi macam-macam.

Jeyhan hanya tersenyum. Dia tak mahu ambil peduli apa pun keputusan Luna sebab yang tentukan semua itu adalah dia dan Lukman, papa Luna sendiri.

Listen, Jeyhan Jazley. Saya tak kenal awak dan tak teringin nak kenal awak. Sebab tu saya takkan kahwin dengan awak. So can you please leave with your whole kampung from here?” Lantang suara Luna.

Fuhh! Tangan JK spontan naik mengurut dahi. Seriuslah datang menyunting bunga garang malam ini bukan cadangan yang baik. Lagi-lagi Luna adalah anak musuh keluarga Jeyhan. Jeyhan ni pun satu hal. Waktu tengah genting begini boleh pulak gelak di sebelah, tak tahu apa yang lucu sangat. Padahal muka Luna dekat depan ni lebih menyeramkan dari singa lapar.

Listen, Mia Luna. Saya kenal awak dan teringin nak kahwin dengan awak. Sebab tu tak kira apa pun yang awak cakap, saya tetap akan kahwin dengan awak.”

Mila merengus. Si Jeyhan ni memang pandai menjawab agaknya. Biarpun marahnya memuncak dan mula menyampah dengan senyuman Jeyhan, tapi dia sabarkan hati. Bukan niat mahu memalukan papa di depan orang ramai, tapi dia ada hak untuk menentukan masa depannya sendiri.

“Luna, sayang. Nanti kita bincang elok-elok ya.” Lukman meredakan keadaan. Sumpahlah dia pun tak mahu bermenantukan Jeyhan. Tapi dia tak ada pilihan lain.

“Papa patutnya bincang dengan Luna sebelum dorang datang, bukan bila dorang ada di depan mata macam ni.” Luna semakin marah. Papa pun satu hal. Dah tahu dia ada Haris, malah papa sendiri sukakan Haris. Yang papa terima juga lawatan rombongan kampung pisang malam ini kenapa?

Jeyhan dan JK saling berpandangan. Mak Teh yang duduk di belakang pun dah merungut dengannya. Tanpa mempedulikan dua beranak yang bergaduh di depannya sekarang, Jeyhan menghirup perlahan teh yang Luna hulurkan padanya tadi. Namun seketika kemudian…

Burrrrrrr!


P/S : Untuk yang bertanya, ini adalah novel penuh (hardcopy). Tak tebal sangat, tapi boleh mengubati rindu andai ada yang rindukan penulisan saya ;) If you like Hitman Series, then you will like #JeyhanLuna as well.  Lastly, take care and stay safe! Love loads! 

No comments:

Post a Comment