Monday, October 11, 2021

Katakan Cinta (Prolog)

 



PROLOG


SAAT pistol diacukan ke arah Jeyhan, Luna terdiam.

So Luna, ingat lagi tak soalan yang I pernah tanya you. Kalau you diberi peluang untuk selamatkan hanya seorang saja, siapa yang you akan pilih? Jeyhan atau papa you?”

Jeyhan mengukir senyum biarpun hujung bibirnya yang pecah itu terasa sakit. Entah apalah pilihan yang Haris berikan pada Luna. Sudah tentulah Luna akan pilih papa dia. Dorang dua baru bergaduh besar sampai Luna nak membawa haluan sendiri, jadi memang Luna takkan pilih dia.

“Sekarang you kena pilih, nak I lepaskan papa you atau si keparat ni?”

Terdiam Luna. Dia masih ingat lagi soalan Haris yang tak guna tu, cuma dia tak sangka inilah situasi yang perlu dia hadapi untuk tentukan siapa yang menjadi pilihannya.

“I dah bagi you masa untuk fikir jawapan yang sesuai. So now…Jeyhan or papa you?”

Haris tunjuk Jeyhan yang tertunduk semula, kemudian tunjuk pula Lukman di sebelah. Inilah masa yang ditunggunya. Nak tengok kekecewaan dan kejatuhan Jeyhan di depan Luna. Nak buktikan pula pada Lukman yang dia boleh menewaskan Jeyhan, yang kononnya sukar untuk dikalahkan itu. Yang Lukman patut pilih dia untuk dijadikan menantu dari awal lagi, dan bukannya Jeyhan.

Luna menggeleng kepala. Nak muntah dia tengok muka Haris yang berkalih menghadapnya di sebelah. Papa menggeleng kepala padanya, Jeyhan pula mengangkat wajah dan senyum nipis memandangnya.

“What will you do if I choose only one of them?” Kalau boleh, Luna tak nak tanya soalan tu sebab dia nak selamatkan kedua-duanya sekali.

“Maksud you yang tak terpilih tu ke? Hmm…I akan bagi dia peluang untuk selamatkan diri sendiri.”

Luna mengetap bibir. Jeyhan yang dah nak separuh mati di sebelah kiri dan papa di sebelah kanan. Air mata yang mengalir di pipi dilap dengan hujung jari.

“Tak ada jawapan lagi ke, sayang? Need my help?

Haris senyum dan mula mundar-mandir di situ. Boleh aje kalau dia nak tunggu jawapan Luna. Tapi tak naklah lama-lama, nanti hilang rasa seronok tengok drama ‘anak-menantu-suami’ ni.

“Jap, I recall balik untuk you. Jeyhan Jazley. Lelaki yang ugut I supaya dia dapat kahwin dengan you. Lelaki yang ugut papa you supaya papa you kahwinkan you dengan dia. Dialah juga lelaki yang ugut papa you untuk serahkan harta papa you pada dia kalau tak nak hidup you menderita. Tak gitu, Jeyhan…Lukman?”

Jeyhan senyum biarpun seluruh tubuh dan mukanya terasa sakit. Dia angkat wajah memandang Luna di hadapan.

“Just choose your papa, Luna. Don’t worry about me.”

“Tak, Luna. Pilih Jeyhan. Jeyhan boleh jaga Luna. Papa boleh handle si bedebah ni.”

Luna menarik nafas dalam. Papa dan Jeyhan saling tak mahu kalah. Dia yang semakin buntu dan berbelah bagi.

Come on, Luna. Time is tickling. I tak ada masa nak tunggu you, or otherwise I will have to decide myself.” Haris mengerling Jeyhan yang terbatuk-batuk. Tak sabar dia nak tengok muka kecewa Jeyhan andai Luna memilih papanya sendiri.

“Luna, please. Selamatkan Jeyhan. Papa tak tahu sampai bila dia boleh bertahan begini.”

Lukman merayu. Tak payah risau sangat tentang dia. Kalau dia mati dibunuh sekali pun, dia tak rugi apa-apa. Dah tua begini, memang tunggu masa nak pergi ajelah.

Lama Luna diam. Teringatkan semula apa yang Jeyhan dah buat pada dia dan papa. Perlukah dia dengar cakap papa dan layakkah Jeyhan diberi peluang kedua olehnya andai dia pilih Jeyhan? Mampukah dia memaafkan Jeyhan dan adakah itu akan mampu mengubati luka di hatinya?

“Luna, dengar cakap papa sayang…”

Mata Luna berkalih pada Jeyhan bila papa merayu begitu padanya. Jeyhan seperti separuh sedar, seakan dah tak mampu untuk membuka mulut.

No comments:

Post a Comment