Sunday, October 13, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 7

            
PETANG yang tenang dan sedikit mendung. Rafeeqa duduk di tepi kolam renang, kakinya menyepak perlahan air sambil mendongak memandang langit. Badan terasa segar selepas berenang tiga pusingan di dalam kolam. Ni terapi untuk diri sendiri yang jiwa kacau sejak dia pulang ke tanah air sebab malas nak layan stress, buang masa.

            Kisah dia dan Shahrizal, di mana dan apakah penghujugnya nanti? Andai dia nujum mak belalang, itulah jawapan yang dia ingin tahu terlebih dahulu. Namun, yang tahu cuma Dia Yang Maha Kuasa. Bukan David Copperfield encik magik terunggul dunia, bukan juga nujum pak belalang zaman P. Ramlee.

            Semalamam dia makan hati, menjeruk rasa. Layan sedih seorang diri. Bila bercakap dengan Shahrizal, berat giler mulut Shahrizal nak bersembang. Tapi boleh pula bergayut di telefon dengan Husna sampai telefon bimbit habis bateri. Dia yang nak minta kena dodoi pun tak dilayan, setakat dijeling dengan pandangan yang bermaksud ‘Later’.

            Sekarang ni boleh lagi dia bersabar dan memendam rasa, tapi bagaimana pula masa-masa akan datang? Boleh jadi gila okey gara-gara suami ada kekasih gelap. Nak luahkan perasaan sendiri, Rafeeqa tak reti.

            Ada juga dia berharap agar Shahrizal faham isi hatinya berdasarkan tingkah laku dan layanannya pada encik suami. Tapi nampak gaya macam tak ‘masuk’ dah Shahrizal, angau sangat dengan Husna.
            Luahkan pada Damia, Damia pula yang tension mengalahkan dia yang menanggung.

            ‘Panas aku. Panas!’

            ‘Kalau aku adalah kau, aku serang Husna tu. Hentak sikit kepala dia kat dinding.’

            Rasa nak tergelak pun ada, setiap kata Damia langsung tak membantu. Jadi dia pendamkan saja di dalam hati. Sampai masa bila dah tak tahan nanti, pandailah dia luahkan semula pada Damia.

            Malas nak serabutkan fikiran yang dah terlebih serabut, Rafeeqa terjun semula ke dalam kolam renang.

            “Yuhuuu!”

            Lagak Rafeeqa dah macam ikan duyung. Kalau berenang dia boleh sampai lupa dunia.

            Hilang soal masa depan rumahtangga.

            Hilang soal kerja di syarikat Uncle Jay.

            Rafeeqa nak berenang sampai lenguh satu badan.





            BALIK ke rumah petang itu, panjang leher Shahrizal yang baru keluar dari perut kereta mencari kelibat Rafeeqa. Pintu pagar tak berkunci. Pintu utama rumah terbuka luas. Tak sedap hati pula.

            “Rafeeqa. I’m home.”

            Tak ada jawapan. Shahrizal makin tak sedap hati. Masuk ke dalam rumah, bayang-bayang Rafeeqa langsung tak nampak. Terjah dapur, lagilah tak ada.

            “Rafeeqa. Rafeeqa.”

            Masih tak ada jawapan dari si isteri. Laju Shahrizal melangkah ke luar rumah semula. Berlalu ke bahagian tepi rumah dan saat itu bagai nak tercabut biji mata. Yang tengah elok berenang tu isteri dia atau jelmaan ikan duyung?

            “Rafeeqa!”

            Rafeeqa yang baru nak buat gaya kupu-kupu mengangkat muka. Hoyeah encik La Tarzan dah balik!

            “Shah! Dah lama sampai?” Rafeeqa siap lambai-lambai tangan dengan badan yang masih terapung-apung. Awal Shahrizal sampai hari ni.

            “Awak buat apa ni, Rafeeqa?” Shahrizal sudah berdiri bercekak pinggang di tepi kolam renang dengan dahi berkerut.

            “Main masak-masak.” Macam tak nampak dia tengah berenang.

            “Naik, Rafeeqa. Naik. Dah, jangan berendam lagi.”

            Shahrizal berdiri bercekak pinggang dengan jari telunjuknya mengarahkan agar Rafeeqa keluar dari kolam renang. Matanya melilau melihat sekeliling rumah. Kot ada orang luar sedang mengintai sang isteri yang perasan jadi Pamela Anderson sekarang ini.

            “Why? Is it haunted?” Sedap aje dia berenang di sini dari tadi.

            “Naik cepat atau awak nak saya terjun dan tarik awak naik?”

            Oh, okey. Mengugut nampak. Perlahan-lahan Rafeeqa berenang ke tepi dan sekejap saja tubuhnya sudah berada di dalam pelukan Shahrizal. Tubuh langsingnya dibalut Shahrizal dengan tuala yang terdapat di kerusi rehat di situ.

            “Masuk air ke apa? Pakai bikini petang-petang macam ni apa kes? Atau awak lupa awak sekarang ni dah kat Malaysia?” Shahrizal tayang muka tegang sambil mengelap rambut isteri dengan tuala kecil. Mata tak usah cakap, dari tadi scan depan belakang kot ada yang betul-betul ‘cuci mata’ di sebalik pagar rumah.

            Berkerut dahi Rafeeqa, tak faham dengan maksud dan tingkah laku Shahrizal yang membungkus tubuhnya macam kuih popiah. Apa salahnya mandi dengan bikini? Bukan itu memang pakaian mandi ke? Bikini milik dia lebih bergaya pulak tu, leopard prints yang menjadi trend masa kini.

            “Kalau orang tengok....hish!” Tangan Shahrizal berhenti menggosok rambut paras bahu milik Rafeeqa.

            Wait. Wait. Rafeeqa tenung wajah Shahrizal. Beberapa saat kemudian....Laaaa! Baru faham. Rafeeqa tergelak kecil, buat-buat tak nampak bila pandangan mata Shahrizal tajam padanya.

            “Tak ada siapa yang nak tengok la, Shah. Nak panjat tembok pagar tu pun belum tentu orang dapat. Plus, this neighbourhood has a strict security so who would think of climbing that high wall and peep on me?

            Ni bukan gaya diva bercakap, tapi Rafeeqa cakap ikut logik. Tembok di sekeliling rumah yang tingginya macam Tembok Besar China, siapa yang larat nak panjat? Spiderman pun belum tentu nak cuba.

            Shahrizal ketap bibir. Berdiri bercekak pinggang di depan Rafeeqa dengan keluhan panjang. Rafeeqa memang takkan dapat menangkap maksud tersirat yang dia cuba sampaikan. Rafeeqa masih isteri dia yang sah, dari hujung rambut sampai hujung kaki Rafeeqa adalah milik dia. Mana dia tak angin bila selamba siot Rafeeqa pakai bikini yang sekadar cukup untuk menutup bahagian yang sangat sulit. Kalau Atan si pemotong rumput tiba-tiba datang macam mana? Percuma aje cuci mata!

            “Do you know that 2998 raped cases have been reported in Malaysia?”

            “What?!” Rafeeqa tarik muka masam. Tak payahlah nak menakutkan dia sampai macam tu sekali.

            “Mengharap sangat ke?” Rafeeqa jeling tajam.

             Tanpa menunggu lama, dia angkat kaki meninggalkan Shahrizal. Balik aje terus nak ‘hentam’ orang, mana tahan. Dia bukan ‘otak separuh’ yang tak faham dengan maksud Shahrizal.

            Oh, please lah! Kawasan perumahan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan macam ni siapa yang berani buat hal? Nak masuk ke kawasan perumahan pun perlukan kad akses, jadi kalau setakat berangan nak panjat pagar tembok rumah orang baik tak payah. Sempat Rafeeqa berpaling semula dengan muka geram.

            “Lagi satu..apa yang salahnya saya mandi dengan bikini? Dah memang itu yang orang pakai untuk berenang. Ops! Jangan pula awak ingat saya nak mandi dengan baju kelawar.”

            Ambik tu! Ayat Rafeeqa buat Shahrizal terkedu. Pakai gaun tidur seksi tak boleh. Pakai bikini di dalam kolam renang pun tak boleh. Pendek kata, semua tak boleh! Grrrr...




            SHAHRIZAL jenguk pintu dapur. Sunyi. Meja makan kosong. Aik? Tangan Shahrizal diselukkan ke dalam poket seluar. Perlahan-lahan dia berjalan mengelilingi dapur. Laaa..memang tak memasak agaknya Rafeeqa malam ni. Bila dia terasa nak makan di rumah, boleh pulak Rafeeqa melancarkan mogok.

            Berlalu ke peti sejuk, kotak jus Tropicana dicapai Shahrizal dan diteguk rakus. Dalam otak dah susun ayat macam mana nak minta Rafeeqa memasak. Malu lah nak straight to the point, hari tu bukan main dia komen sambal mangga yang Rafeeqa buat. Tak sedaplah. Tak pandai buat kerja dapur lah. Agaknya Rafeeqa terasa, sebab itu Rafeeqa jarang memasak kebelakangan ini.

            Sambil meneguk kotak jus, mata Shahrizal melihat satu-persatu fridge magnets yang tersusun di pintu peti sejuk. London. Washington. Moscow. Amsterdam. Istanbul. Seoul. Beijing. Paris. Rome. Venice. Boleh tahan banyak koleksi fridge magnets Rafeeqa.




            Macam tak biasa , Rafeeqa ni asal ada cuti panjang mulalah nak melancong aka melencong dengan Damia. Banyak-banyak tempat, Amsterdam tu yang Shahrizal paling tak berkenan. Tapi typical Rafeeqa, walau macam mana dia membantah pun Rafeeqa tetap pergi. Tu yang fridge magnet Amsterdam terlekat elok di situ.

            Mata Shahrizal menala pada kertas memo berwarna pink bersebelahan fridge magnet Dubai.

            ‘Looking for food? I didn’t cook dinner tonight. Go find yourself.’

            Burrr!

            Cepat-cepat Shahrizal mengelap mulut yang basah dengan belakang tapak tangan. Kan dah agak dah, Rafeeqa memang sah mogok. Macam tau-tau aje dia akan cari makanan, Rafeeqa dah tulis siap-siap ayat mengancam.

            Kotak jus kosong diletakkan di atas sinki sebelum Shahrizal berlalu ke ruang tamu. Elok Rafeeqa duduk di depan tv dengan mulut penuh makanan.

            “Makan apa?” Dah terang-terang Rafeeqa sedang makan salad buah di dalam mangkuk sederhana besar, nak juga Shahrizal bertanya. Sengaja dia landing di sebelah Rafeeqa biarpun sofa di sebelah kosong.

            “Fruits.”

            “Mintak sikit. Aaaa...”

            Rafeeqa menoleh. Mulut Shahrizal dah terbuka minta untuk disuap. Pelik La Tarzan. Tadi kemain garang tak bertempat, sekarang dah tayang muka tikus lapar. Rafeeqa suapkan juga ke dalam mulut encik suami. Dia taklah sekejam mana nak biarkan saja Shahrizal lapar sampai ke pagi.

            Marah? Yeah, harus! Tapi Rafeeqa tolak tepi seketika. Rasa terubat sedikit rasa kecil hati bila dah main suap-suap dengan Shahrizal.

            “Esok Raff datang ke rumah, nak renovate kolam renang kita.”

            “Huh? Renovate macam mana?” Rafeeqa pandang dengan muka ingin tahu.

            “Adalah tu. Make it into an indoor swimming pool.

            Shahrizal malas nak terang panjang-panjang. Sekurang-kurangnya bila dah siap nanti tak payahlah dia risaukan sangat tentang Rafeeqa. Dia jenis yang tak suka hak sendiri menjadi bahan tontonan orang lain.

            Rafeeqa angguk saja, buat-buat faham. Dalam hati nak aje bertanya ‘Kenapa nak tukar jadi indoor?’ tapi tak berani. Karang meletup tak bertempat pula Shahrizal ni macam tadi.

            “Kenapa tak masak hari ni?”

            Rafeeqa bagi pandangan pelik. Soalan ajaib.

            “Diet.” Pendek Rafeeqa menjawab. Bukan ada beza pun kalau dia memasak atau tidak. Boleh dikira berapa kali Shahrizal makan makanan yang dia hidangkan. Banyak sangat kompelin, bosan okey!

            Shahrizal berdehem. Malu la nak cakap terus-terang minta Rafeeqa masakkan. Lengan kanannya disandarkan di belakang sofa, betul-betul di belakang Rafeeqa.

            “Oh ya..pasal interview awak tu..”

            “Why? Can I work with you?” Muka Rafeeqa dah bertukar gembira. Betul kot cakap Damia siang tadi, Shahrizal marah sebab cemburu.

            Cemburu dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan dengan Irwan!

            Ada harapan? Hoyeah! Husna ni bersedia ajelah nak dihumban ke laut dalam.

            Shahrizal tersenyum nipis. Tangan kirinya mengurut belakang tengkuk.

            “You can go for the interview and you can work with Uncle Jay.” Berharap agar Rafeeqa gembira dengan keputusan yang dia buat, Shahrizal tersenyum. Rasa kejam pula kalau dia menyekat semua yang Rafeeqa inginkan. Lagipun kalau difirkan betul-betul, tak elok dia suruh Rafeeqa mungkiri janji dengan Uncle Jay.

            “Hah?” Rafeeqa terkedu.

            Tekaannya salah. Hati yang baru nak kembang mekar terasa layu perlahan-lahan. Rafeeqa tunduk menyuap salad di dalam mangkuk yang masih berbaki. Tadi sedap, sekarang dah rasa kelat. Huhu...

            “I thought I have chance working with you,” kata Rafeeqa perlahan.

            “Aik? I thought you really want to work with Uncle Jay?”

            Shahrizal jadi bingung. Dia tersalah agak ke?


            Huhu...apalah nasib. Encik suami tak faham isi hati. Rafeeqa diam saja. 

14 comments:

  1. Main tarik tali plak shah ni, nk ke x nk kat feeka. Bgayut cam monyet ngn skandal tp bini pun nk conquer. Ini kes semua nk bedal ke apa ni.

    ReplyDelete
  2. Main tarik tali plak shah ni, nk ke x nk kat feeka. Bgayut cam monyet ngn skandal tp bini pun nk conquer. Ini kes semua nk bedal ke apa ni.

    ReplyDelete
  3. Dear Sis,
    Please give Rafeeqa chance to work with her husband...plzzzzzzzzzz ♥

    ReplyDelete
  4. alaaay pendeknya rasa kurang lah emy,, memang pun tdi senyum2 n now senyum tak keluar

    ReplyDelete
  5. ee..sakitnya hati kat shahrizal ni...

    ReplyDelete
  6. what's...wrong with him..agaknya..otaknya mamat sengal tu something wrong... kesian feeqa...akak rasa ..feeqa..mmg seorg yg begitu tabah ngan kerenah mamat sengal tu ..kan...
    Musykil akak...awat pulak ..mamat tu balik awal..dan tak keluaq makan ngan si minah gedik Husna..apa yg berlaku...adakah minah gediks tu pi outstation...menyebabkan mamat tu ..melepak ngan feeqa..di rumah ..atau ada rasa menyesal yg mengetuk dihatinya bila mana feeqa menyoal pasal t/jawabnya sebagai suami yg curang..dan adakah dia terfikir...kalau lah si feeqa tu ada kekasih gelap dan membuat perilaku sptnya..apa yg akan dia buat..adakah dia akan sicool feeqa sekarang ni..menangani kerenahnya...
    Akak rasa..biarlah feeqa meminta untuk balik kerumah org tuanya..dan membiarkan hubby sengalnya dan dirinya sendiri memikirkan hala tuju hubungan mereka...they need a space...mungkin ..bila mereka sama sama bersendirian..dan memberi ruang pada diri masing masing..kemungkinan ada jalan penyelesaiannya..tidak semestinya..bila mereka berpisah ..feeqa tidak akan mendapat kebahgian berumahtangga dengan org lain...
    Allah menciptakan masa dan peluang ..mungkin untuk bersama dengan hubby sengalnya untuk sementara sebelum dia menjodohkan dengan org yang leboh baik dari hubbynya menghargai dirinya...dan mungkin inilah masanya utk dirinya mencari seorg lelaki pilihan hatinya sendiri..
    akak rasa mamat sengal ni harus ditinggalkan dan biarlah dia mengawini Husna..sekiranya gadis itu yg digilai oleh hubbynya..walaupun sukar utk dia menghadapi saat perpisahan yg didambakan oleh hubbynya..well it's not the end of d world..life has to go on...dia harus berkeras..dan move on to new path..
    Dan akak berpendapat inilah masanya utk dia mengundur diri dan memberi ruang utk diri sendiri dan memujuk hatinya sebelum hatinya terlalu sakit dan lebih terluka dengan perilaku hubbynya yg angau tu....sebelum kesabaran.nya menipis dan melakukan perkara yg tidak tidak..biarlah dia ,,, mengalah dan berundur..bukan bermaksud dia kalah..tetapi mengumpul kekuatan untuk menyatakan bahawa without him pun dia boleh hidup bahagia....dan tak perlu jadi pengemis dan berkali kali dilukai..at least mereka berpisah secara 2 adult yg dewasa...tak gitu ...cik writer...

    ReplyDelete
  7. Move on Feeqa...usah ditunggu kalau dah Shah tak sudi lagi. Kasihan ngan Feeqa sampai bila nak memendam rasa. Takut nanti bila dah tak dapat dibendung menyesal tak sudah ko Shah...tak sabar nak tunggu Feeqa ni tinggalkan Shah nak tunggu pun apa guna kalau selalu kena makan hati kan..kalau sedap tak pe lah juga...sudahlah asyik memendam rasa tak terluah...menangis pun dalam hati je...entahlah apa jadi lepas ni..rasa nak smashed aje kat muka Shah ni bagi sedar sikit..yelah kan orang tengah kemaruk bercinta mana nak ambil tahu hati orang lain kannnnn...

    ReplyDelete
  8. Move on Feeqa...usah ditunggu kalau dah Shah tak sudi lagi. Kasihan ngan Feeqa sampai bila nak memendam rasa. Takut nanti bila dah tak dapat dibendung menyesal tak sudah ko Shah...tak sabar nak tunggu Feeqa ni tinggalkan Shah nak tunggu pun apa guna kalau selalu kena makan hati kan..kalau sedap tak pe lah juga...sudahlah asyik memendam rasa tak terluah...menangis pun dalam hati je...entahlah apa jadi lepas ni..rasa nak smashed aje kat muka Shah ni bagi sedar sikit..yelah kan orang tengah kemaruk bercinta mana nak ambil tahu hati orang lain kannnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed with you....Rafeeqa should move on, tak perlu lagi nak tunggu suami yang secara terang terangan bermain kayu chopstick di depannya. Shah sudah dibayangi Husna, dah tak nampak Fika lagi dah. Sebelum kesakitanhati bertambah parah, ada baiknya Rafeeqa pergi. Tak tahu macam mana nak ulas pasal Shah ni....bongong kot.

      Delete
  9. menyampah betul dgn shah ni.. dh ada bini lawa mcm diva pun masih nak menempel dekat serangga perosak rumah tangga cap gilette tu..

    setuju dgn rainz hannan.. please rafeeqa.. xpayah nak tunjuk sgt yg awak masih terhegeh2 dekat shah.. cuba buat2 xkisah biar shah plak yg rasa tercabar.. kalau boleh cakap dekat shah tu smbil tunjuk muka diva "u nk sgt husna tu? go ahead! i xtau plak taste u sbnarnya prmpn low class mcm tu.. sbb tu u reject i yg diva ni" (eh, ni dh mcm mengajar feeqa tu derhaka kat laki dia plak.. lol)


    d.w.

    ReplyDelete
  10. kasian kat feeqa, tak nak husna,,feel dapat banget baca novel cik emy,,saya rasa feqa kena kuat ,tabah,pabila benar2 cinta kat syah, tawan balik hati syah feqa, ,syah masih hak feeqa bukan husna,,

    ReplyDelete
  11. i pabila jadi husna,datang rumah syah,,cakap kat feqa nak kahwin ngan syah ,jenguk dady mumy syah calon menantu katakan. i pabila jadi feqa,tiap2 hari tercongok kat ofice syah,tak nak bagi line husna ngan syah hihihi , lalu pabila i syah siang buat husna malam buat feqa, hahahahahaha lah kejam tak kejam tak i, so apapun jujur i tak nak syah cerai berai ngan feqa,, apapun tetap nak syah ngan feqa, emy tolong ye e e e e e e cepat2 sambung n3 ye emy

    ReplyDelete
  12. syah janji awak nak kahwin husna lebih bermakna berbanding,janji awak semasa ijab qobul, pulangkan saya segera pada ibu bapa saya secara baik,sebagaimana dulu awak meminang saya, , saya tak nak terlalu tergantungkan awak syah, sakit sakit dan sakit hati ini. Macam mana jawban syahrizal ya?

    ReplyDelete
  13. Kalau setakat shah nak mempersendakan hak fiqa sbg seorang isteri dgn terang2 menduakan fiqa tanpa segan silu, sebenarnya tak guna fiqa sayang org mcm shah ni.

    Fiqa perlu mintak perpisahan dulu, jgn tunggu shah memilih antara dua.Fiqa pun berhak utk merasa bahagia dgn org lain yg benar2 menghargai dia.

    ReplyDelete