MAYA
tarik nafas dalam. Teragak – agak mahu mengetuk pintu. Rasa beraninya tadi
sudah terbang jauh.
Pergi aje, Mama Mia. Bos takkan marah, dia
akan faham punya.
Bos
baik hati tu, dia pasti akan tolong.
Kata
– kata semangat dari Kak Zah dan Faizal masih terlekat di cuping telinga. Harap
– harap betullah, Kak Zah dengan Faizal ni kadang – kadang memang tak boleh
pakai.
“
Ketuk je Mama Mia, dia takkan marah. Tengah free
tu sekarang,” kata Syira, setiausaha Syazwi yang duduk di meja depan.
Maya
angguk kepala. Tangan Maya sudah naik, mahu mengetuk pintu. Biarlah, yang
penting dia mencuba. Rasa malu belakang kira.
Krettt!
Pintu dibuka dari dalam sebelum sempat diketuk. Dua – dua terkejut.
“
Awak buat apa kat sini?,” tanya Syazwi dengan riak yang masih terkejut melihat
Maya berdiri statik di depan biliknya.
Lidah
Maya kelu. Kaku di depan pintu. Mata saja yang berkedip – kedip melawan
pandangan Syazwi.
“
Maya.”
“
Err...saya nak jumpa awak.” Maya sejak bila gugup?
“
Jumpa saya? Kenapa?,” tanya Syazwi pelik. Selama ni paling – paling pun Maya
akan tinggalkan pesanan dengan Syira di depan sana. Nak jumpa dia depan – depan
seperti sekarang ini memang taklah.
“ Saya ada hal nak bincang sikit.”
“
Masuklah,” pelawa Syazwi. Pintu bilik dikuak luas, memberi laluan untuk Maya
masuk. Dia membuntuti dari belakang. Tidak jadi niatnya mahu ke tandas.
“
Duduklah.”
Maya
mengambil tempat duduk sofa. Matanya menjeling sekilas Syazwi yang sudah duduk
di depan. Ni yang kekok ni kalau duduk berdepan dengan bos besar. Yang
memisahkan di antara mereka berdua hanyalah meja kaca yang berbentuk bulat.
“
Mia apa khabar?”
Maya
mengukir senyum mendengar soalan tetap Syazwi. Setiap hari, lelaki itu tidak
luak langsung bertanyakan tentang Mia.
“
She’s fine. Makin hari makin nakal.”
Syazwi
tergelak.
“
Budak – budak mana yang tidak nakal, Maya. Normallah tu, kan?”
Ceh!
Syazwi! Bercakap lagak macam sudah ada anak. Walhal Maya di depannya ini jauh
lebih berpengalaman berbanding dirinya.
“
Tapi kalau nakal sangat pun susah. Nanti naik minyak payah nak jaga,” balas
Maya.
Syazwi
membetulkan duduk. Tangan bermain – main dengan hujung necktie. Satu tabiatnya setiap kali nervous. Jangan nervous
breakdown depan Maya sudah.
“
Kenapa nak jumpa?,” Syazwi bertanya.
Maya
tarik nafas panjang. Ayat yang tersusun cantik di mindanya tadi sudah
berterabur. Jari – jemarinya memintal – mintal hujung skirt tanpa henti.
“
Saya dah kerja sebulan kat sini kan?,” Maya memulakan bicara.
“ Ya. And?”
“
Boleh tak kalau saya minta gaji awal? Saya tahu belum cukup tiga bulan lagi saya
kerja sini tapi saya betul – betul perlukan duit.”
Lancar
saja Maya bercakap. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Dia tahu memang masih belum
tiba masa lagi tapi dia terpaksa. Duit simpanannya sudah lama habis. Selama ini
pun duit Nadia yang dipinjamnya.
Yuran
nursery Mia.
Sewa ruma.
Bayar
kereta.
Minyak
kereta. Kota Damansara – Bangi setiap hari boleh tahan tu.
Barang
– barang keperluan Mia.
Hidup
dia di Sheffield tak sama dengan hidup dia sekarang. Lagipun di Sheffield dulu
Nadia banyak tolong kiri kanan atas bawah. Sheffield dikategorikan sebagai
bandaraya Kadar C untuk pelajar – pelajar tajaan biasiswa, bermakna taraf hidup
rendah. Sewa apartment di Sheffield tidak sampai separuh dari sewa rumahnya
sekarang. Sekarang ni kalau dia bekerja sampai berkikis bulu betis pun belum
tentu dapat maintain gaya hidup
seorang Maya Laila dan Mia Shaza yang like
mother like daughter. Dari atas sampai bawah semua sepasang.
Nak minta dari papa dan mama, tunggu kucing
bertanduklah jawabnya. Dia kan sudah dibuang keluarga, takkan masih nak tunjuk
muka. Tak sanggup dihina dan dihalau buat kali kedua.
Syazwi
memandang wajah resah di hadapannya. Lama. Rasa kasihan pada Maya.
“
Bila awak perlukan duit?,” tanya Syazwi. Masih tenang seperti tadi.
“
Kalau boleh minggu depan sebab minggu depan dah hujung bulan. Banyak benda saya
kena bayar,” jawab Maya terus – terang. Kalau tunggu gaji keluar sampai tiga
bulan akan datang, dia nak bagi Mia makan apa? Rumput dan batu?
Syazwi
mengubah posisi duduk. Tubuhnya membongkok sedikit ke depan dengan kedua – dua
belah tangannya diletakkan di atas lutut.
Berfikir
sejenak. Banyak yang dia perlu tahu tentang Maya. Sudah hampir sebulan bekerja
di bawahnya, Maya lebih banyak berahsia. Keluarga Maya, suami Maya. Di mana
mereka? Yang dia tahu, hanya Mia dan Nadia saja yang wujud di dalam hidup Maya.
“ Maya, I need to ask you
something.” Dalam otak Syazwi dah set nak tanya macam – macam soalan.
Maya
telan liur. Janganlah tanya yang bukan – bukan. Yang paling penting, jangan
sentuh tentang keluarga atau yang sewaktu dengannya. Nanti apa kata Syazwi.
Anak Datuk tak cukup duit. Terpaksa meminta gaji lebih awal.
“
Mana suami awak?,” tanya Syazwi.
Tersentak
Maya. Soalan membunuh dari Syazwi.
“
Maaf kalau awak terasa Maya, tapi saya betul – betul nak....”
“
Saya tak ada suami.” Strike one, Maya!
This is not good!
Bulat
mata Syazwi. Wajah yang mahukan penjelasan lebih itu dipandang Maya sekilas.
“
Saya tak pernah ada suami. Saya cuma ada Mia selama ni,” kata Maya lagi. Big mistake Maya!
Lantaklah
Syazwi akan pandang serong atau tidak selepas ini. Takkan nak mengaku dan
menyebut nama Syazwan. Patut dibuang jauh – jauh. Lelaki yang tidak boleh diharap
langsung. Nak jumpa anak sendiri pun takut.
“ I’m sorry, Maya.”
Syazwi
meraup wajahnya. Rasa bersalah pula. Tanya soalan begitu buat apa. Wajah Maya
yang mendung ditatap.
“
It’s okay. Saya dah biasa kena tanya
soalan macam ni. Yelah, siapa yang tidak hairan kalau tengok saya usung Mia
sini sana tanpa suami. Yang ada hati perut, mungkin akan jatuh kasihan. Tapi
yang suka busuk sikit, dorang akan pandang serong,” kata Maya.
Manusia
memang begitu. Bila status ibu
tunggal, mulalah nak bawa mulut dengan andaian sendiri yang tak berapa betul. Zaman
univerisiti, orang yang jatuh kasihan padanya boleh dihitung dengan jari. Yang
lain pula hanya pandai nak menjaja mulut.
How stupid is that girl by just
letting herself married to that kind of guy. Itu kata orang. But logically, is marrying someone we love a
stupid action? Itu soalan di hati Maya kerana jawapannya adalah ‘NO’. Mengahwini orang yang dicintai
adalah antara perkara terindah di dalam hidupnya. Cuma indah itu tidak lama.
Syazwi
terdiam. Maya yang ditanya soalan begitu, dia pula yang rasa tidak selesa. Tali
lehernya dilonggarkan sedikit.
“
Maya, keluarga awak mana?”
Bup!
Rasa
kena hempap batu besar. Maya tarik nafas panjang. Satu lagi soalan membunuh
dari Syazwi. Maya membetulkan duduknya. Hari ni sesi soal jawab ke?
“
Keluarga dah buang saya.”
Argh!
Peritnya sebaris ayat itu. Tapi lancar saja meluncur dari bibir Maya di depan
Syazwi.
Melopong
mulut Syazwi. Rasanya dia tidak salah dengar. Tidak berkedip matanya merenung
Maya.
“
Macam mana, Shaz? Boleh tak kalau saya dapat gaji awal? ,” Maya mengubah topik.
Lain tujuannya berjumpa dengan Syazwi, soalan lain pula yang disentuh.
“
Boleh. Boleh. No problem. Err...sorry
Maya, saya tak berniat nak sentuh hal peribadi awak,” tutur Syazwi jujur.
Mata
Maya dilihatnya sudah berair. Argh! Siapa suruh tanya soalan hampeh? Kalaulah Maya dia yang punya,
sudah dipeluknya tubuh lampai itu.
Maya
tersenyum. Pahit.
“
It’s okay. Kalau tak ada apa – apa
lagi, saya keluar dulu. Thanks, Shaz.”
Maya
sudah bangun, namun ditahan Syazwi. Lengan Maya dicapainya. Maya berpaling, dia
mendongak. Dua pasang mata itu bersabung.
“
Selama ni Mia tak pernah ada papa dia dan awak tak pernah ada suami. Am I right?”
Maya
angguk kepala. Tak nak mengaku lagi?
“ Then let me be the one.”
Maya
terkedu!
************
“ ONE little two little three
little finger, four little five little six little finger, seven little eight
little nine little finger, ten little fingers have I.”
Syazwan
tersenyum di sebalik pintu. Lucu melihat gelagat Mia dengan rakan – rakan yang
seusia dengannya. Anak kecil itu menari – nari sambil menghitung jarinya satu
persatu.
Habis
menyanyi, Mia tepuk tangan sambil melompat – lompat. Ketawa riang menampakkan
lesung pipinya di sebelah kiri, seperti papanya juga.
Rambut
Mia hari ini diikat dua, seperti hari – hari sebelumnya. Dress berwarna kuning paras lutut dipadankan dengan riben yang berwarna
sama di atas kepala. Tengoklah siapa mama Mia. Bergaya habis.
“ Selamat petang, Encik Syazwan.”
Syazwan
menoleh. Puan Aina berdiri di belakangnya dengan senyuman lebar.
“
Selamat petang,” balas Syazwan.
“
Datang jenguk Mia lagi ke?,” Puan Aina bertanya mesra. Matanya turut dihalakan
pada Mia yang masih seronok menyanyikan lagu yang sama dari tadi.
Syazwan
angguk kepala. Sudah hampir sebulan berlalu. Setiap hari dia datang menjenguk
Mia Shaza. Namun hanya mampu melihat dari jauh. Dia masih belum cukup bersedia
untuk untuk bertemu empat mata dengan Mia. Dia tak layak. Sangat – sangat tak
layak.
“
Rasanya elok Encik Syazwan balik sekarang. Dah nak dekat pukul 4 dah ni. Kejap
lagi Mama Mia sampai,” tegur Puan Aina. Bukan nak menghalau, tetapi itulah yang
Syazwan mahukan sebenarnya. Mama Mia tidak patut tahu tentang kedatangannya ke
sini setiap hari.
Masalah
keluarga orang lain kalau boleh dia tak nak masuk campur. Tapi setakat yang dia
mampu tolong, dia akan menolong dengan sedaya yang boleh. Selagi Syazwan mahu
perkara ini menjadi rahsia, selagi itulah dia menjaga amanah yang diberikan.
Syazwan
tersenyum pahit. Berat hati mahu pergi, tidak puas menatap wajah si comel yang
sudah berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama mereka berjumpa lagi.
“
Kalau macam tu saya balik dululah, puan. Kalau ada apa – apa, puan tahu macam
mana nak cari saya,” jawab Syazwan.
Puan
Aina mengangguk kepala. Syazwan bergerak ke arah pagar utama dan berdiri di
situ. Ada beberapa orang ibu bapa sudah melangkah masuk untuk menjemput anak
masing – masing. Mata Syazwan masih melekat pada Mia yang sudah bersedia mahu
balik.
Terkocoh
– kocoh Mia mengambil beg Minnie Mousenya
dan disandangkan di belakang. Dicapai pula botol air besarnya dan disilangkan
di bahu.
Syazwan
mula mendekat.
“
Mia, mama belum datang lagi sayang. Tunggu lagi kejap,” kata Puan Aina apabila
Mia terkial – kial mahu menyarungkan kasut Minnie
Mousenya. Puan Aina duduk bertinggung dan membantu Mia. Budak sekecil Mia,
pakai kasut pun masih belum pass.
“
Mama lum campai?”
“
Belum sayang. Duduk dulu sini,” kata Puan Aina lagi sebelum berlalu masuk
seketika.
Mia
angguk kepala. Anak kecil itu menurut dan duduk di tepi pintu. Seorang budak
lelaki yang sebayanya berlari keluar dari pintu tanpa penuh hati – hati.
Tup!
Beg budak lelaki itu terkena kepala Mia Shaza yang sedang memeluk lutut. Bergema
tangisan Mia. Makin laju saja langkah Syazwan
bergerak ke arah Mia.
“
Tulah, siapa suruh duduk kat situ. Kan dah kena,” selamba saja bapa budak
lelaki itu memarahi Mia yang sedang menangis. Memujuk tidak, nak meminta maaf
jangan haraplah. Anak lelakinya pula hanya ketawa saja melihat Mia menangis
semakin kuat.
Menggelegak
marah Syazwan. Tubuh Mia terus dicapai dan didukungnya. Merah matanya menahan
marah.
“
Patutlah anak ni kurang ajar, sebab bapa dia pun kurang ajar,” kata Syazwan
dengan suara yang tertahan.
Tersentak
lelaki yang berkemeja hijau itu. Niat nak lawan balik, tapi takut pula. Tubuh
lelaki di depannya ini tinggi dan tegap, silap hari bulan dia dibelasah di
depan anak lelaki sendiri.
“
Lain kali jangan suruh dia duduk situ lagi,” tergagap – gagap lelaki itu
menjawab.
“
Ajar sikit anak awak tu, mata jangan letak kat kepala lutut. Takkan tubuh anak
saya yang tak kecil mana ni pun dia tak nampak. Minta maaf pun tak pandai,
memang kurang ajar!,” marah Syazwan. Jangan sampai dia bertukar menjadi Hulk
Hogan pulak di depan anak – anak dan ibu bapa yang lain.
Terdiam
terus dua beranak itu. Mia yang didukungnya masih menangis sambil menggosok
kepalanya yang masih sakit.
Cepat
– cepat lelaki itu meninggalkan Syazwan dan Mia. Lengan anaknya ditarik
mengekori langkahnya yang laju. Jangan tak cabut, kena belasah nanti!
“ Shhh...don’t
cry. Sakit ke, sayang?,” Syazwan bertanya lembut.
Mia
angguk kepala dengan air matanya yang masih lebat. Kepala Mia digosok Syazwan
perlahan – lahan. Air mata Mia diseka Syazwan dengan hujung jari. Boleh tahan
sakit tu kalau rupa tak ubah macam kena libas dengan menggunakan beg.
“
Masih sakit lagi?,” tanya Syazwan lagi.
“ Akit,”
jawab Mia. Sudah sesak sedikit nafasnya kerana terlampau banyak menangis.
Jatuh
rasa kasihan Syazwan pada Mia. Dipeluknya tubuh kecil yang sedang didukung itu.
Belakang Mia diusap lembut, cuba untuk menenangkan si comel.
“Shhh...jangan
nangis lagi. Papa ada sini,” pujuk Syazwan. Tersalah sifat kebapaan seorang
Syazwan Imad.
Papa?
Oh! Perkataan paling berharga!
“
Syazwan!”
Mia
dan Syazwan menoleh serentak. Terkejut Syazwan. Kaku bila melihat Maya di depan
mata dengan wajah yang menyinga.
“
Maya.”
“
Mama.”
Syazwan
dan Mia menyebut nama Maya serentak.
“
Bagi balik anak saya!,” kata Maya. Perlahan tapi kasar.
p/ s : ngeeee ;) firstly, so sorry MIA lama sangat sebab minggu ni memang hectic. secondly, will post KTD finale in one of these days as promised! :) thank you so much for reading and big hug everyone! good night!
awhhhh...buntu nk pilih sawan or sawi..ngeeee...
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) jangan buntu, pilih satu je! ;p hugsss!
best sangat2
ReplyDeleteHai ruunna..
Delete;) glad u like it! seriously! hugsss!
takpe...
ReplyDeletesometimes...
waiting is nothing..:D
Hai dinda...
Delete;) thank u so much for waiting babe. sangat2! hugsss!
alahai...cian kat mia..teramat sian kat mama mia..syazwi or syazwan sape hero di hati maya???
ReplyDeleteHai kak norihan...
Delete;) dua - dua kesian kan...tapi nanti should i say 'kesian syazwan'? ;) hugsss!
kasian mia
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) mia wonder kid tu ;) hugsss!
my x pkwe dlu pn ska main tie kalu nebes.. ktorang cple dr sk mngah lg...8thun bcnta bg nak rak smpai sngup tlak twaran blajar jejauh sbb dia....n lst 1 dia tnglkn sy sbb my bstfrnd....dammmm...
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) sorry to hear bout that. i know it sounds easy than done, tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. u will get somenone better :) yg lama kalau boleh jgn dikenang lagi, kita pandang terus ke depan k. big hug!