Wednesday, December 26, 2012

Mama Mia Shaza 14 & 15


BAB 14

TUBUH  Mia dibaringkan Syazwan di atas katil. Sempat pipi Mia dicium sekali sebelum dia berpaling menghadap wajah tegang Maya. Marah? Oh! Dia lagi marah. Selamba Maya layangkan penampar sebijik bila dia mengaku sebagai suami di depan lelaki yang tidak tahu timbul dari celah mana di dalam hidup Maya.
“Awak nak apa?” tanya Maya.
Wajah Syazwan ditatap tajam. Bila Syazwan mendekat, Maya masih tegak berdiri di tempat tadi sambil berpeluk tubuh. Tak takut pun. Syazwan takkan sampai tangan. Dulu nak cubit dia pun Syazwan tak sanggup.
“Who is he, Maya?” Syazwan membuka mulut. Syazwi Imad. Masa bersalam tadi, lelaki itu siap bagi nama penuh sekali.
Mata Maya terarah pada tubuh si comel yang bergerak–gerak. Mesti Mia tidak selesa. Baju tidur belum ditukar.
“Lima minit,” pinta Maya.
Pijama Mia di dalam almari dicapai Maya. Dengan penuh hati–hati dia menukar pakaian Mia. Bimbang si jantung hati terjaga. Payah nak pujuk untuk tidur semula kalau Mia terjaga dan menangis.
“Nak minta tolong tak?”
Tangan Syazwan mengelus rambut Mia ditepis Maya. Sempat dihadiahkannya jelingan tajam. Menyibuk melebih!
“Kita bincang di luar,” bisik Maya.
Syazwan sekadar menurut. Mata tidak lepas memandang wajah Mia. Hidung dan mata Mia sebijik tempek wajahnya! Itulah yang buatkan dia lagi jatuh sayang pada Mia.
Melangkah ke ruang tamu dan menunggu Maya di situ, Syazwan kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ingin ditanya.
Tidak lama menunggu, kelihatan Maya keluar dari bilik si kecil dan melangkah ke arahnya yang duduk menunggu di sofa.
Suasana di ruang tamu diam dan tegang. Maya di hujung sana manakala Syazwan pula seberang sini. Nadia sudah lama menghilangkan diri ke tingkat atas. Tak nak masuk campur hal suami isteri.
“Siapa dia?” tanya Syazwan kali kedua.
“Shaz. I mean another Shaz,” jawab Maya bersahaja.
Syazwan tarik nafas dalam. Sama nama. Pandai Maya pilih pengganti.
“What do you mean by another Shaz?”
“Yalah, another Shaz. Kenapa? Awak ingat awak sorang saja Shaz kat dalam dunia ni?” Maya menjawab selamba.
Kalau difikirkan betul–betul, dia yang bersalah. Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami. Balik pula hampir tengah malam. Mahunya Syazwan tak marah. Salahkah Syazwan mengaku sebagai suami? Dan dia yang terkejut dan marah membuatkan tangan rasa ringan hinggap di pipi Syazwan. Serius dia dihimpit rasa bersalah.
Syazwan tersenyum nipis. Pahit. Shaz versi Papa Mia hanya ada seorang saja Maya. Takkan dah lupa. Hati Syazwan berkata sendiri.
“Awak dah lupa awak isteri saya ke Maya?”
Aik! Ingat pulak Syazwan ni yang dia masih isteri yang sah. Habis tu lebih tiga tahun lalu tak ingat ke? Terangkat sebelah kening Maya.
“Oh! Saya masih isteri awak ke? Ingatkan awak yang dah lupa.”
Pang! Syazwan tertampar lagi. Untuk kali keempat. Dia melepaskan keluhan. Bersandar pada belakang sofa dengan rambut dilurutkan ke belakang. Rambut kusut, fikiran pun turut sama kusut.
“Jangan nak cari gaduh, Maya.”
Datang untuk berjumpa malam ini bukanlah dengan niat nak bertekak. Dia datang mahu memujuk Maya. Mama teringin nak jumpa Mia. Kalau diikutkan hati, boleh saja kiranya dia ‘culik’ Mia sejam dua dari nursery tanpa izin Maya.
Mama nak jumpa cucu mama.
Umur dia berapa?
Iras siapa? Shaz ke Maya?
Itulah soalan-soalan Maya yang menghujaninya. Kalau boleh, malam ini juga dia nak bawak Mia balik rumah mama.
“Kita berpisah, Shaz.” Permintaan Maya buatkan Syazwan rasa terhenyak teruk. Lain yang diharap, lain yang menjadi. Maya sekarang sudah semakin berani.
“Pernah dengar cerai fasakh tak?” tanya Maya perlahan. This is totally not good, Maya!
Oh gosh! Syazwan betul–betul rasa tertekan. Maya sudah merepek yang bukan–bukan. Wajah ditunduk  memandang lantai dengan kedua–dua belah tangan diletakkan di belakang tengkuk. Rasa takut, resah dan sedih kini bertamu di dalam hati.
Takut untuk kehilangan Maya. Resah kerana tidak dapat memujuk Maya dengan cara baik. Dan sedih jika satu hari dia harus menjauh dari kehidupan Maya dan Mia.
Ops! Saya terlupa. Awak kan cetek ilmu agama, agaknya awak tak tahu pun maksud cerai fasakh tu. Dah berapa lama awak tinggalkan saya Shaz?”
Fuh! Panas telinga Syazwan. Menyindir tahap tertinggi. Wajah selamba Maya ditatap. Cetek agama tak semestinya dia tak faham apa itu cerai fasakh.
“Selama  ni saya sorang yang besarkan Mia. Tak pernah ada masalah pun. So just let us go, Shaz. Tak ada guna saya bersuamikan lelaki macam awak. Ketua keluarga yang tak dapat membimbing keluarga sendiri.” Lancang mulut Maya meluahkan kemarahan di hati.
Syazwan terdiam. Kerdilnya dia! I’m sorry Maya. I can’t be perfect!


SYAZWAN ketawa sendiri. Gelas di atas bar diputar–putarnya dengan tangan. Soal kepala pening ditolak tepi. Bayang–bayang Maya dilihatnya di mana–mana. Habis ketawa, dia tertunduk lama.
     ‘Jangan minum lagi, Shaz. Nanti awak makin mabuk.
Syazwan mendongak. Toleh kiri kanan. Tiada Maya. Syazwan tersenyum nipis. Memang dah sah dia gila bayang dengan isteri sendiri.
Shaz, baliklah sekarang. Saya tunggu awak. Dah lambat dah ni. Esok kita ada kelas.’ Suara lembut Maya ketika memujuk waktu dulu-dulu menerpa anak telinganya.
Syazwan tersenyum lagi.  Itulah ayat tetap Maya yang memujuk dia balik setiap kali dia bertukar menjadi Badman ketika di Sheffield dulu.
Kalau dulu, Maya akan setia menunggunya di muka pintu. Bila muntah, Maya yang akan tolong bersihkan. Bila pening, Maya yang akan tolong urutkan kepala. Pendek kata, seteruk mana pun dia, Maya tetap bersabar.
Tapi kini? Nak balik apartment pun tiada sesiapa yang akan menyambut kepulangannya. Perabot yang kaku dan ikan Arawana yang berenang kiri kanan di dalam akuarium saja yang menjadi peneman. What a pathetic life I have, Maya!
If you go hard you gotta get on the floor,
If you’re a party freak, then step on the floor,
If you’re an animal then tear up the floor,
Break a sweat on the floor, yeah we work on the floor.
Syazwan bangun dan bergerak keluar. Dalam hati nak balik dan melontarkan tubuh ke katil. Lagu J. Lo langsung tidak menarik perhatiannya. Dance floor di depan mata hanya dipandang sekilas. Biasanya itulah yang menarik perhatiannya. Lenggok mana–mana perempuan yang menari sampai lupa dunia yang menggetarkan keinginan lelakinya. Tapi hari ini, dia rasa jijik. Nak pandang pun dia tak lalu.
Perjalanan yang sepatutnya sekejap saja terasa begitu lama. Lagi–lagi hujan sudah mula renyai–renyai. Hati terasa makin sunyi dan sedih. Oh! Takkan nak menangis. Tak macho!
Pedal minyak ditekan Syazwan. Makin laju keretanya membelah jalan. Benarlah kata orang, don’t drink and drive. Sampai di traffic light, Lexus IS250 berwarna putih Syazwan tidak sempat berhenti. Stereng kereta dipusingkan ke kanan tanpa sedar.
Boom!
Airbag di depan stereng terbuka.
“Arghh!”
Syazwan menjerit melepaskan geram. Bawalah lagi laju–laju. Sedap–sedap langgar tiang traffic light!


BAB 15

Syazwi intai ke bilik papanya yang sedikit terbuka. Lampu yang masih terpasang memudahkan matanya menangkap bayang papanya yang duduk di kerusi rotan di balkoni bilik. Lantas, Syazwi atur langkah masuk menuju ke arah papanya.
“TAK tido lagi ke?” Syazwi menegur.
Kamal berpaling. Anak terunanya berdiri di sliding door dengan muka segar. Dapat agak. Syazwi baru lepas mandi.
“Papa bosan,” jawab Kamal.
Berkepul–kepul asap cerutnya di udara. Syazwi mengambil tempat duduk di kerusi rotan sebelah. Wajah Papanya dijeling sekilas. Tebalnya asap. Cerut dari celah mana yang papa hisap ni?
 “Nak try ke?” Kamal membuat tawaran.
Syazwi tergelak sambil mengeleng. Pandangannya dilontarkan ke hadapan. Malam ini katak aktif menyanyi. Hujan renyai–renyai yang membasahi bumi membuatkan tubuhnya yang terdedah terasa sedikit dingin.
“Camelia apa khabar?” Soalan cepumas papa memang tak boleh blah.
“Entah. Don’t know don’t care,” jawab Syazwi acuh tak acuh. Camellia sihat ke tak, terjun laut ke tak, bukan urusan dia.
“Kalau Shaz tak nak Camelia, papa boleh cari lain.” Kamal menawarkan diri.
Taste papa semua tak boleh haraplah.” Jawapan Syazwi membuatkan Kamal terbatuk kecil.
Syazwi menoleh ke sisi. “Kan dah pesan jangan hisap lagi benda alah tu,” rungut Syazwi. Orang tua memang selalu degil macam papa ke?
Kamal sekadar tersenyum. Omelan Syazwan umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Pa, tak nak kahwin baru ke?”
“What?” Terjegil mata Kamal mendengar soalan si anak.
Syazwi tayang senyum segaris.
“Dah tua dah pun,” jawab Kamal. Kambing tua siapa yang nak. Dulu–dulu masa badan masih bergetah pun siap kena tinggal isteri sendiri. Salah siapa? Bekas isteri atau dia sendiri?
“Mana tau. Belum cuba belum tau, pa. Poket kan penuh. Siap ada pangkat lagi,” sakat Syazwi.
No. No. Papa dah expired. Shaz bila nak cari calon? Papa boleh masuk meminang terus.” Kamal mengubah topik.
Cadangan Syazwi memang tak boleh pakai. Nanti apa kata orang Datuk Kamal yang dah berumur 60 tahun berkahwin baru. Iskh, tak naklah!
Tawa Syazwi mati perlahan–lahan. Maya. Maya. Maya. Itulah calon yang ada di hatinya ketika ini. Tapi, nak menggapai Maya memang mustahil. Hati retak seribu bila mendapat tahu yang Maya rupanya masih isteri orang.
Janda beranak satu? Ku terima dengan rela hati.
Perempuan tanpa suami? Mia anak luar nikah? Ku tutup sebelah mata.
Balu? Ku terima dengan rela hati.
Isteri orang? Pet! Pet! Boleh blah!
Mana dia tak geram. Rasa tertipu tahap songoku supersaya. Maya kata tak ada suami. Bla bla bla...Tup–tup suami Maya muncul di depan rumah sewa Maya. Siap perkenalkan diri penuh sopan. Sangat memalukan diri sendiri yang sedang mengusung hak milik lelaki lain.
“Shaz jatuh cinta dengan isteri orang, pa. Silap,” luah Syazwi.
“Laaaaa..ye ke?”
Syazwi angguk kepala. Haruslah nak luah dengan papa. Takkan nak luah dengan Makcik Nora pembantu rumah. Malu!
“Pa, ada add mama kat FB tak?” tanya Syazwi tiba–tiba.
Berkerut dahi Kamal. “Kenapa pulak?”
Syazwi tidak menjawab. Dia angkat punggung menuju ke arah meja di sudut bilik. Dan melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di situ.
“Kenapa dengan FB mama?” laung Kamal dari balkoni luar.
Senyap! Laju saja tangan Syazwi meneruskan melarikan mouse sana sini. Dia ingin mencari kepastian tentang keraguan di kepalanya.
Log in. Rafaniah Harun. Search! Syazwan Iman. Son.
Syazwi mengeleng kepala. Tangan naik meraup wajahnya kasar. Sah! Syazwan Imad! Bingo!
“Papa, why did she leave us?”Soalan Syazwi dari dalam dibiarkan pergi oleh Kamal. Tak nak jawab. Tak akan jawab. Andainya masa boleh diputar semula......



20 comments:

  1. alahai cian nyer kat depa dua beradik neh...ssh nyer bile konflik soal hati neh!leh tahan ker kalu cinta mmg dh ade kat ati!!!abg ngan adk hati kat insan yg same..so what to do...hati dh terlajak bile cinta dh berputik tetiba kekasih ati masih hak org mau tk meroyan jd nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak norihan...

      ;) sebab beradik jadi readers pun pandai cipta alkisah sawan dan sawi ;p best man wins! hope u enjoyed reading dan jangan lupa entry seterusnya kak ;) big hug!

      Delete
  2. syazwan n maya please<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) catch up the next entry k ;) big hug!

      Delete
  3. Best...Nak lgi...terase n3 nie pndek sgt ler...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) sebab pendeklah kuar jadi dua entries terus ;p next entry kita jumpa next week k ;) big hug!

      Delete
  4. Best...Nak lgi...terase n3 nie pndek sgt ler...huhu...

    ReplyDelete
  5. Syazwan prnh wat lafaz taklik ke dulu waktu nikah gan maya...??
    Kesian lak kat syazwi sbb kena tggl gan mak dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) so sorry, my bad here babe! patutnya 'fasakh' bukan 'taklik' ;) masing2 ada kisah sendiri, yg mungkin sedih dan mungkin happy :) big hug!

      Delete
  6. Syazwan rasanya x bersungguh nak berubah sebab kalau dia bersungguh nak berubah dia x akan minum hingga mabuk sedangkan Syazwan tahu yang Maya x suka perangai begitu.... kalau Maya tahu Syazwan kemalangan kerana mabuk lagi Maya lagi x suka kan.... Maya boleh minta cerai taklik ....
    Syazwi memang anak yang baik... insyallah boleh jadi suami yang baik .... tapi adakah dia sanggup merampas kebahagian adik tiri yang x bertanggungjawab pada isteri dan anak selama ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak sue...

      ;) syazwan masih dalam samar2 lagi, ni kes otak letak kat kepala lutut. sedih2 pergi hadap benda alah, royalti adalah langgar tiang lampu ;p

      kalau mms dulu banyak yang anti sawi kak sue. kak sue sokong siapa? ;) big hug!

      Delete
  7. Nape cerai taklik bukan tuntut cerai fasakh....sory kalo sye silap....cume ingin tahu je....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) so sorry babe, my bad here! tak expert sgt benda ni, and ya i referred to expert ones, patutnya 'fasakh' bukan 'taklik' ;) makseh atas teguran. ada silap lagi just let me know k. big hug!

      Delete
  8. oohhhhooo....
    kita tak tahu antara dua...!
    sawi ke sawan??
    heheh!
    really cant wait nk peluk novel terus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai MiMi....

      ;) pilih satu je, kalau pilih dua - dua nanti melepas terus ;p glad u like it babe. me can't wait to peluk them too ;) big hug!

      Delete
  9. Hmmmm.syazwi benci kat maya ke?

    ReplyDelete
  10. Lepas ni syazwi ambil berat ttg maya lagi tak?i prefer syazwi more than syazwan.

    ReplyDelete
  11. And one more thing, novel ni sampai bab berapa ye?takkan sampai bab 19 je kut.

    ReplyDelete