Saturday, December 15, 2012

Mama Mia Shaza (MMS) 11 &12


BAB 11


SYAZWAN masih tayang senyum. Ingat dia dan Maya buat maksiat dalam kereta ke? Huh! Maya isterinya. Istilah maksiat tu tak ada dalam kamus suami isteri.
Maya disebelah dikerling sekilas. Monyok saja mak singa, tapi masih nampak cantik di mata Syazwan Imad.
“Hantar saya balik,” ucap Maya. Nada tegas.
Mahu tak luruh jantungnya kena tangkap pencegah maksiat malam–malam begini. Parking lot depan taman jam 11.30 malam. Cermin kereta gelap semacam. Lampu jalan tak terpasang. Pandai Syazwan cari port untuk ‘diserbu’.
“Balik mana? Rumah kita?”
Maya menoleh. Bibirnya bawahnya diketap. Selamba saja riak Syazwan yang sedang memandu di sebelahnya. Lawak di malam hari begini memang dia takkan ‘makan’ okey!
“Rumah sayalah,” jawab Maya geram.
Syazwan sembunyi senyum. Saja nak menyakat Maya.
“Awak kerja kat mana sekarang?” tanya Syazwan yang meneruskan permanduan dengan tenang.
Maya diam. Dijelingnya Syazwan di sebelah.
“Maya?”
Diam lagi.
“Kalau awak tak jawab, saya tak hantar awak balik. Mana tau Mia nak tambah adik.” Syazwan mengugut.
“Bangi,” laju Maya menjawab mengundang ketawa Syazwan. Tau pun takut!
“Shaz, awak dan saya. Tak mungkin akan bersama semula,” kata Maya tiba–tiba. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.
“Jangan yakin sangat, Maya. Nanti diri sendiri yang merana,” balas Syazwan bersahaja.
Maya tersenyum nipis. Rasanya lebih baik merana hidup tanpa Syazwan daripada merana menahan kecewa melihat Syazwan berkepit ke hulu ke hilir dengan perempuan yang bukan dirinya.
“Kalau bukan demi kita, at least demi Mia,” kata Syazwan lagi.
“Mia tu anak saya seorang, Shaz. Awak tak ada hak.”
“Mia tu bukan hak saya? Habis tu Mia berbintikan nama siapa? Another Syazwan Imad? Ada ke lelaki lain yang sama nama dengan saya?” tebak Syazwan.
Terdiam terus Maya. Syazwan memang. Kalau berlawan kata memang nombor satu. Manis mulutlah katakan.
“Awak buat apa kat nursery Mia? Sampai anak saya menangis?” sengaja Maya menukar topik lain.
Correction, please. Anak kita.” Syazwan membuat pembetulan.
Maya hanya diam saja, malas mahu berlawan kata. Sebabnya, dia sudah tahu yang dia memang akan kalah.
“Entah jantan mana yang tak pandai jaga anak sampai kurang ajar sangat dengan Mia. Dah langgar kepala Mia, tak tahu nak minta maaf. Sakit kena langgar, tu yang Mia menangis. I was trying to calm her down, tapi awak pulak main ikut sedap je ketuk kepala saya,” jelas Syazwan panjang lebar.
Maya masih diam. Rasa bersalah? Adalah sikitlah.
“Shaz, Mia tak kenal papa dia. Boleh tak kalau awak jangan muncul terus dalam hidup Mia?” permintaan Maya buatkan Syazwan tersentak. Namun, dia masih tayang riak tenang.
“Dia tak pernah cari papa dia ke?” tanya Syazwan.
“Dia tak pernah tahu awak wujud pun, buat apa dia nak cari?”
Syazwan  terus terhenyak dengan kata–kata Maya. Pedas! Tetapi dia harus akur. Silap sendiri, tanggunglah sendiri.
Suasana jadi diam semula. Masing–masing  hanya melayan perasaan sendiri.  Maya dengan perasaan geram. Syazwan dengan perasaan bersalah.
Sebaik tiba di depan rumah sewa Maya, Syazwan menoleh ke arah Maya di sisi. Wajah Maya yang sangat-sangat dirinduinya dipandang penuh sayang.
“Maya, saya tidur sini boleh?” tanya Syazwan dengan sengihan di bibir. Mode menyakatnya datang lagi.
“Ni bukan rumah tumpangan, so the answer is no.” Jawapan Maya memag menghampakan tetapi Syazwan masih mampu mengukir senyum.
Then izinkan saya masuk kejap, saya nak jenguk Mia.”
“Mia dah tidur, tak payahlah nak jenguk,” balas Maya pantas.
Syazwan tarik nafas dalam.
“Sekali je Maya, lepas tu saya balik.” Syazwan masih cuba memujuk. Badannya dipusingkan menghadap Maya di sebelah. Makin tegang riak wajah Maya.
Tanpa suara, Maya terus membuka pintu kereta dan mahu melangkah keluar tapi tangannya sempat disambar Syazwan.
“Please, Maya. Only this one time,” rayu Syazwan lagi.
“Jangan paksa saya, Shaz. Semua ni terlalu cepat untuk saya dan Mia,” jawab Maya.
Syazwan akhirnya mengalah. Perlahan–lahan pegangannya pada tangan Maya dilepaskan.
Okay. Take your time. Tapi jangan lama sangat, saya nak mulakan hidup baru dengan awak dan Mia,” ucap Syazwan ikhlas.
Maya tidak menjawab. Terus saja dia keluar dari perut kereta dan bergerak ke pagar utama. Beberapa saat kemudian, langkahnya terhenti. Berpaling semula dan menuju ke arah bahagian pemandu. Cermin kereta Syazwan diketuk dari luar.
“Boleh. Tapi lima minit saja. Tak lebih dari tu,” ucap Maya.
Syazwan senyum segaris. Oh Maya! Cepat–cepat pintu kereta dibuka. Dia mengekori Maya dari belakang dengan hati berbunga–bunga. Mia sayang, papa datang nak bagi good night kiss!

SYAZWI termenung di meja kerja. Papa memang, tak habis–habis lagi dengan isu nak jodohkan dia dengan Camelia anak datuk mana entah.
Kalau papa nak sangat dengan perempuan tu, baik papa aje yang kahwin. Kan senang, habis cerita terus. Dia pun boleh dapat ibu tiri. Pakej lengkap untuk keluarga yang lengkap. Tak payah nak tunggu mama. Mama kan dah pergi tinggalkan dia dan papa.
Huh! Dasar perempuan materialistik.  Tak dapat duduk jenuh dengan satu lelaki. Bila ada yang lebih bagus, terus blah angkat kaki tinggalkan yang lama.
Mama menghilangkan diri bila usianya baru tiga tahun. Menangis mencari–cari wajah mama dari pagi sampai ke malam. Dan papalah yang memujuknya tanpa putus asa. Sampai hati mama!
Tibat-tiba dia teringatkan misinya untuk mecari mama di facebook. Zaman sekarang kan dah moden. Friendster dah pupus entah di mana.
Segera jemarinya bergerak mencari mouse di atas meja. Rafaniah Harun. Profile mama diklik.
Syazwi tersenyum sinis. Facebook mamanya berjaya dijejaki. Wajah yang masih sama seperti dulu. Cuma nampak tua sedikit. Kali terakhir melihat wajah mama pun lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Gambar mama yang dijumpai di bawah bantal papa. Agaknya menjadi peneman tidur papa.
 Mouse digerakkan lagi ke bawah. Matanya menangkap sebaris nama. Syazwan Imad. Son.
Jadi inilah adik tirinya. Yang dibela mamanya penuh kasih, sedangkan dia ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu sendiri.
Lama Syazwi termenung di situ sebelum bangkit berdiri. Ah! Kenapa nak fikirkan masa lalu. Baik dia fikirkan masa akan datang. Atau, baik dia fikirkan bagaimana cara untuk mendekati Maya.
Sebut saja nama Maya, bibir Syazwan terus mengukir senyum. Langkah diatur menjenguk di sebalik pintu. Melihat kelibat Maya yang sedang tekun membuat kerja di mejanya, senyuman makin lebar terhias di bibir. Rajinnya mak singa!
Kemeja biru muda yang tersarung di tubuhnya dibetulkan agar nampak kemas. Lengan baju dilipat naik sampai ke paras siku.  Tali leher yang sedikit bengkok dibetulkan.
Sebelum mengatur langkah, Syazwi tarik nafas dalam–dalam. Dengan gaya ala–ala lelaki Melayu terakhir, dia bergerak ke arah meja Maya.
“Ehem.”
Maya mendongak.  Wajah Syazwi yang berdiri di tepi mejanya menjadi sasaran mata. Senyuman Syazwi dibalas mesra oleh Maya.
“Sibuk ke?” tanya Syazwi.
 “Kan dah nampak saya tengah bekerja ni. Maksudnya, sibuklah tu.”
Ouch! Senyuman Syazwi bertukar kelat. Maya ni tengah buat lawak ke tengah menyindir?
“Mia apa khabar?” tanya Syazwi lagi.
“Awak tak bosan ke tanya soalan yang sama tiap hari?” kata Maya dengan senyumannya yang masih lebar seperti tadi. Dia tak marah pun sebenarnya, makin suka adalah. Ada juga yang mengambil berat tentang Mia.
Syazwi tersengih lagi. Kedua–dua belah tangannya mendarat di atas meja Maya. Dia menunduk sedikit, mendekatkan wajahnya ke wajah Maya yang mendongak memandangnya.
“So, should I change my question then? Instead of how’s Mia, maybe I should change it to how’s Mia’s mum?”
Gulp! Tengah mengayat ke Syazwi ni? Tiba-tiba Maya rasa rasa mukanya berubah warna merah. Wajhnya ditunduk memandang kertas kerja yang bertaburan di atas meja. Janganlah Kak Zah di sebelah meja dengar kata-kata Syazwi tadi.
“Duit gaji tu, terima kasih.” Maya mengubah topik. Pagi dia minta tolong, petangnya akaun bank sudah berduit. Magik!
Syazwi ketawa kecil. Tubuhnya ditegakkan semula. Tabiat seperti biasa. Tangan bermain dengan hujung necktie. Jantung dup dap dup dap setiap kali berdepan dengan Maya. Hatinya dah jatuh sayang dengan Mama Mia!
No hal. Asalkan semua dah settle. Kalau perlukan pertolongan lagi, jangan segan nak bagitau. Saya boleh bantu,” kata Syazwi.
Maya single mother, nak jaga Mia seorang memang susah. Jadi dia tak kisah nak hulurkan bantuan. Niat di hati memang nak sunting saja Maya terus jadi isteri. Tapi mak singa di depannya ini liat sangat.
Bila bawa keluar bertiga, Maya ajak Nadia ikut sekali. Jadilah berempat. Kemudian bila bawa lunch bersama, Maya ajak Kak Zah sekali. Tak pun Faizal. Kesimpulannya, keluar berdua dengan Maya memang tak pernah.
 “It’s okay Shaz. So far I can  handle all these by myself,” jawab Maya tenang. Dia sudah biasa dengan kehidupannya sekarang. Lagipun dia ada Nadia. Kalau teruk sangat masalahnya, Nadia sentiasa membantu.
Maya merenung wajah Syazwi yang masih berdiri di depannya dengan senyuman masih mekar di bibir.
Kacak? Ya.
Muka kasanova? Tidak.
Muka macam orang yang beriman? Ya.
Baik? Memang.
Agaknya lelaki macam Syazwilah yang papa mahukan untuk menjadi suaminya. Bukan lelaki seperti Syazwan.
 “Awak tau pasal Expo Oil and Gas and Plantation tu kan?”  Syazwan bersuara mengubah topik tentang kerja.
Maya angguk kepala sebagai jawapan.
“Saya nak awak terlibat sama.”
Maya angguk lagi. Faham dengan kehendak ketuanya.
“But not in oil and gas, get involved in plantation part,” sambung Syazwi lagi.
Melopong mulut Maya. Salah dengar? Cotton bud tersumbat di lubang telinga ke? Tak mungkin.
“Kenapa plantation?” tanya Maya, terkejut.
Syazwi senyum lagi. Ah! Senyuman yang boleh mencairkan hati Maya jika selalu sangat dilihat.
“Nak awak merasa bidang baru,” jawab Syazwi ringkas dan mudah.
Erk! Maya terdiam. Bidang baru apanya. Ni tak ubah macam chef restoran kena suruh menjahit baju. Bidang yang jauh menyimpang. Argh! Syazwi sengaja nak mendera ke apa?


BAB 12


“ASSALAMUALAIKUM papa, mama.”
“Waalaikumsalam,” jawab Arshad dan isteri serentak.
Mala muncul di depan pintu dengan senyuman lebar. Mencium tangan mama dan papa yang sedang duduk di ruang rehat. Punggungnya dilabuhkan di sebelah mamanya.  Sempat mata menjeling sekilas ke arah papanya yang memandangnya tajam. Ni mesti kes akan kena goreng dengan papa tak lama lagi.
“Baru balik? Dah pukul 11 dah ni.” Arshad membuka mulut.
Mala tayang senyuman lebar. Bantal kecil di sebelahnya dicapai dan dipeluk.
“Ada hal dengan kawan kejap tadi,” jawab Mala.
“Ada hal dengan kawan ke dengan Maya?” Arshad menyerkap jarang.
Gulp!
Mala telan liur. Dah agak dah! Ni mesti Pak Ali yang bagitau papa. Menyesal minta tolong pemandu papanya itu hantarkan.
“Kejap aje pun,” balas Mala. Tangan memintal–mintal hujung bantal.
 Arshad merengus. Wajah selamba Mala ditatap tajam.
“Kan papa dah pesan jangan jumpa Maya lagi. Dia bukan keluarga kita.”
Mala sekadar diam. Senang papa tuduh kak long macam–macam. Gatal sangat nak kahwin awal. Anak luar nikah. Menconteng arang di muka papa dan mama. Bla bla bla.... Tapi baginya kak long tak salah langsung. Cuma nasib saja yang tidak menyebelahinya.
“Jangan jumpa lagi Maya tu, Mala. Nanti lama–lama Mala pun akan jadi macam dia,” kata Arshad lagi.
Dia mengangkat punggung dan beredar untuk ke tingkat atas. Malas mahu berbalah dengan anak bongsunya. Kalau muncung dah panjang seinci, haruslah jangan diteruskan juga ceramah tetapnya. Nanti Mala makin tunjuk protes.
“Mala, Maya apa khabar?”
Mala menoleh ke wajah mamanya di sebelah. Diam dari tadi, tup–tup sekarang buka mulut bertanyakan khabar kak long. Kena sampuk ke?
“Maya apa khabar?,” tanya Maimunah untuk kali kedua.
“Sihat,” jawab Mala sepatah.
Maimunah angguk kepala. Matanya tertacap semula pada skrin tv di hadapan. Diam sejenak sebelum menyambung kata.
“Mama rindu kak long.”
Mala terpana. Wajah mamanya dipandang lama. Tak salah dengar ke dia? Betul ke mama rindukan kak long?
“Dah lama tak jumpa kak long. Mama rindu,” kata Maimunah lagi dengan suara yang sedikit bergetar.
Hati Mala tersentuh. Faham dengan perasaan mama. Kepalanya dilentokkan ke bahu mama. Dan bila kepalanya diusap lembut, Mala pejam mata. Air mata menitis keluar.
“Mala pun rindu kak long,” jawab Mala.
Mata Maimunah kabur. Sejak akhir–akhir ini murah sangat air mata tuanya. Maya. Maya. Maya. Nama anak sulungnya itu selalu menjengah minda, tak kira siang atau malam.
Tipulah jika dia katakan yang sayangnya pada Maya sudah pupus. Sayang pada Maya masih seperti dulu. Bak kata orang, ibu mana yang tak sayangkan anak. Tapi marahnya pada Maya masih menebal. Nak maafkan Maya? Hati masih belum terbuka lagi.
“Maya dengan anak dia tinggal mana sekarang?” tanya Maimunah ingin tahu.
“Kota Damansara. Sewa dengan Kak Nadia.”
Oh anak mama! Maimunah menahan air mata daripada jatuh. Ada rumah sebesar ini tapi anaknya terpaksa menyewa di luar. Argh! Dia dan suami juga yang menghalau Maya keluar dulu.
“Mama tak nak jumpa kak long ke?,” duga Mala. Soalan-soalan Maya tentang kedua ibu bapa mereka bergegas masuk ke kepalanya.
‘Mama dan papa apa khabar? Sihat?’
‘Papa ada makan ubat hypertension dia tak? How bout mama? Kolesterol masih tinggi?’
‘Papa dan mama tak nak jumpa Mia ke adik?’
Kasihan kak long. Tiap kali berjumpa, tak pernah walau sekalipun kak long lupa bertanyakan khabar mama dan papa. Tapi apa saja yang dia mampu buat? Takkan nak dipaksanya mama dan papa untuk terima kak long semula.
Not now, Mala. Mama tak sedia lagi,” jawab Maimunah.
Orait. Bila–bila mama dah sedia, let me know.”
“Anak Maya tu comel je kan?” Maimunah memuji ikhlas. Terbayang–bayang wajah comel Mia tempoh hari.
Mala mengangkat kepalanya dan memandang mama dengan senyuman lebar. Lega hatinya mendengar pujian tersebut.
“Comel sangat–sangat,” balas Mala.
Mama sudah terpikat dengan Mia. Anak secomel Mia, siapa–siapa pun akan tertarik hati.That innocent little Mia!

ARSHAD duduk di kerusi rehat di balkoni bilik. Menghembus asap paip sambil memandang kosong di luar halaman rumah dari tingkat atas. Kalau isteri masuk bilik ketika ini, mesti pok pek pok pek mulut isteri menegur.
“Tak sayang nyawa ke, abang? Sudah–sudahlah menghisap paip tu. Nanti mudah hinggap penyakit.”
Arshad tersenyum sendiri. Lebih dua puluh tahun beristerikan Maimunah, dah lali dengan teguran si isteri. Dia cuma berserah saja. Dia akan pergi juga satu hari nanti andai ajalnya tiba.
“Maya sayang papa. Kurangkan paip dan rokok, okey.” eringat ayat Maya yang menegurnya dulu–dulu.
Haih! Maya. Arshad tarik nafas dalam–dalam. Rindu pula pada  Maya. Maya yang lincah. Maya yang petah bercakap. Maya yang periang. Maya yang manja. Tapi perginya Maya adalah sebab salah Maya sendiri.
Lebih tiga tahun yang lalu, bukan main lagi Maya menyuarakan hasrat mahu berkahwin dengan pilihan sendiri melalui telefon. Lelaki satu universiti kata Maya. Mahunya dia tak terkejut. Anak dihantar jauh untuk menyambung pelajaran, bukan mencari jodoh.
Pertama kali berjumpa dengan Syazwan, memang dia tak berapa berkenan. Lelaki yang tidak menepati ciri–ciri yang diingininya langsung. Dia taklah mengharapkan ustaz atau pak lebai untuk menjadi suami Maya. Tapi sekurang–kurangnya berperwatakan menarik. Hormat orang tua, berkelakuan sopan dan boleh membimbing Maya nanti.
Tapi Syazwan? Sekali pandang memang tak ubah macam muka kasanova. Kalau pertama kali jumpa pun tak reti nak bersalam, macam mana dia nak berkenan.
 “Yo, papa! What’s up?”
Itu ke cara bertegur sapa dengan bakal mertua. Entah kenapalah Maya boleh terpikat Arshad tidak pernah mengerti.
Sedang termenung di situ, pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar membuatkan Arshad berpaling. Isterinya melangkah masuk dengan mata memerah menuju ke katil. Menangis lagilah tu.
Paip di tangan diletakkan di atas meja sebelum Arshad bergerak masuk ke arah isteri yang bersandar di kepala katil.
“Rindu Maya lagi ke?” soal Arshad.
Maimunah memandangnya sekilas dan menganggukkan kepala. Arshad mengambil tempat di sebelah isteri. Lengan isteri dicapai dan digenggam erat.
“Abang pun.”
Dua–dua diam. Air mata yang mengalir diseka Maimunah dengan tangan kanannya.
“Kenapa Maya sanggup malukan kita, bang?”
Arshad tersenyum kecil. Soalan isteri yang dia sendiri tiada jawapannya. Maya yang ditatang dengan penuh kasih sayang. Maya yang cukup ajaran agama. Menghancurkan hati mama dan papanya dalam sekelip mata.
“Anak dia hari tu cucu kita kan bang?”
Arshad tidak menjawab. Anak luar nikah itu. Layakkah dipanggil cucu?
“Mari tidur. Esok kena bangun awal. Mah nak pergi Palliative Center kan?” Arshad mengubah topik.
Maimunah angguk kepala. Bila lampu utama ditutup dan hanya bertemankan lampu tidur, mata Arshad masih berkedip–kedip.
“Abang, agaknya Maya ada rindu kita tak?” tanya Maimunah sayu.
Arshad mengetap bibir.
“Entahlah, Mah. Tak kot. Dia dah pilih untuk hidup begitu.” Jawapan Arshad bagai mengguris hati sendiri. Benarkah begitu?


9 comments:

  1. awhhhhhhhh..sawan n sawi adik bradik tri rupanya..wah mkin siyes ni..xsbar nk tau ape jd lpas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) alkisah sawan dan sawi yg ada pertalian darah ;) hugsss!

      Delete
  2. alahai!!!depa neh ade pertalian rupa nyer...cam mane lh bile depa berdua ne ingin kn perempuan yg same???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak norihan...

      ;) dorang dua ada kisah tersendiri kak ;) terpulang pada maya nak pilih siapa ;) hugsss!

      Delete
  3. hopefully kali ni maya x ego sgt..pikir la psl mia.
    xmo ending mcm edisi lepas.
    :)

    ReplyDelete
  4. Ahhhh getting interesting !! A tad bit confused with their names i think you made a typo up there. Also, kan maya tanya syazwan bila lagi dia nak ready cause it's been 3 years... then why dalam kereta she said semua ini terlalu cepat for her and mia? Mungkin akn terjawab in the future chapters. Tak sabr nak baca dah ni ^^

    ReplyDelete